Thursday, March 24, 2016

MY ANGEL 4




                                                                 


 ANGEL menilik baju kurung moden warna ungu yang tersarung di badannya. Janggal rasanya bila memakai baju kurung. Sudah lama dia tidak memakainya. Kalau bukan hari raya jangan harap dia nak pakai, kalau pakai pun tak sampai tengah hari sudah berganti dengan jeans dan T-shirt.
“Cantiknya Angel.”
Angel berpaling bila melihat Babe yang sudah tercongok di depan pintu biliknya sambil tersenyum manis.
“Cantik ke? Angel rasa macam alien dah Angel pakai baju kurung ni.” Ujar Angel sebelum berpaling melihat cermin semula.
“Dah cantik sangat tu. Percayalah cakap Babe ni, muka tu kasi make up lah sikit. Jangan pucat macam tu.” Tegur Babe sebelum dia keluar. Angel mengeluar kit make up miliknya dan mula melukis di mukanya. Rambutnya yang panjang di ikat ekor kuda dan juraian di biarkan di kiri mukanya. Sentuhan terakhir dia menyembur sedikit minyak wangi ke tubuhnya. Okey perfect. Angel tersenyum manis melihat figuranya sendiri.
“Rumah siapa yang kita nak pergi ni Babe?” Tanya Angel bila mereka dalam perjalanan ke destinasi.
“Rumah saudara jauh Babe. Anak bongsu dia nak kahwin hari ni.” Ujar Babe. Angel mengangguk. Dia dan Babe duduk santai di tempat duduk belakang sambil pemandu terus membawa mereka ke tempat yang di beritahu oleh Babe tadi.
Kiri kanan sudah di penuhi dengan kenderaan yang di parking. Pemandu terpaksa berhenti sedikit jauh dari pintu pagar kerana jalan sesak di depan. Babe dan Angel menapak keluar. Di tangan Babe sudah terjinjit satu bungkusan hadiah buat pengantin.
“Ramai juga tetamu yang di jemput.” Ujar Babe perlahan. Angel sudah memaut lengan Babe erat, risau takut terpisah. Dahlah dia tak biasa dengan kenduri dekat sini.
“Jom.” Babe menarik tangan Angel dan melangkah ke muka pintu.
Babe berjalan seiring dengan Angel. Dia tersenyum bila melihat tuan rumah yang ramah menjemput tetamu masuk. Di depan rumah itu terpacak lima kanopi besar untuk memuatkan tetamu yang hadir.
“Assalamualaikum.” Tegur pada pada seorang wanita yang berada di depannya. Terdiam sekejap wanita itu dengan dahi yang berkerut-kerut, beberapa ketika barulah dia tersenyum.
“Waalaikumussalam, Habibah?” Teka wanita itu. Babe tersenyum dan pantas mengangguk.
“Ya Allah lamanya tak tengok sampai tak cam dah.”
“Kak Aisya apa khabar?” Tanya Babe bila pelukan mereka terungkai.
“Baik, baik. Alhamdulillah. Bila balik?” Tanya Aisya. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Baru beberapa hari.”
“Ingatkan tak dapat datang tadi.”
“Macam tulah kak, Saya ingat pun tak dapat datang juga tapi last minute kena balik Malaysia, nasib baik sempat dengan majlis ni. Pengantin mananya kak?” kepala Babe sudah tercari-cari.
“Dekat atas lagi. Masuklah kalau nak jumpa dengan Shila. Eh, ini siapa?” Tanya Aisya bila melihat gadis yang berdiri di sebelah Babe.
“Ini Angel, anak majikan Babe. Saja minta dia temankan datang sini.”
“Ooo.. Anak yang Babe jaga dari kecil tu?” Teka Aisya. Babe mengangguk.
“Angel, ini kakak sepupu Babe, Aunty Aisya.” Babe memperkenalkan Aisya kepada Angel. Angel melepaskan pautan pada Babe dan menghulurkan salam kepada wanita di depannya.
“Apa khabar aunty?”
“Baik. Jangan panggil auntylah, rasa muda pula, panggil nenda saja. Cucu-cucu nenda semuanya sebaya dengan Angel. Eh, jemputlah masuk, makan-makan dulu ke, Babe buat macam rumah sendiri. Jangan nak segan-segan, Angel pun.” Ramah sekali Aisya berbahasa. Angel dan Babe mengangguk. Kemudian mereka terus masuk ke laman rumah. Kesian pula nak kacau Aisya yang sibuk melayan tetamu yang datang.
