Sunday, January 31, 2016

Indahnya Cinta 9


                                                           



AKU tersedar daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk. Aku bangun dalam separa sedar. Masih mamai lagi sebenarnya. Jam di handphone di tilik. Alamak!... dah hampir maghrib rupa-rupanya. Patutlah suasana bilik dah suram dan gelap semacam aje.
Bunyi pintu masih lagi kedengaran. Aku mengengsot ke pinggir katil dengan berhati-hati, namun dalam langkah berjaga-jaga itu aku tetap juga terkena. Aku terjatuh dan terhempap punggung agak kuat. Menyeringai aku menahan sakit. Punggung di gosok perlahan. Aku mengintai dari celah lubang pintu untuk melihat siapa yang datang.
Selak pintu di buka bagi membolehkan abang masuk.
“Lamanya nak buka pintu, Tidur lagi ke?”
Aku tersengih mendengarnya. Rambut aku yang panjang aku urai dengan jari bagi mengelakkan ia berserabut dan berserabai macam rambut pontianak. Abang berjalan ke arah suis utama dan terus memetik suis. Suasana bilik yang kelam tadi terus terang benderang. Aku menyepetkan mata bila cahaya yang terang menyebabkan mata aku sedikit silau.
Abang bergerak ke balkoni dan menarik langsir. Dia meletakkan satu beg kertas yang agak besar di depanku dan mengisyaratkan agar aku melihatnya. Aku patuh. Isi beg di selongkar dan aku menarik sehelai gaun berwarna biru firus yang lengkap dengan tudung dan sepasang kasut tumit tinggi. Aku memandang muka abang. Muka aku masa tu memang dah timbul dengan tanda soal. Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?
Abang tersengih sambil membetulkan duduk. Baju yang aku pegang di sentuh lembut di hujungnya.
“Pakai untuk function malam nanti, dan jangan banyak tanya. Trust me, okey  sayang” Ujar abang tanpa sempat memberi aku peluang untuk menyampuk.
Mulut yang baru nak bertanya terus di tutup semula. Aku mengangguk faham. Dari tadi lagi asyik sebut pasal function tapi tak nak bagi tahu aku tujuan majlis tu. Nak kata hari jadi aku jauh sekali, apatah lagi abang. Biarlah kalau dia orang nak berahsia dengan aku pun, kita tengoklah apa kejutan mereka nanti.

SELEPAS solat isyak berjemaah dengan abang, dia terus bergegas keluar dan akan datang menjemput aku dalam setengah jam lagi. Aku melihat jam, dah pukul 8.05 minit malam. Menurut kata abang majlis bermula pukul 8.45 malam. Aku ada dalam setengah jam untuk bersiap. Nasib baik solat isyak masuk awal, nanti tak adalah aku terlupa kalau majlis tu habis lewat nanti.
Gaun yang sudah siap aku gantung tadi aku ambil dan cuba pakai. Aku berdiri di depan cermin dan melihat pantulan diri aku. Memang aku akui yang gaun yang berpotongan muslimah ini memang nampak cantik sekali dengan potongan yang mengikut bentuk tubuh tapi tidak terlalu ketat dengan di taburi dengan batu swaroski menampakkan gaun itu nampak cukup elegan dan mewah.
Aku mengeluarkan kit alat solek di dalam beg kecil aku dan terus beroperasi melakar wajahku. Aku hanya mahu nampak fresh dan natural untuk majlis nanti.
Aku terkocoh-kocoh bersiap bila melihat jarum jam semakin bergerak. Shawl aku belit dan aku pin dengan kemas. Aku membuat sentuhan terakhir dan akhirnya aku berpuas hati dengan penampilan aku malam ni. “Okey done.”  Aku tersenyum puas.
Aku sedang memakai kasut bila pintu di ketuk. Aku tersenyum pasti abang yang sedang menunggu. Pintu bilik di buka, namun bukan abang yang menunggu tetapi Haiqal.
Haiqal kelihatan terpegun melihatku. Aku juga turut terpegun sama. Dia memang nampak cukup segak dan macho dengan tuxedo yang tersarung di badan sasanya.
“Berapa lama awak nak tilik saya ni... Remember masa sedang berjalan.” Aku bersuara lembut. Jari sengaja di tunjukkan ke pergelangan tanganku walaupun aku tidak memakai jam ketika itu.
