Sunday, January 31, 2016

Indahnya Cinta 9


                                                           



AKU tersedar daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk. Aku bangun dalam separa sedar. Masih mamai lagi sebenarnya. Jam di handphone di tilik. Alamak!... dah hampir maghrib rupa-rupanya. Patutlah suasana bilik dah suram dan gelap semacam aje.
Bunyi pintu masih lagi kedengaran. Aku mengengsot ke pinggir katil dengan berhati-hati, namun dalam langkah berjaga-jaga itu aku tetap juga terkena. Aku terjatuh dan terhempap punggung agak kuat. Menyeringai aku menahan sakit. Punggung di gosok perlahan. Aku mengintai dari celah lubang pintu untuk melihat siapa yang datang.
Selak pintu di buka bagi membolehkan abang masuk.
“Lamanya nak buka pintu, Tidur lagi ke?”
Aku tersengih mendengarnya. Rambut aku yang panjang aku urai dengan jari bagi mengelakkan ia berserabut dan berserabai macam rambut pontianak. Abang berjalan ke arah suis utama dan terus memetik suis. Suasana bilik yang kelam tadi terus terang benderang. Aku menyepetkan mata bila cahaya yang terang menyebabkan mata aku sedikit silau.
Abang bergerak ke balkoni dan menarik langsir. Dia meletakkan satu beg kertas yang agak besar di depanku dan mengisyaratkan agar aku melihatnya. Aku patuh. Isi beg di selongkar dan aku menarik sehelai gaun berwarna biru firus yang lengkap dengan tudung dan sepasang kasut tumit tinggi. Aku memandang muka abang. Muka aku masa tu memang dah timbul dengan tanda soal. Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?
Abang tersengih sambil membetulkan duduk. Baju yang aku pegang di sentuh lembut di hujungnya.
“Pakai untuk function malam nanti, dan jangan banyak tanya. Trust me, okey  sayang” Ujar abang tanpa sempat memberi aku peluang untuk menyampuk.
Mulut yang baru nak bertanya terus di tutup semula. Aku mengangguk faham. Dari tadi lagi asyik sebut pasal function tapi tak nak bagi tahu aku tujuan majlis tu. Nak kata hari jadi aku jauh sekali, apatah lagi abang. Biarlah kalau dia orang nak berahsia dengan aku pun, kita tengoklah apa kejutan mereka nanti.

