Wednesday, May 31, 2017

teaser 6






# Teaser 6
“Farah, boleh awak tolong saya?” nada suara Izz kedengaran gusar.
“Kenapa Izz?” aku terus berdiri.
 “Saya baru saja di rompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.” Ujarnya. Aku terkejut besar.
“Hah! Awak kena rompak dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa ke?” aku sudah tidak senang duduk. Bimbang bila tahu yang dia kena rompak.
“Baru tadi, tapi sebelum ni pun sudah kerap sangat saya kena rompak. Saya tak tahu hendak buat apa sekarang ni. Tapi awak jangan bimbang, saya tak apa-apa.” Ujarnya bersama satu keluhan kecil.
“Izz, awak dah buat laporan polis ke?”
“Belum. Tapi rasanya polis tak boleh nak buat apa-apa pasal kes saya ni.”
“Kenapa pula?” aku kerut dahi.
“Sebab saya tak sampai hati nak cakap siapa perompak tu.”
“Awak kenal ke  siapa yang rompak awak tu?”
“Kenal… kenal sangat-sangat.”
“Siapa? Biar saya yang ganyang dia cukup-cukup bagi pihak awak.” Aku pula yang emosi lebih. Terdengar bunyi Izz ketawa di hujung talian.
“Kenapa awak ketawa? Benda serius tahu tak!” marahku. Boleh pula lelaki tu ketawa bila kena rompak tak faham betul aku dengan dia ni. Kalau kena dekat aku, dah lama aku melalak.
“Memang saya tengah serius pun.” Izz berdeham membetulkan suaranya semula.
“Habis tu awak nak buat apa sekarang ni? Takkan awak nak biarkan saja.” Aku soal balik.
“Tak apalah.” Ujarnya.
“Izz mana boleh nak dibiarkan saja. Saya tak faham betullah dengan awak ni!” nada suaraku naik satu oktaf.
“Hey, cool down okey. Lagipun saya tak sanggup nak biarkan polis tangkap awak.”
“Hah! Apa awak cakap?” aku korek telinga agar pendengaran aku kembali jelas. Rasanya dia ada cakap sesuatu pasal aku tadi.
“Saya cakap yang saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak.” Ujarnya semula.
“Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!” sekali lagi nada suara aku makin meninggi.
“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.”
Mulut aku terlopong besar mendengar kata-katanya. Spontan tangan mengigil sebab marah.
“Gila!!”


No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...