PETANG-PETANG
duduk melangut tepi balkoni ini memang sudah menjadi rutin harian hidup aku sejak tiga bulan
lepas. Adik aku pun bila dia tengok aku asyik duk pandang-pandang tingkap rumah
sebelah mesti nak di kacaunya.
“Oiii
kak!” adik aku si Ikmal mencucuk pinggang aku.
“Oiii,
tipah tertipu… tipu tipu tertipah!” Tak pasal-pasal aku melatah. Mengekek budak
tu ketawakan aku. Tapi aku rasa bukan dia sorang saja yang ketawa sebab aku
macam dengar ada suara latar kat belakang tu.
Bila
berpaling terus muka aku dah macam kena sirap. Merah menyala beb! Jejaka idaman
hati sudah memegang perut. Memang dia dah dengar aku melatah tadi, siap dengan
aksinya sekali.
“Bongok
kau Ikmal!!” aku sempat meluku kepalanya sebelum berlari masuk ke dalam, sah
lepas ni, aku haramkan kaki aku keluar ke balkoni lagi. Malu siot!
“Kenapa
kak?” Tanya mak bila aku bertembung dengannya di muka pintu bilik bila aku mahu
keluar. Mungkin mak dengar suara riuh kami tadi. Aku geleng dan terus turun ke
dapur.
Jus
oren dalam jug aku ambil dan tuang ke dalam gelas. Harap-harap sejuklah hati
aku yang membara di sebabkan malu dan marah tadi.
“Adoi…
yang aku ni pun kenapalah tak pasal-pasal melatah. Bukannya ada dalam keturunan
aku pun.” Aku mengetuk-getuk perlahan kepala. Tak boleh kuat-kuat nanti otak
jadi bengap.
“Kelakarlah
muka kau tadi kak.” Adik masuk terus rembat air aku. Dahagalah tu sebab
ketawakan orang banyak sangat.
“Kau
ni Ik, memang tak patut memalukan aku macam tu. Jatuh saham aku dengan jiran
sebelah.” Adu aku. Dia sengih.
“Rileklah
kak. Petang-petang ni kenalah ceria-ceria sikit. Oh kak, tadi Abang Shah ucap
terima kasih dekat kau.”
“Terima
kasih? Kenapa?” tanya aku.
“Sebab
kau dah hilangkan stres dia tadi.” Ujar Ikmal seraya ketawa semula. Cepat-cepat
dia blah bila aku jeling dia. Tahu takut!
Rasa
macam nak lompat bintang saja bila Ikmal cakap macam tu, betul ke awak saya dah
hilangkan stress awak tu. Hari-hari pun kita sudi nak hilangkan rasa stress tu,
seumur hidup pun sanggup! Sah, aku memang dah mereng tahap tujuh petala!
…………………………………………………………………………….
Sambil
panaskan enjin kereta, sempat lagi aku usyar rumah sebelah. Kereta dia masih
ada jadi sempatlah aku menjamu mata sebelum pergi kerja. Buat bekalan sepanjang
hari. Hehe…
Bila
terdengar macam pintu di buka aku terus kawal diri dari duk terkinja-kinja,
kena maintain ayu depan dia. Okey
sekarang aku sudah pose and pause!
“Hai,
Intan. Awal pergi kerja?” dia tegur aku. Wah… yang paling tak sangka dia tahu
nama aku. Selama ni mana pernah dia nak tegur. Satu perkembangan yang baik.
“Ahaah…
ada kerja sikit.” Jawab aku. Terketar-ketar rasa nak membalasnya. Mukanya aku
pandang sipi-sipi. Bukan sombong tapi segan.
“Kerja
baik-baik. Hati-hati memandu.” Dia senyum sebelum masuk ke dalam kereta dan
terus memecut lagi meninggalkan aku yang masih terkulat-kulat di depan rumah.
Weh.. dia senyumlah!
