Thursday, February 25, 2016

#Cafe Neo 3



                                                         


"Kita pergi makan dulu boleh?" Joe memecah kesunyian di antara kami. Aku pandang dia yang sedang memandu.
"Saya dah kenyang." jawabku. Segan sebenarnya. Malu pasal tadi pun belum reda lagi. Takkan nak ditambah dengan duduk menghadap sambil makan dengan dia pula nanti.
"Awak makan apa?" dia pandang aku seketika.
"Hurmm..." takkan nak cakap aku makan roti saja kot. Tadi ingatkan dapatlah makan makanan sedap-sedap dekat cafe Neo tadi tapi hampeh, Kempunan aku!
"Saya andaikan diam tu tandanya setuju." Ujarnya. Kereta sudah berhenti di satu kedai makan. Belum sempat aku mahu membantah, Joe sudah keluar dari kereta dan melangkah ke arah aku. Pintu kereta sudah di buka dan dia sedang menunggu untuk aku keluar.
"Joe, betul saya dah kenyang." 
"Tak apa. kalau awak tak nak makan, awak minum saja. Takkan awak tak sudi nak temankan saya makan. Saya tengah lapar ni, dari tengahari tadi lagi saya belum makan." Joe sudah menggosok perut dengan muka kasihannya.
"Pleaseee..." dia merapatkan tangan bila aku masih lagi tidak mahu keluar dari keretanya. Akhirnya aku angguk. Joe tersenyum.
“Order bang.” Baru saja duduk, pelayan dah menghulurkan buku menu. Joe selak seketika sebelum memandang aku.
“Awak nak makan apa?”
“Tak nak. Bagi jus epal saja.” Aku pandang Joe seketika sebelum pandang pelayan itu.
"Tak nak makan ke?" Joe tanya aku. Aku senyum dan geleng.
"Kalau macam tu, bagi saya dua nasi goreng ayam dan jus oren." Joe serahkan buku menu pada pelayan itu.
“Siapa nak makan sampai dua tu? Habis ke awak nanti?” aku pandang Joe. Dia tersengih.
“Saya order untuk awak sekali. Takkan awak nak pandang saya makan saja.”
“Tapi saya tak lapar.” Bohongku. Biarpun perut dah mengelegak sebab lapar.
“Jangan belajar untuk berbohong jika awak memang tak pandai berbohong.” Ucap Joe. Lidah rasa kaku untuk membalasnya. Macam mana dia tahu? Akhirnya aku hanya diam sementara menunggu hidangan kami tiba.
“So sweet.” Aku tersenyum memandang satu pasangan di hujung meja sana. Joe yang ketika itu sedang membalas mesej terus melihat ke arah yang sama. Dia tersenyum kecil sebelum memandang aku.
“Awak suka bunga?” Tanya Joe. Aku angguk. Siapa yang tak suka bungakan?
“Awak suka ros juga?” soal Joe lagi. Mungkin sebab dia tengok yang lelaki itu menghadiahkan pasangannya itu dengan kuntuman bunga ros merah tadi.
"Tak." Jawabku pendek. Joe kerut dahi.
“Habis tu awak suka bunga apa?”
“Saya…” belum sempat aku jawab, makanan yang di pesan tadi sudah sampai. Joe masih menanti jawapan daripada aku tetapi aku hanya senyum dan mengisyaratkan dia untuk membaca doa makan. Joe mengalah dan aku sama-sama mengaminkan doa.
Selepas makan, Joe hantar aku balik. Walaupun aku baru kenal Joe, hati aku katakan yang aku cukup senang bila berada dengan Joe. Joe seorang yang baik dan kelakar.
“Awak belum jawab lagi soalan saya tadi.”
“Soalan apa?” tanyaku.
“Tentang bunga kesukaan awak?” Ujar Joe.
"Sorry saya tak suka bunga ros."
“Habis tu awak suka bunga apa?”
“Saya suka bunga hibiscus rosa sinensis.” Jawabku sebelum meninggalkan dia seorang diri.
“Bunga apa tu?” Joe mengomel sendirian. Bila dia angkat kepala, Sara dah tak ada. Eh, mana dia pergi?
“Tak pernah dengar pun, spesis baru ke?” Joe garu kepala.
“Sara!” Joe melaung bila melihat Sara masih lagi berdiri di depan pagar rumahnya.
"Apa?" Aku berpaling. Tangan masih lagi sibuk membuka mangga kunci.
“Bila kita boleh jumpa lagi?”
Aku angkat bahu. "Entah. Kalau ada jodoh pasti akan jumpa lagi. bye. "Ucapku sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat aku menangkap senyuman di bibir Joe. Auch! Menawannya senyuman Joe itu.
Joe tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta. Dalam kepala tengah ligat berfikir bunga apa yang Sara sebutkan tadi. Sah, memang dia kena google nama bunga tu.
Perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa Sara itu.
"Harap-harap kita ada jodoh Sara." Senyuman Joe makin melebar.

