"URGHHH!!!"
Panjang
betul aku menguap. Mata yang berbalam-balam aku tenyeh. Letih duk menghadap
laptop sejak dari tadi. Kepala pun dah mula nak ting tong. Aku kalih pada Zana
yang sedang menongkat dagu menghadap buku tebal. Kepala pun nampak dah terangguk-angguk.
Menahan kantuk barangkali.
“Kau
tengah setuju apa tu?” aku tegur Zana.
“Hah!”
Zana pandang aku dengan muka blur.
“Setuju
apa?” dia soal balik. Aku senyum.
“Dari
tadi lagi aku tengok kau duk angguk-angguk. Sebab tu aku tanya.” Sarkastik aku menjawab
sambil menarik sengih.
“Cinabeng punya Sara. Aku tengah gigih
tahan mengantuk ni dowh!” Mata Zana sudah terbuka luas. Rasa mengantuk sudah
hilang.
“Haha…
Saja. Aku pun nak hilangkan tahap kebosanan aku juga ni.” Aku tergelak. Laptop
aku sudah tolak ke tepi.
“Aku
laparlah. Jom turun bawah nak?” aku gosok perut sambil pandang Zana.
“Burger?”
dia tanya. Aku angguk laju.
“Orait,
jom.” Zana bangun dan terus berlalu ke almari. Cardigan ditarik. Beg duit di
selit ke dalam poket seluar. Aku mengikut dari belakang.
Turun-turun
saja sudah ada beberapa orang yang tengah lepak dekat bawah. Berborak sambil
tunggu burger siap barangkali.
“Assalamualaikum
brader…” aku dan Zana angkat tangan menyapa.
“Waalaikumussalam.
Wei, lama gila tak nampak muka kau dua orang, pergi mana?” Eddy menyapa. Aku
dan Zana tersengih.
“Ada,
bertapa dalam gua. Ini keluar pun sebab dah kebulur tahap 10 dah ni.” Balas aku
selamba. “Aku nak daging double, kau Zana?” aku pandang Zana.
“Aku
nak ayam special. Nak mayo lebih tau.” Ujar Zana pada Eddy. Dia angguk. Syam
kat sebelah awal-awal lagi dah angguk. Dia yang tukar bakar daging burger. Eddy
cuma tukang siap-siap mana yang patut saja.
Aku
dan Zana duduk bertenggek tepi tiang dekat gerai burger Ohsem milik bersama
Eddy dan Syam ni. Pandai betul budak berdua ni cari duit lebih. Memang aku respek lah dorang berdua ni.
“Eh,
Sara…” aku dan Zana yang tengah rancak berborak tadi terus berkalih ke sebelah
bila dengar nama aku kena sebut.
Zaril.
“Buat apa dekat sini? Tunggu burger ke?” Zaril pandang aku sebelum tengok Eddy dan
Syam tengah sibuk siapkan order pelanggan.
“Tak
adalah, tengah layan konsert ni.” Jawab aku. Ada ke tanya soalan yang jawapan
dan memang terang-terang ada depan mata. Zaril gelak.
“Sara,
Zana burger korang!” Eddy dah siap angkat plastic berisi burger kepada kami.
Serentak aku dan Zana bangun.
“Kejap,
biar saya yang ambilkan.” Sekat Zaril, dia pantas mendekati Eddy. Beberapa
minit kemudian Zaril kembali di depan kami berdua.
“Nah…”
dia hulur plastik tu pada aku.
“Berapa?”
tangan dah mula nak tarik duit yang terselit dalam poket seluar.
“Tak
apa saya belanja awak dan Zana hari ni.” Zaril senyum. Zana dekat sebelah sudah siku-siku aku sambil
tersenyum.
“Mana
boleh macam tu.” Aku tetap hulur not 10 ringgit padanya tetapi di tolak balik
tangan aku. Eh mamat ni, main sentuh-sentuh pula!
“Saya
ikhlas.” Jawabnya. Aku pandang Zana dan dia hanya angguk kepala. Orang nak
belanja beb, biarlah. Zana balas pakai isyarat mata. Lambat-lambat aku angguk.
“Thanks.
Jom Zana.” Aku cepat-cepat tarik tangan Zana. Tidak betah mahu lama-lama di
sini.
“Sara…”
panggil Zaril. Aku toleh semula padanya.
“Saya
nak ajak awak keluar esok, boleh?” Tanya Zaril bila dia mendekati tempat aku
berdiri. Zana sudah berjalan ke depan sedikit, sengaja nak tak kacau line.
