Monday, May 9, 2016

My Angel 6



                                   

S
ESI persekolahan baru di buka, kini Angel sudah menjadi sebahagian pelajar di sekolah swasta ini. Tetapi dia sudah terlewat seminggu gara-gara ada masalah berkenaan dokumen pertukaran sekolahnya. Dia menyandang beg di bahu. Babe turut hadir untuk menemaninya di hari pertama sekolah. Dah rasa macam budak darjah satu saja. Mak datang teman anak dekat sini. Dulu mami pernah temankan dia masa dia kecik-kecik dulu, tapi tak sampai setengah tahun dia sudah bertukar sekolah bila daddy mengambil keputusan untuk berhijrah ke England dan bila berumur 17 tahun barulah dia kembali semula ke sini.
“Angel, okey ke?” Tanya Babe. Dia tahu yang Angel nampak gementar. Suasana sekolah dekat sini dengan England lain. Budak-budak sini nampak seragam dengan pakaian sekolah yang sama bukan macam dekat sana. Pakaian pun bebas.
“Okey.” Jawab Angel dengan senyuman hambar. “Angel masuk dulu. Babe pergilah balik.”
“Takapa ke? Kalau Angel nak, Babe boleh temankan.”
“Babe.” Angel tersenyum dan bahu wanita itu di pegangnya. “Tak payahlah, Angel bukannya budak kecil lagi. Dah Babe pergilah balik.” Tubuh Babe di tolak ke kereta. Babe berwajah risau. Dia tahu Angel bukannya budak kecil tapi dia tidak betah tinggalkan Angel sorang-sorang.
“Jangan risau. Pandai-pandailah Angel nanti.” Angel duduk berdepan dengan Babe yang masih lagi teragak-agak untuk beredar. Tingkahlaku mereka menarik beberapa orang pelajar yang masih lalu lalang di depan pintu pagar sekolah.
“Yalah. Babe balik dulu.” Akhirnya Babe mengangguk dan tangannya melambai kearah Angel yang masih lagi berdiri memandangnya. Bila kereta yang di naiki oleh Babe hilang dari pandangan barulah Angel menapak masuk ke dalam kawasan sekolah.
Sepanjang jalan masuk banyak mata yang memandang ke arahnya. Segan juga dia di buatnya. Macam tak pernah tengok orang saja.
Angel melangkah ke pejabat sekolah. Semasa sesi pendaftaran hari tu, dia di suruh melapor diri dekat pejabat sekolah dahulu. Angel terjenguk-jenguk di depan pejabat. Tak nampak bayang orang pun dekat sini.
“Ya dik?” Tanya satu suara dari arah belakang. Angel berpaling.
“Maaf, saya pelajar baru dekat sekolah ni, Saya di minta datang ke sini untuk berjumpa dengan Cikgu Lis.”
“Oh, Cikgu Lis. Rasanya dia tak masuk lagi kot.” Tunjuk wanita itu pada punch card di situ. Angel mengangguk.
“Duduklah dulu. Kejap lagi sampailah tu, Biasanya Cikgu Lis lambat sikit sebab nak uruskan anak dia yang kecil tu.” Ramah wanita itu melayan Angel. Angel mengambil tempat di atas sofa yang ada di sudut itu. Manakala wanita tadi sudah duduk di meja di dalam pejabat itu.
Beberapa minit kemudian masuk seorang wanita dengan agak tergesa-gesa. Angel mengangkat muka.
“Cikgu Lis, itu ada student tunggu cikgu dari tadi lagi.” Juih wanita itu pada Angel yang sudah berdiri bila orang yang di tunggu tiba.
“Siapa Kak Sah?” Tanya Lisda. Dia belum perasan ada insan lain bersama-sama dengan mereka di ruang itu.
“Tuu…” Juih Nisah pada Angel. Kemudian barulah Lisda berpaling.
“Oh, student baru tu ya. Jom ikut cikgu dekat bilik guru kejap.” Lisda menggamit Angel untuk mengikutnya ke bilik guru sebentar. Angel mengangguk dan mengikut dari belakang.
“Nama siapa?” Tanya Lisda. Sekarang ini dia berjalan seiring dengan Angel.
“Angel.”
“Angel?” Dahi Linda berkerut. Wajah anak muridnya di tenung. Cantik budak ni, tak macam muka melayu asli. Warna mata coklat tu yang agak memikat.
“Ya cikgu. Angel.” Jelas Angel sekali lagi.
“Nama panjang ke tu?” Tanya Lisda lagi. Angel tersenyum dan mengangguk. Malas nak beritahu nama dia yang panjang tu, cukuplah sekadar Angel sahaja. Dia sudah biasa dengan nama itu.
“Awak tunggu kejap. Lepas ni cikgu hantar awak ke kelas.” Lisda meminta Angel menunggu di wakaf di depan bilik guru. Angel akur. Beberapa cikgu yang lalu lalang sempat memandang ke arahnya. Angel hanya tersenyum dan menunduk. Segannya!!
