Thursday, March 31, 2016

MY ANGEL 5

                                                            
                                                             

P
EGUN sekejap Sophea dan Andrean bila Dean memberitahu yang dia mahu menetap dan belajar di Malaysia. Entah hantu mana yang merasuk Dean, sebelum ini bermati-matian dia menolak untuk balik ke Malaysia, bila dah sampai tak nak balik ke England pula. Apa kes?
“Tapi kenapa?” Tanya Andrean.
“Saja.” Amboi senang betul mulut Dean menjawab. Padahal seorang pun tidak tahu yang dia ada misi dan visi yang mahu di laksanakan di sini. Takut kalau dah balik England sesi balas dendam dia nanti akan terkubur macam tu saja.
“Habis tu sekolah dekat sana macam mana?” Sophea pula menyampuk. Dean menarik nafas. Penat betul bercakap dengan mama dan papa ni.
“Mama, papa. Dean nak tinggal dekat sini. Pasal sekolah tu nanti mama dengan papalah yang uruskan. okey?” Dean sengih.
Sophea dan Andrean berpandangan sesama sendiri. Pening dengan tingkah laku anaknya yang sorang ni, dulu mati-mati tak nak balik sini tapi sekarang ni dah terbalik pula.
“Mama dengan papa macam tak suka aje nak bagi Dean duduk sini…” Dean pandang muka papa dan mamanya.
“Bukan macam tu sayang. Tapi papa terkejut dengan keputusan Dean.”
“Papa terkejut? Dean lagilah terkejut. Entah apa yang rasuk Dean sampai nak duduk sini. Don’t worrylah pa, ma. Dean memang dah nekad nak duduk sini. Nanti papa tolong uruskan perpindahan Dean dekat sini ya. Dean naik dulu ya." dia meminta diri.
“Kenapa dengan anak kita tu sayang?” Tanya Sophea. Matanya masih lagi di halakan ke tingkat atas.
“Entah. Biarlah kalau itu dah keputusan dia. I lagi senang dia tinggal dekat sini.” Ujar Andrean sambil tersenyum. Walaupun terkejut dengan keputusan Dean tadi tapi dia amat-amat bersetuju. Kot-kot perangai tu boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Dean melempar tuala yang di gunakan tadi di atas katil. Dia menyauk seluar pendek dan baju t-shirt hanya di selempang di atas bahu tanpa memakainya. Dia bertenggek di tepi balkoni. Suasana malam dekat Malaysia nampak berbeza walaupun berkongsi langit yang sama.
“Tak sabar nak tunggu hari tu tiba. Kau tunggulah minah sewel.” Dean tersenyum jahat. Wajah Angel terbayang di tubir mata. Cantik tapi kurang ajar! Itu yang mampu ditafsirkan bila mereka berjumpa lagi. Entah kenapa dia boleh jadi pendendam macam ni. Dean sendiri hairan dengan dirinya sendiri.

ANGEL terbatuk tiba-tiba. Hampir tersembur makanan yang di kunyah.
“Kamu ni dah kenapa Angel. Nah.” Gelas di sua untuk Angel. Dia cepat-cepat meneguk air itu. Babe yang duduk di sebelahnya tersenyum. Dahi neneknya berkerut.
“Ada orang sebutlah tu.” Usik Babe. Angel buat-buat tidak tahu.
Rasa tak selesa bila duduk semeja dengan neneknya itu. Tadi neneknya datang atas permintaan daddynya. Makanan yang di telan sudah rasa lain. Sesekali dia menjeling dengan hujung mata bila melihat Babe dan neneknya kembali berbual.
“Kenapa tak makan? Takkan dah lama duduk luar negara sampai dah tak lalu dengan masakan dekat sini pula.” Nenek renung muka Angel.
Angel mengangkat muka. Nasi di kauk dan di telan. Sebal juga bila kena smash dengan nenek tadi. Mulut nenek masih lagi berbisa macam dulu.
“Lepas ni dah nak masuk sekolah. Nenek tak nak tengok gelang, cincin dengan rantai-rantai yang bergayut dekat badan tu, nampak macam orang nak halau hantu saja.” Embun menunjuk pada aksesori di tubuh cucunya. Sakit mata melihatnya. Macam-macam bentuk ada. Dah macam bomoh siam saja budak ni.
Angel menilik gelang, cincin dan rantai di tubuhnya. Dahinya berkerut. Orang nak halau hantu? Apa nenek ni tak tahu ke ini semuanya trend. Ah! Apalah orang tua ni nak tahu.
“Ini fesyenlah nek.” Balas Angel.
“Fesyen apanya macam ni, dah macam bomoh siam aje, tu lagi satu.” Juih Embun pada tangan Angel. “Kuku tu dah macam hantu, nenek nak lepas ni dah tak ada color-color lagi. Bagi original semula, kalau tak nenek kikis kuku tu sampai putih.” Tegas Embun bersuara. Makin panjang muncung Angel bila di tegur. Babe di sebelah hanya diam. Angel bengang, kenapa Babe langsung tak membantu dirinya. Dia sudah hilang selera makan.
“Angel naik dulu.” Angel bangun dari duduk.
“Nak pergi mana? Nasi belum habis lagi tu?” Tegur Embun. Bukan dia tidak perasan dengan perubahan mood Angel tadi.
“Nak naik atas, nak buka semua azimat ni, rasanya hantu dah tak ada dekat sini.” Balas Angel. Berubah terus muka Embun. Menjawab saja budak ni. Angel perasan dengan perubahan di wajah Embun, Babe di sebelah Embun pun sudah memberi isyarat agar Angel beredar dari situ. Angel cepat-cepat cabut.
“Apa nak jadi dengan budak tu, rosak!” Marah Embun. Babe di sebelah sudah berubah riak. Sedikit sebanyak dia terasa. Embun baru perasan.
“Maaf, Babe, Kak Embun bukan marah Babe. Kak Embun tahu yang Babe dah jaga dia baik-baik tapi mungkin pengaruh dekat sana yang buat dia jadi macam ni.” Jelas Embun. Babe tersenyum tawar dan mengangguk. Aduh! Embun mati kata. Mesti Babe terasa dengan dia tadi. Dia nak menyambung kata tapi bila melihat Babe yang berdiam diri terus dia kematian kata.
Dalam bilik mulut Angel tidak henti-henti membebel. Gelang dan cincin yang berselirat di tangan di buka satu persatu.
“Apalah nenek tu, bomoh siam di katanya aku.” Gelang dan cincin di simpan dalam kotak barang-barang perhiasan. Kukunya yang panjang dan berwarna pink di tilik sebelum pengetip kuku dan nail removel di capai. Takut juga kalau neneknya naik angin meroyan dia tu, nanti habis kuku aku kena caras.
“Alahai, selamat tinggal kuku cantik aku.” Sendu Angel melihat kukunya yang di potong pendek.


 ~TBC~

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...