Wednesday, January 20, 2016

#CAFE NEO 1





A
KU menarik nafas. Oksigen di sedut dalam-dalam. Dada yang berombak tadi mulai tenang. Dari sebalik tembok aku cuba mengintai lagi. Itu dia, si dia masih lagi menghala ke arah kiri dan kanan, lagak mencari seseorang. Perlahan-lahan aku mengundur sebelum membuka langkah seribu.
“Ehh…” terkejut Zana bila tubuh aku dan dia hampir-hampir berlanggar tadi. Dia menepi dan membiarkan aku masuk terlebih dahulu. Aku membuang lelah di atas sofa. Zana duduk di sebelah aku dengan wajah berkerut.
“Jangan soal…. Aku nak… ambil nafas dulu…” sepatah-sepatah aku bercakap. Lelah.
“Okey, kau tarik nafas…. Hembus…. Tarik…. Hembus…” Si Zana pula sibuk jadi instructor.
“Okey.” Aku menarik senyum dan membetulkan cara duduk.
“Kau kenapa tadi?” tanya Zana.
“Aku lari dari mamat tu tadi.” Ujar aku.
“Zaril ke?”
“Yalah, siapa lagi.”
“Gigihnya dia kejar kau. Tak reti penat ke mamat tu?” Soal Zana. Aku julingkan mata.
“Manalah aku tahu. Aku yang kena kejar pun dah naik semput.”
“Hahaha… Kesian dekat Zaril, dari sem 3 lagi dia duk kejar-kejarkan kau, yang kau jual mahal sangat ni kenapa? Bagilah can dia nak tackle kau tu.”
“Mana ada aku jual mahal. Aku dah cakap baik-baik dekat Zaril tu yang aku hanya boleh jadi kawan saja tapi dia yang tak nak terima. Aku nak buat macam mana lagi? Aku pun dah rimas asyik kena ganggu saja dengan dia.” Aku mengeluh.
“Kau cakaplah baik-baik dekat dia. Kalau kau asyik lari macam mana dia tak kejar kau.” Zana tepuk perlahan peha aku sebelum dia bangun.
“Eh, kau nak pergi mana?” aku pandang dia yang sudah berdiri di muka pintu.
“Aku nak keluar kejap. Nak pergi makan dengan Faiz, kau nak ikut?” Tanya Zana. Aku geleng. Malas nak kacau date mereka berdua.
“Malaslah, aku ingat lepas ni aku nak lepak dekat cafe Neo lepas-lepas ni.” Ujarku. Zana angguk.
“Okey, aku pergi dulu. Daaa…” Zana lambai tangan. Aku tergelak kecil sebelum membalasnya.
“Daaa…”
Aku menggalas beg sandang yang berisi laptop dan beberapa assignment. Pintu café Neo bergerincing bila pintu di tolak. Aku tersenyum bila lagu I’m yours dari Jason Mraz berkumandang. Aku menyapa Danny yang berada di kaunter.
“Iced Americano!” Danny terus menyebut air kegemaran aku sebelum sempat aku membuka mulut. Aku menarik senyum dan angguk. Tahu sangat dia dengan air kegemaran aku itu. Lagipun setiap kali aku ke sini hanya air itu sahaja yang aku pinta.
“Pandai.” Aku mengangkat ibu jari dan terus ke meja yang biasa aku duduk.
Laptop aku on dan sementara menunggu aku membuang pandang orang yang lalu lalang di luar kafe. Ramai pula malam ini, mungkin sebab esok hujung minggu jadi orang ambil kesempatan duduk melepak, macam aku.
“Iced Americano and red velvet cakes for you.” Apiz meletakkan makanan di depan aku. Aku terpinga-pinga seketika.
“Eh, Apiz aku tak order kek ni.” Aku menolak piring berisi kek ke arahnya semula.
“Tahu. Tapi ada orang yang belanja.” Apiz menolak semula ke arah aku. Aku pandang Apiz yang tersengih-sengih itu. Dulang di tangan di peluknya.
“Siapa?” soalku.
“Ituuu….” Apiz memuncung ke satu arah. Aku menyorot pandangan Apiz itu. Seketika pandangan aku bertemu dengan satu figura yang duduk memeluk tubuh di meja di hujung sana. Dia mengangkat tangan bila pandangan mata aku dan dia bertembung.
“Siapa tu?” soal aku pada Apiz.
“Piz…” Aku toleh ke belakang. Eh, tak ada? Mana si Apiz ni pergi. Ceh, kau tinggalkan aku sorang-sorang Apiz. Samdol punya mamat. Aku mengetap bibir tanda geram. Apiz tersengih dan melambai tangan pada aku dari kaunter.
