Wednesday, December 16, 2015

Indahnya Cinta 4



                                                           



S
UDAH sebulan berlalu sejak peristiwa Haiqal meluahkan perasaan dia padaku. Dia pun tidak lagi menganggu aku di pejabat seperti selalu. Dulu aku memang rasa rimas dengan dia tapi sekarang ni hati aku rasa kosong. Rasa sunyi pula bila dia tak ada.
Hari-hari aku menunggu panggilan dan kedatangan dia. Nak call sendiri atau tanya pada abang rasa berat kerana sebelum ini aku tidak pernah menghiraukan dia. Fikiran aku mula terganggu sejak akhir-akhir ni. Wah! memang hebat penangan Muhammad Haiqal ni dalam hidup aku.
“Kenapa ni dik? Abang tengok semenjak dua menjak ni adik banyak tak fokus dalam kerja. Jangan macam ni, nanti kalau abah tahu masak adik di buatnya. Jangan tak tahu perangai abah macam mana. Urusan kerja jangan di campur dengan urusan peribadi. Busines tetap busines.”  Panjang lebar abang bercakap. Aku duduk sambil menekur dahi di meja dalam bilik abang.
“Tahu... Tapi adik tak ada mood nak kerja.”  Mendatar suara aku. Kepala masih lagi tidak di angkat.
“Kenapa tak ada mood? Sebab Haiqal tak ada?”  Serkap abang tiba-tiba. Aku pantas mengangkat wajah dan memandang abang. Dia tersenyum. Umpan dah mengena.
“Kan...” Giat abang lagi. Aku dah gabra. Tak tahu nak angguk atau geleng kepala. Akhirnya aku hanya diam membisu.
“Dah jangan nak buat blur macam tu. Abang dah tahu semuanya. Abang dengan Haiqal dah berkawan lama. Masing-masing dah tak ada rahsia lagi. Pasal dia sukakan adik tu dia dah suarakan pada abang dulu. Macam minta izinlah.”  Abang sudah membuka rahsia. Tapi aku dah tak terkejut sebab memang itu yang Haiqal pernah cakap dengan aku tempoh hari.
“Tapi kenapa mesti dengan adik? Selama ni kami ni bukannya nak pernah ngam. Kalau berjumpa tu kalau tak bercekau tak sah”  Aku mengeluh berat. Sebenarnya lebih kepada meluahkan rasa sebal dengan hubungan kami sebelum ini. Rasa kekok pula dari bergaduh kepada nak bercinta.
“Itu abang tak boleh nak komen.. Tapi abang tengok dia layan adik baik aje. Lainlah kalau adik tu. Kalau Haiqal ada muka tu macam asam kecut.”  Usik abang sambil tertawa.
“Depan orang aje dia tunjuk baik, Kalau dengan adik jangan haraplah”
“Kut itu memang cara dia nak luahkan perasaan dia dekat adik kut. Orang kalau dah cinta ni lain orang lain caranya.”
“Iyalah tu...”  Aku mencebik malas.
“Oh ya... Haiqal ada kirimkan hadiah untuk adik. Dia tak sempat nak bagi hari tu”  Abang bangun dan menarik satu bungkusan di bawah mejanya. Tergaman aku sebentar.
Teddy bear!!!...
“Abang teddy bear tu..”  Aku menunjuk ke arah plastik lut sinar yang membaluti teddy bear yang di hias dengan satu reben besar di atasnya.
“Iya... Memanglah teddy bear takkan penguin pula, Dah ambil ni..”  Tangan abang yang menghulur tidak aku sambut. Aku dah buat muka semacam.
“Abang... Teddy bear warna pink!!!... Euuwwww..”  Aku dah nak termuntah. Aku memang tak suka dengan teddy bear, lebih-lebih lagi warna pink. Pantang bagi aku dengan dua perkara tu. Nampak girlish semacam. Memang tak kena dengan gaya aku.
“Ya abang tahu, Tapi hadiah ni Haiqal yang bagi. Tak baik tolak hadiah orang. Ambil ajelah. Lagipun dia mana tahu yang adik tak suka pink. Kalau tak nak bagi kat dia sendiri, abang tak nak campur tangan lagi. Pening jadi telangkai kamu berdua ni”  Abang meletakkan teddy bear di depanku. Aku hanya memandang tanpa menyentuh.
“Nak pulangkan macam mana, dia mana pernah datang kat sini lagi”
“Oh.. Lupa nak cakap yang dia dah terbang ke Indonesia. Lusa baru dia balik”
“Indonesia? Patutlah dah tak nampak batang hidung.”
“Aikk... Nampak macam orang kena tinggal dengan kekasih aje ni. Sabar nanti dia baliklah.” Abang memujuk. Akhirnya aku sudah mendapat satu kepastian. Aku memang merindui Haiqal. Rindu sangat-sangat. Awak cepatlah balik kita dah rindu gila dekat awak ni.

