Tuesday, December 22, 2015

Indahnya Cinta 6


                                                           



                                         
M
ASUK saja pejabat pagi tu aku di sambut lagi dengan sekuntum bunga ros merah bersama dengan satu kad kecil lagi. Aku mengambil dan mencium bunga ros itu. Kad itu di buka dan di baca.
kau yang terindah dalam hidupku
Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Bait kata yang diukir sangat indah sekali. Bunga ros itu di letakkan di dalam pasu yang sama dengan ros semalam manakala kad di letakkan ke dalam laci meja. Mood aku bertambah ceria untuk membuat kerja. Walaupun Haiqal sudah memberi amaran untuk aku mengabaikan pemberian itu tetapi hati aku berbisik yang sebaliknya. Sayang untuk membuang ros yang cantik itu. Kalau aku tak beritahu mana Haiqal nak tahu. Aku hanya menganggap si penghantar sebagai peminat aku sahaja dan tidak lebih dari itu.
Sepanjang masa aku sibuk meneliti perjalanan beberapa buah projek yang sedang dijalankan. Sesekali aku terpaksa berulang alik ke bilik mesyuarat untuk membincangkan masalah projek dengan team di bawah selian aku.
Aku mengeluh berat, Penat rasa badan aku hari ini. Jam di dinding aku jeling sekilas. Dah pukul 1.15 tengah hari. Malas pula nak keluar makan, aku mengunci pintu dan merebahkan diri di atas sofa yang berada di dalam bilikku. Aku cuba untuk memejamkan mata tapi dengan badan yang cukup penat membuatkan mata aku hanya terkebil-kebil memandang siling.
Aku terjaga daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk dengan di ikuti bunyi handphone. Aku terpisat-pisat bangun. Tak sedar bila aku boleh terlena tadi. Aku bangun dengan malas dan tangan sibuk mengemaskan tudung dan baju di badan. Aku memandang pantulan wajahku di balik cermin almari seketika sebelum berjalan ke pintu.
Pintu di kuak perlahan. Wajah abang yang sedang tercegat di muka pintu. Aku menepi dan memberi ruang untuk dia masuk. Aku duduk di depan abang yang sedang duduk di sofa.
“Tak keluar lunch ke?”
Aku menggeleng. Badan yang terasa lesu tadi dah mula menghilang bila dapat berehat sekejap tadi. Abang bangun dan berdiri di depan aku. Tangannya di letakkan di atas dahi aku. Aku membiarkan. Rasa senang dengan sikap mengambil berat abang.
“Tak sihat ke? Muka adik nampak macam lesu aje ni?”
“Tak adalah, penat sikit hari ni. Banyak sangat kerja nak kena pantau sebab tu malas nak keluar lunch.”  Ujarku sambil tersengih. Tangan abang yang berada di atas bahuku di tepuk perlahan.
“Kenapa tak makan? Kerja banyak macam mana pun kesihatan tetap kena jaga.”
“Tahu, tapi habis meeting dengan team tadi agak lewat sebab tu malas nak keluar... Hmmm... Abang ada apa sampai datang sini ni?”
“Saja... Dah ada orang tu dah mula bising-bising bila tak dapat call girlfriend dia, lepas tu sibuk suruh abang pergi tengok.”  Perli abang sambil menjeling aku sekilas. Aku dah tersenyum. Tahu siapa yang di maksudkan oleh abang. Pantas aku teringatkan panggilan telefon tadi. Handphone di atas meja aku ambil.
Mak aii... Banyaknya missed call daripada Haiqal dan tidak termasuk lagi daripada abang. Kemudian aku tersenyum membaca SMS yang di hantar yang bertanyakan aku berada di mana. Aku  dah rasa macam di awang-awangan bila ada orang yang mengambil berat pasal aku. Tanpa sedar terletus satu senyuman di bibirku.
“Hai.. Bahagia nampak orang tu sekarang ni? Tak lama lagi seronoklah mama dengan abah nak dapat menantu dari anak bongsu dia.”
Mati terus senyuman aku. Abang tergelak melihat reaksi aku. Aku bergerak perlahan ke arah abang dengan muka menahan malu. Abang yang seakan dapat menduga reaksi aku terus bangun dan menjauhi aku. Tahu sangat yang aku mahu 'menghadiahkan' dia dengan sepit ketam aku tu.
Aku berjalan dengan laju dan mengejarnya dari belakang. Abang melarikan diri di sebelah sofa dan berjalan mengelilinginya untuk mengelakkan aku dari menghampirinya. Dia ketawa bila melihat muka aku yang merah padam sebab tidak dapat mengejarnya. Bingit ruang itu dengan suara aku dan abang yang sedang bermain kejar mengejar.
Akhirnya aku berhenti dari mengejar. Dah tak larat sebab tak ada tenaga. Abang yang masih lagi sakan ketawa turut duduk berhadapan dengan aku. Aku menarik tisu dan mengelap peluh yang berjejeran di dahi.
“Dah lah abang, adik dah penat. Layan abang ni setahun pun tak habis.”  Aku dah bersuara semput. Abang bangun dan mengusap lembut ubun-ubun aku yang di tutupi dengan tudung. Aku mengangkat kepala.
“Dah jom kita keluar, nanti merajuk pula orang tu.”  Abang dah menarik tarik aku untuk bangun. Aku terus berdiri di depan abang.
“Sekarang ke? Tapi dah pukul dua lebih, Waktu makan tengah hari pun dah lepas”
“Alah tak apa, kita kan anak bos.. Sekali sekala buat perangai apa salahnya.”  Selamba aje abang menjawab sambil tergelak besar. Aku mencebik. Mentang-mentanglah abah tak ada kat pejabat hari ni, Boleh pula dia nak buat perangai.
Report kat Datuk Haji Amiruddin nanti baru tahu”  Ugutku. Sengaja nak takutkan dia dengan nama abah. Dia tersengih.
“Dah-dah jangan nak banyak songeh nanti lambat pula.” Abang dah siap sedia menunggu aku di depan pintu. Baru aku nak melangkah sama tiba-tiba aku baru teringatkan sesuatu. Spontan tangan menepuk dahi perlahan. Abang yang mula nak melangkah turut berpaling.
“Kenapa?.” Dia berpatah balik dan berdiri di depan aku semula. Aku tersengih. Bibir aku gigit perlahan. Wajah di tunduk sebab tak berani nak pandang muka abang ketika ini. Abang masih lagi menunggu bicara daripada aku. Jelas wajahnya penuh dengan  tanda tanya.
“Tak solat lagi... Lupa”  Aku tersengih malu sambil mengaru-garu dahi. Mata abang dah membulat memandang ke arahku. Pinggangnya di cekak.
“Bertuah punya budak, ingat dah solat. Dah pukul berapa ni sampai tak solat lagi. Dah pergi solat cepat nanti jumpa abang kat bawah.”  Abang menolak perlahan kepala aku dan berlalu pergi. Aku menggosok perlahan kepala dengan penuh perasaan malu. Nasib baik tak ada orang tengok apa yang abang buat dekat aku. Kalau tak memang malu.
Alamak!.. Dah lewat baik aku cepat nanti tak pasal-pasal abang marah pula. Aku segera  ke bilik air.  Sejadah di bentangkan untuk tunaikan solat zohor. Allahuakbar!