“Err…
hmmm….” Tak terkeluar ayat aku.
“Pleaseee…”
Zaril dah merapatkan kedua-dua tangan, gaya merayu. Aku pandang Zana dan Zana
pandang aku.
“Macam
mana ni beb?” bibir bergerak tanpa suara.
“Keluar
ajelah, kesian dekat dia.” Balas Zana. Aku jejilkan mata pada dia, dia
tersengih dan buat peace dekat aku.
“Kejap
pun jadilah Sara. Dah banyak kali awak tolak bila saya ajak awak keluar.”
Bicara Zaril membuatkan perbualan jarak jauh aku dengan Zana tergendala. Lihat
muka sepuluh sen si Zaril membuat hati aku menjadi lembut. Betul tu dah banyak
kali aku elak daripada dia, akhirnya…
“Okeylah.
Esok lepas habis kelas pukul 3.30 petang kita jumpa dekat café Neo.” Ujarku.
kenapa café Neo? Entah tiba-tiba saja hanya tempat itu yang terlintas dalam
kepala aku ni.
Zaril
senyum dan angguk laju. “Okey, esok kita jumpa.”
“Bye
Zaril.” Aku mendapatkan Zana dan kami terus naik ke bilik. Bukan aku tak
perasan yang Zana sejak dari tadi lagi duk tersengih-sengih.
“Kau
ni kenapa?” kan… dah terkeluar ayat tanya aku.
“Orang
tu ada date esok.”
“Hish!
Bukanlah. Aku saja keluar dengan dia. Annoying dengan mamat tu. Harap-harap
lepas ni tak ada dia nak minta keluar lagi. Ini first and last tau!” ujarku
sebelum masuk ke bilik air.
“Tapi
aku suka kalau kau dengan Zaril!” laung Zana. Aku buat-buat pekak.
Arghhh!!!
Aku
tak sukalah!
AKU terlambat 10
minit. Ini gara-gara terpaksa menapak ke bilik Prof. Alin. Harap-harap Zaril
tak marah sebab kena tunggu. Tapi… kalau marah pun bukan aku kisah. Pintu café
aku tolak laju-laju.
Bukk!
Tergamam
aku bila nampak seseorang sudah tertiarap depan pintu café. Mata semua
pelanggan dah terarah depan muka pintu.
“Joe!”
Hah!
Joe ke?
Danny datang menerpa dan terus mengangkat Joe.
Aku menggaru kepala. Rasa bersalah sebab buat orang jauh tersungkur. Lawak,
kalau ikutkan jauh di sudut hati aku dah bantai gelak tapi takut pula memikir
kot-kot kena tendang sampai parking lot membuatkan aku tahan senyum.
“Sorry
encik.” Aku pohon ampun dengan Joe. Bersalah sangat-sangat. Sebab kekalutan aku
dia yang kena. Muka Joe dah merah. Marah campur malu kot. Iyalah kalau aku yang
kena pun malu. Dahlah tempat umum kot.
“Sara!”
Aku
berkalih ke sebelah. Zaril dah terpacak di sebelah aku.
“Awak
tak apa-apa sayang?” dia belek tubuh aku, kot-kot cedera ke apa ke.
“Huh!”
Dengus
Joe sebelum berlalu keluar. Semasa berpempasan di muka pintu, sengaja dia
merempuh bahu aku kuat. Rasa-rasanya kalau Zaril tak pegang lengan aku rasanya
time aku pula yang buat show depan pintu ni.
“Hey!”
marah Zaril. Dia mahu mengejar langkah Joe tapi aku cepat sambar lengan dia.
Zaril berpaling dan pandang aku. aku geleng dan melepaskan lengan dia sebelum
masuk ke dalam café. Zaril ikut dari belakang.
“Sorry
pasal tadi. Joe tak sengaja tu.” Danny sudah berdiri di sebelah meja kami. Aku
panggung kepala. Aku tersenyum kelat. Bukan salah sesiapa. Salah aku. Kalut
sangat nak buka pintu.
“Siapa
dia sebenarnya?”
Erk!
Tercengang
aku, Zaril dan Danny seketika.
Joe.
Tadi
bukan dia dah blah ke?
“Siapa
dia pada you?” Joe tunding jari pada Zaril. Matanya tajam memandang aku dan
Zaril silih berganti. Danny masih tercengang. Tak tahu nak menyampuk celah
mana. Suasana terasa hening.
“Kau
ni dah kenapa? Sara, awak kenal ke siapa ni?” kali ini Zaril pula menyoal aku.
bingung aku sekarang ni.