“Kakak,
tak pergi lagi ke?” suara mak menegur dari muka pintu. Aku terus berpaling dan
tersengih. Fuh! Rasa macam roh aku melayang-layang bila tengok dia senyum macam
tu. Memang senyuman dia tu boleh buat aku sasau hari ni.
“Pergi
dulu mak.” Aku angkat tangan pada mak terus pergi. Dalam kereta usah cakaplah,
dah tersengih sejak dari tadi. Jalan raya yang jam pun aku tempuhi dengan
tenang dan gembira. Memang berbeza rasanya hari ni. Lalalala…..
“Morning
yayank…” aku menyapa Linda sambil
tersenyum lebar.
“Morning
laling... Wah kenapa pagi ni matahari
galak bersinar lain macam ni. Mana cermin mata hitam mak jemah aku ni..” usik
Linda sambil tangan menutup mata. Macam menahan silau. Aku terkekeh ketawa.
“Kau
jangan nak drama sangat Linda.”
“Betullah
weh, berseri-seri sangat aku tengok muka kau hari ni.” Linda masih lagi
tersenyum. Aku cepat-cepat pegang pipi. Yake? Rasa nak bawa keluar saja cermin.
Nak tengok sendiri muka aku macam mana.
“Weh,
story morrylah dekat aku sikit. Aku
pun nak share juga kegembiraan kau
tu.” Linda mendekatkan kerusi dekat meja
aku. Aku hanya tersengih dan geleng kepala.
“Beb..”
dia menyiku aku. Aku larikan tangan. Saja nak biarkan dia tertunggu-tunggu.
“Intan,
cepatlah.” Rengek Linda. Aku berkalih pada Linda. Sebenarnya aku pun tak
sabar-sabar nak cerita dekat Linda ni. Saja nak suruh minah tu sasau kejap.
“Tadi
jejaka idaman hati tu tegur aku.” Aku pandang Linda. Sesaat mata Linda sudah
terbuka luas dengan mulut ternganga.
“Seriously?”
“Hmmm…Yang
paling tak sangka tu dia tahu yang nama aku ni Intan. Wah, seronoknya. Macam
orang jatuh cinta dah aku ni. “ senyuman aku makin melebar. Rasa macam nak
koyak bibir mulut.
“Dengkinya
aku dengan kau, weh kalau macam tu aku nak duduk rumah kau sebulan dua..” Linda
menampar lengan aku. Aku tersengih. Linda ni memang dah angau dengan mamat tu,
mana tak meroyan masa aku tunjuk gambar Shah yang aku curi-curi pada Linda dulu
tu.
“Haip!
Mana boleh, itu aku yang punya. Over my
dead body dulu!” aku sudah mercerlung pada Linda tapi minah ni hanya
tersengih. Aku tahu yang Linda hanya bergurau. Bukan dia tidak tahu yang aku ni
minat gila dengan jiran baru aku tu.
“Kau
ni kedekutlah intan. Dia ada adik tak?” Tanya Linda. Aku menggaru kepala. Baru
sedar yang aku tidak pernah nampak orang lain selain Shah dan Mak cik Ainon.
“Entah,
tak ada kot. Nasib baiklah Shah tu tak ada adik-beradik yang lain, tak hingin
rasanya daku nak berbiras dengan kau.” Aku tergelak kuat. Selamba gila aku
kutuk Linda. Linda dah memuncung.
“Ehemmm….”
Bunyi dehaman seseorang mematikan gelak kami berdua. Kami berpaling dan tubuh
terus tegak berdiri.
“Morning
bos.” Kami tunduk hormat pada Mr. Eric. Dia angguk dan terus masuk ke biliknya.
Aku dan Linda menarik nafas lega. Fuh! Nasib baik tak kena sound pagi-pagi ni.
“Baik
pula mood Mr. Eric pagi ni ya?” bisik Linda. Aku angguk dan terus pandang pintu
bilik bos yang tertutup rapat. Aku pun pelik, kalau sebelum ini, pantang tengok
staf bergelak galak pasti nak di semburnya. Memang terbakor kami dua ekoq ni!