Haiqal seperti menarik nafas dan dia mula tersenyum manis. Memang menggoda senyuman dia saat ini. Haiqal menepi dan mempersilakan aku. Aku tersenyum dengan lagak gentleman dia. Kami bergerak ke arah lif. Aku terbuai dengan bau wangian di tubuhnya ketika kami berada berdekatan antara satu sama lain. Aku mencuri melihat wajah Haiqal bila dia memandang ke arah lain.
Kami berjalan beriringan ke sebuah dewan besar. Beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian cantik sedang berbual sesama sendiri di luar dewan itu. Bila ternampak kelibat Haiqal semakin mendekat mereka tersenyum dan berjabat tangan. Aku hanya memerhati kemesraan mereka.
Pintu dewan di buka dan telingaku dapat mendengar bunyi muzik yang cukup rancak sedang di mainkan. Aku berjalan dengan tenang walaupun aku tahu banyak mata yang sedang memandang ke arah kami berdua.
Abang berjalan ke arah kami. Bahu Haiqal di tepuk perlahan. Dia tersenyum kepada abang. Aku yang masih keliru  dengan majlis ini hanya memerhati sekeliling dewan. Mataku tertancap pada satu kain rentang  yang tergantung di atas pentas.
Majlis Reunion ex-student UM 2008/2009
Baru aku tahu tujuan mereka membawa aku ke sini. Apalah mereka ni, macam ni pun nak berahsia dengan aku. Ingat function apalah tadi. Aku menyertai abang dan Haiqal yang sedang rancak berbual. Perbualan mereka aku celah dengan penuh 'sopan' gitu.
“Ini ke rahsia yang korang berdua nak cakapkan tu.” Aku memandang muka mereka satu persatu.
Perbualan mereka terhenti. Abang memandang sekilas Haiqal yang sedang berdiri di sebelahku sebelum mula bersuara.
“Tanya Haiqal, dia yang suruh abang tutup mulut.” Abang menunding jari kepada Haiqal sebelum dia pergi meninggalkan aku dan Haiqal bila temannya menggamit abang dari hujung meja sana.
Pandangan aku kembali kepada Haiqal pula bila abang sudah melarikan diri. Aku masih lagi menanti jawapan yang keluar dari mulutnya. Saja aje aku membuat muka serius sebab nak tengok bagaimana dia nak jelaskan semua ini.
Sorry... Saya sengaja berpakat dengan Freddy sebab saya tahu awak pasti tak nak datang sini. Awakkan kurang minat  dengan majlis macam ni. Lagipun kalau saya ajak saya tak pasti awak nak terima atau tak jadi partner saya.” Haiqal bersuara perlahan. Mungkin rasa bersalah dengan aku.
Aku menahan gelak. Nampak kesian pula melihat mimik muka dia yang sudah teduh itu.
“Ishh... Saya gurau ajelah Carl, Saya tak marah kalau awak ajak saya baik-baik. Apa salahnya kalau awak cakap awal-awal. Nasib baik abang dah sediakan baju ni untuk saya, Kalau tak memang saya tak nak datang.”  Terletus juga senyuman aku yang di tahan sejak tadi.
“Sebenarnya baju tu saya yang sediakan, saya yang bagi dekat Freddy untuk pass kan kat awak. Awak suka tak baju tu?..”  Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Baju yang tersarung di tubuhku aku pandang. Perasaan malu dah menyerbu ke mukaku. Macam mana dia tahu saiz aku? Aku dapat rasakan yang abang memang tak tahu saiz baju aku, Takkan dia main agak-agak pula.
“Saiz saya.... Macam...”  Aku dah tergagap. Malu sebenarnya nak tanya terang-terang depan dia.
Haiqal tersenyum dan dia mendekatkan tubuhnya kepadaku. Aku terbuai lagi dengan haruman yang melekat di tubuhnya. Jantung aku dah nak terlompat keluar bila dia berdiri begitu hampir dengan aku.
“Saya tahu apa yang sayang nak tanya... Yang tu biarlah rahsia... Oh ya saya lupa nak puji yang sayang nampak cantik sangat dengan baju ni... Sayang buatkan saya tergoda sangat malam ni.”  Suara Haiqal kedengaran begitu romantik sekali. Aku terkelu mendengarnya. Wajahku spontan berkalih ke arahnya. Dia tersenyum lantas menarik tangan aku dan menyelitnya di celah lengannya yang sasa dan kami berjalan ke meja.

