Saturday, December 12, 2015

Indahnya Cinta 2





P
AGI itu kereta aku buat hal tiba-tiba. Enjin tetap tak nak hidup bila aku dah cuba banyak kali. Stereng kereta aku hempuk geram.
“Masa nilah kau nak buat hal. Kenapa tak tunggu esok-esok aje. Adoi.. Inilah bila pakai kereta secondhand ni!”  Aku mengambil handbag dan juga beg laptop di sebelah duduk pemandu. Keluar dari kereta, tayar pula yang menjadi mangsa aku. Geram sangat!
Tapi  tindakan itu hanya menyakitkan aku saja. Bukan setakat hati yang sakit tapi kaki turut sakit. Terjongket-jongket aku di buatnya.
Aku berjalan masuk dengan kaki yang sakit. Mama yang baru hendak keluar ke taman terkejut bila melihat aku masih lagi ada di rumah.
“Kenapa tak pergi lagi? Kata ada mesyuarat pagi ni”  Tanya mama sambil matanya menjeling jam di tangan.
“Nak pergilah ni tapi kereta tu tiba-tiba buat hal. Ini yang tak syok bila dapat kereta orang ni”  Aku dah nak melalak. Kunci kereta aku main-mainkan dengan jari.
“Lah buat hal lagi ke? Kan baru aje masuk bengkel. Tak apalah guna dulu kereta mama nanti mama cakap dengan abah suruh belikan kereta lain untuk adik”  Mama cuba memujuk. Aku sudah menarik senyum. Kereta baru? Horey…
Aku dah rasa nak kembang hidung sebab dapat pandu kereta BMW Coop milik mama. Rasa bergaya sakan padahal kereta pinjam. Hahaha... Tak kisahlah bukan orang tahu pun.
Aku memakirkan kereta mama dengan penuh hati-hati di sebelah kereta Nissan Murano yang amat aku kenali milik siapa. Aku keluar dan menjinjing beg di tangan. Bila kaki melangkah masuk ke dalam bangunan Sutera Holding aku di sapa mesra oleh guard yang bertugas. Aku tersenyum. Sedekah tu.
Sampai di meja penyambut tetamu aku di sapa lagi. Senyum lagi. Kaki melangkah ke lif dan menunggu seketika. Pintu lif terbuka dan aku menekan butang 15. Aku duduk menyandar di dinding lif sambil melihat jam tangan.
“Ada lagi 20 minit. Nasib baik sempat.”
Ting!.. Pintu lif terbuka dan aku mengatur langkah dengan berhati-hati. Takut kakiku terpelecok dengan high heel aku ni, nanti tak pasal-pasal jadi bahan lawak pula kat sini.
“Cik Zulaikha mesyuarat dah nak mula tu”  Sherry terus menegur bila ternampak kelibat aku dari jauh. Macam tengah kalut aje aku tengok muka setiausaha aku ni.
“Ya saya tahu. Ada siapa-siapa tanya pasal saya tak tadi?”  Tanyaku dengan tenang. Takkan nak terikut-ikut dengan rasa kalut Sherry tu.
“Ada. Datuk ada tanya pasal Cik tadi tapi saya cakap cik tak sampai lagi”  Jawabnya. Aku mengangguk faham dan terus membuka pintu bilikku. Seketika aku keluar semula dan berjalan ke bilik mesyuarat yang terletak di sayap kanan ruang pejabat itu.
Sekali lagi nafas di tarik sebelum aku mengetuk pintu dan melangkah masuk dengan begitu sopan. Beberapa orang staf terdiam bila aku melangkah masuk. Aku mencari kelibat pengarah dan tanpa sedar aku bernafas lega. Pengarah belum masuk lagi. Nasib baik.
Baru aje aku nak duduk, pintu sekali lagi di buka. Kelihatan pengarah dah datang sambil diiringi oleh pengurus besar kami, Encik Freddy Zafran dari belakang. Kami terus bangun sebagai tanda hormat kepada beliau sebelum di jemput duduk.