……………………………………………………………………………………..
Bilik
mesyuarat
Entah
berita apalah yang Mr. Eric ni nak beritahu, tadi Lucy beritahu yang Mr. Eric
mahu kami semua berkumpul di bilik mesyuarat. Ada juga aku usyar-usyar dengan
Lucy tapi dia pun angkat bahu. Tak tahu.
Bunyi
tapak kasut menghampiri pintu, semua orang sudah senyap. Tahu yang itu memang
aura Mr. Eric. Dia masuk dengan wajah serius. Dia ni mana nak pernah senyum,
kalau orang buat lawak sampai terguling-guling pun dia dengan muka selamba
badak dia tulah. Memang payah nak senyum apek ni.
“Semua
dah ada?” dia pandang kami semua sebelum berhenti pada muka setiausahanya,
Lucy. Lucy angguk dan senyum. Tapi harammm nak senyum balik.
“Okey,
tujuan I panggil you all semua ni pasal I nak beritahu yang projek dekat Penang
tu dah berjaya kita perolehi…” dia berhenti seketika bila kami semua sudah
bersorak gembira. Gigih tau nak siapkan tender bulan lepas. Memang berbaloi
kami semua stay up sampai pukul 3
pagi.
“Okey,
okey..”dia angkat kedua-dua tangan. Gaya nak menenangkan kami yang tengah
gembira tu. Kami senyap dan memberi perhatian semula.
“Sekarang
ni I nak tanya siapa yang nak handle
projek dekat sana nanti?” dia berjeda sambil pandang muka kami satu persatu.
Bab ni ramai yang nak menyorok dalam cengkerang. Jauh tu nak ulang alik pergi
Penang. Kalau yang dah berkahwin, awal-awal lagi dah tunduk. Kalau dah start pegang amanah memang payah nak
bertemu keluarga. Masa memang di peruntukkan seratus-peratus pada projek tu.
“Kenapa
semua macam menyorok saja ni?” dia perli. Kami semua pandang satu sama lain dan
tersengih.
“Okey,
since tak ada yang volunteer, I dah pilih. So orang yang
bertuah tu adalah…” macam ada bunyi drum saja di belakang tu. Suspen gila.
Dalam hati dah berdoa tak mahu terpilih.
“Cik
Intan Natasya.”
Buk!
Aku rasa macam kena penampar sebiji.
Alaaa…
Apasal
aku yang kena. Memang luck tak ada
dengan aku hari ni.
“Congarate, nanti you update dengan Lucy. I akan bagi semua
dokumen pasal projek tu nanti dekat dia. I kena gerak pergi airport. Petang ni flight I.” dia terus bangun dan keluar. Lucy cepat-cepat membontoti
langkah Mr. Eric. Rakan-rakan aku datang mengucapkan tahniah pada aku. Tahniah
kepala hotak hang, aku terpaksa dan dipaksa… Waaa!!!
…………………………………………………………………………..
“Jaga
diri baik-baik, nanti kalau dah sampai sana telefon mak. Tak adalah mak risau
nanti.” Mak peluk aku erat. Aku tiba-tiba rasa sedih. Bukan sebab nak
tinggalkan mak tapi sedih nak tinggal orang sebelah. Sambil-sambil peluk mak,
aku intai juga rumah sebelah tapi sunyi aje. Mana pergi ni, kempunanlah aku
dalam dua tiga hari ni.
“Kak,
nanti jangan lupa bawa balik jeruk Pak Ali.” Itu yang Ikmal pesan. Bukan nak
peluk ucap goodbye pada aku pun. Samdol punya adik!
“Abang
Shah tak ada. Dia pergi mana entah. Petang semalam adik tengok dia keluar
tergesa-gesa bawa beg baju.” Bisik Ikmal bila tahu lirikan mata aku di hala ke
mana. Aku angguk. Kecewa pastinya.