Aku terdorong mengikut langkah kakinya. Dalam diam aku tersenyum senang. Hati terasa berbunga-bunga bila mendapat pujian daripada orang yang kita sayang. Tolong-tolong aku perlukan oksigen sekarang ni!!


                                                                                                    bersambung.....

Tuesday, January 26, 2016

My Angel 2

                                                           
                                                                 


B
UMI Malaysia selamat di jejak. Pelbagai rasa yang terbuku di hati sekarang ini. Perlahan-lahan kaki di atur untuk ke tempat mengambil bagasi.
Excuse me, boleh tepi sikit I nak ambil beg.” Tegur Angel pada satu batang tubuh yang menghalang jalannya.
“Hah?” Jim menjongket keningnya. Tanda tidak mendengar kata-kata gadis itu.Headphone di telinga di cabut.
“I nak ambil beg I.” Sepatah-sepatah Angel bercakap, kot-kot budak ni pekak ke apa ke tadi.
“Ooo...” terus Jim menepi. Angel menarik beg pakaian yang agak besar itu. Berkerut dahinya cuba mengangkat. Mak aii! Berat gila. Habis kudrat Angel mahu mengangkat beg itu.
“Adoi! Sakitlah siot…” Dean sudah terjongket-jongket menahan sakit kerana kakinya di hempap dengan bagasi yang berat bertan-tan itu.
Sorry…” Tanpa perasaan Angel menutur dan terus berlalu dari situ. Sedikit pun dia tidak berpaling ke belakang. Deanterus mengangkat muka mahu melihat siapa yang memperdajalkan dia tadi. Baru saja jejak kaki dekat tanah melayu dah kena bala. Ini yang dia tidak mahu balik ni.
Heygirl!” Panggil Deanpada gadis tadi. Angel tahu yang lelaki itu memanggil dia tetapi dia bo layan dan terus mengatur langkah. Matanya mencari kelibat Babe. Entah ke mana pengasuhnya pergi.
“Hei girl yang pakai cap tu, pandang sini. Jangan nak buat samseng dekat sini pula!” Laung Deankuat. Langkah Angel terus terhenti, dia melipat maut lehernya ke belakang.
“Apa you panggil I tadi? Samseng? Watch your language young man!” Marah Angel. Deantersenyum sinis sebelum menghampiri gadis itu.
“Marah? Tahu pun you marah tapi you buat I tadi tu I tak marahlah!” Garang Deanmemandang Angel. Mata kedua-duanya saling tajam memandang. Kalau dalam cerita kartun pasti dah nampak keluar kilat petir semua. Tiba-tiba Deanmelarikan pandangan. Hatinya tiba-tiba berdetik bila melihat mata coklat milik gadis itu. Angel tersengih sinis. Tahu takut.
“Kenapa tak pandang, takut?!” sinis Angel bertanya.
“Ingat I takut sangat dengan you ke? Perasan betul minah sewel ni.” Dean pula tersenyum sinis. Merah muka Angel bila dia di panggil sewel. Dia mengenggam kuat tali beg yang di pegang.
“Sewel you panggil I?” Tanpa sebarang amaran,  Angel melibas begnya 360 darjah pada lelaki itu.
“Adoi!”
“Aduh!”
“Woi!”
Kali ini bukan satu tapi tiga suara yang bertempik kuat. Tangan Angel yang memegang beg tadi terus melorot jatuh. Terkejut bila libasan dia tadi sudah terkena orang lain pula. Alamak! Bala ni.
“Angel!” Laung satu suara. Angel terus berpaling. Mereka bertiga turut melihat kearah yang sama. Babe sedang melambai ke arahnya. Thank you Babe sebab dah selamatkan Angel. Tanpa tunggu sesaat pun terus Angel mengutip beg sandang dan terus menolak troli. Baik blah cepat-cepat wei, nanti tak pasal-pasal kena sembelih dengan mereka bertiga tu. Tadi pun tengok aku macam nak digulai saja.
“Apasal minah tu, tak pasal-pasal kita pula yang kena.” Rungut Jerry sambil membetulkan rambutnya. Habis rambut aku yang cantik ni. Saja je dengki dengan aku. Seperti Jerry, Jim dan Deanjuga turut menggosok kepala masing-masing. Memang betul-betul gila perempuan tu. Memang bagus betul welcome home macam ni. Wallah!!
Dean, Jim dan Jerry saling berpandangan. Tidak menyangka mereka terkena dengan gadis tu. Masing-masing terdiam sebelum senyuman kecil terlakar di wajah. Sakit tapi lawak tetap lawak.


