Saturday, April 23, 2016

# CAFE NEO 6

( Sara)


                                                       
                                                          ( JOE)

SEJAK dari tadi aku duk termenung depan almari. Baju yang kemas tersangkut dah habis aku punggah letak atas katil. Capai yang ini tak kena, capai yang itu tak cantik.
“Arghh!!!” aku pegang kepala. Dah tak tahu nak pakai apa. Sekarang ni baru aku akui bahawa ada orang cakap, baju penuh satu almari pun boleh kita cakap yang kita tak ada baju yang nak di pakai. Sadis sungguh bila benda ni terkena pada aku.
“Ya Allah, dari tadi takkaan tak siap-siap lagi? Ya Allah Ya tuhanku, kau berikanlah hidayah pada si Sara ni.”
“Woi!” serentak dengan itu satu penyangkut baju melayang dekat kaki Zana. Mengekek dia ketawa bila dia sempat mengelak.
“Zana kau tolonglah aku. Aku nak pakai baju mana ni?” aku garu kepala. Tak pernah aku ada masalah dalam memilih pakaian sebelum ini, tapi hari ni memang boleh tercatat dalam sejarahlah.
“Alah, kau pakai ajelah apa-apa pun. Semua baju kau tu cantik-cantik apa. Kalau tak takkan kau beli.” Zana malas nak layan Sara yang tengah meroyan nak pilih baju.
“Kalau baju ni cantik tak?” Aku menarik sehelai baju maxi warna hijau epal. Zana menilik dengan tangan mengetuk dagunya.
“Cantik, tapi lebih cantik dengan ni.” Zana menarik jaket denim dan di padankan dengan baju tadi. Aku tersenyum. Cantik juga.
“Okey, babe. Thanks.” Aku menepuk bahu Zana sebelum masuk ke bilik air.
“Adoi, susahnya dengan budak yang baru nak belajar bercinta ni.” Zana geleng kepala sebelum masuk ke biliknya. Dia sendiri pun belum siap lagi.
“Cantiknya hari ni…” Sara panggung kepala bila dengar suara di sebelahnya. Dia tersenyum bila Zaril sudah mengambil tempat di sebelahnya.
“Takkan Sara aje, saya?” Sampuk Zana. Aku tersengih melihat Zana.
“Awak pun cantik juga.” Balas Zaril. Lelaki ni memang pandai bermulut manis.
“Alhamdulillah, terima kasih.” Senyum panjang Zana bila Zaril turut memujinya.
“Hari ni kelas habis awal, awak free tak lepas tu, saya ingat nak ajak awak makan-makan.” Tanya Zaril. Aku menelan liur. Alamak!
“Sorry, Zaril. Saya ada hal lepas ni. Lain kali ya?” Ujarku. Nampak riak di wajah Zaril berubah.
“Awak nak pergi mana?”
“Adalah.” Aku siku Zana. Meminta bantuan dalam diam.
“Sorry, kami memang ada hal. Lain kalilah awak keluar dengan Sara ya?” Ujar Zana. Nasib baik dia faham dengan tindakan aku tadi.
“Okeylah. Ingat dapat keluar dengan awak tadi.” Jelas muka Zaril Nampak hampa.
“Maaf. Awak tak cakap awal-awal. Lain kali ya.” Aku lebarkan senyuman padanya. Zaril mengangguk dan membalas senyuman aku. Fuh, nasib baik dia faham.
Habis kelas tengah hari tu, aku cepat-cepat lesapkan diri. Tak nak Zaril perasan dengan agenda aku hari ni.
“Thanks, Fatma.” Aku melambai pada Fatma. Tadi aku tumpang kereta dia sebab rumah dia pun lalu dekat arah café ni.
Pintu café aku tolak perlahan. Bunyi loceng di pintu menyebabkan Danny yang tengah mengemas meja yang baru di tinggalkan pelanggan tadi terus mengangkat kepala. Dia tersenyum bila Nampak aku.
“Selamat datang. Ingat tak nak datang dah dekat sini.” Danny menarik kerusi untuk aku duduk. Aku tersenyum.
“Ingat macam tulah, tapi mana boleh, penangan iced Americano buat aku tak senang duduk.” Canda aku. Danny tersenyum.
“So, macam biasa?” tanya Danny. Aku angguk. Mata di liarkan pada isi café.
“Cari siapa?” Soal Danny. Keningnya terangkat sambil tersengih-sengih. Nakal pula mamat ni hari ni.
“Err… mana ada. Saja tengok-tengok. Wah dah cantik café sekarang ni. Dah ubah ya?” aku konar ikut lain. Muka nak terkantoi tadi cuba aku maintainkan balik.
