Wednesday, May 31, 2017

teaser 8




# Teaser 8

ALARM kereta aku tekan bila sampai dekat kereta. Beg kerja dan laptop aku letak dekat kerusi belakang. Belakang kepala rasa tegang. Hari ini memang hari yang sibuk. Baru tangan mahu menarik gear baru aku terperasankan sesuatu.
“Apa tu.” Aku buka kereta dan capai kertas yang menghalang cermin depan. Kertas yang berlipat dua dengan kesan dakwat merah jelas kelihatan.
TARIK BALIK STATEMENT KAU ATAU KAU MATI!!!
Terlambung kertas tu bila aku isinya aku baca. Tanpa sengaja tangan tertekan hon. Bunyi nyaring jelas kedengaran. Tangan mula mengigil. Mata meliar pantas. Dahi mula berkeringat. Sumpah aku memang takut gila sekarang ni. Dalam keadaan sekarang rasanya tak mampu nak memandu.
‘Abang, tolong Farah.’ Masa-masa genting macam ni aku mengharapkan kemunculan Izz Aidan.
Tok-tok
Bunyi cermin kereta diketuk membuatkan jantung aku berdebar kencang. Rasa semangat terus menghilang. Bulat mata memandang ke luar.
“Cik…” berdiri seorang pak guard di luar. Dia terbongkok-bongkok melihat aku. Aku tidak berani untuk membuka cermin kereta. Bukan semua guard yang bekerja di bangunan ini aku kenal.

“Cik tak apa-apa ke?” dia masih lagi bertanya. Aku geleng dan cepat-cepat tangan menarik brek dan kereta meluncur laju. Jelas wajah guard itu terkejut tapi aku memang tengah takut sekarang ini.

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...