Sunday, August 21, 2016

Indahnya Cinta 11



DIAM tak diam hubungan aku dan Haiqal sudah mencecah hampir setahun. Aku gembira bila hubungan aku dan Haiqal mendapat restu daripada kedua-dua orang tua kami. Walaupun aku dan Haiqal jarang berjumpa kerana dia terikat dengan jadual kerjanya yang padat, itu tidak membuatkan hubungan kami menjadi hambar.
“Carl tak penat ke asyik terbang ke sana sini?” soalku bila kami berjumpa petang itu.
“Memanglah penat sayang, tapi nak buat macam mana dah memang kerja Carl macam tu kan.”
“Carl pernah terfikir tak nak cari kerja lain?”
“Kerja lain? Kerja apa?” Dahi Haiqal berkerut memandangku.
“Apa-apa kerja, selain daripada kerja pilot ni, ambil alih perniagaan restoran keluarga ke?”  Dugaku.
“Carl kurang minat dengan busines, Carl lebih suka mengembara dan mengenali budaya dan negara orang. Farah nak tahu tak, bila kita banyak mengembara kita dapat menambah pengetahuan dan semakin banyak Carl tahu lagi membuatkan Carl rasa semakin teruja dan seronok. Carl rasa dengan belajar budaya negara lain adalah sesuatu yang menarik. Dengan memahami budaya dan tradisional sudah boleh dikatakan jalan pintas untuk kita faham dengan semangat negara itu sendiri.”
Haiqal bercerita dengan penuh teruja. Matanya cukup bercahaya bila bercakap. Aku terdiam tidak menyampuk. Macam mana aku nak beritahu Haiqal yang aku tidak sanggup berpisah dengan dia lama-lama. Memang impian dia yang suka mengembara. Aku mengeluh dalam diam. Straw di dalam gelas aku pusing-pusing perlahan.
“Farah kenapa ni?” Haiqal menyentuh tangan aku. Aku tersenyum hambar. Haiqal perasan dengan perubahan mood aku. Dia berkalih dan duduk di sebelah aku. Aku ditarik perlahan untuk menghadap dia. Mata kami saling berpandangan.
“Beritahu saya, apa yang membuatkan sayang saya bad mood hari ni?” dia senyum.
“Kalau saya cakap sesuatu awak marah tak?”
“Cakaplah, kan selama ni Farah seorang yang cukup berterus terang, jangan risau saya tak akan marah awak tak tentu pasal.” Ujar Haiqal lembut. Aku senang hati mendengarnya.
“Sebenarnya saya tak tahu bila saya berperasaan macam ni, tapi saya tak suka bila terpaksa berjauhan dengan awak. Lagipun dalam setahun saya boleh kira berapa banyak masa yang kita habiskan bersama... Saya...” Bicaraku terhenti. Tangan aku genggam perlahan. Aku tidak berani memandang muka Haiqal bila perasan yang riak mukanya sudah berubah.
“Maaf, Kalau awak terasa… Saya tak bermaksud apa-apa.” Aku renung wajah dia.
“Tak, saya faham apa yang Farah rasa. Saya pun berat hati juga tiap kali kita berpisah. Farah, saya nak cakap sesuatu sikit ni, harap Farah tak hampakan saya.” Ujarnya dengan suara gugup. Aku mengangguk walaupun tidak tahu apa yang dia mahu cakapkan.
Perlahan-lahan Haiqal meletakkan sesuatu di depan aku. Aku pantas menutup mulut. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Wajah Haiqal aku pandang lama. Dia tersenyum dan menarik keluar sebentuk cincin dari bekasnya.
“Farah, sudi tak awak kahwin dengan saya? Jadi suri hidup saya buat selama-lamanya?”  Mata Haiqal menikam lembut anak mata aku. Mata aku mula bergenang. Tidak menyangka dengan lamaran daripadanya. Aku mengangguk dengan penuh rasa sebak di dada.
“Ya... Saya sudi.” Suara aku bertambah sebak bila dia menyarungkan cincin di jari manis aku. Aku menilik cincin yang tersarung. Perasaan aku kini bagai di awan-awangan. Senyuman lebar masih terukir dari bibir kami berdua.
“Saya janji akan bahagiakan hidup Farah untuk selama-lamanya.” Ucapnya. Aku angguk. Dan aku tidak sabar untuk menjadi hak milik kekal buat lelaki sehebat Muhammad Haiqal kerana dia adalah bakal imamku kelak. In Shaa Allah.

