Thursday, March 10, 2016

# CAFE NEO 4



                                                                 

TERGELENG sekejap kepala Joe bila dia google bunga yang Sara cakapkan tadi. Manalah dia ambil peduli selama ni yang nama bunga hibiscus rosa sinensis tu adalah bunga raya. Memang dia tidak tahu langsung nama saintifik untuk bunga kebangsaan itu.
Eh kejap!
Sara ni betul-betul suka ke dengan bunga raya ni? Atau dia main cakap sebab nak kenakan aku saja? Joe garu kepala.
Tak apa. Dia tunggu esok. Lagipun hati dia benar-benar mahu bertemu dengan Sara lagi. rasa kalau sehari tak jumpa bagaikan setahun. Ceewahh!
Telefon di atas meja di ambil dan pantas mendail satu nombor.
“Assalamualaikum mama.” Joe menyapa sambil tersenyum. Rindu dengan mama terchenta.
“Waalaikumussalam. Joe sihat? Dah makan?”
Joe tersenyum. Mama kalau setiap kali bertelefon atau bersua muka pasti itu yang menjadi soalan utamanya. Macam mana dia tak sayang mamanya.
“Sihat ma. Joe dah makan dengan bakal menantu mama tadi.” Joe tergelak kecil. Memang dengan mama, dia langsung tidak segan untuk bercerita.
“Amboi, sebab tu mama dapat rasa aura gembira sampai dekat sini.” Seloroh mama.
“Yake ma? Alhamdulillah. Memang Joe nak sebarkan aura gembira seluruh dunia pun. Biar semua orang turut gembira macam Joe rasakan sekarang ni.”
“Amboi, manisnya mulut anak mama ni.” Mama tergelak kecil.
“Ma… mama ada tanam tak bunga raya dekat rumah tu?” Tanya Joe.
“Bunga raya? Mama mana ada tanam. Kalau bunga ros tu banyaklah.” Ujar mama. Joe mengeluh. Memang dia tahu yang mama memang suka dengan bunga ros, kebun bunga mama hanya di penuhi dengan ros pelbagai warna. Tadi saja dia tanya pasal bunga raya sebab dia memang jarang melawat kebun bunga mamanya kalau balik ke sana.
“Ini pasal apa tiba-tiba tanya pasal bunga raya pulak ni?” mama bertanya bila Joe berdiam diri tadi.
“Menantu mama tulah. Dia suka bunga raya, sebab tu Joe tanya kalau-kalau mama ada tanam.” Ujar Joe. Tiba-tiba terdengar suara mama tergelak dari corong telefon.
“Sara suka bunga raya ke? Menantu mama ni memang unik orangnya. Jarang mama dengar orang perempuan suka dengan bunga raya.”
“Memang dia unik pun.” Joe mengangguk setuju. Terbayang wajah Sara pun sudah membuatkan bibirnya mengukir senyum.
Betul-betul nak bunga raya ke?” tanya mama semula.
“Betullah ma.” Jawab Joe. Kepala dah berfikir mana nak cari bunga raya tu. Ini kalau dekat kedai bunga mana ada orang jual spesis ni. Tapi kalau dekat tepi jalan memang banyak, takkan nak rembat bunga curi bagi dekat Sara kot?
“Mama rasa kalau dekat rumah Kak Husna ada kot? Nanti mama tanya dia semula.” Suara  mama kembali menerjah. Joe sudah mengukir senyum. Harap-harap rumah Kak Husna adalah bunga raya tu.
“Orait ma. Nanti kalau ada, mama suruh petik 3 kuntum ya? Nak warna merah yang auumm tu.”
“Oitt.. 3 kuntum ya? Mama tahu apa maksud 3 kuntum tu.” Suara mama kedengaran mengusik. Joe tersengih. Kalaulah mama Nampak dia yang sedang terlentok gedik dekat sini mahunya rahang mamanya jatuh. Anak teruna julung-julung kali buat perangai luar alam!
“Mestilah mama tahu. Mama dan papakan dah expert benda ni semua. Okeylah mama. Joe nak tidur kejap. Lepas ni nak jadi burung hantu pula.” Joe tergelak kecil.
“Tengok bolalah tu.” Ujar mama. Memang sudah tahu perangai Joe yang memang hantu bola. Samalah dengan papa dia tu.
“Mestilah ma.”
“Okeylah sayang. Assalamualaikum.” Ujar mama.
“Waalaikumussalam.” Joe tersenyum sebelum talian di matikan. Tersengih Joe bila mama sudi nak tolong dia carikan bunga raya tu.