Tuan pengarah mengambil tempat di kepala meja manakala Pengurus besar tadi duduk di sebelah kanan meja dan berhadapan dengan aku. Mata kami bertentangan seketika sebelum dia mengenyitkan mata kepadaku. Aku tersenyum sebelum senyumanku mati bila ternampak muka pengarah yang mula berubah serius.
Mesyuarat di mulakan dengan bacaan doa. Itu yang sering di praktikkan di syarikat ini. Pengarah kami amat menitik beratkan soal agama dalam urusan kami. Mereka yang bukan beragama islam di syarikat kami turut terikut dengan amalan kami. Aku ternyata senang dengan apa yang dilakukan oleh pengarah kami. 10 markah penuh untuk pengarah tersayang kami. Datuk Haji Amiruddin bin Haji Omar.
Hampir dua jam juga kami berkurung dalam bilik mesyuarat. Banyak perkara berbangkit yang diperbincangkan dalam mesyuarat tadi. Aku yang paling banyak di soal bila projek perumahan di kawasan Lembah Klang di usulkan di depan pengarah. Nasib baik aku dah memang bersedia dengan jawapan yang bakal di tanya. Iyalah kalau tak boleh jawab jatuhlah krebialiti aku sebagai ketua pengurus projek.
Ternyata Datuk Haji Amiruddin berpuas hati dengan setiap hujahan aku. Dalam diam Encik Freddy Zafran menunjuk thumbs up kepadaku. Aku tersengih. Muka buat tak hairan dengan pujiannya. Ceh!.. kena puji sikit mulalah nak ek. Dia membalas dengan pandangan mata.
Waktu makan tengah hari kian menghampiri. Aku dah bersedia hendak keluar makan bila tiba-tiba ada mesej masuk. Aku dah gabra. Pantas tangan mencapai handbag dan berjalan tergesa-gesa ke bilik Pengurus Besar. Tanpa sempat pintu di ketuk aku dah merempuh masuk. Terkejut dia di buatnya.
“Bala!!”  Hanya itu yang aku mampu sebut. Aku cuba mengawal nafas.
“Kenapa?”  Soalnya hairan. Dia dah berjalan ke arahku yang masih lagi berdiri di muka pintu.
“Bala!”  Aku masih lagi tidak mampu bersuara. Masih lelah. Entah berapa aku speed tadi untuk sampai ke sini.
“Kenapa ni? Cuba cakap betul-betul. Dari tadi duk cakap bala-bala”  Dia dah meninggikan suara. Macam tak sabar-sabar nak tahu.
“Haiqal.. Dia on the way ke sini.”  Ujarku akhirnya.
“Lah ingatkan apalah tadi. Itu pun nak kecoh. Biarlah dia nak datang pun, macamlah tak biasa jumpa dia.”
“Hello... Dia datang bukan saja-saja tau. Dia datang sebab nak ajak keluar lunch okey.”  Ujarku geram.
“Habis tu keluar ajelah. Apa yang susahnya”
“Abang!!!... Abang cakap senanglah sebab dia kawan abang tapi adik ni yang sengsara tahu tak? Rimas tahu tak bila asyik kena kacau dengan dia!”  Aku dah hot dengan dia. Boleh lagi tu dia tersenyum. Hai.. Ada yang nak makan selipar aku ni.
“Alah dik dah ada orang minat tu layan ajelah. Haiqal tu memang budak baik apa. Mama dengan abah pun memang berkenan habis dengan dia.”  Abang cuba menaik ‘saham’ Haiqal di mataku. Ingat aku suka sangat ke? Haiqal tu depan mereka aje baik tapi kalau dengan aku memang aci kerat kukulah, suka sangat nak cari gaduh dengan aku.
“Oh sorry, never!... Adik dah nak blah ni, kalau dia sampai nanti pandai-pandailah abang tolong kelentong dia.”  Ujarku sambil memusingkan badan dan mula nak bergerak pergi.
