Wednesday, January 20, 2016

Indahnya Cinta 8


                                                         


M
ASUK saja pejabat pagi tu aku di sambut lagi dengan sekuntum bunga ros merah bersama dengan satu kad kecil lagi. Aku mengambil dan mencium bunga ros itu. Kad itu di buka dan di baca.
kau yang terindah dalam hidupku ~ IA
Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Bait kata yang diukir sangat indah sekali. Bunga ros itu di letakkan di dalam pasu yang sama dengan ros semalam manakala kad di letakkan ke dalam laci meja. Mood aku bertambah ceria untuk membuat kerja. Walaupun Haiqal sudah memberi amaran untuk aku mengabaikan pemberian itu tetapi hati aku berbisik yang sebaliknya. Sayang untuk membuang ros yang cantik itu. Kalau aku tak beritahu mana Haiqal nak tahu. Aku hanya menganggap si penghantar sebagai peminat aku sahaja dan tidak lebih dari itu.
Sepanjang masa aku sibuk meneliti perjalanan beberapa buah projek yang sedang dijalankan. Sesekali aku terpaksa berulang alik ke bilik mesyuarat untuk membincangkan masalah projek dengan team di bawah selian aku.
Aku mengeluh berat, Penat rasa badan aku hari ini. Jam di dinding aku jeling sekilas. Dah pukul 1.15 tengah hari. Malas pula nak keluar makan, aku mengunci pintu dan merebahkan diri di atas sofa yang berada di dalam bilikku. Aku cuba untuk memejamkan mata tapi dengan badan yang cukup penat membuatkan mata aku hanya terkebil-kebil memandang siling.
Aku terjaga daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk dengan di ikuti bunyi handphone. Aku terpisat-pisat bangun. Tak sedar bila aku boleh terlena tadi. Aku bangun dengan malas dan tangan sibuk mengemaskan tudung dan baju di badan. Aku memandang pantulan wajahku di balik cermin almari seketika sebelum berjalan ke pintu.
Pintu di kuak perlahan. Wajah abang yang sedang tercegat di muka pintu. Aku menepi dan memberi ruang untuk dia masuk. Aku duduk di depan abang yang sedang duduk di sofa.
“Tak keluar lunch ke?”
Aku menggeleng. Badan yang terasa lesu tadi dah mula menghilang bila dapat berehat sekejap tadi. Abang bangun dan berdiri di depan aku. Tangannya di letakkan di atas dahi aku. Aku membiarkan. Rasa senang dengan sikap mengambil berat abang.
“Tak sihat ke? Muka adik nampak macam lesu aje ni?”
“Tak adalah, penat sikit hari ni. Banyak sangat kerja nak kena pantau sebab tu malas nak keluar lunch.”  Ujarku sambil tersengih. Tangan abang yang berada di atas bahuku di tepuk perlahan.
“Kenapa tak makan? Kerja banyak macam mana pun kesihatan tetap kena jaga.”
“Tahu, tapi habis meeting dengan team tadi agak lewat sebab tu malas nak keluar... Hmmm... Abang ada apa sampai datang sini ni?”
“Saja... Dah ada orang tu dah mula bising-bising bila tak dapat call girlfriend dia, lepas tu sibuk suruh abang pergi tengok.”  Perli abang sambil menjeling aku sekilas. Aku dah tersenyum. Tahu siapa yang di maksudkan oleh abang. Pantas aku teringatkan panggilan telefon tadi. Handphone di atas meja aku ambil.