“Kakak
pergi dululah mak. Assalamualaikum.” Aku lambai pada mak dan Ikmal sebelum
memecut kereta. Dari dalam kereta, aku pandang kelibat rumah sebelah. Tak dapat
tengok orangnya, dapat tengok pintu rumah pun jadilah.
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya menjadi
bahagia
………………………………………………………………………………………..
Aku
terjenguk-jenguk dari muka pintu rumah, kenapa ramai sangat orang dekat rumah
sebelah ni. Malam tadi pun masa aku sampai dekat rumah, aku perasan juga dua
buah kanopi merintangi jalan depan rumah sebelah sehingga rumah aku.
"Terpulanglah mahu jadi apa, Mahu
jadi hantu mahu jadi buaya."
Aku
terus mengangkat kepala bila terdengar suara Ikmal yang sedang menyanyi sambil
melangkah turun. Senang hati nampatnya adik aku tu.
“Ik…”
aku menggamit dia agar mendekati aku. Mata aku kembali ke rumah sebelah.
“Apa?”
dia berdiri di sebelah aku dan matanya turut fokus apa yang aku sedang lihat
sekarang ini.
“Kenapa
tu?” aku juih pada rumah sebelah. Rasanya mamat ni pasti tahu sesuatu. Aku pun
baru balik dari Penang. Outstation
dekat sana tiga hari.
“Oh,
Mak cik Ainon nak dapat bakal menantu baru tu.” Ujar Ikmal. Mata aku masa tu dah
membuntang. Terkejut, terkesima, terkaku dan banyak lagi ter… mewakili apa yang
aku rasa sekarang ini. Mata tiba-tiba macam nak berair. Rasa macam broken heart dah ni.
Pelamin
anganku musnah!
Entah
kenapa tiba-tiba tajuk lagu itu yang terkeluar dalam kepala aku ni.
“Wei
kak?!” panggil Ikmal bila aku dah berlari naik. Dalam bilik aku hamburkan rasa
hati yang terbuku. Sedih bila tahu orang yang kita cinta dah jadi milik orang.
Lama
juga aku melayan perasaan sampaikan Ikmal panggil turun makan malam tu pun aku
tak turun. Mak dari petang lagi duk membebel dekat aku sebab aku langsung tak
menjengah ke rumah sebelah. Memang aku keraskan hati aku. Tak sanggup rasanya
nak jejak kaki ke rumah sebelah apatah lagi melihat orangnya.
Pagi
tu awal-awal lagi aku dah turun untuk ke tempat kerja. Tak nak terserempak
dengan sesiapa. Bimbang mata aku yang dah macam ikan flowerhorn ni. Bengkak.
Sayu
rasanya bila menatap ke rumah sebelah. Sekarang ni dah tak boleh nak letak
harapan tinggi melangit. Sakit rasanya bila jatuh.
Dengar
pintu rumah sebelah macam baru di buka aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
Akhirnya aku pergi, pergi bawa hati yang lara. Sob! Sob! Sob!
“Eh!”
terkejut Linda bila tengok aku terpacak dekat ofis hari ni. Aku tersenyum dan
terus duduk menghadap komputer.
“Kata
cuti hari ni?” Tanya Linda.
“Tak
jadi.” Balasku. Enggan berpaling pada Linda. Sengaja buat sibuk, belek itu,
belek ini.
“Apasal
mata kau tu?” Linda tegur bila terpandang muka aku. Aku terus tunduk.
“Penatlah.
Aku mana rehat sangat dekat sana tu.” Alasan saja.
“Kesian
kau. Tak apalah, hari ni aku tak nak kacau kau, aku kena siapkan laporan ni
cepat. Semalam aku tak sempat nak habiskan.” Lepas tu suara Linda senyap. Aku
lega. Belum bersedia mahu berkongsi rasa hati aku ni lagi.
Beberapa
jam selepas aku menaip laporan pasal projek dekat Penang tu, mak aku telefon.
