Friday, March 10, 2017

i'm back!!

Olaa...
Dah lama rasanya EA tidak bersiaran di sini. Agak2 ada orang ke yg sudi jenguk blog EA ni? Kalau ada EA sgt2 brterima kasih pada anda yg sudi menjengah barang seketika.

Sejak kebelakangan ni EA memang betul2 sibuk + malas nk buka blog.  Korang mesti fikir, baru lepas terbit novel pertama trs senyap!
Haha.. EA bukan duduk saja2 okey. EA lebih tertumpu dkt fb. Lagipun lps novel indahnya cinta (2016) diterbitkn, EA makin berkobar2 nk buat novel baru, sbb tu trs tgglm tu.
Tapi dekat sini EA nk umumkan yg novel ke-2 EA bakal diterbitkan lagi. Syukur alhamdulillah. EA pn x sangka yg manuskrip itu diterima, jadi EA tggh tggu Editor edit dan terbitkan novel Ke-2 tu.

Tajuk apa? Tunggu. Nnti EA akan umumkan. Sbnrnya bukan nak membebel sampai beribu-ribu patah perkataan tetapi EA muncul kembali ni sbb nk share pasal cara utk tulis novel.

Ada tak yang rasa nak tulis novel tp x tahu nk bt macam mn? Meh sini EA bg tips sikit.

Tips dia mudah saja. Mcm kita tulis karangan, kita mesti ada rangka2 dia nnti lebih senang kita nk bt.

1) watak dan perwatakan.
- protagonis ( watak utama/ baik) biasanya mestilah hero dan Heroin.
- Antagonis ( sampingan)

2) konflik
- korang kenalah tahu jalan cerita apa yg nk ditulis. Biasanya org lebih suka baca kisah yg ada konflik. Barulah seronok nak membacanya nanti.

3) plot / sub plot.
- main plot- cerita utama yg kita mahu tonjolkan ini berkisarkan apa? Contohnya kisah anak yg mencari siapa keluarga kandungnya.
- sub plot - lbh kpd memantapkan jln cerita. Cthnya macam mana cara anak ini untuk mencari keluarganya. Apa yg dia hadapi spnjg menjejaki keluarganya. Suka duka sepanjang dia mencari.

4) Dialog / naratif.
- mmg kena adalah. Baru best org nk baca.
Naratif tu pula penceritaan atau macam mana kita gambarkan suasana tempat/ perasaan atau apa saja tapi bukan menggunakan dialog/ verbal.

5) Gaya bahasa
-santai - gaya percakapan kita seharian pun blh digunakan ttp biarlah bersesuaian. Jangan syok sendiri pula. Cuba rujuk gaya bahasa dlm buku2 novelis di luar sana.
-BMT- menggunakan b.melayu yg formal.

6) latarbelakang
- cerita ini berlaku di mana. Cth pasar, dalam rumah, dalam kandang rimau.. kena nyatakan baru pembaca boleh bayangkan di mana ia berlaku.

7) klimaks/ ending
-apa kesudahan cerita ini. Berjaya ke anak ni jumpa dgn keluarganya? Atau anak tu tak sempat nak jumpa sbb keluarganya berpindah?
-perlu diingatkan. Sepanjang kita menulis kita kena pastikan cerita itu boleh diterima akal. Jangan nak syok sendiri sbb kita nak pembaca terima karya kita.

8) pengajaran.
-mesej yg kita mahu sampaikan dalam karya kita tu. Karya yg baik adalah karya yg boleh bagi kita kebaikan atau ilmu utk diterapkan dalam diri kita. Bukan hanya sekadar baca tapi tiada ilmu yg dpt kita sumbang/ ambil.

Jadi itulah sedikit sbyk tips yg blh EA kongsikan. EA sendiri pn masih terkial-kial dalm dunia penulisan ni, jadi jgn malu tuk bertanya dan berkongsi pndpt.

K.. EA undur diri dulu. Lain kali kita bersiaran lagi. Babai..


Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...