Wednesday, May 31, 2017

teaser 7



# Teaser 7
AKU di hujung sini, Izz di hujung sana. Tadi aku minta agar Izz biarkan aku bersendirian buat seketika. Dia akur. Aku menangis dengan membelakangi dia. Bunyi esakan aku cuba kawal. Sehelai sapu tangan di hulur di sebelah aku. Aku pandang sapu tangan sebelum memandang tuan punya sapu tangan itu. Tengok muka Izz, hati aku mula membahang. Aku bangun dan memandang garang kepada lelaki itu.
“Seronoklah awak dapat tipu saya.” Dada Izz aku tunjal geram. Dia berundur kerana tidak bersedia dengan serangan itu.
“Farah.” Dia cuba meraih tangan aku tetapi aku cekap melarikan.
Don’t touch me!” dia mengangkat tangan seperti tanda menyerah.
“Apa hak awak nak buat saya macam ni?” sekali lagi aku tunjal dia. Dia langsung tidak membalas.
“Awak dah tahu?” Tanya dia. Aku tergelak sinis.
“Jangan nak berpura-puralah Izz. Kak Hana dah cakap semua dekat saya. Semuaa..” sengaja perkataan semua tu aku sebut dua tiga harakat. Muka Izz berubah.
“Farah. Saya bukan sengaja nak rahsiakan daripada awak, tapi masa tak sesuai untuk saya beritahu awak perkara ni.”
“Tak sesuai? Bila masa yang sesuai agaknya. Kalau saya tak datang hari ni, awak mesti akan terus berahsia dengan sayakan?” aku sindir dia.
“Bukan macam tu. Saya memang nak beritahu awak masa kita nak berjumpa hari tu. Tapi saya ada hal penting. Ingat saya nak telefon awak malam tu tapi saya terlupa. Maafkan saya.” Terang Izz.
“Jadi memang awaklah yang keluarga saya beria-ia nak di jadikan menantu tu?” aku pandang dia. Perlahan-lahan dia angguk. Aku ketawa kuat tapi air mata turut keluar sama. Kali ni aku dah tak malu nak menangis depan dia.
“Sampai hati.” Terkilan sebab mereka semua rahsiakan perkara ni daripada aku. Patutlah macam mesra sangat mereka dengan Izz dulu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.
“Jangan salahkan mereka, mereka cuma nak yang terbaik untuk awak.” Izz pujuk aku. Aku jeling tajam muka dia.
“Habis tu nak salahkan siapa? Awak? Atau saya yang bodoh ni!” aku tunjal dada aku sendiri. Hati aku sakit sangat-sangat.
“Jangan ingat saya layan awak baik-baik selama ni awak boleh buat saya macam ni. Saya ada maruah. Saya tak perlukan orang lain carikan jodoh untuk saya. Apa ingat saya desperate sangat ke?!” aku jerkah dia.
“Tak bukan macam tu.” Belum sempat dia habis cakap aku dah potong dulu.
“Habis tu apa? Dahlah Izz, saya dah cukup bersabar bila orang asyik ungkit pasal arwah Haiqal. Senanglah mereka suruh bersabar dengan apa yang berlaku. Reda. Tapi saya yang tanggung. Saya tahu tak!” aku terus terduduk. Menangis sambil memeluk lutut.
Izz Aidan duduk bertinggung di depan aku. Aku tak hiraukan dia. Tangan sibuk mengelap air mata yang berjujuran keluar.
Orang kata kehilangan dan kerinduan itu akan terubat bila masa berlalu, tapi saya tak rasa macam tu. Berpisah nyawa dengan berpisah hidup lain... Kita merindu tetapi kita tahu dia ada. Kita akan dapat jumpa dia suatu hari nanti... Berpisah nyawa, semakin lama dia pergi, semakin rindu... Kerana kita tahu yang kita takkan bertemunya lagi dan mustahil akan bertemunya lagi” Aku kembali teresak.
“Saya tahu dan saya mengerti perasaan itu. Tak perlu mengalaminya untuk merasai kesedihan yang awak tanggung sebab hanya air mata yang mengalir ikhlas sahaja dah cukup buat saya untuk merasai apa yang awak rasa.” Izz Aidan bersuara perlahan. Aku berpaling ke arahnya. Mataku yang masih basah bersabung dengan matanya yang cukup redup. Aku mengangguk dengan penuh sendu. Rasa keikhalasan di balik bicaranya itu.
“Awak kena belajar untuk melepaskan masalah awak tu. Tak boleh biarkan dari terus membelenggu, nanti akan memakan diri awak.” Nasihat Izz.
“Awak ingat senang ke?” aku mula bercakap nada biasa dengan Izz. Tiada lagi marah-marah macam tadi.
“Saya ada cara. Insya-Allah. Awak akan tenang walaupun tak seratus peratus.” Dia senyum. Aku terpesona dengan senyuman manis berkrim dia tu.
“Apa dia?” soalku.
“Hurmm…” dia pandang sekeliling. Kemudian dia senyum lagi. “Kejap.” Dia bangun dan meninggalkan aku. Aku hanya pandang langkah dia.
Izz muncul dengan beberapa biji belon di tangan. Dia senyum dan menyerahkan belon di tangan kepadaku.
“Nak buat apa ni?” aku sambut huluran itu.
“Anggap saja yang belon-belon ni masalah awak dan lepaskan satu persatu macam awak lepaskan beban masalah awak tu.”
“Boleh ke macam tu?” pelik pula aku dengan cara dia ni.
“Boleh. Anggap ini satu terapi untuk awak. Saya harap lepas ni akan awak lupakan beban masalah awak tu.” Ujar Izz. Aku angguk kemudian aku pandang dia.
“Oh, okey. Faham. Mungkin awak nak bersendirian.” Dia melangkah sebelum menoleh semula ke arahku.
Farah You have to let go of the past so that the future can come in its place.” Ujar Izz Aidan lembut sebelum meneruskan langkah.

You have to let go of the past so that future can come in its place?” Aku termangu seorang diri di situ. Tubuh Izz Aidan yang tenang menyandar aku perhati. Namun perlahan-lahan aku mula faham apa maksudnya.

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...