SATU perasaan yang tidak dapat aku nak gambarkan pada hari ini, rasa gembira, teruja, sedih dan tidak percaya masih lagi membelenggu diri aku. Namun apa yang pasti aku sangat gembira bila sah menjadi tunangan kepada lelaki yang aku cintai.
Cincin yang tersarung di jari aku usap dan cium dengan lembut seperti aku sentuh hati Haiqal dengan cara itu. Aku membelek barang-barang hantaran yang di letakkan di atas katil. Aku tersenyum, akhirnya impian kami untuk bersama sudah mendapat restu.
“Selamat bertunang sayang.” Suara Haiqal di hujung sana aku sambut dengan satu senyuman lebar.
Thanks, selamat bertunang juga untuk awak, so lepas-lepas ni dah tak bolehlah awak nak main mata dengan perempuan lain sebab hati awak saya dah ikat.”
“Bukan saya yang patut cakap macam tu dekat sayang ke?”  Haiqal ketawa senang.
“Saya yang patut cakap macam tu sebab awak tu stok yang paling hot dan yang paling di kehendaki kat luar sana tu.”  Aku turut membalas sama. Haiqal makin kuat tergelak.
“Jangan risau sebab saya awal-awal lagi dah gantung signboard yang saya ni dah di sold out.” Gelak Haiqal lagi. Aku turut ketawa sama. Haiqal ni ada saja ayat merapu dia. Aku berguling-guling di atas katil sambil tangan masih lagi menekup telefon di telinga.
“Farah cantik sangat tadi.. Tergoda saya dibuatnya.”  Haiqal berbisik lembut di telingaku. Aku mengigit bibir, menahan rasa. Bibir masih lagi tidak pudar dengan senyuman.
“Mana tahu saya cantik? Awak bukan ada pun tadi”  Balasku. Aku sengaja tidak bagi Haiqal ikut serta masa majlis pertunangan berlangsung tadi. Segan kalau dia ada sama, nanti makin tak keruan pula hati aku. Jadi lebih baik kalau dia tak ada. Lagipun ini hanya bertunang, dia tak ada pun tak apa.
“Tahu, tapi saya dah suruh Maria ambil gambar sayang banyak-banyak tadi.” Aku tersenyum. Patutlah Maria beria-ria suruh aku posing dengan macam-macam gaya tadi, rupanya-rupanya ada orang upah.
“Pandailah berpakat dengan Mar tu ya. So nak tahu juga apa perasaan Encik Haiqal lepas menjadi tunangan orang ni?” Aku berkalih dan duduk di sofa pula. Terdengar dehaman Haiqal. Terletus bunyi ketawa di bibirnya.
“Hmmm... Rasa seronok dan gembira sangat-sangat, Tak tahu nak gambarkan macam mana tapi rasa sangat-sangat bertuah sebab bakal mengakhiri zaman bujang dan hidup bersama dengan sayang saya.”
Suara Haiqal cukup romantik dan aku bagai terbuai dengan kata-kata indahnya. Aku tersenyum bahagia. Hati aku turut mengiyakan apa yang di ucapkan oleh Haiqal
 “Sayang pula?” dia menyoal.
“Saya pun.” Balasku pendek.
“Eh, mana aci sama jawapan. Fikirlah jawapan sendiri.” Giatnya. Aku mencebik.
“Biarlah.” Ujarku, kemudian kami sama-sama tertawa riang. Ya Allah moga rasa bahagia ini terus kekal bersama-sama dengan kami.

KALENDAR di atas meja aku belek perlahan-lahan. Aku melihat tanda bulat yang aku buat dengan pen merah. Lagi dua minggu aku dan Haiqal akan bernikah. Tempoh ikatan pertunangan kami hanya tiga bulan sahaja. Haiqal yang tak nak bertunang lama-lama. Tak sabar katanya. Segala urusan perkahwinan aku di bantu oleh mama dan ibu. Nasib baik mereka sudi membantu, kalau tidak mahu pengsan aku nak menguruskan seorang diri.
Haiqal ada juga sesekali menelefon aku bertanyakan persiapan perkahwinan kami. Walaupun dia berada jauh sekarang tetapi dia tidak lepas tangan kepada aku seratus peratus.
Haiqal sudah berjanji dengan aku yang ini adalah penerbangan dia yang terakhir kerana selepas ini dia akan bertukar ke ibu pejabat. Rasa sedih juga bila melihat dia seakan terpaksa melupakan minat dia.
“Tak sayang, jangan risau. Carl memang dah niat nak bertukar angin. Takkan nak tinggalkan sayang kat sini. Tak sanggup rasanya. Demi sayang apa pun sanggup Carl lakukan.”
“Jangan memaksa kalau Carl tak boleh, Lagipun dulu memang minat Carl macam tu kan, suka mengembara ke negara orang.”  Ujarku.
“Itu dulu sayang, sekarang ni Carl hanya nak berada di samping sayang sehingga ke akhir hayat Carl. Carl dah tak minat nak mengembara dan mengenali budaya orang lain lagi sebab selepas ni Carl dah berniat nak mengembara dan mengenal hati budi sayang Carl yang sorang ni, Rasanya pasti lagi menarik kan?”  Giat Haiqal nakal. Muka aku mula rasa kebas. Dia tergelak kecil.
“Tak sabar nak tunggu minggu depan.” Ujarnya. Dia mengerling aku yang duduk di sisinya. Aku tersenyum manis.
“Sabar. Kalau dah jodoh kita pasti tak ke mana.”
“Carl janji akan jaga sayang selama-lamanya, selagi hayat di kandung badan, Carl akan sayang dan cintakan sayang macam Carl sayangkan diri Carl sendiri.”
“Farah pun, Farah akan tetap sayangkan Carl selagi hayat di kandung badan.”  Aku memandang Haiqal dengan pandangan yang penuh dengan rasa cinta. Entah kenapa aku melihat ada rasa sayu di matanya.
I love you sayang, sayang sangat-sangat. Cinta Carl pada sayang sangat mendalam dan Carl nak sayang ingat satu aje, jangan di ragui kasih sayang Carl dan ingat rasa cinta Carl sangat luas dan tiada sempadan, sehinggakan sayang akan rasa, di mana ada cinta di situ Carl akan ada.”  Pandangan Haiqal menikam lembut ke anak mataku. Aku mengangguk. Entah kenapa hati aku sangat berbekas dengan kata-katanya

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...