“NAK pergi mana ni?” Akhirnya suara aku kedengaran juga selepas sekian lama menjadi pendengar setia dua orang jejaka yang berada di bahagian depan. Aku menyelitkan diri di tengah-tengah ruang di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Abang yang sedang memandu hanya mengangkat bahu dan terus memandu. Aku menyampah melihat senyuman di bibir abang. Kemudian aku memandang pula Haiqal di tepi.
“Carl kita nak pergi mana ni?”
Haiqal berpaling ke arahku dan dia turut menggelengkan kepala sambil tersenyum. Aku dah nak menggelegak marah. Kenapa dengan dua orang manusia ni? Aku tanya tapi masing-masing buat derk dengan setiap pertanyaan aku. Yang sorang duk angkat bahu, yang sorang lagi duk geleng kepala. Malas nak layan aku bersandar marah di tempat duduk belakang. Aku menarik keluar ipod dan terus earphone aku sumbat ke telinga. Dengar lagu lagi best daripada layan mereka ni. Aku perasan yang Haiqal sesekali berpaling ke belakang dan mata abang yang asyik menjeling aku di cermin pandang belakang sejak dari tadi. Panas hati dengan pandangan dia orang, aku menarik cermin mata hitam di dalam handbag dan terus memakainya.
“Huh.. Kurang sikit rasa silau dengan senyuman orang kat depan ni”  Bebelan aku menyebabkan  suara abang dan Haiqal berpadu. Aku buat derk dengan mereka balik.
Abang memberhentikan kereta di depan hotel JW Marriot. Aku terus membetulkan duduk. Cermin mata di tanggalkan dan di simpan semula ke dalam beg.
“Kenapa kita datang sini?”  Aku bertanya secara umum. Siapa nak jawab silakan. Aku dah malas nak tanya secara spesifik nanti orang tu tak nak jawab pula. Kalau tanya macam ni kan senang.
“Aik... Ingat tidur tadi.”  Ujar abang sambil berpaling sekilas ke belakang. Aku tersengih sambil menggeleng. Pintu di buka untuk aku dan aku melangkah keluar. Abang dan Haiqal sudah berdiri di sebelah aku. Abang menyerahkan kunci kereta untuk Valet parking.
“Jom..” Abang menarik tangan aku agar membuntuti langkahnya yang sedang berjalan masuk.
“Carl, kenapa datang sini?” Aku berbisik perlahan kepada Haiqal yang sedang berjalan di sebelahku.
“Adalah... Nanti sayang tahulah, sekarang ni jangan tanya apa-apa, ikut aje” Haiqal turut berbisik sama di telingaku. Alahai... Romantiknya main bisik-bisik macam ni. Suara Haiqal kedengaran begitu mengancam!
“Nah ambil kunci, nanti tunggu abang panggil.” Abang sudah menghulurkan kunci kepadaku. Aku ambil dan menilik seketika. Dahi dah berkerut. Kata nak keluar makan tapi apasal sambil tempah-tempah bilik ni. Nasib baik abang ada sama, kalau Haiqal yang bawa aku ke sini memang ada yang kena jurus burung terbang ke langit dengan aku ni.
“Abang... Kenapa ni? Tadi abang cakap nak bawa adik makan tapi apasal datang sini? Abang ni memang misteri betullah hari ni”
“Memanglah nak makan tapi function tu malam nanti, sekarang ni adik pergi rehat dulu. Tunggu abang call, Sekarang masuk dulu. Abang ada hal yang nak bincang dengan Haiqal kejap lagi.” Abang menolak tubuh aku untuk pergi. Aku mengeraskan badan, Kaki aku siap pacak di lantai. Abang tersenyum sambil menolak lembut badan aku dan kaki aku perlahan-lahan bergerak mengikut tolakan abang.
“Alah... Apasal berahsia sangat ni, Kalau nak suruh adik pergi pun bagilah adik makan dulu, lapar ni tahu tak. Kan tak pasal-pasal adik kunyah orangkan.”  Aku menjawab geram.
“Alalala... Kesiannya buah hati Carl ni. Tak apa nanti Carl suruh orang hantar makanan kat bilik sayang.” Haiqal mencuit manja hujung hidungku. Terpempan aku seketika. Tak terduga dengan tindakan Haiqal. Abang buat-buat tak nampak dan berpura-pura menekan telefon. Pandailah nak cover!.
Abang dan Haiqal menghantar aku sampai ke pintu bilik. Aku masuk dengan teragak-agak. Mereka masih menunggu aku di luar sehinggalah aku menutup pintu.
“Apasal mereka ni? Macam ada rahsia besar aje sampai dengan aku pun tak nak cakap, Tak apa, jangan harap rahsia nak jadi rahsia lagi lepas ni.”
Aku membuka pintu gelangsar. Angin petang menerobos masuk dan mendinginkan suasana. Dari bilik ini aku dapat melihat kenderaan yang bersimpang siur di atas jalan.
Loceng pintu bilik berbunyi. Aku menarik selak pintu dan memberi ruang kepada seorang pelayan yang sedang menolak troli. Dia menghidangkan makan di atas meja dengan begitu cekap dan pantas.
Aku memberikan sedikit tip dan dia berjalan keluar. Hidangan di atas meja menarik selera aku. Kerusi di tarik dan aku mula menghirup kuah tom yam dan makan bersama nasi goreng tadi. Wallah... Memang sedap yang tak terhingga. Aku makan dengan penuh berselera. Licin kuah tom yam aku hirup. Macam tak percaya aje aku mampu habiskan sepinggan nasi goreng. Mungkin di sebabkan aku yang sememangnya sedang kebulur tadi. Hehehe..
Bila perut dah kenyang mata juga dah mula layu, tapi kali ini aku pastikan yang aku solat dulu sebelum tidur. Takut terbabas pula nanti. Selepas menunaikan solat asar aku terus dive di atas tilam yang sememangnya cukup empuk. Tudung aku cabut dan lempar di atas sofa.
Selimut di tarik dan membungkus tubuh yang semakin dingin dengan suhu aircond yang cukup sejuk dan aku terus zzzzzz..

