Wednesday, May 31, 2017

teaser 9


#Teaser 9

“Bangun ! Bangun! Bos nak jumpa sekarang ni.” Tersentak aku seketika. Botak datang dan pistol diacukan ke arahku. Aku mengigil melihat muncung pistol yang dihalakan.
“Jalan!” Jerkahnya kuat.
Aku berjalan dengan langkah yang terketar-ketar. Takut kalau muncung pistolnya memuntahkan peluru.
“Cepatlah kenapa lembab sangat ni!!” Jerkahnya lagi. Terhinjut bahu aku bila di sergah begitu. Aku menahan air mata yang mahu menitis keluar. Aku berjalan sambil di awasi oleh Botak dari belakang.
Daripada keadaan sekeliling yang kuperhatikan, Aku dapat mengagak yang sekarang ini aku berada dalam sebuah kilang berdasarkan beberapa alatan yang masih terbiar di sini. Kemudian aku di bawa ke depan. Di sana sudah ada empat orang lagi yang sedang menunggu. Aku di dudukkan dengan kasar di atas sebuah kerusi. Terhenyak aku dibuatnya.
“Sakitlah bodoh!” Aku menjerit marah. Entah kenapa ayat itu yang terkeluar. Tapi tidak pula Botak tu marah. Tersengih sinis lagi adalah.
“Apa khabar Cik Zulaikha?” Tegur satu suara. Aku terus berpaling. Terlopong mulut aku. Spontan aku terus berdiri dengan mata sudah terbeliak tidak percaya.
“Encik Farid!”
“Ya. Terkejutkan tengok saya kat sini? Mesti Cik Zulaikha tengah berfikir macam mana saya boleh berada di sini sedangkan saya sudah mati kena tikam, kan?” Farid datang mendekatiku.
Mata aku masih lagi tidak di larikan dari melihat ke arahnya. Farid berdiri di depan aku.
Well… inilah namanya acting. Pandai tak saya berlakon. Kalau tidak dah lama saya jadi actor tersohor dekat Malaysia ni.” Pecah berderai suara ketawa mereka yang lain.
“Apa semua ni Encik Farid? Saya tak faham. Saya nampak dengan mata saya sendiri yang awak kena tikam.” Bersungguh aku bercakap. Sesekali aku memegang kepala. Pening dengan situasi sebenar. Aku ni dah gila ke?
“Macam yang aku cakap. Semua ni adalah lakonan semata-mata. Semuanya sudah di rancang sejak dari awal lagi.” Dia ketawa lagi. Bahasanya pun sudah bertukar.
“Jadi semua yang berlaku ni adalah rancangan kamu semua? Ya Allah!” Terduduk lemah aku akhirnya. Kaki tiba-tiba sahaja terasa lembik.


No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...