Sunday, August 7, 2016

Indahnya Cinta 10


PELBAGAI acara yang diadakan malam ini. Aku cukup terhibur. Baru hari ini aku tahu perangai sebenar abangku dan Haiqal semasa zaman belajar dulu. Tak sangka yang mereka ada kumpulan band sendiri. Ternyata mereka cukup popular dalam kalangan mereka sendiri. Aku turut berbangga dengan mereka.
“Tapi kenapa letak nama Shut up? Tak kena langsung dengan nama tu.”  Komenku.
“Ada sejarahnya kami dapat nama tu, kan Carl?” Abang menepuk perlahan bahu Haiqal sambil tergelak. Haiqal turut tergelak sama. Hanya aku yang masih berwajah blur.
“Ceritalah macam mana boleh dapat nama tu?”  Aku teruja nak tahu. Pasti ada kisah menarik yang membuatkan mereka memilih nama unik itu.
“Kalau nak cerita memang panjang sangat, takut Farah tak larat nak dengar.” Ujar Haiqal.
“Gulung-gulung... Ambil isi penting aje.” Aku membalas kata-kata Haiqal. Dia tersengih.
“Nama tu kami dapat masa tengah lepak sambil-sambil tunggu lecturer masuk. Sajalah test lagu baru, kuat jugalah suara kami berempat tengah menyanyi tapi tiba-tiba kami kena sound dengan sorang student ni... Nak tahu dia cakap apa?” Haiqal memandang muka aku. Aku mengangguk laju.
“Dia buat isyarat dan letak jari kat bibir dan dia cakap... Syyyy... Shut up please.” Haiqal sudah tersenyum sendirian. “Masa mula-mula tu sentap jugalah sebab kena sound dengan budak tu. Tapi bila dah kerap kali asyik kena syyyy, lama-lama kami pun bengang satu badan. Lepas tu kita orang dah tak buat bising dalam dewan kuliah lagi, Tapi masa penubuhan band ni, jenuh juga nak memikir nama kumpulan, kalau boleh kami nak nama yang ala-ala cathcy sikit. Masa tulah nama ni muncul. Rasa havoc pula dengan nama tu, betul tak bro?” Haiqal angkat kening pada abang. Abang tersengih dan angguk.
“Oh... Macam itu ke sejarahnya? Siapa orang yang bagi inspirasi nama band tu? Dia datang tak hari ni?” Tanyaku. Nak tahu juga siapa gerangannya.
“Ada, dia ada datang tadi…”  Sampuk abang sambil matanya melilau mencari seseorang. Bebola mata aku juga turut berlari sama mencarinya walaupun aku tidak tahu orang yang di maksudkan itu lelaki atau perempuan.
“Hah.. Tu dia, yang pakai baju warna biru gelap tepi girl baju merah tu.”  Tunjuk abang. Aku mengikut arah tangan abang kepada orang yang di maksudkan, Seorang lelaki segak yang memakai  cermin mata.
“Oh dialah…” Soalku.
“Haah... Rudy nama dia.”  Tokok Haiqal pula.
“Tak pernah terfikir ke nak buat comeback sempena majlis malam ni? Mesti band shut up masih di minati lagi.” Aku memberi buah fikiran. Tiba-tiba perkara itu terlintas di dalam kepala.
“Itu zaman study dulu, sekarang dah jarang berlatih, takut pitching lari pula nanti.” Ujar abang sambil memandang Haiqal yang berada di sebelahku sambil tersengih.
“Alah ruginya tak dapat tengok band abang perform…” Aku terkilan. Mesti band dia orang ni cukup popular dekat Uni dulu, kalau tak takkan nama dia orang boleh naik dan menjadi sebutan sehingga kini.
“Kenapa? Farah nak tengok ke kami perform semula?”  Tanya Haiqal. Kepala laju aje mengangguk. Orang dah tanya tu mestilah jawab nak.
“Macam mana bro… Okey ke?”  Haiqal berpaling ke arah abang. Lama abang terdiam. Kemudian  dia memandang ke arah aku semula. Aku dah mempamerkan wajah yang penuh berharap dengan isyarat mata aku. Saja nak psiko dia agar dia bersetuju. Akhirnya abang mengangguk setuju. Aku hampir nak melompat kerana terlalu gembira.
“Yeah!” aku tersenyum lebar.
“Okeylah... Tapi kena tanya dengan Reza dan Syam dululah.”