“Tak payah nak cover, aku tahu apa yang kau cari tu. Dia suruh kau tunggu kejap. Dia ada kat dapur. Entah apa yang dia buat tu. Jangan bakar kuali aku dah.” Bebel Danny. Bila air yang aku pesan dah siap, terus dia ambil dan letakkan di depan aku.
“Pssttt… Sara!” Danny panggil aku sambil tangan dia ligat cuci meja dekat sebelah meja aku ni. Nak berbual takut kantoi, sekarang waktu kerjakan.
“Apa?” aku turut terbisik sama. Sempat aku usyar dekat kaunter. Risau kalau rakan sekerja mamat ni perasan tengok si Danny ni tengah galak bersembang.
“Kau dengan Joe tu sejak bila kuch-kuch hota hai ni?” Tanya Danny. Aku kerut dahi. Dah dia ni, apasal cakap guna kod pula ni?
“Kuch-kuch hota hai?”
“Iyalah. Alah, macam ni.” Danny siap naikkan jari telunjuk dengan kedua-dua belah tangannya, tanda macam nak matchkan orang saja.
“Wei, mana ada. Aku kawan ajelah. Kau jangan nak buat gossip liar pula. Aku baling kau dengan kuali kan.” Aku jegilkan mata padanya. Bukannya aku tak faham apa yang dia nak cakapkan tadi.
“Ya ke? tapi apasal Joe cakap lain, kau cakap lain.” Danny buat muka konfius. Aku dah teguk liur. Joe cakap apa dengan Danny ni ya?
“Ehem. Rasanya dah berkilat meja kau sental tu Dan. Apa kau nak bagi pelanggan tergelincir tangan pula ke nanti.”
Aku dan Danny terus senyap. Masing-masing tak berani nak berpaling bila dengar suara tu. Tak payah pandang pun dah tahu siapa yang ada kat belakang ni.
“Fuh, letih aku duk mengelap meja ni. Tengok sampai bersinar-sinar meja ni. Memang berkesan betul guna Mr. Mussle ni. Joe nanti kau beli lagi jenama ni ya.” Danny tersengih dan menepuk perlahan bahu Joe sebelum mencicit lari masuk ke dalam. Aku yang terkejut tadi tiba-tiba mahu tertawa. Alahai, lawaknya si Danny ni.
“Macam-macamlah Danny ni.” Joe geleng kepala dan terus mengambil tempat di depan aku. Dia meletakkan sepinggan dessert dan menolak ke arah aku.
“Pavlova?” Soalku. Dia angguk.
“Cubalah rasa.” Dia menyuakan pula sudu padaku. Aku menyudu sedikit dan terus masuk ke dalam mulut.
“Sedapnya.” Mata aku dah bersinar. Sudu kembali aku benamkan ke dalam Pavlova tadi. Dah tinggal separuh baru ingat nak pelawa orang.
“Awak nak?” aku sekadar bertanya. Segan pula bila hanya aku sorang sahaja yang makan sedangkan dia hanya tengok, dan satu lagi aku berharap yang dia tak nak. Pavlova ni sedap sangat sampai aku nak makan sorang-sorang saja, tak nak kongsi. Hahaha…
Joe tersenyum dan geleng. Aku tarik sengih.
Canteek!
Aku apa lagi terus makan sampai licin. Memang sedap giler! Tak sangka yang Joe ni pandai buat benda alah ni. Kalah aku yang perempuan ni.
“Tengok, makan pun comot. Macam budak-budak.” Joe mengesat hujung bibir aku dengan tisu. Aku terus terkelu. Jantung rasa dup dap dup biarpun hanya tisu yang menyentuh hujung bibir aku.
“Panas sangat ke?” Joe tersenyum lebar dan memandang ke arah aircond. Kot-kot aircond dekat kedainya tak berfungsi sampaikan muka Sara berubah merah.
“Hah!... eh tak adalah.” Semput rasanya nak bercakap. Pipi di pegang dan dia menarik nafas dalam-dalam. Debaran di dada cuba di perlahankan rentaknya.
‘Gila, buat malu aku aje’ aku berdeham.
“Jom.” Bila dia tengok semua minuman dan makanan aku sudah habis dia terus bangun dan berdiri di sebelah aku. Aku panggung kepala melihat dia. Kening terangkat tanda bertanya padanya. Joe senyum.
“Kita date tempat lain, tempat ni tak best sebab banyak sangat Joyah kat sini.” Laung Joe sedikit kuat. Matanya sengaja melirik ke arah kaunter. Dia tahu Danny dan beberapa orang pekerjanya sedang memasang telinga walaupun masing-masing buat-buat sibuk.
Cemberut muka Danny and da gang. Citt! Kantoi lah pulak.
“Nak pergi mana?” Soal aku tapi sudah berdiri. Joe senyum dan mengenyitkan matanya padaku.
“Rahsia.” Ujarnya seraya tersenyum lebar.

