Thursday, August 25, 2016

Random teaser Indahnya Cinta




                                                 
Aku mengeluarkan handphone dan snap beberapa keping gambar. Aku menggamit abang supaya mengambil gambar aku tetapi dia tidak dengar kerana rancak berbual dengan Hafiz dan Sofea. Bila aku mahu memanggilnya sekali lagi ada suara yang menawarkan diri. Aku berpaling.
“Mari biar saya yang ambil gambar Farah”  Pelawanya sambil menghulurkan tangan, meminta handphoneku. Teragak-agak aku mahu menerima pelawaannya. Kelibat abang di pandang semula namun dia dah semakin jauh.
“Takkan dengan saya pun nak segan, kita kan dah lama kenal”  Ujarnya seraya mengambil handphone di tanganku tanpa sempat aku melarang.
“Okey, sedia?”  Tanyanya. Aku dah kelam kabut. Tak tahu nak posing macam mana di depan dia. Alih-alih aku hanya berdiri tegak. Haiqal tergelak.
“Ni nak ambil gambar ke nak nyanyi lagu negaraku”
Ish... Ada pula macam tu. Aku membetulkan cara berdiri. Masih lagi kaku macam tadi.
“Rileklah... Buat macam biasa.”  Pujuknya lagi. Akhirnya aku mengalah. Aku cuba rilekkan badan dan muka sudah tersenyum habis. Badan disandarkan di pagar tasik dan jari sibuk membuat isyarat peace. Banyak keping juga gambar aku di ambilnya.
“Okey.. Done. Nice picture”  Ujarnya sambil menghulurkan handphone aku semula. Aku melihat semula gambar-gambar tadi. Aku tersenyum puas. Lepas ni boleh tunjuk dekat mama.
Thanks”  Ucapku keriangan.
Welcome.. Tak nak ambil gambar dengan saya juga ke?”  Haiqal memandang ke arahku.
“Nak buat apa?”  Tanyaku semula.
“Buat kenangan... Tak pun buat peluk tidur”  Ujarnya sambil ketawa. Aku mencebik.
“Tak apalah.. Lagipun kita bukannya rapat sangat”  Aku sudah berjalan meninggalkan dia di belakang. Haiqal berlari dan menyaingi langkahku.
“Pasal tak rapatlah saya nak rapatkan semula hubungan kita”  Dia masih lagi tidak berputus asa.
“Sebelum ni kita mana boleh terserempak, kalau jumpa juga pasti awak selalu nak kenakan saya, selalu nak buat saya hot dengan perangai awak tu”
“Saya memang sengaja nak bagi awak hot dengan saya, sebab saya suka...”
Aku brek mengejut. Haiqal turut terhenti melangkah. Aku  tak salah dengar ke tadi?
“Apa awak cakap tadi, saya tak dengar.”
“Saya suka awak”  Tak teragak-agak dia membalas. Aku berkalih ke kiri dan ke kanan, Malu kalau ada yang pasang telinga dengan perbualan kami di tengah-tengah jalan ni.                 
“Saya rasa kepala awak ni dah tak betul”  Aku pantas beredar. Malu nak menatap mukanya. Aku perasan dengan pandangan redup Haiqal. Aku memang perasan yang dia memang dah lain sejak balik dari London tempoh hari.
“Saya suka awak Farah!”  Laungnya lagi kuat dari tadi. Langkah aku terhenti. Aku tahu saat ni bukan aku saja yang mendengarnya sebab beberapa orang yang berhampiran tersenyum-senyum melihat aku. Aku tak berani nak berpaling. Langkah pun rasa dah kaku.
Aku menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang. Udara yang di sedut aku hembus kuat. Aku mula membuka langkah. Baru beberapa langkah di ambil suara Haiqal kedengaran lagi tapi kali ni suara itu kedengaran hampir di telingaku.
“Saya memang suka dan cintakan awak sejak dulu lagi, tapi saya takut nak luahkan perasaan saya pada awak. Hanya Freddy yang tahu rahsia hati saya”  Ucapnya tenang. Haiqal berdiri di depan aku. Aku tahu yang dia sedang memandang aku ketika ini. Aku tak berani nak mengangkat wajah. Malu dan segan bergabung menjadi satu.
“Saya... Saya..”  Tergagap aku nak bersuara. Tiba-tiba aku rasakan yang kepala otak aku tiba-tiba kosong. Tak tahu nak balas apa.
“Tak perlu cakap apa-apa. Saya faham. Mungkin awak tak percaya dengan apa yang saya cakap tapi satu aje yang saya nak beritahu awak yang saya memang sangat-sangat cintakan awak. Maaf jika saya sering buat awak marah-marah dulu sebab saya tak tahu cara nak luahkan isi hati saya pada awak”  Luah Haiqal perlahan. Aku perlahan-lahan mengangkat wajah dan mata kami saling berpandangan. Aku dapat melihat dengan jelas redupan mata Haiqal.
Take you time”  Ujarnya sebelum berjalan meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya mampu melihat dia berjalan pergi ke arah yang bertentangan. Aku mengeluh perlahan. Kepala tiba-tiba rasa' weng' aje. Jangan aku demam terkejut sudahlah.



No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...