Thursday, March 10, 2016

RAHSIA NOMBOR PERIBADI ANDA




Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Semuanya akan menjadi nyata kalau kamu tahu apa rahsia nombor peribadi kamu.


Mahu tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya : tambahkan tarikh lahir kamu. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+ 6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi kamu adalah 4.



Nombor 1 

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.

Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur, orang senang berkunjung atau sering menerima tetamu kerana suasana rumah yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.


Nombor 2 

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas.
Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, Tidak perlu bertemu bomoh atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air masak atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas dgn menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah. .. tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.
Nombor 3 

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan menilai hal itu baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah!
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa saja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun sangat rumit.
Seorang yang subur, mempunyai anak banyak dan ibu / bapak yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.


Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol berupa bentuk kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi.

Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Angan mereka selalu tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Banyak arkitek, jurutera dan perancang/pencipta bernaung di bawah nombor ini.


Nombor 5 

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan memiliki tahap intelektual yang tinggi.

Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, persengketaan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya perselisihan dapat dileraikan. Jika kamu tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
Nombor 6 

HATI-HATI dengan 6 jika kamu lemah semangat, jangan gunakan kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
Angka 666 adalah lambang syaitan - kelipatan dari kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 juga adalah kekuatan dan kesempurnaan karena ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi kamu 6, kamu suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Suka pada benda ghaib, bisa/mampu melihat dan menembus alam ghaib.
Bagi yang belum menikah tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingat 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.


Nombor 7 

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, berkuasa, membangkitkan tenaga dalam, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik.

Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang merasuk kedalam tubuh. Caranya mudah - tuliskan nomor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ini hanya mujarab jika dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun sebagai pelindung ibu yang sedang sakit bersalin dari kerasukan iblis.

Nombor 8 

ORANG Tionghoa menyukai nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar mahal untuk mendapatkannya - misalnya untuk nombor plat kereta atau rumah. Memang nombor ini mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrup. Sebabnya..... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud pengakhir kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika kamu tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.


Nombor 9 

NOMBOR ini lambang kebenaran dan juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah 9 disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian.
Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur/tidak kontrol dalam perbuatan dan perkataan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan khuatir ..... walaupun mudah terlanjur tetapi kamu seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semua barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan ketemu, jika salah nyimpannya!


Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada akhirnya.
Ia senantiasa akan berlingkar dalam putaran yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Sang Pencipta yang memilikinya.

EEFA AZWANY : Share for fun only. ini sekadar telahan manusia biasa. walau apa pun kita sebagai orang muslim hanya perlu percaya dan bergantung pada Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...