Friday, May 13, 2016

My Angel 7



                                                                 

A
URA tegang jelas menyelubungi di bahagian belakang kelas. Angel, Tisya, Jim dan Dean sedang duduk menghadap antara satu sama lain. Tetapi aura yakuza paling ketara di antara Dean dan Angel. Tisya dan Jim saling berpandangan. Tisya membuat isyarat mata kepada Jim. Jim hanya mencebik dan mengangkat bahu. Malas nak cerita.
“Sekarang ni saya bagi masa setengah jam untuk kembangkan isi-isi pada tajuk yang saya berikan pada kumpulan masing-masing. Lepas ni saya akan pilih secara rawak kumpulan mana yang akan present dekat depan. Okey boleh mulakan sekarang.”
Suara Cikgu Faizal bergema kuat. Jim dan Tisya sudah mula mengangkat pen mahu mencatat isi-isi penting.
“Wei, dah-dahlah tu. Ni...” Jim menyampuk bila melihat Angel dan Dean masih lagi bertikam mata. Mulutnya menjuih ke atas kertas. Angel menjeling Jim sekilas sebelum menumpukan perhatian pada kertas di tangan Tisya.
Suasana perbincangan sekali sekala di selang seli dengan suara bertingkah Angel dan Dean yang kadang-kadang sudah terlari tajuk. Tempoh setengah jam akhirnya sudah berakhir. Angel bingkas bangun dan terus duduk di tempatnya.
“Sewel lah minah tu.” Dean menggumam rendah. Jim di sebelah sudah geleng kepala. Bilalah mereka berdua ni buat genjatan senjata. Dah masuk sebulan kot.
“Kalau semua dah siap saya akan panggil untuk sesi pembentangan.” Mata cikgu Faizal memerhati setiap kumpulan. Masing-masing senyap.
“Shasha. Kumpulan kamu.” Tunjuk Cikgu Faizal. Shasha mengangguk dan dia bangun dan berdiri di depan kelas dengan sehelai kertas di tangan. Mereka yang lain asyik mendengar dengan tangan bergerak pantas mencatat isi penting. Shasha melipat kertas di tangan dan dia memandang Cikgu Faizal.
“Bagus. Tapi saya nak tambah sikit isi-isi penting yang lain.” Kemudian Cikgu Faizal berdiri di depan papan tulis dan mula menambah apa yang patut.
“Sekarang saya nak panggil kumpulan pelajar baru kita. Silakan.” Ujar Cikgu Faizal sambil matanya tertumpu pada kumpulan Dean. Dean tersenyum kecil dan berdiri. Dia sengaja mengambil jalan jauh dan melangkah ke lorong tempat Angel yang berada di barisan tengah kelas dari belakang. Semasa berpempasan di sebelah Angel, dia dengan sengaja melanggar tangan Angel yang ketika itu sedang menulis, akibatnya pen itu tersasar dan membentuk satu garisan panjang.
“Hoi!” Marah Angel namun dia sempat menekup mulutnya. Dean tersengih sinis dan terus berjalan ke depan. Sedikit pun dia tidak rasa tercuit dengan jelingan maut Angel.
Crazy!!” gumam Angel. Hatinya sudah membengkak dengan sikap Dean tadi.
Well done.” Puji Cikgu Faizal. Dean tersenyum memandang rakan sekelas. Bila pandangan mata bertembung dengan mata Angel, automatik senyumannya mati. Angel mencebik.
Waktu rehat, Angel tidak pergi ke kantin seperti biasa. Tiada selera mahu makan. Dia duduk menyendiri di meja batu di sebelah kantin. Gelagat pelajar-pelajar yang sedang makan dan berbual menggamit perhatiannya.
Mata Angel terkalih bila satu botol minuman di letakkan di depannya, spontan dia mengangkat kepala mahu melihat siapa yang baik hati sangat tu.
“Saya belanja.” Jim tersengih dan duduk di kerusi di depan Angel. Angel hanya menilik botol itu tanpa menyentuhnya. Pelik dengan sikap lelaki ini. Tiba-tiba saja buat baik. Ada apa-apa ke ni? Atau dia orang tengah kenakan aku. Mata Angel meliar ke kiri dan kanan, kot-kot si gila tu ada sembunyi dekat mana-mana.
“Jangan risau, Dean tak ada. Dia pergi jumpa dengan Cikgu Lee kejap. Ini memang saya belanja.” Jim tersenyum sambil tangannya menolak botol itu lebih hampir dengan Angel. Mata Angel yang meliar tadi terus terhenti tepat pada muka Jim. Macam tahu-tahu aje apa yang aku fikir. Psikik ke?
“Kenapa belanja saya? Ingat saya tak ada duit nak beli ke?” Nada suara Angel berbunyi keras. Botol itu langsung tidak di sentuh.
Jim tersenyum. “Saja. Saya tahu awak ada duit nak beli tapi rasanya tak salahkan kalau saya belanja awak minum?” Jim angkat kening sambil tersenyum.
“Saya tahu perkenalan kita tak berapa baik, tapi sekarang kitakan dah jadi rakan sekelas, takkan nak bermusuh lagi. Lagipun kalau boleh saya tak nak kumpul musuh.” Jim sambung lagi bila Angel masih lagi senyap.
“So, sudi berkawan dengan saya?” Kali ini Jim menghulurkan tangan buat gadis itu. Angel pandang wajah Jim  sebelum jatuh pada tangan lelaki itu.
“Kenapa nak kawan pula? Saya belum kebulur nak berkawan dengan orang macam awak, lagilah awak tu kawan si gila tu.” Jeling Angel. Jim tersenyum. Langsung tidak terkutik dengan kata-kata itu.
