"Kita
pergi makan dulu boleh?" Joe memecah kesunyian di antara kami. Aku pandang
dia yang sedang memandu.
"Saya
dah kenyang." jawabku. Segan sebenarnya. Malu pasal tadi pun belum reda
lagi. Takkan nak ditambah dengan duduk menghadap sambil makan dengan dia pula
nanti.
"Awak
makan apa?" dia pandang aku seketika.
"Hurmm..."
takkan nak cakap aku makan roti saja kot. Tadi ingatkan dapatlah makan makanan
sedap-sedap dekat cafe Neo tadi tapi hampeh, Kempunan aku!
"Saya
andaikan diam tu tandanya setuju." Ujarnya. Kereta sudah berhenti di satu
kedai makan. Belum sempat aku mahu membantah, Joe sudah keluar dari kereta dan
melangkah ke arah aku. Pintu kereta sudah di buka dan dia sedang menunggu untuk
aku keluar.
"Joe,
betul saya dah kenyang."
"Tak
apa. kalau awak tak nak makan, awak minum saja. Takkan awak tak sudi nak temankan
saya makan. Saya tengah lapar ni, dari tengahari tadi lagi saya belum
makan." Joe sudah menggosok perut dengan muka kasihannya.
"Pleaseee..."
dia merapatkan tangan bila aku masih lagi tidak mahu keluar dari keretanya.
Akhirnya aku angguk. Joe tersenyum.
“Order
bang.” Baru saja duduk, pelayan dah menghulurkan buku menu. Joe selak seketika
sebelum memandang aku.
“Awak
nak makan apa?”
“Tak
nak. Bagi jus epal saja.” Aku pandang Joe seketika sebelum pandang pelayan itu.
"Tak nak makan ke?" Joe tanya aku. Aku senyum dan geleng.
"Kalau macam tu, bagi saya dua nasi goreng ayam dan jus oren." Joe serahkan buku menu pada pelayan itu.
“Siapa
nak makan sampai dua tu? Habis ke awak nanti?” aku pandang Joe. Dia tersengih.
“Saya
order untuk awak sekali. Takkan awak nak pandang saya makan saja.”
“Tapi
saya tak lapar.” Bohongku. Biarpun perut dah mengelegak sebab lapar.
“Jangan
belajar untuk berbohong jika awak memang tak pandai berbohong.” Ucap Joe. Lidah
rasa kaku untuk membalasnya. Macam mana dia tahu? Akhirnya aku hanya diam
sementara menunggu hidangan kami tiba.
“So
sweet.” Aku tersenyum memandang satu pasangan di hujung meja sana. Joe yang
ketika itu sedang membalas mesej terus melihat ke arah yang sama. Dia tersenyum
kecil sebelum memandang aku.
“Awak
suka bunga?” Tanya Joe. Aku angguk. Siapa yang tak suka bungakan?
“Awak
suka ros juga?” soal Joe lagi. Mungkin sebab dia tengok yang lelaki itu
menghadiahkan pasangannya itu dengan kuntuman bunga ros merah tadi.
"Tak." Jawabku pendek. Joe kerut dahi.
“Habis
tu awak suka bunga apa?”
“Saya…”
belum sempat aku jawab, makanan yang di pesan tadi sudah sampai. Joe masih
menanti jawapan daripada aku tetapi aku hanya senyum dan mengisyaratkan dia
untuk membaca doa makan. Joe mengalah dan aku sama-sama mengaminkan doa.
Selepas
makan, Joe hantar aku balik. Walaupun aku baru kenal Joe, hati aku katakan yang
aku cukup senang bila berada dengan Joe. Joe seorang yang baik dan kelakar.
“Awak
belum jawab lagi soalan saya tadi.”
“Soalan
apa?” tanyaku.
“Tentang
bunga kesukaan awak?” Ujar Joe.
"Sorry saya tak suka bunga ros."
“Habis
tu awak suka bunga apa?”
“Saya
suka bunga hibiscus rosa sinensis.” Jawabku sebelum meninggalkan dia seorang
diri.
“Bunga
apa tu?” Joe mengomel sendirian. Bila dia angkat kepala, Sara dah tak ada. Eh, mana
dia pergi?
“Tak
pernah dengar pun, spesis baru ke?” Joe garu kepala.
“Sara!”
Joe melaung bila melihat Sara masih lagi berdiri di depan pagar rumahnya.
"Apa?" Aku berpaling. Tangan masih lagi sibuk membuka mangga kunci.
“Bila
kita boleh jumpa lagi?”
Aku angkat bahu. "Entah. Kalau ada jodoh pasti akan jumpa lagi. bye. "Ucapku sebelum masuk ke dalam rumah. Sempat aku menangkap senyuman di bibir Joe. Auch! Menawannya senyuman Joe itu.
Joe
tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta. Dalam kepala tengah ligat berfikir
bunga apa yang Sara sebutkan tadi. Sah, memang dia kena google nama bunga tu.
Perlahan-lahan
keretanya bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa Sara itu.
"Harap-harap kita ada jodoh Sara." Senyuman Joe makin melebar.
Eefa Azwany : Agak-agak bunga apalah
yang Sara cakap tadi tu?
Hmmm ....
Harap2 Joe & Sara ada Jodoh. Amin.
ReplyDeleteHope so..
ReplyDeleteSy pn dh kna WB mcm reen jgk ni..
Bunga kertas ? *senyum
ReplyDeleteBunga kertas ? *senyum
ReplyDeleteYa ke bunga kertas?
ReplyDeleteKlau nk thu btl atau tidak kna tggu smbgn lps ni..