“Angel dah lapar ke?” Tanya Babe bila perasan mata Angel asyik menjeling menu yang di hidangkan secara bufetitu. Angel berpaling dan tersengih, perlahan-lahan dia mengangguk.
“Okey kita makan dulu nanti baru kita tengok pengantin. Okey?” Ujar Babe dan Angel mengangguk senang, kemudian mereka ke meja hidangan. Angel hanya diam bila Babe menyenduk makanan ke dalam pinggannya.  Pinggan nasi miliknya sudah penuh dengan lauk.
Mereka berdua duduk sambil makan. Sambil makan mata Angel memandang tetamu yang tidak putus-putus bertandang. Meriah juga majlis kahwin ni. Ah! Sudah lama tak dengar orang berbahasa melayu. Kalau dekat England, nak dengar orang cakap melayu pun susah. Mami dengan daddy pun jarang-jarang sekali nak cakap melayu kalau duduk dekat rumah. Lidah dah tajam dengan bahasa inggeris.
“Dean, buat apa berkurung dekat atas ni, turunlah kan kita ada majlis ni. Tak elok kalau tuan rumah berkurung macam ni.” Tegur Sophea bilik melihat Deanyang berbaring di dalam biliknya. Patutlah cari dekat bawah tadi tak nampak bayang anak tunggalnya.
“Kejap lagi lah mama. Rimaslah duduk bawah tu.”
“Rimas apanya. Jomlah keluar. Kejap lagi rombongan pengantin lelaki nak sampai. Kesian aunty Shila kalau tahu Deantak nak sambut wedding dia.” Pujuk Sophea lagi. Dengan Dean tak boleh berkeras nanti dia juga berkeras sama.
“Okeylah, Deankeluar.” Dengan malas Deanbangun. Baju melayu warna biru di kemaskan. Dia mengambil kain samping dan mengilas sahaja ke bahu. Tak pandai nak pakai, nanti suruhlah sesiapa pakaian. Sophea tersenyum dan turun beriringan dengan Deanke bawah. Kawasan rumah sudah penuh dengan tetamu. Dia tersenyum bila berselisih dengan tetamu.
“Cuba senyum sikit. Kalau awek yang tengok dia orang pun malas nak pandang  muka anak mama masam macam ni.” Bisik Sophea perlahan pada telinga Dean. Deanmemandang seketika ke arah mamanya sebelum mengoyak senyum di bibirnya.
“Haa, macam ini kan baru hensem.” Puji Sophea. Dean juga turut tersenyum tanpa perlu di paksa lagi.
Bunyi kompang di luar pagar rumah menarik perhatian tetamu. Angel yang baru selesai makan turut berpaling sama. Mencari arah bunyi itu. Babe yang sudah mengelap bibir cepat-cepat bangun.
“Angel nak ikut Babe masuk ke dalam tak?” Tanya Babe cepat-cepat. Angel memandang kearah Babe sebelum berpaling ke muka pintu semula.
“Angel duduk sini ajelah. Malaslah nak masuk.” Ujar Angel. Pasti pengantin perempuan pun tengah sibuk sebab rombongan dah sampai tu.
“Kalau macam tu Babe masuk kejap. Angel jangan pergi mana-mana tau, tunggu Babe dekat sini ya?” Pesan Babe sebelum dia bangun dan hadiah yang di bawa tadi turut di bawa sama masuk ke dalam rumah.
Ralik sekali Angel melihat acara yang berlaku di depannya. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Budaya melayu masih lagi di kekalkan sehingga kini. Dia terpegun melihat persembahan silat yang sedang berlangsung di depan dia sekarang. Sesekali pandangan dia terkalih ke kiri dan kanan bila matanya terselindung dengan tubuh tetamu yang sedang berkerumuni di depannya. Bengang bila pandangan asyik di tebeng, dia terus bangun dan sama-sama berdiri dengan tetamu yang lain.
Angel bertepuk tangan bila terdapat gayayang menarik dan matanya turut tertutup dengan mulut mengaduh bila melihat aksi ganas yang di persembahkan. Takut juga aksi mereka berebut keris itu.  Seriau!
Spontan langkah Angel terkebelakang bila salah seorang pesilat cubamengelak serangan dari pihak yang satu lagi dan hampir mengenai barisan mereka.