SELEPAS solat isyak berjemaah dengan abang, dia terus bergegas keluar dan akan datang menjemput aku dalam setengah jam lagi. Aku melihat jam, dah pukul 8.05 minit malam. Menurut kata abang majlis bermula pukul 8.45 malam. Aku ada dalam setengah jam untuk bersiap. Nasib baik solat isyak masuk awal, nanti tak adalah aku terlupa kalau majlis tu habis lewat nanti.
Gaun yang sudah siap aku gantung tadi aku ambil dan cuba pakai. Aku berdiri di depan cermin dan melihat pantulan diri aku. Memang aku akui yang gaun yang berpotongan muslimah ini memang nampak cantik sekali dengan potongan yang mengikut bentuk tubuh tapi tidak terlalu ketat dengan di taburi dengan batu swaroski menampakkan gaun itu nampak cukup elegan dan mewah.
Aku mengeluarkan kit alat solek di dalam beg kecil aku dan terus beroperasi melakar wajahku. Aku hanya mahu nampak fresh dan natural untuk majlis nanti.
Aku terkocoh-kocoh bersiap bila melihat jarum jam semakin bergerak. Shawl aku belit dan aku pin dengan kemas. Aku membuat sentuhan terakhir dan akhirnya aku berpuas hati dengan penampilan aku malam ni. “Okey done.”  Aku tersenyum puas.
Aku sedang memakai kasut bila pintu di ketuk. Aku tersenyum pasti abang yang sedang menunggu. Pintu bilik di buka, namun bukan abang yang menunggu tetapi Haiqal.
Haiqal kelihatan terpegun melihatku. Aku juga turut terpegun sama. Dia memang nampak cukup segak dan macho dengan tuxedo yang tersarung di badan sasanya.
“Berapa lama awak nak tilik saya ni... Remember masa sedang berjalan.” Aku bersuara lembut. Jari sengaja di tunjukkan ke pergelangan tanganku walaupun aku tidak memakai jam ketika itu.
Haiqal seperti menarik nafas dan dia mula tersenyum manis. Memang menggoda senyuman dia saat ini. Haiqal menepi dan mempersilakan aku. Aku tersenyum dengan lagak gentleman dia. Kami bergerak ke arah lif. Aku terbuai dengan bau wangian di tubuhnya ketika kami berada berdekatan antara satu sama lain. Aku mencuri melihat wajah Haiqal bila dia memandang ke arah lain.
Kami berjalan beriringan ke sebuah dewan besar. Beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian cantik sedang berbual sesama sendiri di luar dewan itu. Bila ternampak kelibat Haiqal semakin mendekat mereka tersenyum dan berjabat tangan. Aku hanya memerhati kemesraan mereka.
Pintu dewan di buka dan telingaku dapat mendengar bunyi muzik yang cukup rancak sedang di mainkan. Aku berjalan dengan tenang walaupun aku tahu banyak mata yang sedang memandang ke arah kami berdua.
Abang berjalan ke arah kami. Bahu Haiqal di tepuk perlahan. Dia tersenyum kepada abang. Aku yang masih keliru  dengan majlis ini hanya memerhati sekeliling dewan. Mataku tertancap pada satu kain rentang  yang tergantung di atas pentas.
Majlis Reunion ex-student UM 2008/2009
Baru aku tahu tujuan mereka membawa aku ke sini. Apalah mereka ni, macam ni pun nak berahsia dengan aku. Ingat function apalah tadi. Aku menyertai abang dan Haiqal yang sedang rancak berbual. Perbualan mereka aku celah dengan penuh 'sopan' gitu.
“Ini ke rahsia yang korang berdua nak cakapkan tu.” Aku memandang muka mereka satu persatu.
Perbualan mereka terhenti. Abang memandang sekilas Haiqal yang sedang berdiri di sebelahku sebelum mula bersuara.
“Tanya Haiqal, dia yang suruh abang tutup mulut.” Abang menunding jari kepada Haiqal sebelum dia pergi meninggalkan aku dan Haiqal bila temannya menggamit abang dari hujung meja sana.
Pandangan aku kembali kepada Haiqal pula bila abang sudah melarikan diri. Aku masih lagi menanti jawapan yang keluar dari mulutnya. Saja aje aku membuat muka serius sebab nak tengok bagaimana dia nak jelaskan semua ini.
Sorry... Saya sengaja berpakat dengan Freddy sebab saya tahu awak pasti tak nak datang sini. Awakkan kurang minat  dengan majlis macam ni. Lagipun kalau saya ajak saya tak pasti awak nak terima atau tak jadi partner saya.” Haiqal bersuara perlahan. Mungkin rasa bersalah dengan aku.
Aku menahan gelak. Nampak kesian pula melihat mimik muka dia yang sudah teduh itu.
“Ishh... Saya gurau ajelah Carl, Saya tak marah kalau awak ajak saya baik-baik. Apa salahnya kalau awak cakap awal-awal. Nasib baik abang dah sediakan baju ni untuk saya, Kalau tak memang saya tak nak datang.”  Terletus juga senyuman aku yang di tahan sejak tadi.
“Sebenarnya baju tu saya yang sediakan, saya yang bagi dekat Freddy untuk pass kan kat awak. Awak suka tak baju tu?..”  Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Baju yang tersarung di tubuhku aku pandang. Perasaan malu dah menyerbu ke mukaku. Macam mana dia tahu saiz aku? Aku dapat rasakan yang abang memang tak tahu saiz baju aku, Takkan dia main agak-agak pula.
“Saiz saya.... Macam...”  Aku dah tergagap. Malu sebenarnya nak tanya terang-terang depan dia.
Haiqal tersenyum dan dia mendekatkan tubuhnya kepadaku. Aku terbuai lagi dengan haruman yang melekat di tubuhnya. Jantung aku dah nak terlompat keluar bila dia berdiri begitu hampir dengan aku.
“Saya tahu apa yang sayang nak tanya... Yang tu biarlah rahsia... Oh ya saya lupa nak puji yang sayang nampak cantik sangat dengan baju ni... Sayang buatkan saya tergoda sangat malam ni.”  Suara Haiqal kedengaran begitu romantik sekali. Aku terkelu mendengarnya. Wajahku spontan berkalih ke arahnya. Dia tersenyum lantas menarik tangan aku dan menyelitnya di celah lengannya yang sasa dan kami berjalan ke meja.

Aku terdorong mengikut langkah kakinya. Dalam diam aku tersenyum senang. Hati terasa berbunga-bunga bila mendapat pujian daripada orang yang kita sayang. Tolong-tolong aku perlukan oksigen sekarang ni!!


                                                                                                    bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...