Eefa Azwany : Agak-agak bunga apalah yang Sara cakap tadi tu?
                       Hmmm ....







Monday, February 15, 2016

# Teaser Cafe Neo 3




“Sorry saya tak suka bunga ros.”
“Habis tu awak suka bunga apa?”
“Saya suka bunga hibiscus rosa sinensis.” Jawabku sebelum tinggalkan dia seorang diri.
“Bunga apa tu?” Joe mengomel sendirian. Bila dia angkat kepala, Sara dah tak ada. Eh, mana dia pergi?
“Tak pernah dengar pun, spesis baru ke?”


Thursday, February 11, 2016

My Angel 3





                                                               


“A
DOI, penatnya badan.” Angel menghempas badan pada sofa di ruang tamu. Letih dengan perjalanan dari England ke Malaysia. Berjam-jam duduk bertapa dalam kapal terbang tadi dan bertambah-tambah letih sebab bertekak dekat airport tadi.
“Bodoh betul dia tu!” Gumam Angel bila teringat kejadian tadi. Kemudian terbayang muka lelaki itu. Padan muka kena libas dengan aku.
“Angel kalau penat pergilah rehat kat atas tu, kejap lagi Babe siapkan makan lewat malam.”
“Tak apalah Babe. Angel tak lapar nak tidur aje sekarang ni.” Angel bangun dan menarik beg sandang. Bagasi besar di biarkan di situ. Nanti pandai-pandailah Babe uruskan. Sampai di biliknya dia terus dive. Dia tersengih bila katil yang empuk dan wangi itu mengulik dirinya yang memang kepenatan hari ini. Sekejap saja dia sudah zzzz…

“DAH sampai pun orang jauh.” Tersenyum Shila bila melihat Sophea, Andrean dan Deanyang baru turun dari Limo. Dia mengarahkan pembantu rumah mengeluarkan beg-beg di dalam kereta itu. Tubuh Sophea dan Dean di dakap erat. Rindu pada orang jauh.
Come, semua dah tunggu dekat dalam tu.” Shila menarik tangan Sophea dan Dean masuk ke dalam rumah. Andrean menurut dari belakang. Sampai di ruang tamu, semua saudara mara sudah siap menunggu. Tadi bila mereka mahu menjemput Dean sekeluarga dekat airport, Andrean tidak membenarkan kerana tidak mahu menyusahkan mereka semua jadi mereka hanya menunggu dekat rumah sahaja.
Dean memaniskan muka bila tubuhnya di dakap oleh saudara maranya. Kekok pula bila sudah lama tidak bertemu. Last sekali pun dua tahun lepas.
“Dah makin hensem cucu nenda ni..” Aisya tersenyum sambil mengusap perlahan pipi Dean. Dean tersimpul malu bila banyak mata sedang memandang.
“Dia ramai peminat dekat England tu.” Celah Sophea. Dean menjeling ke arah Sophea. Tidak suka bila dirinya di sebut. Tetapi Sophea langsung tidak terkutik dengan jelingan anaknya itu.
“Iya? Memang patutlah, kan cucu nenda ni memang hensem orangnya, macam atuk dia dulu juga, tua-tua pun masih banyak peminat. Kat mana lagi kuah tak tumpah kalau tak ke nasi juga.” Seloroh Aisya. Mereka yang lain mendengar turut ketawa. Gamat suasana rumah malam itu. Dean hanya menahan sebal bila di sakat begitu. Ini yang aku tak suka bila balik sini ni.