“Hai…” satu suara menegur. Mata aku terkalih ke sebelah. Kelihatan lelaki yang belanja aku kek tadi sudah tercegat di sebelah. Lambat-lambat aku tersenyum dan menyapa kembali.
“Hai.” Balasku.
“Boleh saya duduk.” Dia bertanya.
“Ah…” Tapi belum sempat aku membuka mulut dia sudah menarik kerusi dan duduk di depan aku.
“Kenapa awak tak makan? Tak sedap ke? Atau awak nak kek lain?” mulutnya macam mesin gun. Aku pandang kek dan kemudian pandang dia.
“Apiz cakap yang itu kek kegemaran awak.” Ujarnya tanpa sempat aku nak kelentong. Aku gigit bibir menahan geram. Eh budak Apiz ni! Aku jeling pada Apiz yang tersengih-sengih dari jauh. Ada juga yang nak makan selipar jepun aku ni!
“Yaa…” Jawab aku. Mata kembali pada skrin di depan. Buku-buku tebal yang aku angkut tadi aku belek. Saja nak beritahu yang aku sedang sibuk dan tidak mahu di ganggu.
“Awak ambil course apa ni?” dia membelek buku aku yang tebal tahap nak bagi orang patah tulang rusuk tu.
“Farmasi?” dia pandang aku. Aku angguk.
“So lepas ni kalau saya sakit bolehlah saya jumpa dengan awak ambil ubat.” Dia kenyit mata pada aku. Aku mulai tidak selesa dengan tingkahlakunya.
“Kenapa nak jumpa saya? Jumpalah doktor.”
“Memang betul, tapi tetap kena jumpa ahli farmasi jugakan kalau nak dapatkan ubat.” Dia tersenyum lebar. Aku diam seketika, kemudian baru angguk. Betullah tu.
“Best ke ambil farmasi ni?” Tanya dia. Aku menarik nafas dalam-dalam dan pandang dia. Semangat yang berkobar-kobar mahu menyudahkan assignmenat tadi sudah terkubur.
“Suka. Sukaa sangat-sangat.” aku tarik panjang perkataan suka itu. Muka cuba di maniskan walaupun dekat dalam dah berasap.
“Eh janganlah marah. Saya cuma nak tanya saja.”
“Mana ada saya marah.” Kuat suara aku. Gelas iced Americano aku tarik dan sedut lama-lama. Menyejukkan panas di dalam. Kek di sua dekat dengan aku. Aku pandang dia.
“Makanlah. Saya tak kacau awak lagi.” Serentak dengan itu dia bangun dan berjalan ke arah meja yang di huninya tadi. Aku hanya memandang sahaja langkahnya. Entah siapalah mamat tu. Kenal pun tak. Dia tersenyum bila perasan aku sedang memandangnya dan terus membuat isyarat makan bila kek itu aku belum sentuh lagi.
Aku berkalih ke depan semula. Lama aku pandang kek itu sebelum menyuapnya.
Hmmm… memang kek ini yang paling terbaik sekali. Senyuman jelas tersumbing di bibir. Memang sedap.
Entah berapa jam aku bertapa dekat dalam ini pun aku tidak perasan, sedar-sedar pun kelibat Danny datang menyapa. Danny hendak balik sebab shif dia sudah tamat. Aku pandang jam, hampir pukul 12 malam. Aku pandang sekeliling café. Orang masih ada walaupun tidak ramai.
“Kau nak stay up sampai pukul berapa ni?” soal Danny. Aku cepat-cepat kemas peralatan. Buku-buku dan laptop aku sumbat dalam beg galas.
“Nak baliklah ni.” Aku terus berdiri. Danny menepi untuk member ruang untuk aku keluar. Bila pandangan aku di tala pada kerusi lelaki tadi ia sudah kosong. Entah bila lelaki itu pergi.
“Jom, aku temankan kau sampai pintu pagar.” Pelawa Danny. Aku angguk. Danny selalu juga temankan aku balik sebab jalan ke rumah sewa lelaki itu pun menghala ke arah yang sama.
“Lewat kau balik malam ni?” Tanya Danny bila tiada perbualan antara kami sejak beberapa minit yang lalu.
“Hmmm.. aku tak sedar. Banyak sangat kerja yang aku kena buat tadi.” Balasku.
“Kau berbual apa dengan Joe tadi?”
“Joe?” aku toleh pada Danny. Berkerut aku mendengar nama yang baru keluar dari mulut Danny tu. Joe? Siapa tu?
“Lah, yang kau bercakap bagai nak rak tadi tu apa?” kali ni Danny pula yang kerut dahi.
“Mamat tu tadi nama dia Joe ke?”