“Amboi senyum nampak. Ada apa-apa nak update tak?” tegur Zana yang baru keluar dari bilik air. Senyuman Sara makin panjang. Pertanyaan daripada Zana langsung tidak di layan.
“Woit! Ceritalah dengan aku.” Zana sudah menghimpit di sebelah. Minah ni memang kepohci betullah! Sara jeling seketika tetapi kembali senyum bila peristiwa petang tadi terlayar kembali.
“Sah memang ada yang tak kena dengan budak ni?” Zana sudah menjuling mata ke atas. Sakit hati dengan reaksi Sara yang langsung tidak mahu bercerita dengannya.
“Sudahlah kau, tak apa kau tak nak kongsi dengan aku. Hari ni aku kasi can dekat kau nak jual mahal dengan aku, esok-esok aku korek sampai lubang jamban cerita kau tu.” Zana sudah mengalah.
“Wei, pengotor betullah kau ni!” Sara menolak bahu Zana. Terkekek Zana ketawa. Ada pun reaksi budak ni.
“Dah kau nak berahsia sangat dengan aku.” Zana masih lagi tergelak.
“Weh! Kau nak tahu tak?”
Tiba-tiba mata Zana mencerlung memandang Sara. Mukanya tampak serius.
“Tahu apa?” tanya Sara.
“Zaril mengamuk cari kau tadi, kau pergi mana? Bukan kau memang keluar dengan dia ke tadi?” banyak betul yang di soal oleh Zana ni. Muka Sara sudah berubah. Sekarang baru dia teringat kewujudan mamat tu.
“Alamak! Dia betul-betul mengamuk ke?” Tanya Sara.
“Tak adalah. Cuma dia tanya kau ada tak? Bila aku cakap kau belum balik terus dia blah macam tu aje.” Jawab Zana.
“Habis tu yang tadi kau cakap dia mengamuk tu tang mana pula?” Sara kerut dahi.
“Err.. tak adalah dia mengamuk, hiperbola aje lebih tu. Hehe..” Zana angkat tangan buat gaya peace.
“Kau ni!” Sara jegilkan biji matanya. Ingat betullah tadi yang Zaril mengamuk. Kecut juga kalau dia betul-betul tadi.
“Saja nak ambil perhatian kau.” Zana tersengih sebelum melompat ke atas katil sendiri. Sebelum kepala kena ketuk baik dia cha alif ba wau ta dulu.
Sara hanya melihat Zana yang sudah terlentang di atas katil. Sekarang ini barulah dia mula rasa bersalah sebab buat Zaril macam tu. Ah, tak baiknya aku!