AKU tersedar daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk. Aku bangun dalam separa sedar. Masih mamai lagi sebenarnya. Jam di handphone di tilik. Alamak!... dah hampir maghrib rupa-rupanya. Patutlah suasana bilik dah suram dan gelap semacam aje.
Bunyi pintu masih lagi kedengaran. Aku mengengsot ke pinggir katil dengan berhati-hati, namun dalam langkah berjaga-jaga itu aku tetap juga terkena. Aku terjatuh dan terhempap punggung agak kuat. Menyeringai aku menahan sakit. Punggung di gosok perlahan. Aku mengintai dari celah lubang pintu untuk melihat siapa yang datang.
Selak pintu di buka bagi membolehkan abang masuk.
“Lamanya nak buka pintu, Tidur lagi ke?”
Aku tersengih mendengarnya. Rambut aku yang panjang aku urai dengan jari bagi mengelakkan ia berserabut dan berserabai macam rambut pontianak. Abang berjalan ke arah suis utama dan terus memetik suis. Suasana bilik yang kelam tadi terus terang benderang. Aku menyepetkan mata bila cahaya yang terang menyebabkan mata aku sedikit silau.
Abang bergerak ke balkoni dan menarik langsir. Dia meletakkan satu beg kertas yang agak besar di depanku dan mengisyaratkan agar aku melihatnya. Aku patuh. Isi beg di selongkar dan aku menarik sehelai gaun berwarna biru firus yang lengkap dengan tudung dan sepasang kasut tumit tinggi. Aku memandang muka abang. Muka aku masa tu memang dah timbul dengan tanda soal. Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?
Abang tersengih sambil membetulkan duduk. Baju yang aku pegang di sentuh lembut di hujungnya.
“Pakai untuk function malam nanti, dan jangan banyak tanya. Trust me, okey  sayang” Ujar abang tanpa sempat memberi aku peluang untuk menyampuk.
Mulut yang baru nak bertanya terus di tutup semula. Aku mengangguk faham. Dari tadi lagi asyik sebut pasal function tapi tak nak bagi tahu aku tujuan majlis tu. Nak kata hari jadi aku jauh sekali, apatah lagi abang. Biarlah kalau dia orang nak berahsia dengan aku pun, kita tengoklah apa kejutan mereka nanti.

SELEPAS solat isyak berjemaah dengan abang, dia terus bergegas keluar dan akan datang menjemput aku dalam setengah jam lagi. Aku melihat jam, dah pukul 8.05 minit malam. Menurut kata abang majlis bermula pukul 8.45 malam. Aku ada dalam setengah jam untuk bersiap. Nasib baik solat isyak masuk awal, nanti tak adalah aku terlupa kalau majlis tu habis lewat nanti.
Gaun yang sudah siap aku gantung tadi aku ambil dan cuba pakai. Aku berdiri di depan cermin dan melihat pantulan diri aku. Memang aku akui yang gaun yang berpotongan muslimah ini memang nampak cantik sekali dengan potongan yang mengikut bentuk tubuh tapi tidak terlalu ketat dengan di taburi dengan batu swaroski menampakkan gaun itu nampak cukup elegan dan mewah.
Aku mengeluarkan kit alat solek di dalam beg kecil aku dan terus beroperasi melakar wajahku. Aku hanya mahu nampak fresh dan natural untuk majlis nanti.
Aku terkocoh-kocoh bersiap bila melihat jarum jam semakin bergerak. Shawl aku belit dan aku pin dengan kemas. Aku membuat sentuhan terakhir dan akhirnya aku berpuas hati dengan penampilan aku malam ni. “Okey done.”  Aku tersenyum puas.
Aku sedang memakai kasut bila pintu di ketuk. Aku tersenyum pasti abang yang sedang menunggu. Pintu bilik di buka, namun bukan abang yang menunggu tetapi Haiqal.
Haiqal kelihatan terpegun melihatku. Aku juga turut terpegun sama. Dia memang nampak cukup segak dan macho dengan tuxedo yang tersarung di badan sasanya.
“Berapa lama awak nak tilik saya ni... Remember masa sedang berjalan.” Aku bersuara lembut. Jari sengaja di tunjukkan ke pergelangan tanganku walaupun aku tidak memakai jam ketika itu.
Haiqal seperti menarik nafas dan dia mula tersenyum manis. Memang menggoda senyuman dia saat ini. Haiqal menepi dan mempersilakan aku. Aku tersenyum dengan lagak gentleman dia. Kami bergerak ke arah lif. Aku terbuai dengan bau wangian di tubuhnya ketika kami berada berdekatan antara satu sama lain. Aku mencuri melihat wajah Haiqal bila dia memandang ke arah lain.
Kami berjalan beriringan ke sebuah dewan besar. Beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian cantik sedang berbual sesama sendiri di luar dewan itu. Bila ternampak kelibat Haiqal semakin mendekat mereka tersenyum dan berjabat tangan. Aku hanya memerhati kemesraan mereka.
Pintu dewan di buka dan telingaku dapat mendengar bunyi muzik yang cukup rancak sedang di mainkan. Aku berjalan dengan tenang walaupun aku tahu banyak mata yang sedang memandang ke arah kami berdua.
Abang berjalan ke arah kami. Bahu Haiqal di tepuk perlahan. Dia tersenyum kepada abang. Aku yang masih keliru  dengan majlis ini hanya memerhati sekeliling dewan. Mataku tertancap pada satu kain rentang  yang tergantung di atas pentas.
Majlis Reunion ex-student UM 2008/2009
Baru aku tahu tujuan mereka membawa aku ke sini. Apalah mereka ni, macam ni pun nak berahsia dengan aku. Ingat function apalah tadi. Aku menyertai abang dan Haiqal yang sedang rancak berbual. Perbualan mereka aku celah dengan penuh 'sopan' gitu.
“Ini ke rahsia yang korang berdua nak cakapkan tu.” Aku memandang muka mereka satu persatu.
Perbualan mereka terhenti. Abang memandang sekilas Haiqal yang sedang berdiri di sebelahku sebelum mula bersuara.
“Tanya Haiqal, dia yang suruh abang tutup mulut.” Abang menunding jari kepada Haiqal sebelum dia pergi meninggalkan aku dan Haiqal bila temannya menggamit abang dari hujung meja sana.
Pandangan aku kembali kepada Haiqal pula bila abang sudah melarikan diri. Aku masih lagi menanti jawapan yang keluar dari mulutnya. Saja aje aku membuat muka serius sebab nak tengok bagaimana dia nak jelaskan semua ini.
Sorry... Saya sengaja berpakat dengan Freddy sebab saya tahu awak pasti tak nak datang sini. Awakkan kurang minat  dengan majlis macam ni. Lagipun kalau saya ajak saya tak pasti awak nak terima atau tak jadi partner saya.” Haiqal bersuara perlahan. Mungkin rasa bersalah dengan aku.
Aku menahan gelak. Nampak kesian pula melihat mimik muka dia yang sudah teduh itu.
“Ishh... Saya gurau ajelah Carl, Saya tak marah kalau awak ajak saya baik-baik. Apa salahnya kalau awak cakap awal-awal. Nasib baik abang dah sediakan baju ni untuk saya, Kalau tak memang saya tak nak datang.”  Terletus juga senyuman aku yang di tahan sejak tadi.
“Sebenarnya baju tu saya yang sediakan, saya yang bagi dekat Freddy untuk pass kan kat awak. Awak suka tak baju tu?..”  Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Baju yang tersarung di tubuhku aku pandang. Perasaan malu dah menyerbu ke mukaku. Macam mana dia tahu saiz aku? Aku dapat rasakan yang abang memang tak tahu saiz baju aku, Takkan dia main agak-agak pula.
“Saiz saya.... Macam...”  Aku dah tergagap. Malu sebenarnya nak tanya terang-terang depan dia.
Haiqal tersenyum dan dia mendekatkan tubuhnya kepadaku. Aku terbuai lagi dengan haruman yang melekat di tubuhnya. Jantung aku dah nak terlompat keluar bila dia berdiri begitu hampir dengan aku.
“Saya tahu apa yang sayang nak tanya... Yang tu biarlah rahsia... Oh ya saya lupa nak puji yang sayang nampak cantik sangat dengan baju ni... Sayang buatkan saya tergoda sangat malam ni.”  Suara Haiqal kedengaran begitu romantik sekali. Aku terkelu mendengarnya. Wajahku spontan berkalih ke arahnya. Dia tersenyum lantas menarik tangan aku dan menyelitnya di celah lengannya yang sasa dan kami berjalan ke meja.
Aku terdorong mengikut langkah kakinya. Dalam diam aku tersenyum senang. Hati terasa berbunga-bunga bila mendapat pujian daripada orang yang kita sayang. Tolong-tolong aku perlukan oksigen sekarang ni!!
                