“Yalah. Aku ingat kau dah tahu nama dia. Berbual bukan main lama.” Muka Danny nampak keliru.
“Manalah aku tahu nama dia apa. Dia pun tak cakap…” dan aku pun tak tanya. Yang akhir tu aku cakap dalam hati saja.
“Apalah korang ni. Ingatkan dah tahu.” Danny tergelak kecil bila melihat aku menggeleng kepala.
Pin!
Bunyi hon dari belakang membuatkan kami berdua berkalih ke belakang. Sebuah kereta Honda sudah berhenti di sebelah kami. Cermin kereta di turunkan. Danny menjenguk untuk melihat siapa si pemandunya.
“Eh, bro. kereta baru ke?” Danny tersenyum dan mendekati kereta itu. Aku turut menghampiri Danny yang sedang berbual itu.
Rahang aku hampir terlurut bila pandangan kami bertemu. Dia? Joe? Apa yang dia buat dekat sini.
“Danny, masuk aku hantar kau!” keras suara Joe. Aku dan Danny terpinga-pinga.
“Eh tak apalah. Aku nak hantar Sara kejap.” Danny menolak. Aku tidak selesa bila melihat pandangan tajam si Joe ini. entah apasal tiba-tiba sentap saja, tadi masa kat café okey saja mood lelaki tu.
“Masuk aku cakap!” pintu sudah di buka dari dalam. Nampak muka Danny sudah serba salah. Aku menarik senyum dan pandang Danny.
“It’s okey. Rumah aku pun dah dekat dah.” Balasku. Kesian dengan Danny.
“Tapi… dah malam ni.” Muka Danny nampak risau. Jam di tangan di tilik. Jalan pun sunyi sepi saja dekat kawasan ini.
“Kau ni macamlah aku tak biasa.” Aku tepuk perlahan bahu Danny. Lagipun rumah aku dengan café Neo tu tak adalah jauh sangat, hanya 15 minit kalau berjalan kaki.
“Bro, kau tumpangkan sekali Sara.” Danny terus membuka pintu belakang untuk aku. Aku terus terpinga bila danny menolak masuk aku ke dalam kereta. Terdengar decitan tidak puas hati dari mulut Joe.
“Danny…” aku nak menolak pelawaan itu. Tak selesa bila tahu tuan punya kereta tak ikhlas nak menolong.
“Duduk je. Dah bro jom gerak.” Danny menepuk lengan Joe. Joe menjeling aku di belakang sebelum kereta mula bergerak. Aku menunduk bila melihat pandangan garang si Joe tadi.
Dari balik cermin di depan aku sedar yang mata Joe asyik merenung aku. Aku melarikan mata ke luar. Tangan aku genggam erat. Sabar ajelah.
“Berhenti kat depan rumah warna oren tu.” Danny menunjuk. Joe membrek keretanya dengan kuat sampaikan aku terdorong ke depan, nasib baik tangan sempat berpaut pada kerusi di depan.
“Wei, kau ni apasal?” marah Danny. Dia pun turut terhumban ke depan tadi bila Joe brek mengejut tadi. Joe tayang muka poyo. Aku cepat-cepat membuka pintu kereta.
“Thanks Danny.” Ucapku bila aku sudah berdiri di luar.
“Okey, small matter.” Danny senyum dan angkat tangan.
Aku sengaja tidak memandang Joe. Masih tidak puas hati dengan perbuatan lelaki tadi. Menyesal aku layan dia berbual tadi. Kalau boleh rasa nak di luah balik kek dalam perut aku ni.
“Bye, selamat malam Sara.” Danny angkat tangan sekali lagi. Belum sempat aku membalasnya, kereta Joe sudah berdesap pergi. Terlopong aku melihatnya. Danny pun sudah bengang bila kereta Joe sudah bergerak sebelum dia habis cakap tadi.
“Erk eleh… Kereklah mamat tu.” Sempat lagi aku memarahi si Joe tu.
“Sewel punya Joe jambul!” bengang. Harap-harap aku tak jumpa lagi dia lepas ni.

                                                                                Bersambung….

p/s : agak-agak apalah yang membuatkan si Joe tu berubah perangai. Meroyan ke apa mamat tu? Memang split personality betul!




2 comments:

  1. aah kan...kenapa joe jambul tiba2 berubah perangai?
    dlm cafe sikit punya romantik...siap bagi kek lagi.

    ReplyDelete

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...