Sorry..” Ucap Angel bila tubuhnya terlanggar seseorang yang berada di belakangnya.
It’s okey.” Balas lelaki itu. Angel mengangguk seraya berpaling semula ke depan sebelum dia tiba-tiba berpaling semula kearah lelaki itu, pada masa yang sama lelaki itu juga sedang memandang ke arahnya. Bukan seorang tapi dua sekali gus memandang tajam kepadanya.
“You!” lurus jari lelaki itu menunjuk ke muka Angel. Angel sudah menggelabah. Alamak siapa pula ni? Aku kenal ke? Malas nak memikir terus dia cabut dari situ. Tergesa-gesa dia berlari, sesekali dia berpaling ke belakang, dua malaun tu masih memandang ke arahnya. Baik cari Babe dan blah cepat-cepat. Tapi malang seakan mengekori dia lagi bila tiba-tiba…
Dush!
Angel pasrah jika tubuhnya mencium tanah lepas ni. Dia memang tak sempat nak pegang apa-apa lagi dah.
Aik!
Bila membuka mata dia melihat satu wajah kacak berada hampir dengan mukanya. Masa seakan berhenti buat seketika. Mata saling menatap. Suasana yang hening diganti dengan satu alunan muzik yang cukup merdu sekali. Oh lagu apakah ini?
“Dah puas berangan?” Jantung Angel rasa berlubang bila di tembak dengan kata-kata sinis itu. Habis pecah lamunan dia tadi. Baru tersedar yang dia dalam pelukan seseorang. Tapi lagi terkejut bila baru perasan muka penyelamat dia tu.
Dia???
Oh, hukum karmakah ini?
“Tak sangka boleh jumpa minah sewel dekat sini.” Deantersenyum sinis seraya melepas pautan tubuh Angel. Angel yang baru tersedar terus kalut membetulkan baju di tubuh. Dia tidak berani berpaling. Sekarang ni pasti adegan mereka lebih mendapat sambutan daripada pengantin yang dirai. Malu!
“You… I pun tak sangka jumpa you dekat sini juga. Gila!” dengus Angel perlahan. Deanmengetap gigi kuat. Tahu siapa GILA yang di maksudkan oleh gadis itu.
“Sayang, muka dah cantik tapi bahasa pedih gila.” Sinis Dean memandang si gadis.
“Ikut suka hati I lah. Yang you sibuk tu kenapa.” Dengus Angel lagi. Dia mengesat peluh yang berjejaran di dahi. Panas pula cuaca hari ni, tadi bukan main redup.
“Eh mestilah I sibuk, sebab you dah langgar I, dekat airport hari tu pun masih belum selesai sekarang ni you buat lagi, you ni memang troublemaker.”
“Apa you panggil I, troublemaker?” naik satu oktaf volume Angel. Dia menatap geram muka lelaki itu. Tak kiralah aku rendah sikit pun dari dia, aku tetap tak takut. Aku pun garang macam nenek akulah. Masa nilah baru aku berbangga jadi keturunan nenek. Kalau nenek tahu pasti dia bangga. Syabas betti.
“Yup, troublemaker. Ke mana saja you pergi mesti you bawa bala dekat orang lain,contohnya macam I ni.” Sinis Deanbercakap. Angel menahan sabar, kecik-besar kecik-besar dah aku tengok budak ni.
“Angel?” suara Babe yang melaung mematikan balasan kata daripada Angel. Babe datang menghampiri dia dan Deansambil tersenyum-senyum.
“Eh ini Deanke?” Tanya Babe bila berhadapan dengan jejaka itu. Deandiam seketika sebelum mengangguk pada wanita di depannya.
“Tak kenal ke? Ini aunty Babe, alah masa kecil-kecil dulu kita selalu jumpa.” Ujar Babe lagi. Berlapis-lapis dahi Deanberfikir, sumpah memang dia tak ingat. Alah tadi cakap time dia kecik-kecik, manalah dia nak ingat cerita zaman piring hitamtu.
“Tak kenal eh?” Deangeleng. Selepas itu barulah Babe tersenyum. “Tak apalah. Wah dah besar ya. Tadi mama Dean cakap yang Dean duduk dekat England ya? Kalau tahu dah lama aunty pergi jenguk, aunty pun duduk sana juga sebelum ni, tapi sekarang ni dah kena duduk Malaysia, kena jaga Angel ni.” Babe menunjuk ke arah Angel. Angel mengeluh, kenapalah pengasuh dia ni banyak cakap hari ini.