                                                                                       bersambung..........

Wednesday, December 16, 2015

Indahnya Cinta 5


                                                         


B
ARU sahaja nak melabuhkan punggung diatas kerusi aku baru perasan ada sekuntum bunga ros warna merah yang diletakkan di atas meja. Aku mengambil dengan penuh tanda tanya. Siapa punya ni? Satu kad kecil yang di letakkan di atas meja di ambil.
Kerana kamu bintang di hatiku...
Siapa pula yang letak ni? Interkom di tekan.
“Sherry, siapa yang letak red roses kat bilik saya ni?”
“Saya Cik Zulaikha..”
“Awak?.. Siapa bagi?” Aku tahu pasti ada seseorang yang menyuruhnya letak di atas mejaku.
“Tak tahu sebab budak bunga kat kedai depan yang hantar”
“Hmmm... Tak apalah, thanks” Ucapku. Kepala tak tak tahu nak teka siapa walaupun hati menyatakan nama seseorang.
Dokumen-dokumen yang bertaburan di atas meja di ambil dan di baca dengan penuh teliti sebelum menurunkan tandatangan. Aku berhenti seketika. Mata dah naik juling dari tadi lagi sibuk membuat kerja. Kerusi aku pusingkan ke belakang dan menatap panorama Kuala Lumpur dari tingkat 15 di bilik aku.
Tak berapa cantik pun pemandangan di luar sana tu. Asyik-asyik bentuk bangunan juga yang menyapa mata aku selain daripada burung atau kapal terbang yang sesekali melintas di depan mata. Tengok kapal terbang teringat pula dekat Haiqal. Dia memang mampu buat jantung aku tak keruan dengan pakaian seragam dia tu. Memang macho dan handsome habis. Aku tersenyum gedik.
Bunyi ketukan pintu mengalihkan pandangan aku. Aku kembali mengalihkan kedudukan sebelum membenarkan masuk.
“Cik Zulaikha.. Encik Haiqal nak jumpa” Ujar Sherry yang masih berdiri di depan pintu sambil menunggu kebenaran daripada aku. Aku tiba-tiba tak senang duduk bila nama Haiqal di sebut.
“Errr... Dia ada kat sini ke Sherry?” Aku dah tergagap-gagap. Tadi baru teringat pasal dia sekarang dah terpacak kat sini. Macam tahu-tahu aje orang duk teringatkan dia.
“Encik Haiqal ada kat luar... Nak panggil dia masuk sekarang ke?”  Tanya Sherry semula. Aku mengangguk.
Yes please... dan tolong buatkan kopi sekali ya” Pintaku sebelum dia keluar. Sherry tersenyum sebelum mengangguk.
Aku melihat sekilas penampilan diri hari ni sebelum menanti dalam debar. Beberapa ketika pintu di ketuk perlahan dan  Haiqal muncul dari balik pintu. Haiqal tersenyum manis dengan T-shirt berjenama polo berwarna biru gelap dengan warna jean dari warna yang sama terlekap di tubuh sasanya. Terpegun aku dengan gaya santainya. Amboi.. Jaga mata tu Farah. Akal aku menegah.
“Dah puas tilik saya... Kalau belum boleh sambung lagi” Ujar Haiqal sambil tersenyum manis. Aku termalu bila di tegur begitu. Aku tergelak kecil.
Sorry... Terpegun sekejap”  Aku menjawab selamba. Haiqal ketawa bila mendengar ayat selamba aku.
Have a seat.”  Kerusi di depanku di tunjuk. Haiqal menarik kemudian duduk dengan selesa. Ruang pejabatku di pandang dengan penuh minat. Aku turut berminat melihat dia yang masih leka menjelajah sejenak bilikku.
Nice...” Pujinya. Aku tersenyum.
Thank you..”
Ketukan di muka pintu menghentikan bicara kami. Sherry masuk dengan menatang dua cawan kopi dan sepiring muffin. Aku mengangguk kecil sebelum Sherry melangkah keluar.
“Jemput minum..” Pelawaku kepada Haiqal. Haiqal mengangguk sebelum meneguk perlahan.
“Saya menganggu ke?”  Tanyanya selepas meletakkan cawan di atas piring semula.
“Tak adalah.. Saya tak sibuk sangat hari ni, Ada apa awak datang sini?”
“Tak ada apa... Saja nak melawat buah hati saya. Rindu” Ucap Haiqal dengan satu pandangan yang cukup mengoda bagiku. Ah.. Sudah.. Aku dah nak menggelabah. Tak teragak-agak Haiqal ni nak menyakat aku pun.
“Iya?... Dah ada buah hati rupanya... Siapalah yang bertuah sangat tu. Ingat baru aje nak usha line tapi dah berpunya rupanya.” Usikkan daripada Haiqal aku balas balik. Aku buat-buat tergelak.
Haiqal tersenyum sambil mengangguk.
“Tak payah nak usha sebab hati Muhammad Haiqal bin Syukri hanya hak ekslusif dan milik persendirian Farah Zulaikha binti Amiruddin seorang saja”
Aku nak pengsan dengar ayat Haiqal. Memang berani betul dia meluahkan rasa hati dia kepada aku. Aku tersenyum malu dengan muka yang sudah bertukar pink. Haiqal memang pandai buat hati aku tak keruan.
“Amboi... Manisnya ayat awak” Aku menjeling manja. Memang penasaran aku di buatnya.
“Sayang  jom kita lunch sama-sama nanti, nak tak?”Ajak Haiqal.
Jantung aku rasa nak terlompat keluar bila Haiqal memanggil sayang. Aku melihat jam sebelum mencongak jadual aku hari ni.
“Okey..”  Cepat saja aku bersetuju.
“Okey.. Set, nanti saya call awak”
Haiqal menghirup kopi di dalam cawannya sebelum dia bangun. Aku turut bangun dan membuntuti langkahnya ke muka pintu. Tombol pintu di buka sebelum Haiqal berhenti dan berpaling semula kepadaku.
“Sayang cantik sangat hari ni... Wangi dan sweet sangat, See you” Ujarnya sambil mengenyit mata sebelum dia meninggalkan aku yang sudah terkaku di depan pintu.
Adoi.. Haiqal memang pandai bermain kata. Memang jauh berbeza dengan diri dia sebelum ni. Dia memang sweet talker... Ishh... Lupa pula nak tanya pasal bunga tu, Tak apalah lepas ni ada peluang lagi nak tanya dengan dia. Hai, lambat pula masa berjalan hari ni. Tak sabar nak menatap wajah si jejaka yang berjaya menambat hati Farah Zulaikha ni.