       
                                                                           bersambung....

Wednesday, January 20, 2016

#CAFE NEO 1





A
KU menarik nafas. Oksigen di sedut dalam-dalam. Dada yang berombak tadi mulai tenang. Dari sebalik tembok aku cuba mengintai lagi. Itu dia, si dia masih lagi menghala ke arah kiri dan kanan, lagak mencari seseorang. Perlahan-lahan aku mengundur sebelum membuka langkah seribu.
“Ehh…” terkejut Zana bila tubuh aku dan dia hampir-hampir berlanggar tadi. Dia menepi dan membiarkan aku masuk terlebih dahulu. Aku membuang lelah di atas sofa. Zana duduk di sebelah aku dengan wajah berkerut.
“Jangan soal…. Aku nak… ambil nafas dulu…” sepatah-sepatah aku bercakap. Lelah.
“Okey, kau tarik nafas…. Hembus…. Tarik…. Hembus…” Si Zana pula sibuk jadi instructor.
“Okey.” Aku menarik senyum dan membetulkan cara duduk.
“Kau kenapa tadi?” tanya Zana.
“Aku lari dari mamat tu tadi.” Ujar aku.
“Zaril ke?”
“Yalah, siapa lagi.”
“Gigihnya dia kejar kau. Tak reti penat ke mamat tu?” Soal Zana. Aku julingkan mata.
“Manalah aku tahu. Aku yang kena kejar pun dah naik semput.”
“Hahaha… Kesian dekat Zaril, dari sem 3 lagi dia duk kejar-kejarkan kau, yang kau jual mahal sangat ni kenapa? Bagilah can dia nak tackle kau tu.”
“Mana ada aku jual mahal. Aku dah cakap baik-baik dekat Zaril tu yang aku hanya boleh jadi kawan saja tapi dia yang tak nak terima. Aku nak buat macam mana lagi? Aku pun dah rimas asyik kena ganggu saja dengan dia.” Aku mengeluh.
“Kau cakaplah baik-baik dekat dia. Kalau kau asyik lari macam mana dia tak kejar kau.” Zana tepuk perlahan peha aku sebelum dia bangun.
“Eh, kau nak pergi mana?” aku pandang dia yang sudah berdiri di muka pintu.
“Aku nak keluar kejap. Nak pergi makan dengan Faiz, kau nak ikut?” Tanya Zana. Aku geleng. Malas nak kacau date mereka berdua.
“Malaslah, aku ingat lepas ni aku nak lepak dekat cafe Neo lepas-lepas ni.” Ujarku. Zana angguk.
“Okey, aku pergi dulu. Daaa…” Zana lambai tangan. Aku tergelak kecil sebelum membalasnya.
“Daaa…”
Aku menggalas beg sandang yang berisi laptop dan beberapa assignment. Pintu cafĂ© Neo bergerincing bila pintu di tolak. Aku tersenyum bila lagu I’m yours dari Jason Mraz berkumandang. Aku menyapa Danny yang berada di kaunter.
“Iced Americano!” Danny terus menyebut air kegemaran aku sebelum sempat aku membuka mulut. Aku menarik senyum dan angguk. Tahu sangat dia dengan air kegemaran aku itu. Lagipun setiap kali aku ke sini hanya air itu sahaja yang aku pinta.
“Pandai.” Aku mengangkat ibu jari dan terus ke meja yang biasa aku duduk.
Laptop aku on dan sementara menunggu aku membuang pandang orang yang lalu lalang di luar kafe. Ramai pula malam ini, mungkin sebab esok hujung minggu jadi orang ambil kesempatan duduk melepak, macam aku.
“Iced Americano and red velvet cakes for you.” Apiz meletakkan makanan di depan aku. Aku terpinga-pinga seketika.
“Eh, Apiz aku tak order kek ni.” Aku menolak piring berisi kek ke arahnya semula.
“Tahu. Tapi ada orang yang belanja.” Apiz menolak semula ke arah aku. Aku pandang Apiz yang tersengih-sengih itu. Dulang di tangan di peluknya.
“Siapa?” soalku.
“Ituuu….” Apiz memuncung ke satu arah. Aku menyorot pandangan Apiz itu. Seketika pandangan aku bertemu dengan satu figura yang duduk memeluk tubuh di meja di hujung sana. Dia mengangkat tangan bila pandangan mata aku dan dia bertembung.
“Siapa tu?” soal aku pada Apiz.
“Piz…” Aku toleh ke belakang. Eh, tak ada? Mana si Apiz ni pergi. Ceh, kau tinggalkan aku sorang-sorang Apiz. Samdol punya mamat. Aku mengetap bibir tanda geram. Apiz tersengih dan melambai tangan pada aku dari kaunter.
“Hai…” satu suara menegur. Mata aku terkalih ke sebelah. Kelihatan lelaki yang belanja aku kek tadi sudah tercegat di sebelah. Lambat-lambat aku tersenyum dan menyapa kembali.
“Hai.” Balasku.
“Boleh saya duduk.” Dia bertanya.
“Ah…” Tapi belum sempat aku membuka mulut dia sudah menarik kerusi dan duduk di depan aku.
“Kenapa awak tak makan? Tak sedap ke? Atau awak nak kek lain?” mulutnya macam mesin gun. Aku pandang kek dan kemudian pandang dia.
“Apiz cakap yang itu kek kegemaran awak.” Ujarnya tanpa sempat aku nak kelentong. Aku gigit bibir menahan geram. Eh budak Apiz ni! Aku jeling pada Apiz yang tersengih-sengih dari jauh. Ada juga yang nak makan selipar jepun aku ni!
“Yaa…” Jawab aku. Mata kembali pada skrin di depan. Buku-buku tebal yang aku angkut tadi aku belek. Saja nak beritahu yang aku sedang sibuk dan tidak mahu di ganggu.
“Awak ambil course apa ni?” dia membelek buku aku yang tebal tahap nak bagi orang patah tulang rusuk tu.
“Farmasi?” dia pandang aku. Aku angguk.
“So lepas ni kalau saya sakit bolehlah saya jumpa dengan awak ambil ubat.” Dia kenyit mata pada aku. Aku mulai tidak selesa dengan tingkahlakunya.
“Kenapa nak jumpa saya? Jumpalah doktor.”
“Memang betul, tapi tetap kena jumpa ahli farmasi jugakan kalau nak dapatkan ubat.” Dia tersenyum lebar. Aku diam seketika, kemudian baru angguk. Betullah tu.
“Best ke ambil farmasi ni?” Tanya dia. Aku menarik nafas dalam-dalam dan pandang dia. Semangat yang berkobar-kobar mahu menyudahkan assignmenat tadi sudah terkubur.