Mak aii... Banyaknya missed call daripada Haiqal dan tidak termasuk lagi daripada abang. Kemudian aku tersenyum membaca SMS yang di hantar yang bertanyakan aku berada di mana. Aku  dah rasa macam di awang-awangan bila ada orang yang mengambil berat pasal aku. Tanpa sedar terletus satu senyuman di bibirku.
“Hai.. Bahagia nampak orang tu sekarang ni? Tak lama lagi seronoklah mama dengan abah nak dapat menantu dari anak bongsu dia.”
Mati terus senyuman aku. Abang tergelak melihat reaksi aku. Aku bergerak perlahan ke arah abang dengan muka menahan malu. Abang yang seakan dapat menduga reaksi aku terus bangun dan menjauhi aku. Tahu sangat yang aku mahu 'menghadiahkan' dia dengan sepit ketam aku tu.
Aku berjalan dengan laju dan mengejarnya dari belakang. Abang melarikan diri di sebelah sofa dan berjalan mengelilinginya untuk mengelakkan aku dari menghampirinya. Dia ketawa bila melihat muka aku yang merah padam sebab tidak dapat mengejarnya. Bingit ruang itu dengan suara aku dan abang yang sedang bermain kejar mengejar.
Akhirnya aku berhenti dari mengejar. Dah tak larat sebab tak ada tenaga. Abang yang masih lagi sakan ketawa turut duduk berhadapan dengan aku. Aku menarik tisu dan mengelap peluh yang berjejeran di dahi.
“Dah lah abang, adik dah penat. Layan abang ni setahun pun tak habis.”  Aku dah bersuara semput. Abang bangun dan mengusap lembut ubun-ubun aku yang di tutupi dengan tudung. Aku mengangkat kepala.
“Dah jom kita keluar, nanti merajuk pula orang tu.”  Abang dah menarik tarik aku untuk bangun. Aku terus berdiri di depan abang.
“Sekarang ke? Tapi dah pukul dua lebih, Waktu makan tengah hari pun dah lepas”
“Alah tak apa, kita kan anak bos.. Sekali sekala buat perangai apa salahnya.”  Selamba aje abang menjawab sambil tergelak besar. Aku mencebik. Mentang-mentanglah abah tak ada kat pejabat hari ni, Boleh pula dia nak buat perangai.
Report kat Datuk Haji Amiruddin nanti baru tahu”  Ugutku. Sengaja nak takutkan dia dengan nama abah. Dia tersengih.
“Dah-dah jangan nak banyak songeh nanti lambat pula.” Abang dah siap sedia menunggu aku di depan pintu. Baru aku nak melangkah sama tiba-tiba aku baru teringatkan sesuatu. Spontan tangan menepuk dahi perlahan. Abang yang mula nak melangkah turut berpaling.
“Kenapa?.” Dia berpatah balik dan berdiri di depan aku semula. Aku tersengih. Bibir aku gigit perlahan. Wajah di tunduk sebab tak berani nak pandang muka abang ketika ini. Abang masih lagi menunggu bicara daripada aku. Jelas wajahnya penuh dengan  tanda tanya.
“Tak solat lagi... Lupa”  Aku tersengih malu sambil mengaru-garu dahi. Mata abang dah membulat memandang ke arahku. Pinggangnya di cekak.
“Bertuah punya budak, ingat dah solat. Dah pukul berapa ni sampai tak solat lagi. Dah pergi solat cepat nanti jumpa abang kat bawah.”  Abang menolak perlahan kepala aku dan berlalu pergi. Aku menggosok perlahan kepala dengan penuh perasaan malu. Nasib baik tak ada orang tengok apa yang abang buat dekat aku. Kalau tak memang malu.
Alamak!.. Dah lewat baik aku cepat nanti tak pasal-pasal abang marah pula. Aku segera  ke bilik air.  Sejadah di bentangkan untuk tunaikan solat zohor. Allahuakbar!