“Jap... Aku pergi tanya.”  Haiqal bangun dan terus bergerak ke belakang. Aku mengikut langkah Haiqal dengan pandangan mata. Kelihatan dia menggamit seorang lelaki untuk datang ke arahnya yang ketika itu sedang berbual dengan seorang lagi lelaki. Kelihatan Haiqal bertanya sesuatu kepada mereka berdua. Dalam hati aku berdoa agar teman mereka itu bersetuju dengan cadangan Haiqal.
Dari jauh aku melihat mereka bertiga siap melagakan penumbuk dan salah seorang daripada mereka melangkah ke belakang pentas. Haiqal datang dengan wajah yang penuh dengan senyuman. Aku tahu yang Haiqal sedang membawa satu berita baik.
Bahu abang di tepuk dan dia kembali duduk di kerusinya tadi.
“Okey. Beres bro, Reza tengah uruskan.” Haiqal tersengih menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.
“Fuh... Dah lama tak perform depan orang ramai ni, Harap-harap tak adalah yang baling telur dekat kita nanti.”  Abang mematah-matahkan jarinya sehingga mengeluarkan bunyi. Wajahnya menunjukkan riak muka teruja plus nervous.
Lagu yang  terpasang tiba-tiba terhenti. Pengacara majlis berjalan dan berdiri di tengah pentas sambil memegang mikrofon. Aku membetulkan duduk dan menunggu apa yang mahu di cakapkan olehnya.
“Saya menerima satu permintaan khas yang mengatakan band Shut up mahu membuat persembahan bagi menghiburkan kita pada malam ni.”
Belum habis pun lagi pengacara tu bercakap, masing-masing dah bertepuk tangan dan bersorak kuat. Aku memerhati gelagat mereka dengan riak yang sama. Teruja!
“Okey... Okey... Bawa bertenang semua. Nampaknya peminat band ni masih lagi setia sehingga ke hari ini. Sekarang saya menjemput Freddy, Haiqal, Reza dan Syam untuk naik ke pentas.”
Serentak dengan pengumuman itu bunyi sorakan bergema semula. Aku turut bertepuk tangan. Wah... Rasa bangga ada abang dan boyfriend yang di minati ramai, macam artis yang di umumkan sebagai pemenang kat ABPPBH pula gayanya.
Abang dan Haiqal bangun serentak. Bila melihat abang membuka kot dan melipat lengan bajunya, Haiqal turut membuka juga dan di serahkan kepada aku. Aku mengambil kot mereka berdua dan meletakkan dengan elok di atas kerusi.
Good luck…” Aku memberi kata-kata semangat kepada mereka berdua. Abang tersenyum sambil mengangguk manakala Haiqal mengenyitkan mata ke arahku. Aku tersenyum senang. Reza dan Syam sudah menunggu di tangga pentas. Mereka berempat siap melaga penumbuk sebelum bergandingan naik ke atas pentas.
Alat-alat muzik seperti gitar, drum dan bass sudah siap menunggu untuk mereka. Sorakan terus bergempita di seluruh dewan. Masing-masing sudah bangun dari tempat duduk dan berdiri di hadapan pentas.
“Terima kasih kepada semua kerana memberi sokongan dan masih lagi meminati band Shut up ni walaupun dah hampir lapan tahun kami tak perform bersama-sama. Tapi kami harap anda semua enjoy dengan persembahan daripada kami.”
Kami bertepuk tangan lagi bila Syam sudah menyerahkan mikrofon kepada abang pula. Abang mengambil dan menyelitkan di batang yang di sediakan. Dia memberi isyarat sebelum muzik mula kedengaran. Masing-masing dah mula teruja dengan muzik yang terhasil.
Ku ukir namamu di awan gunung jerai
Di saksikan laut daun nyiur melambai
jauh pandangan permai
Di situ tanjung dawai
terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Suara abang bergema. Aku terpaku mendengar suara abang, memang sedap. Aku memerhati masing-masing turut melambai tangan ke atas dan turut menyanyi sama. Aku asyik melihat mereka di atas pentas, tak sangka mereka berempat mempunyai satu aura yang cukup kuat. Berbekalkan dengan wajah yang tampan dan kerjaya yang mantap pasti mereka menjadi rebutan, Kalau tidak takkanlah sampai girl kat dalam dewan ni asyik tertoleh-toleh ke arah meja kami.