JIM dan Jerry mengeluarkan bagasi milik masing-masing. Mereka masih tercegat di depan kondominium mewah yang tinggi melangut di depan mereka.
“Jom.” Bad menggamit anak buahnya untuk mengikut dia. Jim dan Jerry mengangguk. Butang lif di tekan dan pintu terbuka. Mereka masuk ke dalam perut lif. Jim hanya melihat jari uncle Bad yang sudah menekan tingkat 18. Alamak tingginya mereka duduk. Tingkat yang paling atas sekali pun tingkat 20.
“Kondo ni ada rooftop. Uncle dah tengok sebelum ni, memang cantik kalau nak lepak-lepak main gitar dekat atas tu.” Ujar Bad bila dia melihat Jerry sedang memegang beg gitar. Mata Jerry sudah bersinar. Jim tersenyum herot. Budak ni memang suka tempat-tempat macam tu, senang nak dapat ilham katanya. Tapi risau juga, kot-kot budak ni buang tabiat nanti dia buat bungee dekat sini. Ishh! Kena pantau 24 jam budak Jerry ni.
Ting! Pintu lif berhenti pada tingkat 18. Jim dan Jerry masih setia mengikut langkah uncle Bad. Uncle Bad beritahu tadi setiap tingkat ada empat unit rumah sahaja. Rumah mereka yang paling hujung. Bila pintu di buka, Bad mempersilakan Jim dan Jerry masuk.
“OMG!..” Jatuh rahang Jim dan Jerry bila melangkah masuk tadi. Rumah ni betul-betul superb. Cantik siot! Sesiapa pun yang buat ID ni memang wa salute gila.
“Uncle cantiknya.” Jerry terus menapak masuk, habis seluruh rumah di jajahnya. Setiap ruang di reka dengan hiasan yang berlainan. Rasa-rasa tak nak keluar dari rumah ni aci tak. Hehe.. Jerry tersengih sendiri.
“Baguslah kalau Jim dengan Jerry suka. Uncle memang upah ID yang terbaik untuk hias rumah ni.” Bangga sekali Bad bercakap. Tak sia-sia dia ke hulur ke hilir cari orang untuk hias rumah ni.
“Pergi rehat dulu, uncle nak keluar pergi beli makanan kejap.” Ujar Bad. Jim dan Jerry yang melilau melihat isi rumah terus memandang kearah uncle Bad mereka.
“Kita keluar sekalilah uncle, Jimnak tengok suasana malam dekat sini.” Ujar Jim sambil tersengih. Bad mengangguk kemudian pandangan mereka berdua tertuju pada Jerry pula.
“Kira sekalilah, takkan Jerry nak duduk sorang-sorang pula.” Tersengih Jerry.
“Okey, kalau macam tu pergi letak beg dalam bilik masing-masing. Pilih bilik mana yang berkenan.” Juih Bad pada pintu bilik di depan mereka. Jim dan Jerry kemudian berpaling. Ada empat buah bilik di depan mereka. Tanpa di pinta mata Jim dan Jerry terus bersabung dalam diam, fikiran mereka sudah mencongok sesuatu sebelum…
“Abang pilih master room..”
