Thursday, May 25, 2017

bakal diterbitkan.. soon!

Chinta Airis by Eefa Azwany



                                                                            Bab 1


Hello, it’s me
I was wondering if after all these years
You’d like to meet, to go over everything
They  say that time’s supposed to heal ya
But I ain’t done much healing.

L
AGU Adele sayup-sayup kedengaran. Lena Airis terganggu. Tangan dihulur untuk mengambil telefon di atas meja. Mata dicelikkan sedikit untuk melihat nama si pemanggil.
Dani. Itu nama yang naik di skrin telefonnya.
“Hmmm...” Gumam Airis. Kelopak mata digosok perlahan. Masih tersisa dengan rasa mengantuk. Sesekali dia menguap besar.
Sweetie, kau tidur lagi ke?” soal Dani.
“Hmmm...” balas Airis. Masih mamai.
“Aku nak minta tolong kau sikit ni?” Ujar Dani.
“Apa dia?” tanya Airis. Dia meraup rambut agar kembali rapi.
“Nak pinjam Red Tiger jap. Boleh tak?.”
“Black dragon kau, mana?”
Ceh! Nama kereta tak boleh blah!
“Sakit. Tiba-tiba dia buat gaya nazak pagi tadi. Aku dah hantar dekat Atan. Entah apa yang tak kena dengan dia tu. Eh, boleh tak aku nak pinjam ni? Urgent. Aku nak kena jemput family aunty aku dekat airport lepas ni. Please?” Rayu Dani. Airis membuka mata dan duduk menyandar pada kepala katil. Mulut tidak berhenti menguap. Rasanya baru sekejap dia terlelap tadi.
“Kau datanglah sini. Aku rasa aku tak larat nak drive pergi rumah kaulah.” Airis menjeling pada jam. Pukul 8.30 pagi. Masih awal untuk dia bangun memandangkan hari ini hari minggu.
“Alah, kaulah datang sini. Lagipun umi nak jumpa dengan kau juga. Dia duk tanya aku kenapa kau dah lama tak datang sini.”
“Alaa...” Airis tarik muncung. Bukan dia tak nak jumpa dengan umi tapi hari ni dia benar-benar penat. Ingat nak berehat dekat rumah saja. Qada’ balik masa tidur dia. Sebab tu semalam sengaja dia pulun kerja sampai habis.
Please Airis. Kau datanglah. Kesian dengan umi.” Pujuk Dani. Airis mengeluh panjang. Dani sengaja mahu melemahkan dia dengan nama umi.
“Okeylah. Aku datang.” Airis mengalah.
“Datang tau. Aku tunggu kau.” Dani ketawa ceria. Sampaikan berjangkit ketawa tu dekat Airis.
“Okeylah.” Telefon diletakkan kembali ke atas katil. Tubuh digagahkan untuk berdiri. Dia merenggangkan badan. Lenguh. Berdetap bunyi tulang. Airis menggeliat panjang sebelum tuala dicapai dan masuk ke dalam bilik air.