JARUM JAM di tangan di tilik seketika. Aku tergesa-gesa keluar dari pejabat. Aku dah terlewat sepuluh minit. Kesian dekat Haiqal yang terpaksa menunggu aku lama. Bila sampai di lif VIP aku mengeluh kecil bila papan tanda di letak yang mengatakan lif sedang diselenggara. Terpaksalah aku menapak ke lif sebelah.
Butang lif di tekan kuat. Mata sekali lagi melirik gelisah jarum jam. Aku mengetuk perlahan tangan. Menanti dalam gelisah.
“Lembab pula lif hari ni. Kalau lif VIP kan senang. Kalau tak memikir yang aku sekarang ni kat tingkat 15 dah lama aku turun pakai tangga.” Aku mengeluh lagi. Hai dah berapa kali aku mengeluh hari ni. Sebenarnya aku tak mahu terlambat untuk berjumpa dengan Haiqal memandangkan ini kali pertama kali bersama. Ya ke kali pertama? Masa kat KLIA tu tak kira ke?
Ah... Tu tak kira sebab abang dah tipu aku. Ada ke sengaja suruh aku pergi jemput Haiqal, Patutlah tengok muka Haiqal macam orang terkejut aje tengok aku dah tercegat tunggu dia. Ini semua plan 'cantek' abang nak satukan aku dengan Haiqal sebenarnya.
Ting! pintu lif terbuka. Baru aku perasan yang ada beberapa staf aku yang turut berdiri di sebelah aku tadi. Mereka tersenyum sebelum memberi aku ruang untuk masuk dahulu. Aku tersenyum seraya mengucapkan terima kasih. Mereka dengar ke aku duk membebel sorang-sorang tadi? Kalau dengar pun buat-buatlah tak dengar sebab aku kan bos dia orang. Hehehe...
Pak guard di ruang lobi menunduk seraya menyapa aku. Aku tersenyum sebelum berdiri dan mata melilau mencari Haiqal. Baru tangan nak mengagau handphone di dalam beg sebuah kereta BMW M6 berhenti di depanku. Aku menunduk sedikit, Perlahan-lahan cermin tingkap di sebelah pemandu di turunkan. Aku tersenyum setelah melihat gerangannya.
Aku segera bergerak ke sebelah penumpang. Haiqal sudah siap membuka pintu untuk aku dari dalam. Aku masuk dan tersenyum manis kepadanya. Tali pinggang di pasang sebelum kereta Haiqal menderum pergi meninggalkan perkarangan Sutera Holding.
“Nak lunch kat mana ni?”  Soalku memecah ruang sunyi antara kami.
“Sayang nak makan kat mana?” Soal Haiqal semula kepadaku. Aku tanya dia, dia tanya aku balik pula.
“Tak kisahlah lagipun awak yang ajak saya keluarkan”
“Kalau macam tu kita makan kat warung mamak ajelah. Lagipun saya dah lama tak makan mee goreng dia tu” Jawab Haiqal sekilas ke arahku sebelum matanya di halakan ke depan semula.
“Tak kisah...” Jawabku perlahan, memang tak kisah pun nak makan kat mana-mana pun asalkan tempat tu bersih dan sedap.
“Lain macam aje suara tu... Alah saya gurau ajelah, Takkan first date kita saya nak ajak sayang saya makan kat tempat tu”  Haiqal tersenyum.
“Tak apa, saya tak kisah pun makan kat warung mamak.” Aku tersenyum.
“Betul ni?”  Tanya Haiqal dengan muka yang tak percaya. Aku mengangguk mengiyakan. Memang tak kisahkan pun asalkan awak ada sama. Tapi hanya terluah dalam hati sajalah.
“Alah saya dah biasa makan kat tempat macam tu, masa study dulu pun saya memang suka ikut kawan-kawan lepak kat kedai mamak. Best apa kalau makan kat situ tak adalah sibuk nak jaga protokol sangat. Kalau rasa nak gelak-gelak ke tak payah nak control, kalau rasa nak cakap kuat-kuat pun tak payah nak segan-segan, lagilah time tengok bola. Memang happening gila”  Aku dah tersenyum bila kenangan zaman jadi student dulu mengimbau kembali.
“Wow.. Saya memang kagum dengan awak. Walaupun awak ni anak pewaris empayar Sutera Holding tapi perwatakan awak tak macam anak orang kaya yang lain. Awak nampak sempoi dan merendah diri.”
Aku dah nak tergelak mendengar pujian daripada Haiqal. Memang dah selalu sangat kena puji. Dah lali tapi tak adalahlah sampai aku nak ujub dengan pujian itu. Tapi aku sangat bertuah dan berterima kasih dengan didikan daripada abah dan mama yang banyak mendidik kami adik beradik.
“Janganlah duk puji saya tinggi melangit macam tu, Kan tak pasal-pasal kembang pula saya nanti. Kami adik beradik dah memang di ajar macam tu, sentiasa bersederhana dalam segala hal”
“Jarang saya jumpa orang macam awak”  Haiqal tak habis-habis memuji. Aku senyum lagi.
“Yup.. Jarang jumpa orang macam saya tapi tak semestinya tiada langsungkan. Saya rasa semua tu bermula dari didikan masa kecil. Abah memang menitik beratkan soal dunia dan akhirat agar sama-sama seimbang.”
“Betul tu.. Saya setuju. Hidup tanpa pegangan yang kuat boleh buat manusia ni hanyut nak-nak pula dengan dunia kita ni yang dah tak ada sempadan. Kalau hati tak kuat memang susah nak berpaut.”  Tambah Haiqal tenang. Aku mengangguk setuju.
“Saya setuju. Saya pernah baca satu buku ni, Kalau kita nak tengok generasi kita pada masa depan kita tengoklah remaja kita sekarang ni. Dan saya memang cukup takut bila terbaca banyak kes salahlaku remaja kita. Saya memang tak sanggup nak melihatnya, meremang bulu roma saya ni”  Ujarku sambil menggosok lengan.
“Seronok berbual dengan awak pasal ni. Tak sangka yang awak berpengetahuan luas dalam soal ni.”
“Biasalah dah perkara berlaku depan mata kita, takkan nak tutup mata pula dengan perkara macam ni. Selagi kita boleh tolong kita tolong apa yang termampu. Sama-sama saling ingat mengingati sesama manusia.”  Ujarku panjang lebar sambil duduk menghadap Haiqal yang masih lagi tenang memandu. Haiqal mengangguk. Aku ralik melihat wajah kacaknya yang di tutupi dengan ray ban hitam. Memang mampu mengugat jiwa wanitaku.