“Okey Angel jom.” Lisda menggamit Angel dan mereka melangkah ke kelas. Suasana kelihatan tenang. Mungkin loceng untuk masa pertama pelajaran baru sahaja berbunyi. Angel mengikut Lisda dengan tenang. Bukan dia tidak sedar sepanjang jalan ada sahaja mata yang memandang bila dia lalu di tepi kelas walaupun cikgu sedang mengajar di depan.
Cikgu Lis berhenti di depan kelas 5 Alfa 1 dan berpaling seketika ke arah Angel dan tersenyum sedikit sebelum pintu kelas di ketuk.
“Maaf ganggu Cikgu Fong sekejap. Ini saya bawakan student baru. Angel.” Lisda berpaling dan menyuruh Angel masuk ke dalam. Semua mata memanah ke arahnya. Angel tersenyum dan menyapa mereka dengan pandangan mata.
“Peewitt…” usik satu suara. Cikgu Fong meletakkan jari ke bibirnya tanda menyuruh pelajarnya diam. Tetapi budak-budak ni tak makan saman, mentang-mentanglah cikgu Fong ni baik orangnya jadi makin riuhlah mereka semua.
Class keep quite please…” Ujar Cikgu Fong sekali lagi. Semua pelajar senyap.
“Saya serahkan Angel pada Cikgu Fong ya..” Lisda kemudiannya meminta diri. Angel masih berdiri di depan kelas bersama-sama dengan guru wanita itu.
“Nak kenal dengan kawan baru kita tak ni?”
“Nak…” Sambut mereka beramai-ramai. Angel tersentak. Mak aih, bersemangat waja betul mereka semua ni.
“Okey sila perkenalkan diri kamu.” Cikgu Fong menepi dan member ruang untuk Angel memperkenalkan diri di depan kelas. Angel mengangguk kecil. Dia mengenggam jari dan menarik nafas dalam diam, gemuruh juga bila berhadapan dengan kawan-kawan baru ni.
“Hai, nama saya Angelina Natasha. Anda boleh panggil saya Angel.”
“Awak memang cantik dari kecik ke?” Tanya satu suara nakal. Mereka yang lain sudah tergelak. Angel hanya diam sambil tersenyum segaris. Tidak tahu mahu membalas atau tidak.
“Kelas tolong senyap” Cikgu Fong mencelah bagi meredakan suasana kelas yang kembali gamat. Suara mulai rendah tetapi masih belum reda.
“Sebelum ni belajar dekat mana?” Tanya seorang lelaki berbangsa india. Angel menumpukan kearah itu.
“England.” Jawab Angel pendek. Dia masih lagi berdiri. Naik lenguh kakinya menunggu sesi sual kenal ni. Lama lagi ke?
“Jadi samalah dengan Jim dan Dean kalau macam tu.” Sampuk satu suara dan spontan seluruh kelas berpaling ke belakang dan memandang dua batang tubuh yang sedang enak bersandar di kerusi masing-masing. Angel turut melihat ke arah yang sama sebelum matanya turut terbeliak dan rahangnya hampir-hampir melurut jatuh. Terkejut.
Dean dan Jim hanya berwajah selamba walaupun tahu yang mereka berdua sekarang sedang menjadi tumpuan. Jim dan Dean menjeling sesama mereka dan satu senyuman terletus di bibir masing-masing. Mereka tahu yang Angel terkejut dengan kehadiran mereka di sini. Seperti Dean, Jim juga terkejut bila minggu pertama sesi di mulakan dan mereka bertembung di sini. Nasib begitu menyebelahi mereka bila di tempatkan di kelas yang sama.
Dean tersenyum sinis melihat Angel yang sudah tidak senang duduk bila mata mereka bertembung dalam diam tadi. Dean memang menjangkakan yang dia akan berjumpa dengan Angel di sekolah ini tetapi dia tidak pula menjangka yang mereka akan sekelas. Seperti tuah menyebelahi dia sahaja.
“Okey, Angel awak boleh duduk di sebelah Tisya.” Cikgu Fong menunjuk satu tempat kosong di bahagian paling belakang dan sebaris dengan Jade dan Dean. Angel mengangguk dan melangkah dengan longlai. Alamak! Habislah aku.
“Hai saya Tisya.” Tisya menghulurkan salam bila Angel mengambil tempat di sebelahnya. Angel mengangguk dan cuba mengukir senyuman. Huluran Tisya di sambut. Kemudian pelajar yang duduk di depan mereka berpaling dan turut menghulurkan salam perkenalan.
“Hai, saya Nadia. Panggil Nad.”
“Saya Tiffa.”
“Hai, Nad, hai Tiffa.” Angel tersenyum. Dari ekor matanya dia tahu yang dua orang lelaki di meja sebelah sesekali menjeling ke arahnya. Aci tak kalau dia minta tukar kelas lepas ni. Sekarang ni dia sudah rasa aura membunuh dari mereka berdua.