“Hai Farah, hai Fred. Tak keluar lunch ke?” Soal satu suara. Aku dah terpaku. Terkejut dengan kehadirannya. Cepatnya dia datang? Aku tak sempat nak blah dia dah sampai.
“Belum lagi. Kejap-kejap lagilah kut. Kau buat apa kat sini”  Abang sengaja bertanya. Padahal dah tahu.
“Aku nak ajak Farah keluar makan.”  Ujar Haiqal sambil memandang aku. Aku dah tak tahu nak buat muka macam mana lagi. Wajah abang di jeling mohon simpati. Tapi abang buat derk aje aku. Sampai hati abang buat aku macam ni. Sob sob sob.
“Maaflah Haiqal saya dah janji dengan Kak Aina nak keluar lunch sekali. Lain kalilah ya. Awak ajaklah abang temankan awak makan. Okey bye”  Aku pantas melarikan diri daripada mereka. Fuh! Lega. Terselamat daripada bahaya.
Streeett... Dah bunyi macam CD calar aje. Okey sebelum tu biar aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku ialah Farah Zulaikha binti Amiruddin. Abah aku pula Datuk Haji Amiruddin, mama aku yang tercinta namanya Datin Hajah Nurina manakala abang sulung aku yang sengal ni namanya Freddy Zafran dan akhir sekali aku ada seorang kakak yang cantik jelita kau memang daboom dan namanya Farah Suhaina.
Nombor telefon Kak Aina segera di dail. Kami sebenarnya memang dah berjanji nak keluar lunch sama-sama. Dah lama tak keluar makan dengan Kak Aina.
Restoran D’ Rasa menjadi pilihan kami untuk berjumpa. Aku dah sampai dulu dan sudah memesan makanan buat kami berdua. Suasana restoran nampak sedikit sesak kerana sekarang ini memang sudah waktu untuk makan tengah hari.
Aku memandang ke luar restoran. Lambat pula Kak Aina hari ni. Baru saja aku nak mesej, Kak Aina dah muncul. Tapi yang tak bestnya ada orang lain yang datang bersama dengan dia.
“Maaf lambat sikit. Ada kes kecemasan nak kena handle tadi.”  Ujar Kak Aina mengambil tempat di sebelah aku. Abang dan Haiqal di depan kami.
“Ni kat mana terserempak dengan dua orang mamat handsome ni?”  Tanyaku sambil memerhati mereka berdua. Saja nak ambil hati mereka.
“Kat luar tadi. Saja ajak join kita sekali, lagipun dah lama kita tak borak sama-sama.”  Balas Farah Suhaina. Air suam yang ada di depan di ambil dan diteguk perlahan.
“Kami memang dah selalu jumpa, lainlah macam akak. Sibuk memanjang aje. Balik pun jarang-jarang.”
“Nak buat macam mana dik, dah memang tugas akak. Lagipun dah memang itu yang kakak pilih. Akak memang tak suka dengan hal bisnes ni, sakit kepala. Baik kerja dekat hospital tu.”
“Akak bestlah dapat buat apa yang kakak suka tapi adik ni pula kena paksa dengan abah kerja kat syarikat tu”  Aku memprotes lagi. Dah selalu sangat isu ni berbangkit bila kami berkumpul tiga beradik. Mereka pun dah lali dengan rajuk aku.
“Dah jangan nak buat muka macam rumah tak siap. Tak malu ke Haiqal ni tengok”  Abang dah menyampuk. Kalau di biarkan aku melayan perasaan mahu pecah restoran ni dengan suara tak puas hati aku. Aku mencebik.
Pelayan datang menghantar pesanan aku tadi dan mengambil pesanan daripada abang dan Haiqal. Kami menunggu makanan mereka berdua sampai baru kami mula makan.
“Lama ke Carl cuti ni”  Kak Aina bertanya bila kami sudah siap makan.
