Wednesday, May 31, 2017

teaser 10



#Teaser 10

“Sayang. Kenapa senyap ni?” Tegurnya.
“Oh, sorry. Tak ada apa-apa. Abang… Farah ada satu soalan matematik nak tanya dengan abang ni?”
“Soalan matematik? Kenapa, sayang ada sambung belajar ke?” Tanyanya. Ketawanya meletus tiba-tiba.
“Hesy.. abang ni! Tak adalah sampai macam tu. Alah… nak jawab ke tidak ni?” Aku merengek, tidak suka bila dia mentertawakanku.
“Okey, okey... Sorry dear. Apa soalannya?  Kalau abang boleh jawab, abang jawab.”
“Soalan ni senang aje. Abang mesti boleh jawab punya.”
“Okey. I’m waiting sayang.”
“Satu tambah satu berapa jawabnya?” Ujarku dengan mengemukakan soalan.
Tiada balasan dari arah sana.
“Abang…”
“Haha... sayang buat lawak apa malam ni? Punyalah abang standby pen dengan kertas. Ingat soalan nak mencabar minda yang sayang nak abang jawab tapi rupa-rupanya soalan yang budak tadika pun tahu. Kalau bagi Rayyan pun dia boleh jawab.” Suamiku masih tidak berhenti ketawa. Aku sudah menahan geram. Terasa hati.
“Abang, tak nak ketawa macam tu!” sikit lagi aku mahu menangis. Aku terus membisu. Ikutkan hati mahu sahaja aku mematikan telefon.
Sorry sayang, abang tak sengaja. Okey abang tak ketawa lagi.”
“Cepatlah jawab.” Marahku tetapi hati mula terpujuk.
“Sayang, kalau satu tambah satu mestilah jawapannya dua.” Balas Izz Aidan.
“Kalau Farah cakap jawapan abang tu.... Salah?”
“Salah? Eh, betullah tu. Kan satu tambah satu jawabnya dua. Kat mana yang salahnya. Abang masa kat sekolah dulu dapat A tahu matematik ni.” Sanggah suamiku.
“Salah. Farah tetap kata jawapan abang tu salah!” Jawab aku bersungguh-sungguh. Mesti dia bengang bila aku cakap yang jawapan dia salah. Aku sudah tersenyum gembira. Berjaya mengenakan dia.
“Okey. Kalau macam tu apa jawapan dia.” Tanya Izz Aidan. Tidak mahu memanjang pertelingkahan kami mungkin.
“Tiga.” Balasku pendek. Mesti dia dah gila memikirkan macam mana soalan satu tambah satu jadi tiga. Haha...
“Cikgu mana yang ajar sayang ni? Mana ada satu tambah satu jadi tiga? Mesti cikgu sekolah sayang dah beri ajaran sesat dekat sayang ni.”
Aku ketawa kuat. Kelakar apabila dia kutuk cikgu aku.
“Jangan nak kaitkan cikgu saya dekat sini ya cik abang. Soalan ni tak ada kena mengena dengan cikgu tu. So sekarang ni, abang carilah jalan macam mana satu tambah satu jawapan dia tiga dan bukannya dua. Okeylah sayang. Farah nak tidur dulu. Esok Farah datang ambil dekat airport. Bye sayang. Assalamualaikum.”
“Eh, sayang… abang belum habis lagi ni...” Suara dia sayup-sayup kedengaran sebelum aku mematikan talian. Tersenyum aku bila mendengar suaranya yang kalut tadi.
Good night abang, good night baby.” Aku mengusap perlahan perut yang di tutupi dengan gaun tidur. Malam ini aku terasa yang aku benar-benar gembira.



No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...