Thursday, May 25, 2017

teaser Indahnya cinta






#Teaser 4
AKU hanya memerhati tingkah Kak Aina yang sedang mencuci luka di tapak kaki aku. Luka terkena pasu yang aku baling tadi. Berkerut-kerut aku menahan sakit. Usapan di lengan membuatkan pandangan aku berkalih ke sebelah. Mama dan abah setia menemani aku. Mama tersenyum memandang aku. Tangan mama aku genggam erat.
“Tahan sikit dik.” Ujar Kak Aina bila dia cuba menarik keluar serpihan kaca yang terlekat di tapak kaki. Aku mengangguk dan menahan seriau.
“Arghhh!!” aku mendesis perlahan. Berkerut-kerut aku menahan sakit.
“Itulah, buat lagi perkara bodoh macam tu lagi.” Sindir abang. Dari tadi lagi dia duduk memerhati aku di sudut bilik. Aku pandang dia, dia mengalih wajah. Jelas muka abang yang masih marah dengan perbuatan aku tadi. Aku gigit bibir. Sentap bila kena marah.
“Freddy…” abah menegur.
“Betulkan apa yang Freddy cakap. Kalau adik tak buat perkara bodoh tu tak adalah dia kena macam ni. Tengok habis bersepah semua benda.” Keras suara abang. Aku tahu dia geram dengan perangai aku. Bilik aku masih lagi bersepah. Kesian dengan Kak Ida dan bibik terpaksa mengemas. Aku pandang kedua-dua orang pembantu rumah kami. Kak Ida dan bibik berpandangan dengan aku seketika sebelum tersenyum dan menyambung kerja semula.
“Dahlah. Adik tak sengajakan.” Mama kembali menjernihkan suasana. Tangan mama makin erat di tanganku. Aku sedar yang semua mata sedang memandang aku ketika ini. Air mata bila-bila masa akan menitis. Kalau boleh aku tidak mahu lagi menangis di depan mereka. Aku tidak sanggup di cap mengada-ada.
“Sampai bila nak manjakan adik? Semua orang pejam mata bila tengok dia mengamuk tak tentu pasal. Haiqal dah lama pergi, sampai bila adik nak macam ni?” tajam mata abang menikam ke dalam mata aku.
Aku teresak perlahan. Pedih mendengar kata-kata abang. Kenapa abang seperti sudah berubah. Tiada lagi kemesraan seperti dulu.
Aku mengesat air mata dan tersenyum hambar. Perlahan-lahan aku bangun. Kaki yang sudah berbalut aku pijak perlahan-lahan. Sakit tapi aku berlagak kuat. Tidak mahu menunjuk lemah di hadapan keluargaku.
“Ma, abah, Kak Aina… adik nak rehat. Boleh tolong keluar dari bilik adik?” pintaku lembut. Bibir di paksa untuk ukirkan senyum walaupun aku rasa cukup payah sekali. Semua terdiam.
“Adik…” seru mama. Aku senyum semula.
“Adik nak tidur kejap.” aku tolak perlahan semua tubuh yang ada di situ. Termasuk Kak Ida dan bibik. Abang yang masih lagi berpeluk tubuh di hujung bilik aku biarkan. Semua sudah berdiri di luar pintu bilik, kemudian aku pandang abang. Dia faham dan perlahan-lahan keluar. Aku sedar abang berdiri seketika di depan aku sebelum keluar tadi. Aku langsung tidak mengangkat muka.
Pintu bilik ditutup rapat. Serentak dengan itu air mata aku terus keluar. Aku sudah teresak kuat. Sungguh aku tidak mampu untuk menahan air mata daripada berhenti. Aku menutup mulut, tidak mahu tangisan aku di dengari.
“Ya Allah, sakitnya…” aku merintih. Kaki bagai tidak kuat untuk berdiri. Aku mengengsot ke arah katil dan selimut aku selubungkan menutupi kepala. Di situ aku hamburkan tangisan aku semahu-mahunya.


No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...