“Suka. Sukaa sangat-sangat.” aku tarik panjang perkataan suka itu. Muka cuba di maniskan walaupun dekat dalam dah berasap.
“Eh janganlah marah. Saya cuma nak tanya saja.”
“Mana ada saya marah.” Kuat suara aku. Gelas iced Americano aku tarik dan sedut lama-lama. Menyejukkan panas di dalam. Kek di sua dekat dengan aku. Aku pandang dia.
“Makanlah. Saya tak kacau awak lagi.” Serentak dengan itu dia bangun dan berjalan ke arah meja yang di huninya tadi. Aku hanya memandang sahaja langkahnya. Entah siapalah mamat tu. Kenal pun tak. Dia tersenyum bila perasan aku sedang memandangnya dan terus membuat isyarat makan bila kek itu aku belum sentuh lagi.
Aku berkalih ke depan semula. Lama aku pandang kek itu sebelum menyuapnya.
Hmmm… memang kek ini yang paling terbaik sekali. Senyuman jelas tersumbing di bibir. Memang sedap.
Entah berapa jam aku bertapa dekat dalam ini pun aku tidak perasan, sedar-sedar pun kelibat Danny datang menyapa. Danny hendak balik sebab shif dia sudah tamat. Aku pandang jam, hampir pukul 12 malam. Aku pandang sekeliling café. Orang masih ada walaupun tidak ramai.
“Kau nak stay up sampai pukul berapa ni?” soal Danny. Aku cepat-cepat kemas peralatan. Buku-buku dan laptop aku sumbat dalam beg galas.
“Nak baliklah ni.” Aku terus berdiri. Danny menepi untuk member ruang untuk aku keluar. Bila pandangan aku di tala pada kerusi lelaki tadi ia sudah kosong. Entah bila lelaki itu pergi.
“Jom, aku temankan kau sampai pintu pagar.” Pelawa Danny. Aku angguk. Danny selalu juga temankan aku balik sebab jalan ke rumah sewa lelaki itu pun menghala ke arah yang sama.
“Lewat kau balik malam ni?” Tanya Danny bila tiada perbualan antara kami sejak beberapa minit yang lalu.
“Hmmm.. aku tak sedar. Banyak sangat kerja yang aku kena buat tadi.” Balasku.
“Kau berbual apa dengan Joe tadi?”
“Joe?” aku toleh pada Danny. Berkerut aku mendengar nama yang baru keluar dari mulut Danny tu. Joe? Siapa tu?
“Lah, yang kau bercakap bagai nak rak tadi tu apa?” kali ni Danny pula yang kerut dahi.
“Mamat tu tadi nama dia Joe ke?”
“Yalah. Aku ingat kau dah tahu nama dia. Berbual bukan main lama.” Muka Danny nampak keliru.
“Manalah aku tahu nama dia apa. Dia pun tak cakap…” dan aku pun tak tanya. Yang akhir tu aku cakap dalam hati saja.
“Apalah korang ni. Ingatkan dah tahu.” Danny tergelak kecil bila melihat aku menggeleng kepala.
Pin!
Bunyi hon dari belakang membuatkan kami berdua berkalih ke belakang. Sebuah kereta Honda sudah berhenti di sebelah kami. Cermin kereta di turunkan. Danny menjenguk untuk melihat siapa si pemandunya.
“Eh, bro. kereta baru ke?” Danny tersenyum dan mendekati kereta itu. Aku turut menghampiri Danny yang sedang berbual itu.
Rahang aku hampir terlurut bila pandangan kami bertemu. Dia? Joe? Apa yang dia buat dekat sini.
“Danny, masuk aku hantar kau!” keras suara Joe. Aku dan Danny terpinga-pinga.
“Eh tak apalah. Aku nak hantar Sara kejap.” Danny menolak. Aku tidak selesa bila melihat pandangan tajam si Joe ini. entah apasal tiba-tiba sentap saja, tadi masa kat cafĂ© okey saja mood lelaki tu.
“Masuk aku cakap!” pintu sudah di buka dari dalam. Nampak muka Danny sudah serba salah. Aku menarik senyum dan pandang Danny.
“It’s okey. Rumah aku pun dah dekat dah.” Balasku. Kesian dengan Danny.
“Tapi… dah malam ni.” Muka Danny nampak risau. Jam di tangan di tilik. Jalan pun sunyi sepi saja dekat kawasan ini.
“Kau ni macamlah aku tak biasa.” Aku tepuk perlahan bahu Danny. Lagipun rumah aku dengan cafĂ© Neo tu tak adalah jauh sangat, hanya 15 minit kalau berjalan kaki.
“Bro, kau tumpangkan sekali Sara.” Danny terus membuka pintu belakang untuk aku. Aku terus terpinga bila danny menolak masuk aku ke dalam kereta. Terdengar decitan tidak puas hati dari mulut Joe.
“Danny…” aku nak menolak pelawaan itu. Tak selesa bila tahu tuan punya kereta tak ikhlas nak menolong.
“Duduk je. Dah bro jom gerak.” Danny menepuk lengan Joe. Joe menjeling aku di belakang sebelum kereta mula bergerak. Aku menunduk bila melihat pandangan garang si Joe tadi.
Dari balik cermin di depan aku sedar yang mata Joe asyik merenung aku. Aku melarikan mata ke luar. Tangan aku genggam erat. Sabar ajelah.
“Berhenti kat depan rumah warna oren tu.” Danny menunjuk. Joe membrek keretanya dengan kuat sampaikan aku terdorong ke depan, nasib baik tangan sempat berpaut pada kerusi di depan.
“Wei, kau ni apasal?” marah Danny. Dia pun turut terhumban ke depan tadi bila Joe brek mengejut tadi. Joe tayang muka poyo. Aku cepat-cepat membuka pintu kereta.
“Thanks Danny.” Ucapku bila aku sudah berdiri di luar.
“Okey, small matter.” Danny senyum dan angkat tangan.
Aku sengaja tidak memandang Joe. Masih tidak puas hati dengan perbuatan lelaki tadi. Menyesal aku layan dia berbual tadi. Kalau boleh rasa nak di luah balik kek dalam perut aku ni.
“Bye, selamat malam Sara.” Danny angkat tangan sekali lagi. Belum sempat aku membalasnya, kereta Joe sudah berdesap pergi. Terlopong aku melihatnya. Danny pun sudah bengang bila kereta Joe sudah bergerak sebelum dia habis cakap tadi.
“Erk eleh… Kereklah mamat tu.” Sempat lagi aku memarahi si Joe tu.
“Sewel punya Joe jambul!” bengang. Harap-harap aku tak jumpa lagi dia lepas ni.