“AIRIS lambat lagi ke? Aku dah bosan tunggu kau lama-lama ni?” Rungut Dani sambil melirik jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir satu jam lebih dia menunggu Airis, tetapi gadis itu masih belum tiba. Padahal jarak masa untuk sampai ke rumahnya adalah setengah jam saja.
“Kau reti sabar tak. Aku dahlah bengang dengan jalan jam ni, kau jangan nak buat aku bengang dengan kau pula!” Marah Airis. Sejak dari tadi lagi, Dani asyik menelefon. Siapa yang tidak panas hati.
“Woo.. Cool okey. Aku minta maaf.” Ujar Dani. Bimbang kemarahan Airis makin meletus. Terdengar Airis mendengus.
“Lima minit lagi aku sampai. Kau turun cepat sikit.” Ujar Airis sebelum talian dia matikan. Dani memandang skrin telefon yang sudah gelap. Sah. Airis tengah marah sekarang ni.
Dani cepat-cepat keluar bila K5 Optima warna merah sudah berhenti di luar pagar rumahnya. Belum sempat dia menyarung kasut, hon sudah bertalu-talu kedengaran. Kelam kabut Dani memakai kasutnya. Dia berkejar keluar. Jarinya pantas mengisyaratkan agar Airis berhenti daripada membunyikan hon. Takut jiran-jirannya marah. Airis tersenyum senget dan dia pantas keluar dari perut kereta.
“Umi mana?” Tanya Airis.
“Ada kat dalam.”
“Kalau macam tu aku masuk temankan umi ajelah. Jaga baik-baik Red tiger aku tu.” Pesan Airis. Langkah Dani yang mahu menghampiri kereta Airis terus terhenti.
“Eh! Aku baru nak ajak kau pergi sekali ke airport.”
“Nak buat apa? Tak naklah aku. Buat menyibuk aje kalau aku pergi.” Airis kalih semula badannya.
“Alah, jomlah. Temankan aku.” Pujuk Dani. Airis geleng kepala.
“Tak naklah aku. Aku nak jumpa umi kejap.”
“Jumpa lepas nilah. Lagipun aku dah cakap dengan umi yang aku nak ajak kau sekali pergi airport.”
“Err... Tak apa ke?”
“Tak ada hallah. Jom.” Dani menggamit Airis. Akhirnya Airis bersetuju sahaja. Dia melangkah laju ke tempat duduk penumpang.
“Eh, aku baru bajet nak jadi tuan besar hari ni.”
“Tak payah nak berangan jadi tuan besarlah, Mr. Danish Ryzal.” Perli Airis sambil tersenyum sinis. Muka Dani berubah cemberut. Dia mengambil tempat di kerusi pemandu.
“Tak nak jalan ke?” Airis pandang Dani sekilas sebelum dia menekan butang pada radio dan lagu daripada koleksi Adele memenuhi ruang keretanya.
“Kau ni langsung tak nak pujuk aku, kan?” Ujar Dani. Gear dimasukkan dan kereta terus meluncur pergi.
Airis tergelak kecil. Muka Dani di pandangnya. Alahai, pak cik ni tengah merajuk dengan dia ke?
“Kau merajuk ke?” Tanya Airis. Bibirnya masih tersenyum. Dani menjeling sekilas sebelum memberi tumpuan pada pemanduannya.
“Kau rasa?”
“Entah. Malas aku nak rasa.” Serentak dengan itu, Airis tergelak semula.
“Ishh... Kau ni!” Makin sakit hati bila melihat Airis sedang mentertawakannya. Panjang tangan Dani mencubit lengan Airis.
“Wei, sakitlah!” Airis melarikan lengannya jauh dari jangkauan Dani. Dia menggosok lengannya yang sakit. Kali ini Dani pula yang tersenyum.
“Padan dengan muka kau.”
“Nanti kau!” Airis ketap bibir dan laju dia membalas serangan. Jari naik mencucuk pinggang Dani.
“Airis, aku tengah drive ni!” Marah Dani. Stereng kereta dipegang kejap dengan sebelah tangan dan sebelah lagi sibuk menepis tangan Airis yang mencucuk pinggangnya.
Fair enough, ha!” Cebik Airis. Dia kembali membetulkan duduk. Risau juga kalau bergurau berlebih-lebihan di waktu-waktu seperti ini.
“Jaga kau lepas ni!” Dani memberi amaran. Sekarang bukan masa untuk dia membalas. Airis hanya ketawa dan mengangkat bahunya, tanda dia tidak takut dengan amaran daripada Dani.
“Kau tidur rumah papa kau, eh?” Soal Dani bila suasana sepi menyelubungi mereka. Airis yang sedang memandang keluar terus mengalihkan pandangan pada Dani.
“Hurm... Biasalah. Weekend, kan?” Airis jongket kening.
 Dani angguk. Dia memang faham dengan rutin hidup Airis. Setiap kali hujung minggu, gadis itu di wajibkan oleh papanya untuk balik ke villa Puteri.
Tiba-tiba Airis menguap. Berair matanya menahan kantuk. Dani yang sedang memandu terus menoleh ke tepi.
“Mengantuk ke?” Soal Dani. Airis angguk sebelum tangan naik menutup mulut sekali lagi. Dia menggosok matanya yang mula terasa pedih.
“Penatlah. Aku tidur lewat semalam.” Jawab Airis.
“Tidurlah. Nanti kalau sampai aku kejutkan kau.” Kesian pula melihat Airis. Rasa bersalah mula menerpa dirinya bila sedar yang dia sudah menyusahkan Airis pada hari ini.
“Aku tidur kejap. Nanti kau kejutkan aku.” Airis memang betul-betul mengantuk. Matanya bagai di gam sahaja. Dia melaraskan kerusi dan baring dengan selesa. Selepas itu dia mula terlelap.
Dani tersenyum kecil. Polos sekali melihat wajah Airis yang sudah terlena. Bila kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat, dia pantas menarik pashmina Airis di kerusi belakang dan menyelimutkan tubuh gadis itu.







No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...