“Awak jangan salah faham. Kalau boleh saya nak kawan dengan semua orang. Bak kata pepatah, biar ramai kawan jangan ramai musuh. Lagipun saya baru duduk Malaysia, jadi tak nak lah ada musuh pula. So, boleh kawan tak?” Soal Jim sekali lagi. Angel sudah berpeluk tubuh.
“Saya ni susah nak berkawan dengan orang, lagilah awak ni kawan si gila tu, tapi memandangkan awak nampak bersungguh, well saya akan fikirkan dulu. Bye. Adios.” Angel bangun dan meninggalkan Jim seorang di situ. Jim hanya memerhati kelibat Angel yang semakin jauh.
I like this girl.” Jim tersenyum dan terus berlalu, botol air yang belum di jamah oleh Angel tadi di bawa sama.
Mata Angel melilau ke kiri dan kanan. Kelibat pemandu masih belum tiba. Dia resah menunggu, biasa pemandu itu yang menunggu dia tapi hari ini dia pula yang menunggu. Lenguh berdiri dia kembali duduk di atas kerusi dekat dengan pondok jaga. Mata Angel terus berkalih bila telinganya terdengar suara hingar bingar suara orang sedang ketawa tidak jauh dari tempatnya.
“Patutlah.” Bebel Angel bila melihat kelibat Dean dan Jim yang bersama-sama dengan beberapa orang budak lelaki yang sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah. Angel terus berpaling. Tak lalu nak tengok muka mereka.
“Hai Angel.” Tegur Danish. Angel melihat sekilas ke arah Danish dan tersenyum kecil.
“Hai Danish.” Balas Angel, Jim dan Dean langsung tidak di hiraukan.
“Tak balik lagi ke?” Ramah Danish bertanya. Angel menggeleng.
“Belum, tengah tunggu driver datang, lewat pula hari ni.”
“Kalau macam tu, jom saya hantarkan awak balik.”
“Tak apalah Danish. Kejap lagi sampailah tu.” Tolak Angel, dia mula menyampah melihat muka orang yang bersama-sama dengan Danish itu. Kalau boleh dalam satu hari ni dia langsung tak nak tengok. Boleh tak?
“Tak payahlah Danish. Dah jom.” Dean menolak bahu Danish agar berlalu. Danish tidak sempat bercakap panjang bila tubuhnya di dorong kuat.
“Eh, nantilah. Aku belum habis cakap lagi ni.” Danish mahu berpaling tetapi Dean terus menolak tubuhnya.
“Tak payah.” Ujar Dean. Angel mencebik. Kemudian baru dia perasan yang ada seorang lagi yang masih berdiri di depan dia. Angel mengangkat kening.
“Kenapa?” soal Angel bila melihat Jim sedang memandang dia dengan senyuman yang terhias di bibir.
Nothing, bye.” Jim mengangkat tangan sebelum berlalu. Angel menggeleng kepala. Macam-macamlah dorang ni.
Pin!
Angel berpaling. Dia tersenyum dan menarik nafas lega. Beg yang hampir terlurut di sangkut pada bahu. Pintu kereta terus di buka dan dia mengambil tempat di belakang.
“Dah lama Angel tunggu?”
“Tak adalah. Kenapa lambat?” Tanya Angel. Dia memandang wajah Uncle Din yang ketika itu berpaling ke arahnya.
“Tadi ada kemalangan masa nak datang sini. Sebab tu lambat sikit.” Jelas Uncle Din. Angel angguk faham.
“Macam mana orang yang kena tu Uncle?”
“Dua mati. Sorang lagi parah.”
“Oh my god.” Ucap Angel perlahan. Gerun juga bila mendengarkan kejadian seperti itu.
“Masa uncle datang tadi, Babe tengah buat apa?”
“Dia sibuk dengan bunga yang baru dia tanam tulah. Bersungguh-sungguh benar dia dua tiga hari ni.” Uncle Din senyum. Angel tergelak kecil. Babe ni memang tak boleh duduk diam. Ini dia dah jumpa hobi baru. Tanam bunga. Harap-harap hiduplah bunga tu semua.
Sampai dekat rumah, nenek dan Babe sedang berbual dekat taman. Babe mengangkat tangan dan menggamit agar Angel menyertai mereka tetapi Angel geleng.
“Malaslah Babe, nak naik atas. Penatlah.”
“Solat jangan lupa. Lepas tu turun makan.” Pesan Embun. Anjel angguk lambat-lambat. Bila melihat kelibat Angel hilang terus dia menyambung perbualan semula.
“Budak tu kalau tak di suruh bukannya nak di buatnya.” Bebel Embun.
“Biasalah kak, budak-budak.” Balas Babe. Kesian juga tengok muka cemberut Angel tadi. Sebab inilah kot Angel tak nak balik sini. Asyik kena tala saja dengan nenek Embun dia ni.
“Kak Embun bukannya apa Babe. Akak sayangkan cucu akak tu. Sebelum dia betul-betul jadi buluh masa nilah kita nak lenturnya dulu. Kalau tidak dah terlambat.”
“Angel tu yang sebenarnya budak baik. Kalau kita nasihat baik-baik memang dia dengar. Tapi itulah, tersalah pilih kawan masa sekolah lama dulu. Itu yang Tuan dengan Puan paksa Angel balik ke sini.” Ujar Babe. Embun angguk. Dia pun tahu sebab apa anak menantunya hantar Angel balik ke sini.
“Tak apalah. Kita sama-sama beri nasihat dan doa banyak-banyak. Moga-moga Angel tu nanti lembut hati dia.” Embun pandang tingkap bilik Angel. Babe angguk bersetuju.



       ~TBC~                          









No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...