                                                                                Bersambung….

p/s : agak-agak apalah yang membuatkan si Joe tu berubah perangai. Meroyan ke apa mamat tu? Memang split personality betul!




Indahnya Cinta 8


                                                         


M
ASUK saja pejabat pagi tu aku di sambut lagi dengan sekuntum bunga ros merah bersama dengan satu kad kecil lagi. Aku mengambil dan mencium bunga ros itu. Kad itu di buka dan di baca.
kau yang terindah dalam hidupku ~ IA
Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Bait kata yang diukir sangat indah sekali. Bunga ros itu di letakkan di dalam pasu yang sama dengan ros semalam manakala kad di letakkan ke dalam laci meja. Mood aku bertambah ceria untuk membuat kerja. Walaupun Haiqal sudah memberi amaran untuk aku mengabaikan pemberian itu tetapi hati aku berbisik yang sebaliknya. Sayang untuk membuang ros yang cantik itu. Kalau aku tak beritahu mana Haiqal nak tahu. Aku hanya menganggap si penghantar sebagai peminat aku sahaja dan tidak lebih dari itu.
Sepanjang masa aku sibuk meneliti perjalanan beberapa buah projek yang sedang dijalankan. Sesekali aku terpaksa berulang alik ke bilik mesyuarat untuk membincangkan masalah projek dengan team di bawah selian aku.
Aku mengeluh berat, Penat rasa badan aku hari ini. Jam di dinding aku jeling sekilas. Dah pukul 1.15 tengah hari. Malas pula nak keluar makan, aku mengunci pintu dan merebahkan diri di atas sofa yang berada di dalam bilikku. Aku cuba untuk memejamkan mata tapi dengan badan yang cukup penat membuatkan mata aku hanya terkebil-kebil memandang siling.
Aku terjaga daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk dengan di ikuti bunyi handphone. Aku terpisat-pisat bangun. Tak sedar bila aku boleh terlena tadi. Aku bangun dengan malas dan tangan sibuk mengemaskan tudung dan baju di badan. Aku memandang pantulan wajahku di balik cermin almari seketika sebelum berjalan ke pintu.
Pintu di kuak perlahan. Wajah abang yang sedang tercegat di muka pintu. Aku menepi dan memberi ruang untuk dia masuk. Aku duduk di depan abang yang sedang duduk di sofa.
“Tak keluar lunch ke?”
Aku menggeleng. Badan yang terasa lesu tadi dah mula menghilang bila dapat berehat sekejap tadi. Abang bangun dan berdiri di depan aku. Tangannya di letakkan di atas dahi aku. Aku membiarkan. Rasa senang dengan sikap mengambil berat abang.
“Tak sihat ke? Muka adik nampak macam lesu aje ni?”
“Tak adalah, penat sikit hari ni. Banyak sangat kerja nak kena pantau sebab tu malas nak keluar lunch.”  Ujarku sambil tersengih. Tangan abang yang berada di atas bahuku di tepuk perlahan.
“Kenapa tak makan? Kerja banyak macam mana pun kesihatan tetap kena jaga.”
“Tahu, tapi habis meeting dengan team tadi agak lewat sebab tu malas nak keluar... Hmmm... Abang ada apa sampai datang sini ni?”
“Saja... Dah ada orang tu dah mula bising-bising bila tak dapat call girlfriend dia, lepas tu sibuk suruh abang pergi tengok.”  Perli abang sambil menjeling aku sekilas. Aku dah tersenyum. Tahu siapa yang di maksudkan oleh abang. Pantas aku teringatkan panggilan telefon tadi. Handphone di atas meja aku ambil.
Mak aii... Banyaknya missed call daripada Haiqal dan tidak termasuk lagi daripada abang. Kemudian aku tersenyum membaca SMS yang di hantar yang bertanyakan aku berada di mana. Aku  dah rasa macam di awang-awangan bila ada orang yang mengambil berat pasal aku. Tanpa sedar terletus satu senyuman di bibirku.
“Hai.. Bahagia nampak orang tu sekarang ni? Tak lama lagi seronoklah mama dengan abah nak dapat menantu dari anak bongsu dia.”
Mati terus senyuman aku. Abang tergelak melihat reaksi aku. Aku bergerak perlahan ke arah abang dengan muka menahan malu. Abang yang seakan dapat menduga reaksi aku terus bangun dan menjauhi aku. Tahu sangat yang aku mahu 'menghadiahkan' dia dengan sepit ketam aku tu.
Aku berjalan dengan laju dan mengejarnya dari belakang. Abang melarikan diri di sebelah sofa dan berjalan mengelilinginya untuk mengelakkan aku dari menghampirinya. Dia ketawa bila melihat muka aku yang merah padam sebab tidak dapat mengejarnya. Bingit ruang itu dengan suara aku dan abang yang sedang bermain kejar mengejar.
Akhirnya aku berhenti dari mengejar. Dah tak larat sebab tak ada tenaga. Abang yang masih lagi sakan ketawa turut duduk berhadapan dengan aku. Aku menarik tisu dan mengelap peluh yang berjejeran di dahi.
“Dah lah abang, adik dah penat. Layan abang ni setahun pun tak habis.”  Aku dah bersuara semput. Abang bangun dan mengusap lembut ubun-ubun aku yang di tutupi dengan tudung. Aku mengangkat kepala.
“Dah jom kita keluar, nanti merajuk pula orang tu.”  Abang dah menarik tarik aku untuk bangun. Aku terus berdiri di depan abang.
“Sekarang ke? Tapi dah pukul dua lebih, Waktu makan tengah hari pun dah lepas”
“Alah tak apa, kita kan anak bos.. Sekali sekala buat perangai apa salahnya.”  Selamba aje abang menjawab sambil tergelak besar. Aku mencebik. Mentang-mentanglah abah tak ada kat pejabat hari ni, Boleh pula dia nak buat perangai.
Report kat Datuk Haji Amiruddin nanti baru tahu”  Ugutku. Sengaja nak takutkan dia dengan nama abah. Dia tersengih.
“Dah-dah jangan nak banyak songeh nanti lambat pula.” Abang dah siap sedia menunggu aku di depan pintu. Baru aku nak melangkah sama tiba-tiba aku baru teringatkan sesuatu. Spontan tangan menepuk dahi perlahan. Abang yang mula nak melangkah turut berpaling.
“Kenapa?.” Dia berpatah balik dan berdiri di depan aku semula. Aku tersengih. Bibir aku gigit perlahan. Wajah di tunduk sebab tak berani nak pandang muka abang ketika ini. Abang masih lagi menunggu bicara daripada aku. Jelas wajahnya penuh dengan  tanda tanya.
“Tak solat lagi... Lupa”  Aku tersengih malu sambil mengaru-garu dahi. Mata abang dah membulat memandang ke arahku. Pinggangnya di cekak.
“Bertuah punya budak, ingat dah solat. Dah pukul berapa ni sampai tak solat lagi. Dah pergi solat cepat nanti jumpa abang kat bawah.”  Abang menolak perlahan kepala aku dan berlalu pergi. Aku menggosok perlahan kepala dengan penuh perasaan malu. Nasib baik tak ada orang tengok apa yang abang buat dekat aku. Kalau tak memang malu.
Alamak!.. Dah lewat baik aku cepat nanti tak pasal-pasal abang marah pula. Aku segera  ke bilik air.  Sejadah di bentangkan untuk tunaikan solat zohor. Allahuakbar!