~TBC~



                               

Friday, April 8, 2016

# CAFE NEO 5


                 




                                                           

K
ELAS pagi ni mula pukul 10 jadi tak adalah kalut sangat. Zana masuk aje dalam dewan kuliah terus mencicit pergi tandas. Entah apa yang dimakan pagi tadi. Takkan nasi goreng kampung aku tu beracun kot. Kalau dia kena apasal aku tak kena. Ah! Lantaklah.
Aku keluarkan assignment yang sudah siap. Nanti lepas habis kelas, konfom Prof. Adi nak kerja rumah dia tu.
“Sara.”
Aku angkat muka bila nama aku diseru.
Zaril!
Spontan mood aku hilang bila Nampak muka mamat ni. Aku buat endah tidak endah saja. Dia duduk sebelah aku. Aku jeling dia, tapi dia buat muka stone dia aje.
“Sara.” Dia panggil lagi. Aku jeling sekilas lepas tu pura-pura belek assignment aku.
“Sara.”
Eeee…. Hati aku rasa menggelegak. Apasal asyik panggil nama aku saja. Aku hentak tangan pada permukaan meja. Tak adalah kuat sangat tapi cukup untuk Zaril sedar yang aku tengah berangin gila dengan dia sekarang ni.
“Apa!”
“Yang awak nak marah-marah ni kenapa?” Zaril turut meninggikan suara.
“Eh suka hatilah. Yang awak asyik menempel dekat sini apasal.” Aku pun dah sama-sama tinggikan suara. Beberapa orang rakan sekuliah sudah mula memandang kami.
“Wei, apasal ni?” Zana mencelah. Serentak aku dan Zaril memandang Zana. Aku mendengus marah dan memeluk tubuh.
“Zaril nilah. Tiba-tiba buat aku berangin.” Ujarku. Zaril meraup muka seketika.
“Sorry Sara. Bukan niat saya nak buat awak macam tu.” Zaril mengendurkan kata. “Awak pergi mana dengan lelaki tu?” Tanya Zaril. Aku terus berkalih pada Zaril.
“Siapa?” Aku soal semula bila soalan daripada Zaril tu samar-samar untuk aku jawab.
“Lelaki yang dekat café hari tu. Joe kan nama dia?” Zaril tenung aku dengan tajam. Takut pula tengok mata dia. Kalaulah mata dia tu boleh membunuh dah mati agaknya aku ni.
“Tak ada kena mengena dengan awak.” Aku pilih untuk tidak menjawab. Rasanya itu hak aku untuk jawab atau tidakkan?
“Awak sengaja nak sakitkan hati sayakan?”
“Zaril, saya tak ada niat sikit pun nak sakitkan hati awak. Saya anggap awak sebagai kawan. Tak lebih dan tak kurang. Saya senang kawan dengan awak. Kalau awak asyik desak dan ganggu saya jangan menyesal kalau saya putuskan persahabatan kita ni.” Aku beri amaran. Zaril Nampak serabut sekali. Dia mengeluh berat sebelum matanya kembali merenung aku. Zana dekat sebelah asyik menyiku lengan aku. Minah ni pun 2x5 juga. Rimaslah! Nak saja aku bertempik.
“Takkan sikit pun awak tak ada perasaan dekat saya?” Zaril makin mendekat.
Okey! Kali ni aku memang dah tak boleh sabar. Aku bingkas bangun.
“Zaril!”
“Sorry semua saya lambat.”
Serentak dengan itu, Prof Adi muncul. Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus mengangkat buku dan beg sebelum berpindah ke tempat lain. Buat masa ini aku tak mahu di ganggu. Zaril dan Zana hanya melihat aku beralih tempat. Mereka pun turut senyap bila Prof. Adi sudah memulakan sesi pembelajaran di depan.