“NAK pergi mana ni?” Akhirnya suara aku kedengaran juga selepas sekian lama menjadi pendengar setia dua orang jejaka yang berada di bahagian depan. Aku menyelitkan diri di tengah-tengah ruang di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Abang yang sedang memandu hanya mengangkat bahu dan terus memandu. Aku menyampah melihat senyuman di bibir abang. Kemudian aku memandang pula Haiqal di tepi.
“Carl kita nak pergi mana ni?”
Haiqal berpaling ke arahku dan dia turut menggelengkan kepala sambil tersenyum. Aku dah nak menggelegak marah. Kenapa dengan dua orang manusia ni? Aku tanya tapi masing-masing buat derk dengan setiap pertanyaan aku. Yang sorang duk angkat bahu, yang sorang lagi duk geleng kepala. Malas nak layan aku bersandar marah di tempat duduk belakang. Aku menarik keluar ipod dan terus earphone aku sumbat ke telinga. Dengar lagu lagi best daripada layan mereka ni. Aku perasan yang Haiqal sesekali berpaling ke belakang dan mata abang yang asyik menjeling aku di cermin pandang belakang sejak dari tadi. Panas hati dengan pandangan dia orang, aku menarik cermin mata hitam di dalam handbag dan terus memakainya.
“Huh.. Kurang sikit rasa silau dengan senyuman orang kat depan ni”  Bebelan aku menyebabkan  suara abang dan Haiqal berpadu. Aku buat derk dengan mereka balik.
Abang memberhentikan kereta di depan hotel JW Marriot. Aku terus membetulkan duduk. Cermin mata di tanggalkan dan di simpan semula ke dalam beg.
“Kenapa kita datang sini?”  Aku bertanya secara umum. Siapa nak jawab silakan. Aku dah malas nak tanya secara spesifik nanti orang tu tak nak jawab pula. Kalau tanya macam ni kan senang.
“Aik... Ingat tidur tadi.”  Ujar abang sambil berpaling sekilas ke belakang. Aku tersengih sambil menggeleng. Pintu di buka untuk aku dan aku melangkah keluar. Abang dan Haiqal sudah berdiri di sebelah aku. Abang menyerahkan kunci kereta untuk Valet parking.
“Jom..” Abang menarik tangan aku agar membuntuti langkahnya yang sedang berjalan masuk.
“Carl, kenapa datang sini?” Aku berbisik perlahan kepada Haiqal yang sedang berjalan di sebelahku.
“Adalah... Nanti sayang tahulah, sekarang ni jangan tanya apa-apa, ikut aje” Haiqal turut berbisik sama di telingaku. Alahai... Romantiknya main bisik-bisik macam ni. Suara Haiqal kedengaran begitu mengancam!
“Nah ambil kunci, nanti tunggu abang panggil.” Abang sudah menghulurkan kunci kepadaku. Aku ambil dan menilik seketika. Dahi dah berkerut. Kata nak keluar makan tapi apasal sambil tempah-tempah bilik ni. Nasib baik abang ada sama, kalau Haiqal yang bawa aku ke sini memang ada yang kena jurus burung terbang ke langit dengan aku ni.
“Abang... Kenapa ni? Tadi abang cakap nak bawa adik makan tapi apasal datang sini? Abang ni memang misteri betullah hari ni”
“Memanglah nak makan tapi function tu malam nanti, sekarang ni adik pergi rehat dulu. Tunggu abang call, Sekarang masuk dulu. Abang ada hal yang nak bincang dengan Haiqal kejap lagi.” Abang menolak tubuh aku untuk pergi. Aku mengeraskan badan, Kaki aku siap pacak di lantai. Abang tersenyum sambil menolak lembut badan aku dan kaki aku perlahan-lahan bergerak mengikut tolakan abang.
“Alah... Apasal berahsia sangat ni, Kalau nak suruh adik pergi pun bagilah adik makan dulu, lapar ni tahu tak. Kan tak pasal-pasal adik kunyah orangkan.”  Aku menjawab geram.
“Alalala... Kesiannya buah hati Carl ni. Tak apa nanti Carl suruh orang hantar makanan kat bilik sayang.” Haiqal mencuit manja hujung hidungku. Terpempan aku seketika. Tak terduga dengan tindakan Haiqal. Abang buat-buat tak nampak dan berpura-pura menekan telefon. Pandailah nak cover!.
Abang dan Haiqal menghantar aku sampai ke pintu bilik. Aku masuk dengan teragak-agak. Mereka masih menunggu aku di luar sehinggalah aku menutup pintu.
“Apasal mereka ni? Macam ada rahsia besar aje sampai dengan aku pun tak nak cakap, Tak apa, jangan harap rahsia nak jadi rahsia lagi lepas ni.”
Aku membuka pintu gelangsar. Angin petang menerobos masuk dan mendinginkan suasana. Dari bilik ini aku dapat melihat kenderaan yang bersimpang siur di atas jalan.
Loceng pintu bilik berbunyi. Aku menarik selak pintu dan memberi ruang kepada seorang pelayan yang sedang menolak troli. Dia menghidangkan makan di atas meja dengan begitu cekap dan pantas.
Aku memberikan sedikit tip dan dia berjalan keluar. Hidangan di atas meja menarik selera aku. Kerusi di tarik dan aku mula menghirup kuah tom yam dan makan bersama nasi goreng tadi. Wallah... Memang sedap yang tak terhingga. Aku makan dengan penuh berselera. Licin kuah tom yam aku hirup. Macam tak percaya aje aku mampu habiskan sepinggan nasi goreng. Mungkin di sebabkan aku yang sememangnya sedang kebulur tadi. Hehehe..
Bila perut dah kenyang mata juga dah mula layu, tapi kali ini aku pastikan yang aku solat dulu sebelum tidur. Takut terbabas pula nanti. Selepas menunaikan solat asar aku terus dive di atas tilam yang sememangnya cukup empuk. Tudung aku cabut dan lempar di atas sofa.

Selimut di tarik dan membungkus tubuh yang semakin dingin dengan suhu aircond yang cukup sejuk dan aku terus zzzzzz..


                                                                            bersambung....

p/s : apa pendapat korang tentang cerita ni?
Well, kalau boleh tinggalkan kesan gigitan anda di bawah untuk sy improve lg cerita ni
thanks.., daaa.....

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...