Thursday, February 25, 2016

#Cafe Neo 3



                                                         


"Kita pergi makan dulu boleh?" Joe memecah kesunyian di antara kami. Aku pandang dia yang sedang memandu.
"Saya dah kenyang." jawabku. Segan sebenarnya. Malu pasal tadi pun belum reda lagi. Takkan nak ditambah dengan duduk menghadap sambil makan dengan dia pula nanti.
"Awak makan apa?" dia pandang aku seketika.
"Hurmm..." takkan nak cakap aku makan roti saja kot. Tadi ingatkan dapatlah makan makanan sedap-sedap dekat cafe Neo tadi tapi hampeh, Kempunan aku!
"Saya andaikan diam tu tandanya setuju." Ujarnya. Kereta sudah berhenti di satu kedai makan. Belum sempat aku mahu membantah, Joe sudah keluar dari kereta dan melangkah ke arah aku. Pintu kereta sudah di buka dan dia sedang menunggu untuk aku keluar.
"Joe, betul saya dah kenyang." 
"Tak apa. kalau awak tak nak makan, awak minum saja. Takkan awak tak sudi nak temankan saya makan. Saya tengah lapar ni, dari tengahari tadi lagi saya belum makan." Joe sudah menggosok perut dengan muka kasihannya.
"Pleaseee..." dia merapatkan tangan bila aku masih lagi tidak mahu keluar dari keretanya. Akhirnya aku angguk. Joe tersenyum.
“Order bang.” Baru saja duduk, pelayan dah menghulurkan buku menu. Joe selak seketika sebelum memandang aku.
“Awak nak makan apa?”
“Tak nak. Bagi jus epal saja.” Aku pandang Joe seketika sebelum pandang pelayan itu.
"Tak nak makan ke?" Joe tanya aku. Aku senyum dan geleng.
"Kalau macam tu, bagi saya dua nasi goreng ayam dan jus oren." Joe serahkan buku menu pada pelayan itu.
“Siapa nak makan sampai dua tu? Habis ke awak nanti?” aku pandang Joe. Dia tersengih.
“Saya order untuk awak sekali. Takkan awak nak pandang saya makan saja.”
“Tapi saya tak lapar.” Bohongku. Biarpun perut dah mengelegak sebab lapar.
“Jangan belajar untuk berbohong jika awak memang tak pandai berbohong.” Ucap Joe. Lidah rasa kaku untuk membalasnya. Macam mana dia tahu? Akhirnya aku hanya diam sementara menunggu hidangan kami tiba.
“So sweet.” Aku tersenyum memandang satu pasangan di hujung meja sana. Joe yang ketika itu sedang membalas mesej terus melihat ke arah yang sama. Dia tersenyum kecil sebelum memandang aku.
“Awak suka bunga?” Tanya Joe. Aku angguk. Siapa yang tak suka bungakan?
“Awak suka ros juga?” soal Joe lagi. Mungkin sebab dia tengok yang lelaki itu menghadiahkan pasangannya itu dengan kuntuman bunga ros merah tadi.
"Tak." Jawabku pendek. Joe kerut dahi.
“Habis tu awak suka bunga apa?”
“Saya…” belum sempat aku jawab, makanan yang di pesan tadi sudah sampai. Joe masih menanti jawapan daripada aku tetapi aku hanya senyum dan mengisyaratkan dia untuk membaca doa makan. Joe mengalah dan aku sama-sama mengaminkan doa.
Selepas makan, Joe hantar aku balik. Walaupun aku baru kenal Joe, hati aku katakan yang aku cukup senang bila berada dengan Joe. Joe seorang yang baik dan kelakar.
“Awak belum jawab lagi soalan saya tadi.”
“Soalan apa?” tanyaku.
“Tentang bunga kesukaan awak?” Ujar Joe.
"Sorry saya tak suka bunga ros."
“Habis tu awak suka bunga apa?”
“Saya suka bunga hibiscus rosa sinensis.” Jawabku sebelum meninggalkan dia seorang diri.
“Bunga apa tu?” Joe mengomel sendirian. Bila dia angkat kepala, Sara dah tak ada. Eh, mana dia pergi?
“Tak pernah dengar pun, spesis baru ke?” Joe garu kepala.
“Sara!” Joe melaung bila melihat Sara masih lagi berdiri di depan pagar rumahnya.
"Apa?" Aku berpaling. Tangan masih lagi sibuk membuka mangga kunci.
“Bila kita boleh jumpa lagi?”
Aku angkat bahu. "Entah. Kalau ada jodoh pasti akan jumpa lagi. bye. "Ucapku sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat aku menangkap senyuman di bibir Joe. Auch! Menawannya senyuman Joe itu.
Joe tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta. Dalam kepala tengah ligat berfikir bunga apa yang Sara sebutkan tadi. Sah, memang dia kena google nama bunga tu.
Perlahan-lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa Sara itu.
"Harap-harap kita ada jodoh Sara." Senyuman Joe makin melebar.

Eefa Azwany : Agak-agak bunga apalah yang Sara cakap tadi tu?
                       Hmmm ....







5 comments:

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...