“Babe jom balik, Angel dah letihlah.” Rungut Angel sambil menjeling ke arah Dean pada masa yang sama. Ya letih plus menyampah tengok muka dia ni.
“Okey, jom. Babe pun dah sudah ni, Babe dah janji dengan mami Angel yang dia nak e-mail kan pasal sekolah baru Angel dekat sini.”
“Hurm… dekat mana Babe?” Tanya Angel malas sambil mengatur langkah. Bila tiba hal ini di bincangkan terus mood dia merudum.
“Fairview Internasional School di Subang Jaya.” Babe masih lagi bersuara ceria, sedikit pun tidak terkesan dengan nada Angel.
Deanhanya memerhati langkah Babe dan minah sewel yang bernama Angel itu.
“Fairview Internasional School ya? Aku rasa aku dah tahu nak buat apa. We wait and see minah sewel.” Deantersenyum sinis. Aura jahat tiba-tiba mengerumungi tubuhnya.
“Bergaduh lagi?” tergeleng kepala Jerry bila melihat Angel dan Deanyang sedang bergaduh. Tadi pun dia dan Jim terkejut bila terjumpa dengan Angel dekat sini dan lagi terkejut bila ternampak Dean pun ada sama.
“Entahlah, macam budak-budak.” Ujar Jim bila mendengar adiknya bercakap tadi. Gamat juga suasana tadi dengan suara mereka berdua. Hilang terus konsentrasi dia mahu melihat pertunjukan silat tadi.
“Jim, Jerry jom kita makan.” Bad menepuk bahu anak-anak saudaranya yang masih ralik melihat ke depan walaupun persembahan telah selesai. Pengantin sedang bersanding di tengah pelamin sekarang ni. Hari ni mereka bertiga menjadi rombongan pihak pengantin lelaki. Kawan sepejabat Bad, Farisdan Shila yang jadi pengantin hari ini.
“Jemput makan.” Deantersenyum mempersilakan tetamunya makan. Bunga yang tergantung di poket baju melayunya sudah memberitahu yang dia salah seorang tuan rumah. Langkah Jim dan Jerry terhenti di depan Dean. Mereka tersenyum sebelum menghulurkan salam. Beramah mesra dengan tuan rumah.
“Kenal tak?” Tanya Jerry sambil tersengih sambil memandang Jim yang berdiri di sebelahnya.
“Ingat, tapi kat mana ya?” bibir Deanturut tersenyum, dia memetik jari buat seketika. Jerry dan Jim saling mengangkat kening.
“Hah! Airport, minah sewel tu!”
“Bingo!” terbahak-bahak Jim, Jerry dan Deanketawa. Tak pasal-pasal nama Angel naik sekali.
“Jim, ini adik aku, Jerry.” Jim menghulur salam dan diikuti oleh Jerry. Tanda perkenalan mereka.
“Dean.” Dean pula perkenalkan dirinya.
“Siapa yang kahwin, kakak ke?” Tanya Jim.
“Tak, Mak su. Jemputlah makan.” Ujar Deansambil menunjuk ke bawah kanopi. Jim dan Jerry mengangguk dan menyertai uncle Bad yang ketika itu sudah menghadap makanan. Lambat sangat tunggu mereka berdua ni.
“Oh, boleh tahan gak makanan dekat sini. Yumyummm…” Ujar Jerry. Tangan sibuk mengaul nasi. Ingat tadi nak makan dengan sudu tapi bila tengok uncle Bad belasah pakai tangan dia pun letak sudu balik. Dah lama tak makan tak pakai tangan.
“Tak senonoh betullah kau ni Jerry.” Sempat lagi Jim meluku kepala adiknya. Jerry menyeringai sakit tapi tangan laju saja menyuap. Tergeleng Bad melihat mereka berdua ni.
“Dah makan cepat.” Sampuk Bad. Bimbang bercekau pula dekat rumah orang ni. Jim dan Jerry tersengih dan mula makan. Dean tersengih melihat gelagat Jim dan Jerry sebelum dia bergerak ke tepi rumah. Rimas dengan manusia yang memenuhi kawasan rumah nendanya hari ini.

          ~ TBC~

                                                        

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...