“Mana boleh, Jerry nak bilik tu!” Jerit Jerry. Berebut-rebut mereka berlari kearah pintu bilik.
“Abang yang paling tua, jadi sebagai adik, Jerry kena mengalah.” Jim tidak mahu mengalah dengan adiknya.
“Ah! Tak aci.” Suara Jerry masih kedengaran. Bad yang melihat hanya menggeleng kepala. Apalah mereka berdua ni, macam budak terencat. Bilik pun nak berebut. Malas nak melayan dia terus ke dapur. Minum lagi bagus. Buat seketika dia melihat jam, entah pukul berapa baru mereka boleh keluar ni.
“Lusa nak ikut uncle pergi kenduri kahwin tak?” Tanya Bad bila mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan–makan tadi. Jerry nampaknya sudah berdengkur dekat belakang. Bestlah tidur lepas perut kenyang.
“Rumah siapa uncle?” Tanya Jim.
“Rumah kawan. Nak ikut tak?” Tanya Bad semula.
“Boleh ke uncle?”
“Apa pula tak bolehnya. Inilah masanya kalau Jim nak rasa lauk kenduri.” Ujar Bad sambil tersengih. Jim diam seketika sebelum mengangguk.
“Bolehlah uncle, Jim pun dah lama tak tengok cara orang sini kahwin.”
Orait, nanti beritahu Jerry sekali.”
“Set.” Jim sengih.
Sampai dekat kondo, Jim kejutkan adiknya. Mamai lagi budak tu. Jim pegang lengan Jerry yang nyaris-nyaris nak langgar dinding. Bad dan Jim ketawa. Jerry dah terlentok atas bahu Jim. Mata memang tak boleh nak di angkat langsung.
“Budak ni kalau tidur memang payah nak bangun.” Ujar Jim pada unclenya. Bad hanya tersengih. Lawak juga anak buah dia yang sorang ni. Memang rindu sangat dengan budak berdua tu. Lama kat tempat orang. Balik-balik pun dah besar panjang.
“Uncle tumpang tidur dekat rumah Jim ya malam ni, boleh tak?” Pinta Bad. Nak pusing balik rumah pun rasanya dah tak larat.
“Boleh aje uncle. Apa pula tak bolehnya. Rumah uncle juga tu.” Balas Jim.
Sampai dalam rumah, dia terus membaringkan Jerry di atas katil. Bad pula terus masuk ke bilik tamu. Penat dari pagi sampai ke malam asyik bergerak saja.
“Eh Jim tak nak tidur lagi ke?” Tanya Bad bila Jim duduk di sofa di ruang tamu.
“Belum mengantuk uncle. Jetleg lagi ni. Kalau uncle nak rehat, pergi ajelah.” Ujar Jim seraya menarik remote TV.
“Okey. Uncle tidur dulu. Dah mengantuk sangat ni.” Bad terus menghilang di dalam bilik. Tinggal Jim sorang-sorang dekat luar tu. Dah lama tak tengok cerita melayu, kalau dekat sana kalau rindu sangat dia tengok dalam youtube saja.
“Eh cerita apa ni?” mata Jim sudah terbuka luas. Duduk di perbetulkan. “Hah, hantu bungkus ikat tepi? Haha…” Jim sudah tergelak sorang-sorang. Lawak punya tajuk cerita, tapi dia layan juga.



