Thursday, February 11, 2016

My Angel 3





                                                               


“A
DOI, penatnya badan.” Angel menghempas badan pada sofa di ruang tamu. Letih dengan perjalanan dari England ke Malaysia. Berjam-jam duduk bertapa dalam kapal terbang tadi dan bertambah-tambah letih sebab bertekak dekat airport tadi.
“Bodoh betul dia tu!” Gumam Angel bila teringat kejadian tadi. Kemudian terbayang muka lelaki itu. Padan muka kena libas dengan aku.
“Angel kalau penat pergilah rehat kat atas tu, kejap lagi Babe siapkan makan lewat malam.”
“Tak apalah Babe. Angel tak lapar nak tidur aje sekarang ni.” Angel bangun dan menarik beg sandang. Bagasi besar di biarkan di situ. Nanti pandai-pandailah Babe uruskan. Sampai di biliknya dia terus dive. Dia tersengih bila katil yang empuk dan wangi itu mengulik dirinya yang memang kepenatan hari ini. Sekejap saja dia sudah zzzz…

“DAH sampai pun orang jauh.” Tersenyum Shila bila melihat Sophea, Andrean dan Deanyang baru turun dari Limo. Dia mengarahkan pembantu rumah mengeluarkan beg-beg di dalam kereta itu. Tubuh Sophea dan Dean di dakap erat. Rindu pada orang jauh.
Come, semua dah tunggu dekat dalam tu.” Shila menarik tangan Sophea dan Dean masuk ke dalam rumah. Andrean menurut dari belakang. Sampai di ruang tamu, semua saudara mara sudah siap menunggu. Tadi bila mereka mahu menjemput Dean sekeluarga dekat airport, Andrean tidak membenarkan kerana tidak mahu menyusahkan mereka semua jadi mereka hanya menunggu dekat rumah sahaja.
Dean memaniskan muka bila tubuhnya di dakap oleh saudara maranya. Kekok pula bila sudah lama tidak bertemu. Last sekali pun dua tahun lepas.
“Dah makin hensem cucu nenda ni..” Aisya tersenyum sambil mengusap perlahan pipi Dean. Dean tersimpul malu bila banyak mata sedang memandang.
“Dia ramai peminat dekat England tu.” Celah Sophea. Dean menjeling ke arah Sophea. Tidak suka bila dirinya di sebut. Tetapi Sophea langsung tidak terkutik dengan jelingan anaknya itu.
“Iya? Memang patutlah, kan cucu nenda ni memang hensem orangnya, macam atuk dia dulu juga, tua-tua pun masih banyak peminat. Kat mana lagi kuah tak tumpah kalau tak ke nasi juga.” Seloroh Aisya. Mereka yang lain mendengar turut ketawa. Gamat suasana rumah malam itu. Dean hanya menahan sebal bila di sakat begitu. Ini yang aku tak suka bila balik sini ni.