AKHIRNYA kereta yang di pandu Haiqal berhenti di sebuah Restoran Warisan Keluarga. Dari luar aku memerhati restoran itu nampak cukup gah. Pelanggan sudah hampir memenuhi ruang restoran yang cukup besar itu.
Haiqal datang dah membukakan pintu untukku sebelum sempat aku membukanya. Aku tersenyum seraya mengucapkan terima kasih. Aku berjalan masuk dengan Haiqal ke dalam restoran itu. Aku memerhati sudut ruang restoran yang nampak mewah dan elegan. Muzik yang di pasang memang menceriakan pelanggan untuk menjamu selera.
Seorang pelayan lelaki yang segak dengan uniform berwarna hijau lembut datang menyapa Haiqal dengan penuh hormat. Aku mendengar Haiqal bercakap sesuatu dengan lelaki itu sebelum dia mengangguk kecil dan berjalan mendahului kami.
“Jom..”  Haiqal menarik hujung lengan baju aku dan berjalan mengikut langkah pelayan tadi yang sudah siap menanti kami di depan sebuah pintu. Pintu tadi di buka dan aku terpegun dengan sebuah bilik yang menempatkan sebuah meja yang boleh memuatkan empat orang makan.
Pelayan itu menarik kerusi untuk aku dan meletakkan buku menu di depanku sementara Haiqal sudah duduk berdepan denganku. Aku tersenyum sambil membelek senarai makanan yang terdapat di dalam menu itu. Aku dah rambang mata melihatnya. Dari menu tradisional hinggalah ke makan barat dan berpuluh kuih-muih tradisional dan dessert yang mampu membuatkan aku menelan liur. Ini baru aje aku melihat nama makanan belum lagi merasainya.
“Lamanya nak pilih... Cepatlah saya dah lapar ni”  Suara macho Haiqal menghentikan larian mataku di atas menu itu. Pantas wajahku di angkat. Aku tersengih dan menggaru dahi perlahan.
“Tak tahu nak pilih apa... Banyak sangat makanan yang sedap-sedap kat sini”  Ujarku akhirnya. Haiqal tersengih sebelum menarik perlahan buku menu di tanganku dan menutup perlahan. Wajahku di tenung lembut. Aku dah tersipu-sipu malu bila ada orang lain melihat kami waktu ini.
“Apa yang sayang nak makan?” Tanya Haiqal lembut tanpa menghiraukan pelayan yang masih lagi berdiri memerhati kami berdua. Muka aku dah berbahang walaupun bilik itu berhawa dingin.
“Tak tahu... Apa kata awak aje yang tolong pilihkan” Aku bersuara perlahan. Muka masih lagi tidak mampu memandang ke arahnya.
“Kalau macam tu awak tolong bagi saya nasi putih dua, Ikan pari masak asam pedas, cincalok, sayur campur goreng dan telur dadar... Sayang nak minum air apa?”  Haiqal bertanya kepadaku. “Jus apple”  Balasku ringkas.
“Jus apple dan ice lemon tea” Tambah Haiqal lagi. Pelayan itu sibuk mencatat pesanan sambil mengangguk perlahan.
“Ada lagi tak Encik Carl?”  Tanya lelaki itu lagi sambil memandang muka kami berdua.
“Sayang ada apa-apa nak tambah lagi ke?” Haiqal pula bertanya kepadaku. Aku menggeleng. Rasanya dah cukup banyak apa yang Haiqal pesan tadi.
“Dah cukuplah tu.. Nanti tak habis pula”
“Baiklah tu aje...”  Balas Haiqal kepada pelayan tadi. Pelayan itu mengundur diri dan berjalan keluar.
“Kejap...” Laung Haiqal semula. Pelayan itu berpatah balik dan berdiri di meja kami.
“Tolong tambah puding jagung untuk kami”
“Baik Encik Carl..” Pelayan itu menambah pesanan dan berlalu pergi.
“Banyaknya.. Saya memang tak makan banyak, siaplah awak yang kena habiskan nanti” Ujarku kepadanya. Haiqal tersenyum sambil duduk menyandar dengan selesa di kerusinya. Cermin mata Ray bannya sudah di tanggalkan dan di selit di celah kolar bajunya.
“Tak adalah banyak saya pesan... Tak apa nanti kita habiskan sama-sama” Haiqal tersenyum manis ke arahku. Aku turut tersenyum sama. Hiasan di bilik itu di amati seketika. Memang cantik dengan gaya santai yang cukup ringkas. Warna tema yang menyejukkan mata. Campuran warna biru terang dan gelap. Satu kombinasi warna yang cukup menarik bagi aku.
“Dari sayang duk tilik bilik ni baik tilik saya, ada juga faedahnya” Aku berkalih ke muka Haiqal. Satu senyuman nakal jelas tersungging di bibirnya. Aku terpaku melihatnya.
“Bilik ni cantik sangat, nampak berbeza dengan kat luar”  Jelasku. Malas nak melayan kerenah Haiqal yang nampak semacam aje dengan aku hari ni. Dari tadi lagi duk panggil aku sayang. Tapi aku sukaaa sangat tiap kali dia panggil aku macam ni, rasa bahagia dan rasa diri aku berada di awang-awangan.. Ceh!... panjang pula perkataan suka tu.
“Memanglah.. Kami memang menitik beratkan soal tu selain daripada rasa dan kepelbagaian menu yang ada sebab itu salah satu penarik dalam perniagaan ni” Ujar Haiqal.
“Kami?” Kalau tak silap aku ada mendengar yang Haiqal ada menyebut perkataan kami tadi. Takkan restoran ni Haiqal yang punya. Kalau betul kenapa aku tak tahu yang selama ni Haiqal ada perniagaan sampingan selain daripada tugas dia dekat MAS tu.
“Saya ada sebut kami ke tadi?”  Haiqal dah buat muka terkejut. Aku merenung muka Haiqal dengan tajam. Nampak macam dia terlepas cakap aje.