“NAK pergi mana ni?” Akhirnya suara aku kedengaran juga selepas sekian lama menjadi pendengar setia dua orang jejaka yang berada di bahagian depan. Aku menyelitkan diri di tengah-tengah ruang di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Abang yang sedang memandu hanya mengangkat bahu dan terus memandu. Aku menyampah melihat senyuman di bibir abang. Kemudian aku memandang pula Haiqal di tepi.
“Carl kita nak pergi mana ni?”
Haiqal berpaling ke arahku dan dia turut menggelengkan kepala sambil tersenyum. Aku dah nak menggelegak marah. Kenapa dengan dua orang manusia ni? Aku tanya tapi masing-masing buat derk dengan setiap pertanyaan aku. Yang sorang duk angkat bahu, yang sorang lagi duk geleng kepala. Malas nak layan aku bersandar marah di tempat duduk belakang. Aku menarik keluar ipod dan terus earphone aku sumbat ke telinga. Dengar lagu lagi best daripada layan mereka ni. Aku perasan yang Haiqal sesekali berpaling ke belakang dan mata abang yang asyik menjeling aku di cermin pandang belakang sejak dari tadi. Panas hati dengan pandangan dia orang, aku menarik cermin mata hitam di dalam handbag dan terus memakainya.
“Huh.. Kurang sikit rasa silau dengan senyuman orang kat depan ni”  Bebelan aku menyebabkan  suara abang dan Haiqal berpadu. Aku buat derk dengan mereka balik.
Abang memberhentikan kereta di depan hotel JW Marriot. Aku terus membetulkan duduk. Cermin mata di tanggalkan dan di simpan semula ke dalam beg.
“Kenapa kita datang sini?”  Aku bertanya secara umum. Siapa nak jawab silakan. Aku dah malas nak tanya secara spesifik nanti orang tu tak nak jawab pula. Kalau tanya macam ni kan senang.
“Aik... Ingat tidur tadi.”  Ujar abang sambil berpaling sekilas ke belakang. Aku tersengih sambil menggeleng. Pintu di buka untuk aku dan aku melangkah keluar. Abang dan Haiqal sudah berdiri di sebelah aku. Abang menyerahkan kunci kereta untuk Valet parking.
“Jom..” Abang menarik tangan aku agar membuntuti langkahnya yang sedang berjalan masuk.
“Carl, kenapa datang sini?” Aku berbisik perlahan kepada Haiqal yang sedang berjalan di sebelahku.
“Adalah... Nanti sayang tahulah, sekarang ni jangan tanya apa-apa, ikut aje” Haiqal turut berbisik sama di telingaku. Alahai... Romantiknya main bisik-bisik macam ni. Suara Haiqal kedengaran begitu mengancam!
“Nah ambil kunci, nanti tunggu abang panggil.” Abang sudah menghulurkan kunci kepadaku. Aku ambil dan menilik seketika. Dahi dah berkerut. Kata nak keluar makan tapi apasal sambil tempah-tempah bilik ni. Nasib baik abang ada sama, kalau Haiqal yang bawa aku ke sini memang ada yang kena jurus burung terbang ke langit dengan aku ni.
“Abang... Kenapa ni? Tadi abang cakap nak bawa adik makan tapi apasal datang sini? Abang ni memang misteri betullah hari ni”
“Memanglah nak makan tapi function tu malam nanti, sekarang ni adik pergi rehat dulu. Tunggu abang call, Sekarang masuk dulu. Abang ada hal yang nak bincang dengan Haiqal kejap lagi.” Abang menolak tubuh aku untuk pergi. Aku mengeraskan badan, Kaki aku siap pacak di lantai. Abang tersenyum sambil menolak lembut badan aku dan kaki aku perlahan-lahan bergerak mengikut tolakan abang.
“Alah... Apasal berahsia sangat ni, Kalau nak suruh adik pergi pun bagilah adik makan dulu, lapar ni tahu tak. Kan tak pasal-pasal adik kunyah orangkan.”  Aku menjawab geram.
“Alalala... Kesiannya buah hati Carl ni. Tak apa nanti Carl suruh orang hantar makanan kat bilik sayang.” Haiqal mencuit manja hujung hidungku. Terpempan aku seketika. Tak terduga dengan tindakan Haiqal. Abang buat-buat tak nampak dan berpura-pura menekan telefon. Pandailah nak cover!.
Abang dan Haiqal menghantar aku sampai ke pintu bilik. Aku masuk dengan teragak-agak. Mereka masih menunggu aku di luar sehinggalah aku menutup pintu.
“Apasal mereka ni? Macam ada rahsia besar aje sampai dengan aku pun tak nak cakap, Tak apa, jangan harap rahsia nak jadi rahsia lagi lepas ni.”
Aku membuka pintu gelangsar. Angin petang menerobos masuk dan mendinginkan suasana. Dari bilik ini aku dapat melihat kenderaan yang bersimpang siur di atas jalan.
Loceng pintu bilik berbunyi. Aku menarik selak pintu dan memberi ruang kepada seorang pelayan yang sedang menolak troli. Dia menghidangkan makan di atas meja dengan begitu cekap dan pantas.
Aku memberikan sedikit tip dan dia berjalan keluar. Hidangan di atas meja menarik selera aku. Kerusi di tarik dan aku mula menghirup kuah tom yam dan makan bersama nasi goreng tadi. Wallah... Memang sedap yang tak terhingga. Aku makan dengan penuh berselera. Licin kuah tom yam aku hirup. Macam tak percaya aje aku mampu habiskan sepinggan nasi goreng. Mungkin di sebabkan aku yang sememangnya sedang kebulur tadi. Hehehe..
Bila perut dah kenyang mata juga dah mula layu, tapi kali ini aku pastikan yang aku solat dulu sebelum tidur. Takut terbabas pula nanti. Selepas menunaikan solat asar aku terus dive di atas tilam yang sememangnya cukup empuk. Tudung aku cabut dan lempar di atas sofa.

Selimut di tarik dan membungkus tubuh yang semakin dingin dengan suhu aircond yang cukup sejuk dan aku terus zzzzzz..


                                                                            bersambung....

p/s : apa pendapat korang tentang cerita ni?
Well, kalau boleh tinggalkan kesan gigitan anda di bawah untuk sy improve lg cerita ni
thanks.., daaa.....

Tuesday, January 19, 2016







                                                     Don't change so people will like you
                                                   BE YOURSELF and the right people will love
                                                                  the real you.