JIM dan Jerry mengeluarkan bagasi milik masing-masing. Mereka masih tercegat di depan kondominium mewah yang tinggi melangut di depan mereka.
“Jom.” Bad menggamit anak buahnya untuk mengikut dia. Jim dan Jerry mengangguk. Butang lif di tekan dan pintu terbuka. Mereka masuk ke dalam perut lif. Jim hanya melihat jari uncle Bad yang sudah menekan tingkat 18. Alamak tingginya mereka duduk. Tingkat yang paling atas sekali pun tingkat 20.
“Kondo ni ada rooftop. Uncle dah tengok sebelum ni, memang cantik kalau nak lepak-lepak main gitar dekat atas tu.” Ujar Bad bila dia melihat Jerry sedang memegang beg gitar. Mata Jerry sudah bersinar. Jim tersenyum herot. Budak ni memang suka tempat-tempat macam tu, senang nak dapat ilham katanya. Tapi risau juga, kot-kot budak ni buang tabiat nanti dia buat bungee dekat sini. Ishh! Kena pantau 24 jam budak Jerry ni.
Ting! Pintu lif berhenti pada tingkat 18. Jim dan Jerry masih setia mengikut langkah uncle Bad. Uncle Bad beritahu tadi setiap tingkat ada empat unit rumah sahaja. Rumah mereka yang paling hujung. Bila pintu di buka, Bad mempersilakan Jim dan Jerry masuk.
“OMG!..” Jatuh rahang Jim dan Jerry bila melangkah masuk tadi. Rumah ni betul-betul superb. Cantik siot! Sesiapa pun yang buat ID ni memang wa salute gila.
“Uncle cantiknya.” Jerry terus menapak masuk, habis seluruh rumah di jajahnya. Setiap ruang di reka dengan hiasan yang berlainan. Rasa-rasa tak nak keluar dari rumah ni aci tak. Hehe.. Jerry tersengih sendiri.
“Baguslah kalau Jim dengan Jerry suka. Uncle memang upah ID yang terbaik untuk hias rumah ni.” Bangga sekali Bad bercakap. Tak sia-sia dia ke hulur ke hilir cari orang untuk hias rumah ni.
“Pergi rehat dulu, uncle nak keluar pergi beli makanan kejap.” Ujar Bad. Jim dan Jerry yang melilau melihat isi rumah terus memandang kearah uncle Bad mereka.
“Kita keluar sekalilah uncle, Jimnak tengok suasana malam dekat sini.” Ujar Jim sambil tersengih. Bad mengangguk kemudian pandangan mereka berdua tertuju pada Jerry pula.
“Kira sekalilah, takkan Jerry nak duduk sorang-sorang pula.” Tersengih Jerry.
“Okey, kalau macam tu pergi letak beg dalam bilik masing-masing. Pilih bilik mana yang berkenan.” Juih Bad pada pintu bilik di depan mereka. Jim dan Jerry kemudian berpaling. Ada empat buah bilik di depan mereka. Tanpa di pinta mata Jim dan Jerry terus bersabung dalam diam, fikiran mereka sudah mencongok sesuatu sebelum…
“Abang pilih master room..”
“Mana boleh, Jerry nak bilik tu!” Jerit Jerry. Berebut-rebut mereka berlari kearah pintu bilik.
“Abang yang paling tua, jadi sebagai adik, Jerry kena mengalah.” Jim tidak mahu mengalah dengan adiknya.
“Ah! Tak aci.” Suara Jerry masih kedengaran. Bad yang melihat hanya menggeleng kepala. Apalah mereka berdua ni, macam budak terencat. Bilik pun nak berebut. Malas nak melayan dia terus ke dapur. Minum lagi bagus. Buat seketika dia melihat jam, entah pukul berapa baru mereka boleh keluar ni.
“Lusa nak ikut uncle pergi kenduri kahwin tak?” Tanya Bad bila mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan–makan tadi. Jerry nampaknya sudah berdengkur dekat belakang. Bestlah tidur lepas perut kenyang.
“Rumah siapa uncle?” Tanya Jim.
“Rumah kawan. Nak ikut tak?” Tanya Bad semula.
“Boleh ke uncle?”
“Apa pula tak bolehnya. Inilah masanya kalau Jim nak rasa lauk kenduri.” Ujar Bad sambil tersengih. Jim diam seketika sebelum mengangguk.
“Bolehlah uncle, Jim pun dah lama tak tengok cara orang sini kahwin.”
Orait, nanti beritahu Jerry sekali.”
“Set.” Jim sengih.
Sampai dekat kondo, Jim kejutkan adiknya. Mamai lagi budak tu. Jim pegang lengan Jerry yang nyaris-nyaris nak langgar dinding. Bad dan Jim ketawa. Jerry dah terlentok atas bahu Jim. Mata memang tak boleh nak di angkat langsung.
“Budak ni kalau tidur memang payah nak bangun.” Ujar Jim pada unclenya. Bad hanya tersengih. Lawak juga anak buah dia yang sorang ni. Memang rindu sangat dengan budak berdua tu. Lama kat tempat orang. Balik-balik pun dah besar panjang.
“Uncle tumpang tidur dekat rumah Jim ya malam ni, boleh tak?” Pinta Bad. Nak pusing balik rumah pun rasanya dah tak larat.
“Boleh aje uncle. Apa pula tak bolehnya. Rumah uncle juga tu.” Balas Jim.
Sampai dalam rumah, dia terus membaringkan Jerry di atas katil. Bad pula terus masuk ke bilik tamu. Penat dari pagi sampai ke malam asyik bergerak saja.
“Eh Jim tak nak tidur lagi ke?” Tanya Bad bila Jim duduk di sofa di ruang tamu.
“Belum mengantuk uncle. Jetleg lagi ni. Kalau uncle nak rehat, pergi ajelah.” Ujar Jim seraya menarik remote TV.
“Okey. Uncle tidur dulu. Dah mengantuk sangat ni.” Bad terus menghilang di dalam bilik. Tinggal Jim sorang-sorang dekat luar tu. Dah lama tak tengok cerita melayu, kalau dekat sana kalau rindu sangat dia tengok dalam youtube saja.
“Eh cerita apa ni?” mata Jim sudah terbuka luas. Duduk di perbetulkan. “Hah, hantu bungkus ikat tepi? Haha…” Jim sudah tergelak sorang-sorang. Lawak punya tajuk cerita, tapi dia layan juga.



                                                                               bersambung...

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...