TAMAT saja waktu kuliah, aku cepat-cepat menghulur assignment sebelum keluar. Pada Zana aku khabarkan yang aku ada hal. Aku berhenti di café untuk membeli roti dan air sebelum mengatur langkah ke taman berdekatan.
Bungkusan roti aku buka dan kunyah perlahan-lahan. Hanya separuh saja yang mampu di habiskan sebelum menyedut air minuman. Rasa bersalah pula bila teringat muka Zaril tadi.
Telefon dalam poket jeans aku keluarkan. Berkira-kira mahu meminta maaf atau tidak. Lama aku menimbang tara sebelum akhirnya aku menaip mesej.
Sorry pasal tadi ~ Sara
Butang send aku tekan.
Beberapa saat kemudian aku terima balasan.
Nevermind. Salah saya juga. ~ Zaril
Aku tersenyum. Lega bila Zaril tidak simpan dalam hati.
Awak dah lunch? ~ Zaril
Dah. ~ Sara
Makan dekat mana, tak Nampak pun awak dekat cafeteria ni ~ Zaril
Makan kat mulutlah ~ Sara
Aku tersenyum bila menghantar mesej itu. Sengaja mahu mengusiknya.
Oh.. pandainya. Jom lunch sama-sama. Saya ada dekat café ni. Baru nak makan. ~ Zaril
Baru nak makan? ~ Sara
Aku menilik jam di tangan. Sudah hampir ke pukul 3 petang. Lagipun kelas kami habis awal tadi.
Ya. Tadi tak selera. Sekarang baru selera nak makan ~ Zaril
Aku berkira-kira mahu menerima atau tidak. Lagipun aku belum solat zohor lagi, bimbang tidak sempat untuk ke kelas pukul 4 pula nanti.
Maaflah Zaril. Saya belum solat zohor lagi ni, takut tak sempat nak masuk kelas pula nanti. Lain kali boleh? ~ Sara
It’s okey. Tapi awak dah janji yang awak nak keluar dengan saya. Jangan lupa tu. Nanti saya nak tuntut janji tu dengan awak J ~ Zaril
Yalah-yalah. Okey, Assalamualaikum. ~ Sara
Waalaikumussalam. ~ Zaril
Aku memasukkan kembali telefon ke dalam poket seluar. Roti yang tinggal separuh aku habiskan sebelum bergerak ke surau.
“Sara” bisik Zana perlahan. Aku berkalih padanya seketika.
“Hmm..”
“Apasal tadi?”
“Tak ada apa-apalah. Aku tak ada mood tadi.” Balasku. Malas mahu memanjangkan cerita. Buat penat otak saja.
“Mana boleh tak ada apa-apa?” Zana menggaru dagunya. Aku kerling Zana seketika. Minah ni, selagi tak dapat apa yang dia nak tahu memang takkan berhenti.
“Betul. Dahlah aku tak study sikit.” Aku kembali menatap buku di depan.
“Hai Sara, hai Zana.” Zaril menyapa dah duduk di sebelah kiri aku. Kami berdua serentak mengangkat muka.
“Hai Zaril. Amboi berseri Nampak muka. Tadi monyok macam tak cukup air saja.” Ujar Zana sambil tersengih. Aku Cuma diam mendengar.
“Yake? Tak perasanlah pula. Awak baca apa tu Sara?” perhatian Zaril tertumpu pada aku pula. Aku menunjuk buku di tangan dan dia mengangguk saja.
“So, bila awak nak tunaikan janji awak tu?” Zaril berbisik perlahan dekat telinga aku. Seriau pula aku rasa bila dia berada dekat seperti ini. Bau minyak wanginya menusuk hidung.
Perghh!!
Wangi gila si Zaril ni.
“Err…” tergagap sekejap aku. Aik! Baru mesej tadi dah nak tuntut ke?
“Lain kalilah. Sekarang ni saya busy sikit.” Ujarku bila mata Zaril langsung tidak lepas dari merenung aku. Aku kembali menatap buku biarkan sekarang ini aku langsung tidak tahu apa yang sedang aku baca sekarang ini.
“Okeylah. Nanti kalau awak free, awak beritahu saya ya?” Ujar Zaril. Aku angguk saja. Sempat lagi aku pandang Zana. Bimbang kalau dia dengar apa yang kami bualkan.  Naib baik ketika itu Zana  sibuk bersembang dengan Hanum yang berada di sebelah Zana itu.