“Baik awak cakap betul-betul... Restoran ni awak yang punya ya”  Aku dah nak bertukar kepada pegawai penyiasat polis dengan tangan dah siap pegang sudu garpu dan mengugut nak mencucuk Haiqal dengan garpu itu.
Haiqal ketawa sambil tangannya di angkat seperti orang menyerah kalah. Badannya sudah berkalih sedikit ke belakang. Aku bertambah geram bila dia masih lagi tidak berhenti ketawa.
“Haiqal....” Aku menjerit geram. Sudu di tangan aku letak semula di atas meja dengan geram. Wajahku segera di palingkan. Haiqal dah berhenti ketawa tetapi bibirnya masih lagi tersungging dengan senyuman. Tanpa di sangka dia meraih tangan aku dan mengenggam dengan erat. Aku terpempan seketika. Pantas mataku di halakan ke tangan dan ke wajah Haiqal. Dia tersenyum. Aku dah tak tahu muka aku dah bertukar ke warna apa saat ini.
“Ya sayang ni restoran milik keluarga saya, Kakak saya yang uruskan cawangan kat sini”  Jawabnya bagi mengelakkan aku dari terus bertanya. Aku mengangguk penuh mengerti. Patutlah pekerja kat sini macam dah kenal sangat dengan Haiqal tadi. Anak bos rupa-rupanya.
Pintu di ketuk perlahan menyebabkan Haiqal kembali melepaskan tanganku dan dia kembali duduk menyandar, buat-buat selamba. Aku memberanikan diri memandang mukanya sekilas, Haiqal tersenyum nakal dan masih sempat mengenyit mata ke arahku walaupun ada beberapa orang pelayan yang sedang menghidang makanan di depan kami. Ya Allah... Sabar ajelah dengan perangai nakal Haiqal ni.
“Jemput makan Encik Carl... Cik..” Haiqal mengangguk kepada pelayan yang menghantar makanan dan terus berlalu.
Aku dah terpegun melihat hidangan yang terhidang di depan kami yang masih berasap. Aku menunduk sedikit untuk mengambil bau. Memang nampak menyelerakan. Haiqal meletakkan sekeping isi ikan pari asam pedas ke dalam pinggan nasi aku. Aku tersenyum.
“Makanlah... Cuba rasa sedap tak.. Lepas tu try bagi komen sikit”
Aku membaca doa makan dalam hati. Isi ikan pari berserta dengan kuah di sudu sedikit dan menyuap ke dalam mulut. Aku mengunyah perlahan. Hmmm... sedap.
“Macam mana?”  Haiqal masih lagi tidak tidak makan tapi sibuk melayan aku pula.
“Sedap.. Rasa lain sikit daripada yang pernah saya makan sebelum ni, Tapi...”  Aku berjeda seketika.
“Tapi kenapa”  Laju aje Haiqal menyoalku. Dia macam dah tak senang duduk.
“Pedas sikit.. tapi memang serius sedap”  Ujarku berterus terang. Jus apple di sisip bagi menghilangkan rasa pedas.
“Pedas sangat ke? Nanti saya suruh buat yang lain”  Haiqal dah berkira mahu menekan loceng yang ada di tepi meja untuk memanggil pelayan datang. Aku cepat-cepat menghalang.
“Eh... Tak apa-tak apa. Pedas sikit aje ni, saya boleh tahan lagi”
“Tak apalah, nanti kalau awak menangis macam kat BP tu  macam mana?”  Usik Haiqal. Aku tergelak.
“Jangan risau, tak adalah saya sampai nak menangis, Dulu tu sebab tergigit cili aje”  Balasku sambil kembali menyuap. Kali ini aku hanya mengambil sedikit sahaja  kuah asam pedas. Haiqal dari tadi lagi sibuk melayan aku makan. Aku rasa cukup senang dengan sikap dia.
Aku mengipas perlahan muka aku dengan tangan. Air mata dan air hidung hampir-hampir nak meleleh bila aku cuba juga menghabiskan saki baki ikan asam pedas tadi. Air juga dah hampir tiga gelas aku rembat. Haiqal sibuk menghulurkan napkin kepadaku. Aku tergelak sambil menyambut hulurannya. Hujung mata dan hidung aku lap perlahan. Asam pedas kat sini memang sedap dan meletop habis rasanya. Lepas ni aku nak ajak mama try makan kat sini nanti, pasti dia suka.
Bagi menghilang rasa pedas aku mengunyah buah epal di atas meja. Haiqal juga sudah siap makan. Dia asyik memandang muka aku sejak dari tadi. Rasa tak tertelan epal yang aku kunyah.
“Merahnya muka awak. Awak nampak cantik dengan pipi dan hidung macam tu”  Ujar Haiqal dengan kedua tangannya menongkat dagu di atas meja. Aku terus tertelan isi epal yang masih lagi belum di kunyah betul-betul. Terbatuk-batuk aku di buatnya. Aku menumbuk dada bertalu-talu. Haiqal bangun dengan muka yang cemas dan menepuk belakang aku berulang kali. Perit rasa kerongkong bila tertelan isi epal yang masih belum lumat aku kunyah. Air suam di hulur kepadaku. Aku minum dengan perlahan-lahan. Tak mahu tersedak lagi.
Muka aku dah rasa semakin berbahang. Tadi sebab pedas sekarang ni pula sebab tertelan epal. Aku mengisyaratkan kepada Haiqal untuk berhenti. Dia berlutut di sisi aku yang sedang tertunduk sambil memegang dadanya. Belakang aku di tepuk perlahan sebelum dia menarik hujung dagu aku bagi memaksa aku untuk memandangnya.
“Macam mana, dah okey?.” Suaranya masih lagi kedengaran cemas. Aku mengangguk. Tekak masih lagi perit untuk bersuara.
Sorry sebab tegur awak tadi..”
