Sunday, January 17, 2016

My Angel 1



                                                                   



A
NGEL duduk bersandar pada sofa. Nafas di hela lambat-lambat. Kepalanya kian pusing bila mengingati arahan mami dan daddynya. Sudah puas di pujuk rayu dan di berikan sumpah janji tetapi mereka berdua tetap teguh dengan keputusan mereka.
“Arrghhh!” tempiknya. Tanpa sedar Angel menumbuk meja kuat. Menyeringai dia menahan sakit, tetapi sakit di tangan masih boleh di tahan daripada sakit di hati.
“Angel kenapa ni?” ketukan di muka pintu biliknya menyebabkan pandangannya terkalih pada pintu itu. Suara Babe, pengasuhnya mulai kedengaran.
“Tak ada apa-apa Babe.” Balas Angel. Beberapa minit kemudian suara itu menghilang. Mungkin sudah blah.
“Mami dan daddy nak Angel balik Malaysia, duduk dengan nenek. Mami dan daddy dah tak boleh nak tahan dengan perangai liar Angel. Hari-hari balik lambat, ponteng sekolah, berkawan dengan budak yang bukan-bukan. Mami sakit kepala tengok perangai Angel macam ni.”
“Mami, Angel janji, Angel tak akan buat lagi. Angel akan dengar cakap mami dengan daddy. I promise you.” Angel mengangkat tangan tanda berjanji. Sekarang ini dia harus buat apa saja asalkan mami dan daddy tarik balik keputusan itu. Duduk dengan nenek dekat Malaysia? Hah! Alamat matilah dia nanti. Nenek tu garang nak mampus. Tengoklah nanti, nak buat apa-apa pun tak boleh. Banyak sangat pantang larang orang tua tu.
No. keputusan daddy muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan. Tiket Angel daddy dah book. Lusa Angel balik Malaysia. Sekarang ni pergi kemas barang-barang Angel. Pasal sekolah dekat sana daddy dah suruh Uncle Zain uruskan.” Sampuk Mike bila dia terdengar Angel dan Khatty bercakap tadi.
Daddy dengan mami ni dah tak sayangkan Angel lagi. I hate you both!” Keras Angel membentak dan terus dia berlari dari situ. Itu cerita dua hari lepas dan sekarang ini dia sedang bersiap-siap untuk di hantar ke airport. Sepanjang dua tiga hari ini sudah jenuh Angel cuba merayu  dengan ibu bapanya tetapi masing-masing tetap tidak mahu berkompromi dengan dia. Akhirnya dia pasrah.
“BETUL Jim nak balik Malaysia?” Tanya Sham. Bahu anak teruna di tepuk perlahan. Jim angguk. Yakin. Sham tersenyum kecil. Anaknya sudah besar dan punya pemikiran sendiri. Sebagai orang tua dia hanya boleh tunjukkan jalan dan menyokong sahaja.
“Kalau macam tu nanti papa uruskan segala keperluan Jim dekat sana nanti. Tapi Jim kena janji dengan papa yang Jim akan selalu hantar berita dekat papa masa kat sana nanti.” Pesan Sham.
“Jim janji papa. Don’t worry.” Jim tarik sengih. Tangan di angkat tanda berjanji.
“Papa tak risau dengan Jim tapi papa risau dengan budak ni aje.” Sham menggosok kepala anak bongsunya, Jerry. Jerry tersengih dan pantas melarikan kepalanya. Habis rambut yang terpacak tadi menjadi serabai.
“Papa jangan kacau rambut Jerry.” Muncung Jerry seraya membetulkan semula rambutnya. Jim dan Sham hanya tertawa. Budak ni memang pantang kalau sesiapa usik rambut dia.
“Jangan risau, kalau budak ni buat perangai tahulah macam mana Jim nak ajar dia.” Jim mencerlung ke arah Jerry. Kemudian tangannya membuat isyarat gunting dengan jarinya. Jerry faham sangat dengan maksud itu. Dulu bila dia buat perangai, Jim dalam diam menggunting rambut dia masa dia tengah tidur. Memang ngeri. Hampir-hampir cacat kulit kepala dia dibuatnya, sebab itu dia takut dengan isyarat itu.
“Jerry janji Jerry tak buat perangai lagilah.” Marah Jerry. Tidak suka bila isu rambut menjadi bahan ugutan. “Tak habis-habis nak blackmail orang!” dengus Jerry sebelum dia naik ke biliknya. Jim dan Sham hanya tersengih. Tahu takut!

“TAK boleh ke kalau tak balik? Tak bestlah duduk sana. Boring!” Dean mengulingkan mata ke atas. Sophea dan Andrean hanya tersengih memandang. Budak ni kalau dengar aje nak balik Malaysia pasti ayat tu yang akan keluar dari mulutnya. Boring. Entah benda apa yang buatkan budak ni tak boring agaknya.
“Kita baliklah kejap. Kesian dengan aunty Shila. Dia nak sangat jumpa dengan Dean. Lagipun kita nak sambut wedding dia. Bagilah muka dengan dia sikit. Dean lupa ke aunty Shila rapat dengan Dean masa kecil-kecil dulu.” Pujuk Sophea. Inilah kalau duduk lama sangat dekat luar negara sampai silaturrahim dengan saudara mara pun dah makin jauh. Nanti ada yang anak beranak tak kenal dengan sepupu sepapat kalau jumpa dekat mana-mana ni.
“Yalah-yalah. Tapi habis saja wedding tu, Dean nak balik sini terus.” Ujar Dean. Serentak dengan itu dia mengelek skate dan terus keluar. Apa lagi kalau tidak lepak-lepak dengan crew-crew dia tu.
“Sayang dah cakap dekat principal Dean yang kita nak balik Malaysia ni?” Tanya Sophea pada suaminya.
“I dah uruskan. Jangan risau.” Ujar Andrean. Sophea mengangguk. Baguslah kalau macam tu. Lagipun mereka ingat nak balik lama sikit dekat Malaysia kali ni, alang-alang nak hadir majlis Perkahwinan adik bongsu Sophea jadi mereka ambil cuti sebulan terus.
Sepanjang hari muka Angel berkerut. Wajah Jim dan Jerry bercahaya gembira dan Dean masam mencuka saja. Berbagai rasa yang terlahir bila nama Malaysia duk berlegar-legar dalam kepala. Entah boleh survive atau tidak dekat sana nanti.





                                                                                 bersambung........

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...