Soalan
apa ni??
“Sara
jawapan soalan saya, siapa dia?” Joe tidak hiraukan soalan Zaril padanya.
Matanya masih di paku pada aku.
“Dia
kawan saya.” Balas aku perlahan.
“Sara!”
tempik Zaril. Aku berkerut dahi. Joe pula tarik sengih.
“Apa?”
aku tengok Zaril.
“Awak
tahukan yang saya dah lama cintakan awak, sampai hati awak cakap yang kita ni
hanya kawan.”
“Betullah,
kita memang kawan pun.” Aku jawab. Muka Zaril kembali cemberut.
“Lega
saya dengar.” Giliran Joe pula yang usap dada. Lega dengar apa yang Sara
katakan.
“Apasal
pula?” sampuk Danny. Aku angguk sebab setuju dengan pertanyaan Danny tu. Yalah,
apasal lega pula.
“Legalah
sebab awak bukan milik sesiapa dan saya bebas untuk pikat awak.” Seusai dia
berkata-kata terus dia blah sekali lagi. Datang macam ribut, pergi pun macam
ribut.
“Awak
ada apa-apa ke dengan dia tu?” Zaril memandang aku dengan pandangan tidak puas
hati.
“Mana
ada. Peninglah aku dengan korang ni. Dah saya pergi dulu!” bengang tiba-tiba.
Aku tarik beg dan terus keluar. Tidak betah mahu berlama-lama di situ.
“Sara.”
Panggil satu nama. Tapi aku tidak hiraukan sebab bukan nama aku sorang pun tu.
“Sara!”
sekali lagi nama itu dilaung. Aku terus menonong berjalan.
“Sara
Aisha binti Saifuddin!”
Okey,
itu memang nama aku. aku berhenti dan menoleh.
Joe.
Joe
kelihatan termengah seketika. Dia ke yang panggil aku tadi.
“Kenapa?”
tanya aku. Tangan sudah memeluk tubuh.
“Awak
nak pergi mana? Saya hantarkan.” Dia pelawa. Aku panjangkan kepala mencari
kereta miliknya. Itu pun, kereta yang pernah dia tumpangkan dulu. Eh silap… Danny
yang tumpangkan aku. Tuan punya kereta tak pelawa pun dulu.
“Naik
kereta awak tu ke?” mulut aku dah memuncung menunjuk pada kereta yang di parkir
di depan café tadi. Dia toleh memandang sebelum angguk.
“Ya.
Saya hantar.” Jawabnya. Aku mencebik.
“Tak
apalah. Saya tahu awak tak ikhlas.” Ujarku sebelum berpusing dan mahu
menyambung langkah sebelum lengan aku di paut dari belakang.
“Apa
ni!” marahku. Nyaris-nyaris tangan naik mahu melempang Joe. Tindakan reflex
sebenarnya.
“Woo….”
Nasib baik Joe sempat tahan, kalau tidak sudah berbirat pipinya kena lempang.
“Sorry.”
Ucapku. Tak sengaja.
“Tak
apa. Jom saya hantarkan.” Tanpa amaran Joe tarik tangan aku menuju ke
keretanya, pintu kereta di buka dan menolak aku masuk sebelum dia sendiri masuk
ke tempat duduk pemandu.
“Seatbelt
please.” Joe tunjuk pada tali pinggang keledar. Aku mengeraskan tubuh.
Arahannya langsung aku tidak hiraukan. Nak tunjuk protes sebab tidak suka kena
paksa.
“Okey.”
Joe angkat bahu dan menarik tali pinggang di sebelah aku. Nafas aku seakan
terhenti bila tubuh kami hanya di pisahkan beberapa inci sahaja. Aku dapat
rasakan kehangatan tubuhnya walaupun kami tidak bersentuhan. Muka aku rasa
panas. Aku terus berkalih ke kiri. Dari juring mata aku dapat melihat senyuman
tersungging di bibir Joe.
“Eh
bunyi apa yang kuat sangat tu?” Joe melekapkan tangan ke telinganya. Gaya
mencari arah bunyi yang di maksudkan tadi. Aku pun turut memberi perhatian.
Turut mencari.
Bunyi
apa?
“Awak
dengar tak bunyi tu? Dup dap dup dap.” Ujar Joe nakal. Matanya sengaja
mengenyit kepada aku. Muka aku dah berbahang merah.
Aku spontan memegang pipi. malunya...
bersambung...
No comments:
Post a Comment