Abang menamatkan nyanyiannya dengan wajah yang cukup ceria. Kali ini giliran Haiqal pula, dia mengambil gitar dan duduk di atas kerusi. Gitar di petik dan dia mula menyanyi. Aku tersenyum, dah boleh agak dia nak nyanyi lagu apa bila mendengar petikkan gitar di tangannya. Aku mengangkat ibu jari ke arahnya bila pandangan kami bertemu. Haiqal tersenyum lebar. Lagu kegemaran aku sejak akhir-akhir ini, Memang dia sangat peka dengan apa yang aku minat.
This songs special for someone that I love.” Dia kenyit mata padaku.
Ucapannya mebuatkan semua penonton bersorak makin kuat. Muka aku tiba-tiba terasa hangat. Malu.
Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
ia membuat aku termimpi
mimpikan kita
jangan biarkan wangianmu
mohon memahami
ia melekat di hidung
yang memenuhi di setiap sudut mindaku
Kan ku curi hatimu menyamun senyummu
kan ku culik cintamu macam ku larikan lirikmu
kau tak perasan aku sukamu dari dulu lagi
kau simpan hatiku dari darjah satu darjah satu
jangan senyum bila di depanku
fokusku tergendala kau memaksa aku menutup
mata tak sempat tutup telinga bila kau tertawa
Kan ku kembalinya padamu nanti
bila kita berjanji tuk sehidup semati
kan ku curi hatimu menyamun senyummu
kan ku culik cintamu macam ku larikan lirikmu
Kau kau kau tak perasan ku sukamu
dari dulu lagi kau simpan hatiku dari
darjah satu darjah satu
dari darjah satu aku suka kamu
Bunyi tepukan gemuruh jelas kedengaran. Meremang rasa bulu roma aku dengan gabungan empat vokal tadi. Memang cukup hebat. Kalau Ajai dengar pasti mereka ni sudah dilamar dengan syarikat rakaman untuk jadi artis naungan mereka. Aku tak sangka lagu ini kedengaran lagi best daripada Mark Adam nyanyi.
Aku tak perasan bila mereka berempat sudah berjalan turun dari pentas. Sepanjang mereka melangkah ke meja, teman-teman sibuk menyapa dan menepuk bahu mereka.
Aku membuat thumbs up kepada mereka berdua selepas mereka mengambil tempat di meja. Rasa betul-betul seronok sekali malam ini.
“Memang hebatlah... Rasa macam tengok artis terkenal buat persembahan pula tadi. Kalaulah adik tak kenal abang dengan Haiqal, rasanya nak aje minta autograph.
“Eh... Kalau nak pun apa salahnya, Carl boleh aje, cakap kat mana nak sain?” Gurau Haiqal. Aku mencebik. Tahu sangat yang dia tengah nak kenakan aku.
“Alah Carl, nanti kau sain atas borang nikah aje nanti.” Abang menyampuk. Gamat meja yang di diami dengan 8 orang itu. Muka aku kembali hangat. Ya Allah, malunya. Apa punya sengallah abang aku ni, nak bergurau pun tak tengok tempat.
“Abang!” aku menampar lengannya. Dia hanya tergelak. Haiqal pula aku tengok hanya biasa-biasa saja. Langsung tidak terusik dengan usikan itu.
“Alolo… merajuk pula dia. Carl, kau tolong pujuk.” Ujar abang. Dia bangun dan meninggalkan meja. Beberapa rakan-rakan mereka yang duduk semeja turut bangun meninggalkan meja.
“Merajuk dengan saya ke?” tanya Haiqal. Aku jeling sekilas, bukan merajuk sebenarnya tapi segan bila di usik di depan orang.
“Farah…” panggil Haiqal. Aku masih membatu.
“Sayang…” panggilnya lembut. Aku cepat-cepat berpaling. Risau ada orang lain yang mendengar.
“Amboi, panggil sayang baru nak pandang.” Usiknya. Aku mengetap gigi. Geram.
“Bukanlah!” nafiku.
“Makin cantik bila sayang buat muka macam tu.”
“Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar.” Aku pandang kiri kanan, tapi semua tetamu tengah buat hal masing-masing.
“Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah.” Dia membalas. Mata aku membulat. Amboi manisnya kata-kata.
“Apa-apa ajelah.” Balasku. Tidak tahu mahu membalas. Dia tersenyum kecil.


~TBC~

1 comment:

  1. nampak perkataan gunung jerai.. ada memori tang tu Ehh

    Btw, nice story, teruskan menulis.

    ReplyDelete

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...