                                                                     Y. O. L. O

                                                                you only live once

Sunday, January 17, 2016

My Angel 1



                                                                   



A
NGEL duduk bersandar pada sofa. Nafas di hela lambat-lambat. Kepalanya kian pusing bila mengingati arahan mami dan daddynya. Sudah puas di pujuk rayu dan di berikan sumpah janji tetapi mereka berdua tetap teguh dengan keputusan mereka.
“Arrghhh!” tempiknya. Tanpa sedar Angel menumbuk meja kuat. Menyeringai dia menahan sakit, tetapi sakit di tangan masih boleh di tahan daripada sakit di hati.
“Angel kenapa ni?” ketukan di muka pintu biliknya menyebabkan pandangannya terkalih pada pintu itu. Suara Babe, pengasuhnya mulai kedengaran.
“Tak ada apa-apa Babe.” Balas Angel. Beberapa minit kemudian suara itu menghilang. Mungkin sudah blah.
“Mami dan daddy nak Angel balik Malaysia, duduk dengan nenek. Mami dan daddy dah tak boleh nak tahan dengan perangai liar Angel. Hari-hari balik lambat, ponteng sekolah, berkawan dengan budak yang bukan-bukan. Mami sakit kepala tengok perangai Angel macam ni.”
“Mami, Angel janji, Angel tak akan buat lagi. Angel akan dengar cakap mami dengan daddy. I promise you.” Angel mengangkat tangan tanda berjanji. Sekarang ini dia harus buat apa saja asalkan mami dan daddy tarik balik keputusan itu. Duduk dengan nenek dekat Malaysia? Hah! Alamat matilah dia nanti. Nenek tu garang nak mampus. Tengoklah nanti, nak buat apa-apa pun tak boleh. Banyak sangat pantang larang orang tua tu.
No. keputusan daddy muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Tiket Angel daddy dah book. Lusa Angel balik Malaysia. Sekarang ni pergi kemas barang-barang Angel. Pasal sekolah dekat sana daddy dah suruh Uncle Zain uruskan.” Sampuk Mike bila dia terdengar Angel dan Khatty bercakap tadi.
Daddy dengan mami ni dah tak sayangkan Angel lagi. I hate you both!” Keras Angel membentak dan terus dia berlari dari situ. Itu cerita dua hari lepas dan sekarang ini dia sedang bersiap-siap untuk di hantar ke airport. Sepanjang dua tiga hari ini sudah jenuh Angel cuba merayu  dengan ibu bapanya tetapi masing-masing tetap tidak mahu berkompromi dengan dia. Akhirnya dia pasrah.
“BETUL Jim nak balik Malaysia?” Tanya Sham. Bahu anak teruna di tepuk perlahan. Jim angguk. Yakin. Sham tersenyum kecil. Anaknya sudah besar dan punya pemikiran sendiri. Sebagai orang tua dia hanya boleh tunjukkan jalan dan menyokong sahaja.
“Kalau macam tu nanti papa uruskan segala keperluan Jim dekat sana nanti. Tapi Jim kena janji dengan papa yang Jim akan selalu hantar berita dekat papa masa kat sana nanti.” Pesan Sham.
“Jim janji papa. Don’t worry.” Jim tarik sengih. Tangan di angkat tanda berjanji.
“Papa tak risau dengan Jim tapi papa risau dengan budak ni aje.” Sham menggosok kepala anak bongsunya, Jerry. Jerry tersengih dan pantas melarikan kepalanya. Habis rambut yang terpacak tadi menjadi serabai.
“Papa jangan kacau rambut Jerry.” Muncung Jerry seraya membetulkan semula rambutnya. Jim dan Sham hanya tertawa. Budak ni memang pantang kalau sesiapa usik rambut dia.
“Jangan risau, kalau budak ni buat perangai tahulah macam mana Jim nak ajar dia.” Jim mencerlung ke arah Jerry. Kemudian tangannya membuat isyarat gunting dengan jarinya. Jerry faham sangat dengan maksud itu. Dulu bila dia buat perangai, Jim dalam diam menggunting rambut dia masa dia tengah tidur. Memang ngeri. Hampir-hampir cacat kulit kepala dia dibuatnya, sebab itu dia takut dengan isyarat itu.
“Jerry janji Jerry tak buat perangai lagilah.” Marah Jerry. Tidak suka bila isu rambut menjadi bahan ugutan. “Tak habis-habis nak blackmail orang!” dengus Jerry sebelum dia naik ke biliknya. Jim dan Sham hanya tersengih. Tahu takut!

“TAK boleh ke kalau tak balik? Tak bestlah duduk sana. Boring!” Dean mengulingkan mata ke atas. Sophea dan Andrean hanya tersengih memandang. Budak ni kalau dengar aje nak balik Malaysia pasti ayat tu yang akan keluar dari mulutnya. Boring. Entah benda apa yang buatkan budak ni tak boring agaknya.
“Kita baliklah kejap. Kesian dengan aunty Shila. Dia nak sangat jumpa dengan Dean. Lagipun kita nak sambut wedding dia. Bagilah muka dengan dia sikit. Dean lupa ke aunty Shila rapat dengan Dean masa kecil-kecil dulu.” Pujuk Sophea. Inilah kalau duduk lama sangat dekat luar negara sampai silaturrahim dengan saudara mara pun dah makin jauh. Nanti ada yang anak beranak tak kenal dengan sepupu sepapat kalau jumpa dekat mana-mana ni.
“Yalah-yalah. Tapi habis saja wedding tu, Dean nak balik sini terus.” Ujar Dean. Serentak dengan itu dia mengelek skate dan terus keluar. Apa lagi kalau tidak lepak-lepak dengan crew-crew dia tu.
“Sayang dah cakap dekat principal Dean yang kita nak balik Malaysia ni?” Tanya Sophea pada suaminya.
“I dah uruskan. Jangan risau.” Ujar Andrean. Sophea mengangguk. Baguslah kalau macam tu. Lagipun mereka ingat nak balik lama sikit dekat Malaysia kali ni, alang-alang nak hadir majlis Perkahwinan adik bongsu Sophea jadi mereka ambil cuti sebulan terus.
Sepanjang hari muka Angel berkerut. Wajah Jim dan Jerry bercahaya gembira dan Dean masam mencuka saja. Berbagai rasa yang terlahir bila nama Malaysia duk berlegar-legar dalam kepala. Entah boleh survive atau tidak dekat sana nanti.





                                                                                 bersambung........

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...