MALAM itu aku dan Zana tengah marathon cerita Running man dekat laptop. Sakit perut aku asyik ketawa saja dari tadi.
“Weh, bunyi macam orang bagi salam ajelah.” Zana menurunkan volume suara. Aku dan Zana terus senyap.
“Assalamualaikum.” Kedengaran salam di laung. Aku dan Zana saling berpandangan sebelum masing-masing bangun dan bergerak ke tingkap. Langsir dibuka dan dalam remang malam aku melihat seseorang sedang berdiri di luar pagar.
“Eh, tu bukan…” belum sempat Zana menghabiskan kata-katanya aku terus angguk dan menuju ke pintu. Zana hanya berdiri di muka pintu, hanya aku yang bergerak ke luar rumah.
“Joe.”
Joe tersenyum. Dia menyandar pada pintu pagar. Aku berdiri di depannya. Hanya pintu pagar yang memisahkan kami.
“Kenapa awak datang malam-malam ni?” Soalku.
“Saja. Rindu.” Ujarnya selamba. Aku pula yang naik merah muka. Segan. Joe tergelak kecil bila melihat aku diam.
“Amboi, merahnya pipi.” Usiknya. Aku spontan memegang kedua-dua belah pipi. Nah, sekarang tawa Joe makin kuat. Aku menggigit bibir. Mata merenung tajam mukanya. Geram!
“Sorry. Awak cute sangat bila blushing macam tu.” Tawa Joe masih bersisa.
“Awak nak apa datang sini?” aku soal semula.
“Nak awaklah.”
“Joe!” geram aku dengan dia ni. Tak habis-habis nak usik aku.
“Sorry, sayang. Tak buat lagi.”  Joe angkat sumpah. Aku rasa tubuh aku tiba-tiba mengeras bila terdengar panggilan sayang tadi.
“Sara…” Joe menggawang tangan depan muka aku. Tersentak aku seketika. Aku merau muka. Adoi… baru panggil sayang dah jadi macam tugu Negara!
“Cakap betul-betullah Joe. Dah malam ni, tak elok kalau jiran-jiran saya Nampak.”
“Saya saja datang sebab rindukan awak. Nak call, awak langsung tak bagi nombor phone awak.” Ujar Joe.
“Buat apa nak nombor saya? Bukan penting pun.”
“Tak penting awak cakap? Kalau saya rindu nak dengar suara awak macam mana? Tapi okey juga tu, nanti adalah alasan untuk saya jumpa dengan awak lagikan?” Joe menjungkit keningnya. Sekali lagi muka aku berubah warna.
“Ish awak ni!” hanya itu yang mampu aku cakap. Malu nak pandang muka dia.
“Cepatlah!” gesa dia. Tangan di hulur padaku.
“Nak apa?”
“Nak nombor awaklah. Senang kalau saya rindukan awak, boleh saya telefon.” Tangannya masih di sua padaku. Aku serba salah. Bukan tak nak bagi tapi kami ni baru kenal.
“Alah, tak payahlah.” Ujarku.
“Mana boleh macam tu. Kalau saya nak jumpa dengan awak lagi macam mana?” Joe masih lagi tidak berputus asa. Aku gigit kuku. Berfikir seketika. Bukan senang sebenarnya untuk aku memberikan nombor pada orang yang baru kenal ni.
“Macam nilah. Esok saya free. Nanti kita jumpa dekat Café Neo, macam mana?” Ujarku. Lagipun rasanya dah lama aku tak ke sana. Rindu pula nak minum air favourate aku tu. Joe senyap ketika.
“Okeylah. Saya tunggu. Esok pukul berapa?”
“Pukul 3 boleh?” ujarku. Esok kelas hanya separuh hari.
“Okeylah. Jumpa awak esok. Jangan lupa tau.” Ujar joe seraya melangkah ke keretanya. Aku tersenyum dan mengangguk.
“Bye.” Aku melambai pada Joe yang sudah masuk ke dalam keretanya.
“Bye.” Joe membalas dan keretanya bergerak pergi.
“Amboi, berseri muka Nampak orang tu.” Usik Zana bila aku menutup pintu rumah. Aku buat muka selamba.
“Mana ada. Dah aku nak tidur. Mengantuk.” Aku terus bergerak masuk ke bilik.
“Eh, tak nak sambung tengok ke?” Laung Zana.
“Tak nak.” Jawabku. Dalam kepala dah tak sabar-sabar nak tunggu hari esok. Nak pakai baju apa ya?



                       ~ TBC~

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...