Wednesday, June 8, 2016

MY ANGEL 8




J
IM dan Jerry tersandar keletihan. Hari yang cukup memenatkan buat mereka. Bad tersenyum dan meletakkan dua gelas air anggur di depan mereka berdua. Tanpa pamitan terus air itu di teguk. Dahaga.
“Arghh...” Jerry tersenyum lega bila air sejuk mengalir di kerongkong. Tubuh kembali di sandar. Bad sudah mengambil tempat di depan anak-anak buahnya itu.
“Tadi papa korang call uncle...” jeda Bad seketika. Mahu menunggu reaksi Jim dan Jerry.
“Kenapa uncle?” hampir serentak Jim dan Jerry bertanya. Bad tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Saja dia hendak tahu keadaan kamu berdua dekat sini.” Ujar Bad.
“Habis tu uncle jawab apa?” tanya Jim. Rindu pula nak berbual dengan papanya. Sejak dia berada di sini, hanya sekali dua mereka berbual di telefon. Kekangan masa membuatkan mereka jarang berbicara.
“Uncle cakaplah yang kamu berdua okey. Seronok saja tinggal sini. Jerry ni pun uncle cakap dah makin tembam sebab hari-hari belasah roti canai.” Bad tergelak.
“Mana ada tembam. Uncle ni apalah.” Cebik Jerry. Tubuh sendiri di pandang. Betul ke makin tembam? Rasanya perkataan lebih berisi sesuai dengan dirinya saat ini. Dia tersengih sendirian. Apa nak buat semua makanan kat sini sedap-sedap belaka.
“Kau memang tembam pun. Tengoklah kalau tak pandai jaga diri, silap-silap boleh jadi debab.” Jim tergelak kuat.
“Ishh... mana ada. Orang petang-petang dekat sekolah main basketball. Dekat situ saja dah berapa kilo kalori kena bakar.” Jerry pertahankan hujahnya. Jim tersengih. Tahu. Ini pun dia dan Jerry baru balik sekolah, sibuk join team basketball dengan kawan-kawan dia tadi.
“Malam nanti papa korang telefon balik. Dah pergi makan, uncle dah siapkan.”
“Uncle masak ke?” Tanya Jerry dengan kening yang terangkat. Saja nak menyakat uncle mereka.
“Kalau korang nak tengok dapur meletup bolehlah.” Bad sudah tergelak besar. Memang dia akui yang dia tiada langsung bakat memasak. Jim dan Jerry turut tergelak. Tahu sebab itu sengaja tanya tadi.
“Kalau macam tu cepat-cepatlah carikan kitaorang auntie, nanti tak adalah kena tapau dekat kedai hari-hari.” Canda Jim. Jerry angguk.
“Tapi kalau boleh biarlah yang pandai masak uncle.” Jerry pula jadi tukang tambah.
“Jangan risau. Malam ni uncle ada date dengan auntie korang.” Bad sudah menaikkan keningnya. Bibirnya sudah tersenyum lebar.
“Betul ke uncle? Alhamdulillah. Cepat-cepatlah uncle kahwin, nanti boleh kami tumpang senang.” Jerry meraup mukanya.
“Amboi korang. Nak suruh bakal auntie jadi chef korang ke?” Bad sudah bercekak pinggang.
“Apa salahnya.” Jim tergelak kecil.
“Ada-ada sajalah korang ni.” Bad sudah tergeleng kepalanya. Dia bangun dan mencapai kunci kereta di atas meja.
“Uncle pergi dulu. Kalau ada apa-apa hal. Telefon uncle.” Pesan Bad. Jim dan Jerry angkat ibu jari.
“Okey uncle.”
Selepas Bad pergi, Jim masuk ke dalam bilik. Badannya sudah belengas. Jerry pula sudah terbongkang di depan TV dengan mata tertutup.
“Oii Jerry, mandi dulu kalau nak tidur pun. Busuk nanti.” Jim melaung kuat.
“Hah!” terkejut Jerry. Dia mencari arah suara. Bila terlihat Jim tercegat di muka pintu bilik dia terus angguk. Bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Matanya di gosok perlahan.

DEAN menyuap nasi dengan perlahan. Lauk pauk penuh di dalam pinggannya. Terkedu dia tadi bila nenda dan auntie Shila tidak putus-putus menyenduk lauk ke dalam pinggan. Nak menolak takut mereka kecil hati jadi dia biarkan saja.
“Kenapa termenung, tak sedap ke lauk yang nenda masak? Atau Dean nak makan yang lain?” Tegur Aisya bila melihat Dean yang hanya menguis makanannya.
“Tak adalah nenda. Sedap ni.” Dean menarik senyum dan terus menyuap. Aisya tersenyum dan dia menyambung makan. Seronok dia melayan Dean makan. Cucunya yang seorang ini jarang balik Malaysia dulu.
“Senang hati nenda bila Dean nak duduk sini.” Ujar Aisya lagi. Dean panggung kepala.
“Betul tu. Auntie pun suka Dean duduk sini. Auntie memang rindu sangat-sangat dengan anak buah auntie ni.” Shila menyampuk. Suami di sebelah di pandang. Dean cuma tersenyum. Masih kekok hendak berbual sebenarnya. Mama dan papanya sudah pulang ke England semalam.
“Macam mana dengan sekolah tu, okey ke?” Tanya Faris.
“Okey uncle. Best belajar dekat sana.” Dean tersenyum. Memang seronok sekolah dekat sana. Rasanya tak ada beza pun dengan sekolah lama dia. Tersenyum dia bila wajah kawan-kawan dia terlayar dalam kepala satu persatu. Jim, Danish, Lee, Raj, Jerry, Angel...
Angel?
Angel!!!
Woi apasal minah sewel muncul dalam kepala aku pula ni?
“Eh Dean apasal ketuk kepala tu? Sakit kepala ke?” Suara nenda mencecah pendengaran. Terus mata Dean memandang nendanya sebelum berkalih pada Auntie Shila dan uncle Faris. Baru dia tersedar yang dia sedang mengetuk kepalanya. Pantas tangan di turunkan dan tersengih sumbing. Perbuatan di luar kesedarannya.
“Tak ada apa-apalah nenda.” Dean terus menyambung makan. Dalam hati mendongkol geram. Aiseyman... macam mana boleh berkhayal pula ni. Buat malu saja. Tapi dia pelik kenapalah nama Angel boleh terkeluar dalam fikirannya tadi? Jangan aku kena nightmare sudah.



TBC~

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...