“SARA, cepat lambat aku tinggal!” Zana sudah melaung dari luar bilik. Terkocoh-kocoh Sara menarik beg sandang dan juga buku. Pintu bilik di tutup rapat sebelum dia berlari keluar ke pintu rumah.
Erk!
Langkahnya mati di tengah laman dia perasan Zana sedang berbual dengan seseorang.
Joe?
Joe tersenyum dan mengangkat tangan tanda menyapa bila ternampak kelibat Sara yang sudah terpacak di hadapannya.
“Hai..”
“Err.. hai.” Balas Sara kembali.
“Ehem-ehem. Aku pergi dulu ya?” Zana tersenyum-senyum memandang lelaki yang bernama Joe sebelum berkalih pada Sara.
“Jangan lupa kelas start pula 9 pagi.” Sempat lagi Zana mengusik sambil tunjuk jam padanya. Sara faham sangat dengan makna muka yang Zana tunjukkan itu. Pasti dia mahu korek siapa lelaki di depan rumah mereka sekarang ini.
“Okey.” Sara angguk dan buat gaya menghalau dengan tangan bila pandangan Joe berkalih pada tempat lain.
“Oitt..” Zana sudah menjejilkan biji matanya. Kureng asam punya member. Ingat aku anak ayam ke?” Sara tergelak kecil bila melihat muka Zana itu.
“Okey, bye-bye.” Zana berlalu tetapi langkahnya memang lembab semacam. Ya Allah minah ni? Sara sudah mahu naik angin. Sengaja nak kacau line!
“Zana!”
Haa.. kan dah terkeluar suara petir dia tu. Jatuh saham sebab bertempik depan si Joe ni. Joe hanya tersengih.
“Okey-okey!” Zana mengalah dan terus berlalu. Bila kelibat Zana sudah menghilang barulah Sara memandang Joe.
Aisehman! Apasal Nampak kacak dia pagi ni? Hati Sara sudah mahu terlentok.
“Awak dah breakfast?” suara Joe menyentak lamunan Sara. Tersengih malu dia bila sedar yang dia sudah berkelakuan tidak sopan dengan Joe tadi.
“Belum.” Jawab Sara. Muka rasa berbahang. Malu beb! Joe pula hanya tersengih. Bukan dia tidak sedar dengan reaksi Sara tadi. Comel aje gadis tu pagi ni.
“Kalau macam tu, jom saya belanja.” Joe berkalih ke tepi dan memberi ruang untuk Sara bergerak. Sara tersenyum dan terus berjalan keluar.
Kereta yang di pandu oleh Joe berhenti di sebuah kedai makan. Pagi-pagi ni orang memang ramai sikit sebab sekarang ni time untuk orang cari breakfast.
“Tak apa kan kita makan dekat sini?” tanya Joe. Sara senyum dan geleng.
“Tak kisah.” Jawab Sara.
Duduk saja, pelayan terus datang ambil order. Pagi-pagi ni Sara tak tahu nak makan apa. Dia hanya pesan roti bakar dengan air teh suam sahaja. Joe pula sudah bantai roti canai telur 3 biji. Fuh! Sampai tiga beb! Nasib baik badan nampak sasa bukan boroi!
Oitt! Apasal cerita pasal bentuk badan pula ni?
“Awak cantik sangat pagi ni.” Kenyataan bersahaja daripada Joe itu membuatkan pipi Sara sudah merona merah. Spontan dia memegang pipinya.
Ya Allah. Ayat dia. Macam lori gula tertumpah saja.
“Comelnya awak…” Joe sudah bertongkat tangan ke dagu sambil memandang Sara yang sudah tidak keruan itu. Sengaja mahu menyakat Sara.
“Jangan pandang saya macam tulah.” Spontan Sara menolak pipi Joe ke sebelah. Tersenyum lebar Joe bila Sara menyentuh lembut wajahnya tadi.
“Dah makan.” Joe menolak pinggan berisi makanan yang baru sahaja di hantar. Sara angguk dan mengunyah perlahan makanannya.
Ya Allah, rasa tak tertelan langsung makanan yang dia makan bila asyik kena tenung macam tu. Cik jantung dan cik hati pun sejak dari tadi lagi tak duduk diam.
Syuh.. syuh.. senyap sikit! Sara cuba menenangkan hatinya yang sedang bergelodak sekarang ini.
Selepas makan, Joe beria-ia mahu menghantar Sara ke Uni, tetapi Sara segan mahu menerima pelawaan itu. Bila Joe sudah berkeras, maka dia tidak mampu untuk menolak. Jadi sekarang ini dia dan Joe masih lagi bersama-sama dalam ruangan yang sama.
“Oh ya, sebelum saya lupa. Saya nak bagi satu benda untuk awak.” Joe sudah memetik jari sebelum tangannya di jangkau ke tempat duduk belakang. Seriau pula melihat aksi Joe itu. Nampak berbahaya bila dia tengah memandu sekarang ini.
“Awak cari apa tu?” Sara turut menjenguk sama ke belakang.
“Hah, jumpa pun.” Joe sudah menarik senyum. “Nah.” Dia meletakkan tiga tangkai bunga raya warna merah menyala di atas pangkuan Sara.
“Bunga raya?” Sara pandang Joe seketika sebelum mengambil bunga raya yang diikat cantik itu.
“Ya. Saya dah tahu maksud hibiscus rosa sinensis tu, dah inilah bunganya.” Joe tersengih lebar sambil jarinya menunjuk bunga dalam pegangan Sara itu. Mulut Sara sudah terlopong.
“Oh my! Seriously?” Tangan sudah menutup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang baru Joe katakana tadi.
“Yalah. Tapi awak memang minat bunga raya eh? Sebab awaklah satu-satunya orang perempuan yang saya kenal suka bunga ni?” Joe berkalih pandang pada Sara seketika.
“Kenapa? Salah ke kalau saya suka bunga ni? Ini bunga kebangsaan Negara kita apa?” Sara jongket kening.
“Tak salah. Tapi cukup unik dan patriotik.” Puji Joe. Sara tersenyum kecil. Tiga kuntum bunga yang di gubah untuk tampak cukup menarik sekali. Kalah bunga ros! Haha..
“Tapi apasal awak bagi 3 aje. Kedekut betullah awak ni.” Cebik Sara.
“Hey.. Saya bukan saja-saja nak 3 kuntum aje tau. Nombor tiga tu kan ada maknanya.” Joe melirik ke arah Sara.
“Makna apa? I hate you.” Sengaja Sara bercanda. Terasa lambat pula nak sampai ni.
“Apa pula cakap macam tu. Kenapa tak cakap  I miss you atau…” Joe berjeda seketika. Nampak dia sedang melirik dengan satu pandangan yang cukup nakal sekarang ini. Sara sudah tersentak bila cik hatinya tiba-tiba bagai mahu melompat keluar bila melihat lirikan itu.
“Apa?” tanpa sedar perkataan itu terluah bila Joe sengaja melambat-lambatkan.
“I love you mungkin.” Serentak dia menyudahkan kata-kata itu, Joe mengenyitkan mata pada Sara.
Sara?
Kali ni dia bagai jatuh tergolek sama dengan cik jantung dan cik hatinya.
Ouch! Konfom mamat tu tertelan gula berkilo-kilo. Ayat manis tahap nak kena diabetes.
“Okey dah sampai. Belajar rajin-rajin. Focus dalam kelas.” Sempat Joe mengitip pesanan sebelum Sara keluar.
Sara hanya angguk. Mukanya masih merona merah. Muka Joe langsung tidak mampu di pandang saat ini. Menonong saja dia berjalan tanpa menoleh.
“Sara!” Joe melaung. Sara berhenti dan berpaling.
“I love you.” Ucap Joe tanpa suara. Membuntang mata Sara bila dia dapat membaca apa yang di cakapkan oleh Joe tadi.  Kali ni dia memang malu gila sebab dia sedar tadi ada beberapa orang yang berdekatan Berjaya membaca gerak bibir Joe itu.
Arrghh!!! Malunya!



EEFA AZWANY : rupanya-rupanya bunga raya daaa…

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...