“Tak apa, I'm fine” Suaraku berbunyi sedikit serak. Aku tersenyum ke arahnya bagi menghilangkan rasa bersalahnya. Aku menepuk perlahan bahunya dan memaksa dia untuk bangun. Haiqal bangun dengan perlahan-lahan dan duduk kembali di kerusinya. Matanya masih lagi tidak di larikan dari memandang ke arahku.
“Macam mana dah okey ke?.”  Tanya Haiqal sekali lagi.
Aku mengangguk. Tangan mengusap perlahan batang leher dan aku berdeham beberapa kali sehingga suaraku kembali normal.
“Maaf. Saya tak patut cakap macam tu masa awak tengah makan tadi” Riak bersalah jelas kelihatan di wajah Haiqal. Aku tersenyum dan menggeleng perlahan.
“Tak, saya ni yang gelojoh sangat makan. Bukan salah awak pun”
Haiqal tergelak mendengar jawapan aku. Aku tersenyum mendengar ketawanya yang cukup merdu di pendengaranku. Ada ke ketawa bunyinya merdu? Ah gasaklah.
“Carl saya nak tanya sesuatu dengan awak ni?”
Muka Haiqal aku pandang. Haiqal turut membalas pandangan aku dan matanya memberi isyarat mengizinkan.
“Awak ada beri saya bunga ke sebelum ni?”
“Bunga? Bunga apa?” Soalnya dengan wajah yang blur dan terpinga-pinga.  Ternyata daripada reaksi Haiqal aku sudah tahu jawapannya. Aku diam berfikir. Kalau bukan Haiqal siapa ya? Aku mengusap perlahan dagu dengan hujung jari. Kepala ligat berfikir siapa lagi yang berkemungkinan memberi aku bunga, tetapi aku sememangnya buntu. Hanya nama Haiqal yang terlintas di kepalaku, tetapi dengan reaksi yang di tunjukkan tadi jelas dia bukan orangnya. Habis tu siapa?
“Kenapa ni? Ada sesiapa yang pernah bagi awak bunga ke?”
“Hmmm..” Aku mengangguk mengiyakan, Kepala aku masih lagi ligat berfikir tanpa menyedari perubahan Haiqal ketika itu.
“Siapa?” Tanya Haiqal dengan nada keras plus cemburu. Aku berpaling bila perasan dengan perubahan tone suara Haiqal. Mata Haiqal kelihatan tajam melirik ke arah aku. Ah sudah! kenapa pulak ni?
“Kenapa?” Aku menyoal dia semula tanpa menjawab pertanyaannya tadi.
“Jawab dulu siapa yang bagi awak bunga!” Tegas suaranya bertanya. Aku dah rasa kecut perut. Mulut tiba-tiba seperti berat untuk ku buka. Aku menelan air liur bila melihat air mukanya.
“Tak tahu, sebab tu saya tanya awak kut-kut awak ada bagi saya bunga tak sebelum ni?” Suara aku kedengaran begitu perlahan dan tergagap-gagap. Apasal aku tiba-tiba takut dengan Haiqal ni?
“Bukan saya yang bagi. Hadiah yang pernah saya bagi pun teddy bear tu, awak dapat tak? Suka?”
“Dapat. Suka sangat, terima kasih” Aku tersenyum, tetapi selebihnya senyuman palsu. Macam mana aku nak cakap yang aku langsung tak sentuh teddy bear tu dan sedang enak 'berehat' di dalam almari pakaian aku. Kalau Haiqal tahu mesti dia terasa hati dengan aku. Tetapi memang sumpah aku cukup alergik dengan teddy bear dan warna pink.
“Lepas ni jangan terima lagi bunga daripada sesiapa”
Haiqal masih lagi membangkitkan isu bunga itu. Ingatkan sudah habis di bahas tadi.
“Tapi dah ada orang yang bagi takkan saya nak buang. Sayanglah kalau macam tu”
“Kalau rasa sayang nak buang, bagi aje dekat siapa-siapa” Haiqal menangkis dengan jawapannya.
“Bukan banyak pun dia bagi, sekuntum saja. Ini mesti secret admire saya yang bagi ni” Jawabku. Isu kad ucapan yang di sertakan aku tidak bangkitkan kerana tidak mahu Haiqal tahu nanti tidak pasal-pasal dia nak tengok atau lebih tragik di koyak-koyak sehingga lunyai.
“Ini bukan pasal sekuntum atau berdozen-dozen. Masalahnya kat sini saya tak suka ada orang lain cuba pikat gadis saya” Tanpa sedar Haiqal meninggikan suaranya pada aku. Aku tersentak dengan suaranya yang kuat itu.
Sorry..” Haiqal seperti baru tersedar dengan ketelanjurannya itu. Aku tersenyum pahit. Dah rasa tak seronok bila melihat perangai Haiqal sekarang ini. Seperti karektar Haiqal mula menyerlah sedikit demi sedikit. Tetapi tidak di sangka ia sudah di tunjukkan pada pertemuan kami yang kedua ini.
“Farah saya minta maaf. Hati saya tiba-tiba jadi risau bila awak cakap yang ada orang lain beri awak bunga. Jujur saya cakap yang saya cemburu bila ada orang lain yang minat dengan awak. Saya benar-benar sayangkan awak.”
Haiqal bersungguh-sungguh menuturkan kata-kata itu. Aku dapat melihat dengan jelas dari pandangan matanya yang cukup redup bila memandang aku. Aku membalas renungan mata dia dan cuba menyelami perasaannya. Aku mengangguk dan tersenyum. Kemudian baru dia mengangguk sambil di ikuti dengan satu senyuman di bibirnya. Aku berwajah lega melihat moodnya sudah pulih.
Selepas makan Haiqal menghantar aku balik semula ke pejabat. Sepanjang jalan banyak perkara yang kami berbual. Dalam diam aku turut menyenangi sikap Haiqal yang amat mengambil berat pasal aku. Hai.. Bertuahnya badan.

                                                                                      Bersambung….


Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...