Lagi sepuluh minit loceng akan di bunyikan yang menandakan tamat sesi persekolahan hari ini. Setakat ini Angel masih lagi selamat dari mereka berdua itu kerana dia sentiasa di kerumuni oleh rakan-rakan baru yang mahu berkenalan dengannya.
Kring!
Loceng berbunyi. Angel menarik nafas lega. Dia bangun dan menyandang beg dan bersedia untuk keluar kelas.
“Kecik rupa-rupanya dunia ni, tak sangka boleh jumpa minah sewel dekat sini.” Dean bercakap tanpa mengangkat muka. Tangannya sibuk memasukkan buku ke dalam beg. Langkah Angel terus terpaku. Tisya, Nadia dan Tiffa yang mengikut dari belakang hampir-hampir merempuh belakang Angel sebelum masing-masing membrek.
Girls, You, ada dengar suara halimunan bercakap tak?” Bersungguh-sungguh Angel memandang muka mereka bertiga itu. Masing-masing blur dan cuba menajamkan deria.
“Suara halimunan? Siapa?” Tanya Tiffa sambil matanya memandang ke atas dan ke bawah. Tisya dan Nadia juga sama.
“Silap kut, bukan suara halimunan tapi suara orang gila.” Sempat lagi dia menjeling sinis kearah Dean sebelum berlalu pergi. Tisya, Nadia dan Tiffa laju mengikut. Dean bingkas bangun mahu mengejar Angel sebelum Jim menarik lengan bajunya.
“Sabar bro.”
“Sewel punya minah. Aku dikatakan gila.” Dean sudahhot. Jimcuba menahan senyum. Kelakar melihat reaksi Dean itu.
“Jangan di layan budak tu, nanti kau yang jadi gila.” Kutuk Jim selamba dan dia terus beredar. Mata Dean sudah membuntang, Gila? Kau cakap aku gila. Tak guna punya Jim.” Marah Dean dalam hati.
“Wei! Apahal cakap aku pun gila.” Dean mengejar Jim dari belakang, Jim tidak berpaling tetapi dia sudah ketawa. Baru seminggu ini hubungan persahabatan mereka terjalin tetapi mereka seakan sudah akrab, bagai berpuluh-puluh tahun berkenalan.
“Apahal ni?” Tegur Jerry bila melihat abangnya dan Dean sedang menghampiri bangku yang dia duduk.
“Tak ada apalah.” Dean menjawab keras. Masih bengang lagi dengan Jim. Jerry berisyarat dengan Jim. Jim mengangkat kening dan menjongketkan bahu. Entah! Tanya sendiri. Jerry tidak jadi mahu bertanya bila melihat matahari tengah tegak atas kepala Dean. Marah nampak mamat ni. Takut pula nak tanya, kang tak pasal-pasal kena sembur.
“Jom lepak dekat kafe sebelah tu. Tengah ‘panas’ ni.” Ajak Dean. Jim dan Jerry angguk sambil tersengih. Haha..memang panas pun. Baru aje budak perempuan tu masuk dah kena sembur.
Dari jauh Dean dan Jim ternampak kelibat Angel, Nad, Tisya dan Tiffa sedang ketawa di bawah pokok dekat tempat menunggu bas. Mulut Dean sudah bergerak-gerak. Nampak bengang saja mamat tu.
“Tengok apa?” Jerry turut meninjau sama bila sedar yang dia bercakap sorang-sorang tadi. Dia panjang ke arah yang sama. Terbeliak mata dia seketika. Mata siap di tenyeh-tenyeh. Bagai tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata.
“Bukan itu…”
“Betullah tu.” Tanpa sempat Jerry habis berkata-kata, Jim dan cantas dulu.
“Oh my god!” terus rahang Jerry terbuka, sempat lagi dia pandang Dean di sebelah. Mata lelaki tu dah mencerlung garang. Patutlah.
“Dah jom.” Dean dah menonong berjalan ke depan. Jim dan Jerry saling berpandangan sebelum mengikut langkah Dean.
“Macam mana minah tu boleh ada dekat sini?” bisik Jerry dekat telinga Jim. Jim kalih seketika pada adiknya.
“Dia pun sekolah dekat sini.”  jawab Jim.
“Mana tahu?” Tanya Jerry lagi. Deanyang berjalan di depan di pandang. Bimbang jika isu sensitif ini masuk dalam telinga lelaki tu.
“Tahulah. Dah duduk sekelas.” Jim jawab selamba. Spontan langkah Jerry terhenti.
“What!!” tempik Jerry.
“Betullah. Jom jalan cepat.” Gesa Jim bila melihat Dean sudah bercekak pinggang di depan.
‘Adoi… macam dah terdengar-dengar siren perang dalam telinga dia sekarang ni. Harap-harap janganlah ada sekolah yang terbakar nanti.’ Jerry terus mempercepatkan langkah.







                                                                                         ~TBC~
Kata EA : dah lama tak update cerita My Angel ni kan? enjoyyy...

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...