“Dua minggu jugalah.”  Balas Haiqal. Kak Aina mengangguk.
“Kalau macam tu sempatlah nak pergi majlis Ajis tu nanti”  Abang mencelah.
“Ingat macam tulah bro. Tu yang aku minta cuti lama sikit kali ni.”
“Baguslah kalau gitu. Nanti bolehlah kita konvoi ramai-ramai. Mesti best ni. Aku pun memang dah lama tak pergi Batu Pahat ni. Last sekali masa kita balik kampung Ajis time belajar-belajar dulu.”
“Tu lah pasal. Ajis memang bengang gila dengan aku dulu bila time dia kahwin aku tak dapat datang.”  Rancak sekali Haiqal dan abang berborak. Aku dan Kak Aina hanya menjadi pendengar sahaja.
“Farah, Aina jom ikut sekali. Korang pun belum pernah sampai kat BP lagi kan?”  Ajak Haiqal. Aku dah mula nak mengangguk setuju. Pantang ada orang ajak.
“Tak payahlah ajak dia orang berdua ni. Buat semak aje. Lebih-lebih lagi budak sengal ni”  Sampuk abang jarinya menunjuk ke arah aku.
“Ewah-ewah abang sedapnya mengata orang. Kalau adik ni sengal pun adik siapa juga”
Tergelak mereka semua. Aku tak ambil hati dengan kata-kata abang. Aku tahu yang abang sengaja nak menyakat aku.
“Bila tu?” Tanya Kak Aina sambil bibirnya masih lagi menguntum senyuman.
“Minggu depan. Hari sabtu, 26 haribulan.”  Jawab abang. Kak Aina mengangguk sebelum dia membuka handphone dan menilik sesuatu. Jadualnya mungkin.
“Hmmm... 26 haribulan ya? Alamak.. Maaflah Aina ada ceramah kat hospital hari tu. Kalau hari isnin atau selasa tu okeylah.”  Balas Kak Aina sambil menyimpan kembali handphone ke dalam handbagnya.
“Rugilah kalau macam tu. Kalau tak boleh kenal-kenal BP. Best tau kat sana. Aina dengan Farah pernah makan tak mee racun?”  Tanya Haiqal teruja. Abang dah tersengih.
“Mee racun!!!.. Apa tu?”  Kami bertanya serentak. Sungguh ini kali pertama kami mendengarnya.
“Mee racun tu makanan yang paling terkenal dekat BP. Rugi tau kalau tak cuba. Sedap sampai menjilat jari”  Abang pula menambah.
“Tak mati ke?”  Aku dah mula cuak. Dengar namanya pun dah gerun apatah lagi nak makan.
“Nama aje mee racun sayang ooii.. Bukan makan racun yang betul-betul pun. Kalau tak percaya nanti boleh cuba.” Tokok abang lagi.
“Okey.. Nanti abang bawa adik ya”  Aku dah teruja. Tak sabar nak cuba. Nanti bolehlah ambil gambar dan letak dalam fb.
“Eh bila pula abang janji nak bawa adik. Haiqalkan yang janji nak bawa adik. Adik tanyalah dia.”  Abang mengusik.
Nak suruh aku pergi dengan Haiqal? Oh.. Minta simpanglah. Kalau dengan dia aku tak pergi pun tak apalah. Tapi cup-cup.. Kenapa dia nampak baik pula hari ni. Biasa kalau jumpa dengan aku ada saja modal dia nak kenakan aku. Mungkin ada abang dengan Kak Aina tu yang dia berlagak baik sangat.
“Tak apalah kalau abang tak nak bawa. Nanti adik pergi sendiri.” Aku buat-buat merajuk. Muka aku tundukkan dan bermain-main dengan cincin di jari.
“Uihh... Usik sikit pun dah nak merajuk.”  Abang menolak lembut kepala aku. Aku dah tersengih. Umpan dah mengena. Wah... Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan. Holiday time.

                                                                                                  bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...