AKU tak senang duduk. Dari tadi lagi mata aku melilau ke depan sambil menunggu kelibat seseorang di celah-celah kelibat beribu-ribu orang di KLIA. Aku menunggu dalam debar. Entah apalah reaksi Haiqal nanti bila tahu aku yang datang. Tadi beria-ia sekali abang menyuruh aku menggantikan dia mengambil Haiqal di airport.
Kelibat beberapa orang pramugari dan pramugara sudah melintas di depan aku tetapi kelibat Haiqal masih belum ada. Sesekali aku terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai yang turut sama sibuk menunggu di pintu keluar KLIA.
Itu dia wajah yang ku rindui. Dari jauh Haiqal berjalan dengan tenang dengan diiringi dengan beberapa orang yang berpakaian seragam pilot MAS. Terpegun aku melihatnya. Haiqal memang nampak segak habis walau apapun yang tersarung di badannya.
Dia terus berjalan dan melepasi aku. Mungkin dia tak perasan dengan aku. Aku berjalan laju cuba menyaingi langkahnya yang besar.
“Haiqal!”  Aku menjerit sedikit kuat kerana keadaan begitu sesak dan bising. Haiqal berhenti dan berpaling. Ternyata dia seperti terkejut dengan kehadiran aku di situ. Namun tidak lama bila satu senyuman sudah tersungging di bibirnya. Dia bercakap sesuatu dengan rakannya sebelum mereka bergerak pergi.
Haiqal berjalan sambil mengepit topi di celah ketiaknya dan menjinjing sebuah beg di tangan kanannya. Aku cuba mengawal perasaan. Jantungku turut berdetak seiringan dengan bunyi tapak kasutnya yang sedang berjalan menghampiri aku.
Dia berhenti di depanku. Aku tahu yang dia sedang merenung aku, aku mengumpul semangat dan perlahan-lahan wajahku di angkat. Mata kami saling bertatapan dalam diam.
Suasana tiba-tiba terasa hening. Kawasan airport yang bising tadi terus senyap dan di ganti dengan satu melodi yang cukup romantik. Saat mata kami saling berpandangan aku rasakan lantai tempat kami berpijak tiba-tiba berputar perlahan. Aku sudah lemas dalam renungan Haiqal yang cukup redup dan menenangkan jiwa. Aku tak tahu berapa lama lagi kami akan berkeadaan begitu. Apa yang pasti aku turut senang dengan momen yang indah itu. Tapi aku tiba-tiba tersedar di mana kami berada sekarang.
Aku pantas melarikan wajah. Merah padam muka aku. Aku memandang sekeliling, tapi tak ada sesiapa yang perasan dengan kami berdua kerana masing-masing sibuk berkejar ke sana sini. Haiqal tersenyum sambil meraup perlahan rambutnya.
“Farah buat apa kat sini?”  Tanya Haiqal. Matanya masih lagi merenung kepadaku.
“Saya datang sebab nak jemput awak”  Jawabku perlahan.
“Jemput saya? Tapi kenapa? Macam mana awak tahu yang saya balik hari ni?”  Tanyanya lagi.
“Abang yang suruh jemput awak”
“Freddy suruh awak jemput saya kat sini?”  Tanyanya lagi. Reaksinya nampak macam orang yang terkejut aje. Aku hanya mengangguk dengan terpinga-pinga.
“Kenapa?”  Aku bertanya bila pelik dengan reaksinya tadi. Haiqal tersenyum meleret sambil menggelengkan kepala.
“Tak ada apa-apa. Jom..”  Haiqal menarik tangan aku dan kami berjalan beriringan ke tempat parking. Aku perasan yang Haiqal asyik tersenyum sejak dari dari.
Aku menghantar Haiqal ke kondo dia selepas dia belanja aku makan. Lama juga kami berbual, tapi masing-masing masih lagi tidak mengungkit hal tempoh hari. Biarlah dulu, yang penting sekarang ni kami sudah berbaik dan cuba saling kenal mengenali. Sekurang-kurangnya rindu aku dah terubat hari ini. Yipppiiii...


                                                                                      bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Cafe November

BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...