Mesti mak dah perasan dengan kehilangan aku. Iyalah semalam aku cakap yang aku
cuti, alih-alih aku datang kerja.
“Kakak,
dekat mana ni?”
“Kerjalah
mak. Semalam lupa nak kena siapkan laporan. Bos nak. Urgent katanya.” Minta maaf mak sebab tipu mak. Tapi sungguh, hati
Intan tak kuat nak hadiri majlis tu.
“Tak
boleh balik awal sikit ke? Mak cik Ainon sibuk tanyakan pasal kakak.” Aiseh!
Kenapalah mak sebut nama bakal mertua tak jadi aku tu.
“Tak
tahulah mak. Nantilah kakak cuba. Okeylah mak, kakak banyak kerja ni. Nanti
kita jumpa dekat rumah.” Aku bagi salam dan cepat-cepat letak telefon. Tubir
mata dah mula panas. Oh airmata, janganlah kau tumpah dekat sini.
“Yank, kenapa ni?” tegur Linda. Dia
perasan! Aku geleng dan terus berlari ke tandas. Sumpah. Aku dah tak tahan nak
menangis. Dalam tandas aku menangis kuat. Rasa yang terbuku tadi aku luahkan.
Memang rasa macam orang putus cinta walaupun aku bertepuk sebelah tangan.
Aku
sampai rumah pun dah ngam-ngam nak masuk maghrib. Majlis dekat rumah sebelah
pun dah tamat. Pekerja-pekerja tengah susun meja dan kerusi letak atas lori.
“Assalamualaikum,
baru balik kerja?” aku yang tengah bersandar pada kerusi di luar rumah terus
kaku. Suara itu!
Aku
pandang muka dia yang sedang bersandar pada pagar yang memisahkan rumah aku dan
dia. Santai sekali dia dengan baju melayu warna hijau. Ah, aku memang suka
melihat lelaki yang memakai baju melayu. Nampak handsome dan macho.
“Ya.”
Balas aku pendek.
“Kenapa
tak datang tadi. Puas saya tunggu awak, tapi mak cik cakap awak kerja.”
Ujarnya. Cuba berbual dengan aku. Aku menahan rasa. Sebak, kalau dulu memang
aku ternanti-nanti dia menegur tapi kini….
“Awak…”
“Intan…”
serunya lagi. Mata aku sudah berkaca. Lembutnya awak panggil nama kita. ‘Awak,
awak tahu tak yang saya sukakan awak.’ Nak saja luahkan perasaan itu.
“Maaf,
saya masuk dulu.” Aku memang dah tak tahan. Sekali lagi empangan airmata mahu
pecah. Dan seboleh-bolehnya aku tak mahu menangis depan dia. Aku terus berlari
masuk.
“Intan!”
terdengar suara Shah panggil aku. Ikmal yang baru hendak keluar terus
terpinga-pinga tengok aku.
“Kak!”
Ikmal panggil.
“Don’t ask anything!” aku jeling dengan
mata berair. Ikmal angguk dan hanya pandang langkah aku yang sudah berlari ke
bilik.
………………………………………………………………………………
Intan keluar kat balkoni
bilik awak kejap.
Aku
baca mesej yang baru di terima. Siapa ni? Tengah kepala duk fikir siapa si
penghantar, satu lagi mesej masuk.
Please… saya merayu pada awak
Siapa ni?
Aku balas.
Shah.
Shah!
Shah?!!
Memang
mata aku dah nak tersembul keluar. Macam mana dia dapat nombor aku ni? Kemudian
terdengar sesuatu terkena pintu sliding. Aku menghala kaki ke sana. Dari balik
tirai aku mengintai, kelihatan Shah sudah terjenguk-jenguk mengintai di balkoni
aku. Di tangannya ada sebiji batu. Memang dia aim pintu aku lagi sekali. Janganlah baling, nanti pecah juga sliding door aku ni. Aku cepat-cepat
buka pintu sebelum dia capai target.
