Friday, May 26, 2017

teaser IC




#Teaser 5
“Jom saya belanja semua makan sempena meraikan perjumpaan kita yang pertama.” Izz Aidan meleraikan tangan aku dan tersenyum lebar kepada mereka yang lain. Aku cuba mengawal riak. Ternyata aku hampir-hampir tenggelam dalam renungan matanya yang cukup tajam dan menggoda tadi. Erk! apa yang aku cakapkan ni?
“Tak apalah, you all pergi ajelah. Saya ada hal lepas ni” Aku memberi alasan. Segan pula nak keluar bersama-sama dengan mereka memandangkan hanya aku seorang sahaja wanita di sini.
“Jangan macam tu. Takkan Cik Zulaikha tak sudi nak keluar dengan kami. Lagipun inilah masanya untuk kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain.”
Izz Aidan sudah bersuara sambil memandang aku. Aku terdiam, mereka yang berada di situ turut sama menunggu balasan aku. Serba salah aku di buatnya. Akhirnya aku bersetuju dalam terpaksa. Tersengih mereka semua sambil melangkah keluar. Aku berjalan paling belakang. Dengan berat hati aku mengikut langkah mereka.
“Kenapa macam tak suka aje ni?”  Aku tersentak. Izz Aidan sudah berhenti dan menunggu aku yang sedang berjalan ke arahnya. Aku memaksa wajahku untuk tersenyum.
“Hish.. Mana ada, saya cuma segan sebab saya sorang aje perempuan kat sini.”  Balasku sambil tersenyum.
“Eloklah tu, macam sekuntum bunga yang di kelilingi oleh kumbang-kumbang yang handsome dan macho, atau mana yang lebih sedap macam puteri yang tengah di escort oleh bodyguardnya”
Aku tergelak mendengar ayat merapunya. Izz Aidan sendiri turut tergelak sama.
‘Saya suka tengok awak ketawa macam ni.’  Izz Aidan ralik memandang Farah Zulaikha yang sedang ketawa itu.
Aku masih lagi menahan geli hati bila kami sedang berjalan ke arah sebuah kedai yang berada di tepi resort yang bakal kami bekerja nanti. Aku mencuri pandang ke arah  Rahman dan Jason yang sedang rancak berborak di depan aku dan Azwan dengan Johari di belakang aku manakala aku sedang berjalan di tengah-tengah bersama-sama dengan Izz Aidan. Memang betul, rasa macam di escort dengan bodyguard aje.
“Kenapa tersenyum sorang-sorang ni?” Aku berpaling ke sebelah. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum bila Izz Aidan menegur aku.
“Takkan tak ada apa-apa, kalau tak takkan awak senyum sorang-sorang macam ni?”  Tanyanya lagi. Aku dapat merasakan yang Izz Aidan berbisik perlahan di telingaku dan bahu kami kadangkala turut tersisih antara satu sama lain. Dia dekat sangat sehinggakan aku dapat menghidu bau perfume yang dipakainya. Aku menjarakkan badan dari tubuhnya perlahan-lahan.
“Saya teringat kata-kata Encik Izz tadi, Iyalah.. memang rasa macam di escort dengan bodyguard aje” Aku kembali tersengih. Izz Aidan memandang sekilas di depan dan belakang kami sebelum sama-sama tergelak kecil.
“Betullah, tapi yang kurangnya tak ada alat dengar macam James bond dan pistol aje. Kalau tak memang confirm sama macam yang saya cakapkan”  Ujarnya lagi. Aku mengangguk setuju. Sememangnya masing-masing masih belum lagi menanggalkan kot yang tersarung di tubuh masing-masing walaupun urusan rasmi kami sudah berakhir tadi.


No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...