                                                                               bersambung...

Tuesday, February 9, 2016

#CAFE NEO 2






"URGHHH!!!"

Panjang betul aku menguap. Mata yang berbalam-balam aku tenyeh. Letih duk menghadap laptop sejak dari tadi. Kepala pun dah mula nak ting tong. Aku kalih pada Zana yang sedang menongkat dagu menghadap buku tebal. Kepala pun nampak dah terangguk-angguk. Menahan kantuk barangkali.
“Kau tengah setuju apa tu?” aku tegur Zana.
“Hah!” Zana pandang aku dengan muka blur.
“Setuju apa?” dia soal balik. Aku senyum.
“Dari tadi lagi aku tengok kau duk angguk-angguk. Sebab tu aku tanya.” Sarkastik aku menjawab sambil menarik sengih.
Cinabeng punya Sara. Aku tengah gigih tahan mengantuk ni dowh!” Mata Zana sudah terbuka luas. Rasa mengantuk sudah hilang.
“Haha… Saja. Aku pun nak hilangkan tahap kebosanan aku juga ni.” Aku tergelak. Laptop aku sudah tolak ke tepi.
“Aku laparlah. Jom turun bawah nak?” aku gosok perut sambil pandang Zana.
“Burger?” dia tanya. Aku angguk laju.
“Orait, jom.” Zana bangun dan terus berlalu ke almari. Cardigan ditarik. Beg duit di selit ke dalam poket seluar. Aku mengikut dari belakang.
Turun-turun saja sudah ada beberapa orang yang tengah lepak dekat bawah. Berborak sambil tunggu burger siap barangkali.
“Assalamualaikum brader…” aku dan Zana angkat tangan menyapa.
“Waalaikumussalam. Wei, lama gila tak nampak muka kau dua orang, pergi mana?” Eddy menyapa. Aku dan Zana tersengih.
“Ada, bertapa dalam gua. Ini keluar pun sebab dah kebulur tahap 10 dah ni.” Balas aku selamba. “Aku nak daging double, kau Zana?” aku pandang Zana.
“Aku nak ayam special. Nak mayo lebih tau.” Ujar Zana pada Eddy. Dia angguk. Syam kat sebelah awal-awal lagi dah angguk. Dia yang tukar bakar daging burger. Eddy cuma tukang siap-siap mana yang patut saja.
Aku dan Zana duduk bertenggek tepi tiang dekat gerai burger Ohsem milik bersama Eddy dan Syam ni. Pandai betul budak berdua ni cari duit lebih. Memang aku respek lah dorang berdua ni.
“Eh, Sara…” aku dan Zana yang tengah rancak berborak tadi terus berkalih ke sebelah bila dengar nama aku kena sebut.
Zaril.
“Buat apa dekat sini? Tunggu burger ke?” Zaril pandang aku sebelum tengok Eddy dan Syam tengah sibuk siapkan order pelanggan.
“Tak adalah, tengah layan konsert ni.” Jawab aku. Ada ke tanya soalan yang jawapan dan memang terang-terang ada depan mata. Zaril gelak.
“Sara, Zana burger korang!” Eddy dah siap angkat plastic berisi burger kepada kami. Serentak aku dan Zana bangun.
“Kejap, biar saya yang ambilkan.” Sekat Zaril, dia pantas mendekati Eddy. Beberapa minit kemudian Zaril kembali di depan kami berdua.
“Nah…” dia hulur plastik tu pada aku.
“Berapa?” tangan dah mula nak tarik duit yang terselit dalam poket seluar.
“Tak apa saya belanja awak dan Zana hari ni.” Zaril senyum.  Zana dekat sebelah sudah siku-siku aku sambil tersenyum.
“Mana boleh macam tu.” Aku tetap hulur not 10 ringgit padanya tetapi di tolak balik tangan aku. Eh mamat ni, main sentuh-sentuh pula!
“Saya ikhlas.” Jawabnya. Aku pandang Zana dan dia hanya angguk kepala. Orang nak belanja beb, biarlah. Zana balas pakai isyarat mata. Lambat-lambat aku angguk.
“Thanks. Jom Zana.” Aku cepat-cepat tarik tangan Zana. Tidak betah mahu lama-lama di sini.
“Sara…” panggil Zaril. Aku toleh semula padanya.
“Saya nak ajak awak keluar esok, boleh?” Tanya Zaril bila dia mendekati tempat aku berdiri. Zana sudah berjalan ke depan sedikit, sengaja nak tak kacau line.
“Err… hmmm….” Tak terkeluar ayat aku.
“Pleaseee…” Zaril dah merapatkan kedua-dua tangan, gaya merayu. Aku pandang Zana dan Zana pandang aku.
“Macam mana ni beb?” bibir bergerak tanpa suara.
“Keluar ajelah, kesian dekat dia.” Balas Zana. Aku jejilkan mata pada dia, dia tersengih dan buat peace dekat aku.
“Kejap pun jadilah Sara. Dah banyak kali awak tolak bila saya ajak awak keluar.” Bicara Zaril membuatkan perbualan jarak jauh aku dengan Zana tergendala. Lihat muka sepuluh sen si Zaril membuat hati aku menjadi lembut. Betul tu dah banyak kali aku elak daripada dia, akhirnya…
“Okeylah. Esok lepas habis kelas pukul 3.30 petang kita jumpa dekat café Neo.” Ujarku. kenapa café Neo? Entah tiba-tiba saja hanya tempat itu yang terlintas dalam kepala aku ni.
Zaril senyum dan angguk laju. “Okey, esok kita jumpa.”
“Bye Zaril.” Aku mendapatkan Zana dan kami terus naik ke bilik. Bukan aku tak perasan yang Zana sejak dari tadi lagi duk tersengih-sengih.
“Kau ni kenapa?” kan… dah terkeluar ayat tanya aku.
“Orang tu ada date esok.”
“Hish! Bukanlah. Aku saja keluar dengan dia. Annoying dengan mamat tu. Harap-harap lepas ni tak ada dia nak minta keluar lagi. Ini first and last tau!” ujarku sebelum masuk ke bilik air.
“Tapi aku suka kalau kau dengan Zaril!” laung Zana. Aku buat-buat pekak.
Arghhh!!!
Aku tak sukalah!

AKU terlambat 10 minit. Ini gara-gara terpaksa menapak ke bilik Prof. Alin. Harap-harap Zaril tak marah sebab kena tunggu. Tapi… kalau marah pun bukan aku kisah. Pintu café aku tolak laju-laju.
Bukk!
Tergamam aku bila nampak seseorang sudah tertiarap depan pintu café. Mata semua pelanggan dah terarah depan muka pintu.
“Joe!”
Hah! Joe ke?
 Danny datang menerpa dan terus mengangkat Joe. Aku menggaru kepala. Rasa bersalah sebab buat orang jauh tersungkur. Lawak, kalau ikutkan jauh di sudut hati aku dah bantai gelak tapi takut pula memikir kot-kot kena tendang sampai parking lot membuatkan aku tahan senyum.
“Sorry encik.” Aku pohon ampun dengan Joe. Bersalah sangat-sangat. Sebab kekalutan aku dia yang kena. Muka Joe dah merah. Marah campur malu kot. Iyalah kalau aku yang kena pun malu. Dahlah tempat umum kot.
“Sara!”
Aku berkalih ke sebelah. Zaril dah terpacak di sebelah aku.
“Awak tak apa-apa sayang?” dia belek tubuh aku, kot-kot cedera ke apa ke.
“Huh!”
Dengus Joe sebelum berlalu keluar. Semasa berpempasan di muka pintu, sengaja dia merempuh bahu aku kuat. Rasa-rasanya kalau Zaril tak pegang lengan aku rasanya time aku pula yang buat show depan pintu ni.
“Hey!” marah Zaril. Dia mahu mengejar langkah Joe tapi aku cepat sambar lengan dia. Zaril berpaling dan pandang aku. aku geleng dan melepaskan lengan dia sebelum masuk ke dalam café. Zaril ikut dari belakang.
“Sorry pasal tadi. Joe tak sengaja tu.” Danny sudah berdiri di sebelah meja kami. Aku panggung kepala. Aku tersenyum kelat. Bukan salah sesiapa. Salah aku. Kalut sangat nak buka pintu.
“Siapa dia sebenarnya?”
Erk!
Tercengang aku, Zaril dan Danny seketika.
Joe.
Tadi bukan dia dah blah ke?
“Siapa dia pada you?” Joe tunding jari pada Zaril. Matanya tajam memandang aku dan Zaril silih berganti. Danny masih tercengang. Tak tahu nak menyampuk celah mana. Suasana terasa hening.
“Kau ni dah kenapa? Sara, awak kenal ke siapa ni?” kali ini Zaril pula menyoal aku. bingung aku sekarang ni.
Soalan apa ni??
“Sara jawapan soalan saya, siapa dia?” Joe tidak hiraukan soalan Zaril padanya. Matanya masih di paku pada aku.
“Dia kawan saya.” Balas aku perlahan.
“Sara!” tempik Zaril. Aku berkerut dahi. Joe pula tarik sengih.
“Apa?” aku tengok Zaril.
“Awak tahukan yang saya dah lama cintakan awak, sampai hati awak cakap yang kita ni hanya kawan.”
“Betullah, kita memang kawan pun.” Aku jawab. Muka Zaril kembali cemberut.
“Lega saya dengar.” Giliran Joe pula yang usap dada. Lega dengar apa yang Sara katakan.
“Apasal pula?” sampuk Danny. Aku angguk sebab setuju dengan pertanyaan Danny tu. Yalah, apasal lega pula.
“Legalah sebab awak bukan milik sesiapa dan saya bebas untuk pikat awak.” Seusai dia berkata-kata terus dia blah sekali lagi. Datang macam ribut, pergi pun macam ribut.
“Awak ada apa-apa ke dengan dia tu?” Zaril memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.
“Mana ada. Peninglah aku dengan korang ni. Dah saya pergi dulu!” bengang tiba-tiba. Aku tarik beg dan terus keluar. Tidak betah mahu berlama-lama di situ.
“Sara.” Panggil satu nama. Tapi aku tidak hiraukan sebab bukan nama aku sorang pun tu.
“Sara!” sekali lagi nama itu dilaung. Aku terus menonong berjalan.
“Sara Aisha binti Saifuddin!”
Okey, itu memang nama aku. aku berhenti dan menoleh.
Joe.
Joe kelihatan termengah seketika. Dia ke yang panggil aku tadi.
“Kenapa?” tanya aku. Tangan sudah memeluk tubuh.
“Awak nak pergi mana? Saya hantarkan.” Dia pelawa. Aku panjangkan kepala mencari kereta miliknya. Itu pun, kereta yang pernah dia tumpangkan dulu. Eh silap… Danny yang tumpangkan aku. Tuan punya kereta tak pelawa pun dulu.
“Naik kereta awak tu ke?” mulut aku dah memuncung menunjuk pada kereta yang di parkir di depan café tadi. Dia toleh memandang sebelum angguk.
“Ya. Saya hantar.” Jawabnya. Aku mencebik.
“Tak apalah. Saya tahu awak tak ikhlas.” Ujarku sebelum berpusing dan mahu menyambung langkah sebelum lengan aku di paut dari belakang.
“Apa ni!” marahku. Nyaris-nyaris tangan naik mahu melempang Joe. Tindakan reflex sebenarnya.
“Woo….” Nasib baik Joe sempat tahan, kalau tidak sudah berbirat pipinya kena lempang.
“Sorry.” Ucapku. Tak sengaja.
“Tak apa. Jom saya hantarkan.” Tanpa amaran Joe tarik tangan aku menuju ke keretanya, pintu kereta di buka dan menolak aku masuk sebelum dia sendiri masuk ke tempat duduk pemandu.
“Seatbelt please.” Joe tunjuk pada tali pinggang keledar. Aku mengeraskan tubuh. Arahannya langsung aku tidak hiraukan. Nak tunjuk protes sebab tidak suka kena paksa.
“Okey.” Joe angkat bahu dan menarik tali pinggang di sebelah aku. Nafas aku seakan terhenti bila tubuh kami hanya di pisahkan beberapa inci sahaja. Aku dapat rasakan kehangatan tubuhnya walaupun kami tidak bersentuhan. Muka aku rasa panas. Aku terus berkalih ke kiri. Dari juring mata aku dapat melihat senyuman tersungging di bibir Joe.
“Eh bunyi apa yang kuat sangat tu?” Joe melekapkan tangan ke telinganya. Gaya mencari arah bunyi yang di maksudkan tadi. Aku pun turut memberi perhatian. Turut mencari.
Bunyi apa?

“Awak dengar tak bunyi tu? Dup dap dup dap.” Ujar Joe nakal. Matanya sengaja mengenyit kepada aku. Muka aku dah berbahang merah. 
Aku spontan memegang pipi. malunya...


                                                         bersambung...

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...