“Pecahlah
pintu orang ni!” jerkah aku tiba-tiba. Dia terkejut. Nasib baik tak tersembam
jatuh ke bawah. Nampak dia gosok dada. Gaya memang terkejut habis. Aku
tersenyum kecil.
“Intan,
kenapa awak menangis?” Tanya dia. Senyuman bertukar hiba.
“Awak
ingat itu majlis saya ke?” soalnya lagi bila aku masih senyap. Terus aku
pandang dia. Dia menarik nafas dalam.
“Saya
dah agak dah.” Telahannya benar.
“Itu
bukan majlis saya. Adik perempuan saya yang bertunang.” Jelasnya. Mulut aku dah
ternganga. Biar betik!
“Intan,
Intan. Patutlah lari bila saya tegur. Rupanya-rupanya patah hati.” Dia
tersenyum manis. Aku pandang dia. Wah… aku memang kalah kalau dia senyum macam
tu. Cair habis!
“Mana
ada!” saja tak nak mengaku walaupun dah terang-terang.
“Jangan
nak tipu saya, semua pasal awak saya tahu.” Dia menepuk tangan ke dada.
Berlagak.
Aku
juih bibir. Meyampah dengan aksinya. Bila aku pandang dia, dia makin melebarkan
senyuman nakalnya pula. Aku telan liur. Jantung duk dup dap dup dap dari tadi.
“Buatlah
macam tu, nak kena 12155 dengan saya ni.” Dia tergelak. Dahi aku berkerut. Apa
tu?
“12155?
Nombor apa tu? Loteri ke?”
“Hish,
loteri pula. Benda tu haramlah sayang.” Ujarnya. Kali ni rahang aku pula yang
rasa nak jatuh.
Sayang?
Dia
panggil aku sayang?!!!
Homaigod!!!
Aku
rasa macam nak pengsan.
“Tak
apa. Itu homework untuk awak. Bye sayang. Lain kali kita sembang lagi.
Tak manis kita duk semabang-sembang macam ni.” Dia kenyit mata dan terus masuk
dengan tinggalkan aku yng dah tak berjantung ni.
………………………………………………………………………………..
6
bulan selepas itu.
Aku
meramas tangan yang dah mula sejuk. Walaupun hanya berkipas angin, rasanya
macam duduk kat kutub utara saja. Dengar pintu bilik di ketuk dan di buka
perlahan. Aku yang sememangnya tengah kecut perut terus mengigil seluruh tubuh.
Dah macam kena serang Parkinson aje.
“Assalamualaikum..”
salam di hulur buat aku. Aku tak mampu nak buka mulut. Hanya hati yang menjawab
salamnya. Dia tersenyum senget dan mula mendekati aku. Bila tengok dia
melangkah, spontan aku terundur. Selangkah dia ke depan selangkah aku ke
belakang.
“Nak
main kejar-kejar ke kita ni?” ujarnya, serentak dengan itu dia menarik lengan
aku rapat ke tubuhnya. Aku terdorong ke dalam pelukannya. Muka aku tersembam ke
dadanya. Irama jantungnya berbunyi tidak sekata. Spontan aku memandang
wajahnya. Dia menunduk dan mata kami bersatu. Seakan ada aliran di situ. Rasa
tenang.
“Shah…”
terluah juga namanya di bibirku. Dia senyum dan makin menunduk. Aku ingin lari
tetapi tangannya makin kejap memaut pinggang aku. Menghalang aku jauh darinya.
“Abang,
sayang.” tegurnya lembut di telinga aku. Aku menahan rasa. Kaki rasa tak jejak
tanah. Lembik semacam saja. Dia seakan mengerti dan tubuh aku di cempung dan di
bawa ke katil. Dia duduk di birai katil dan aku di ribanya. Aku menahan malu.
“Dah
buat homework yang abang suruh dulu?”
Tanya dia. Aku jongket kening. Homework?
Homework apa?
Dia
seakan faham dengan riak muka aku. Perlahan-lahan dia menunduk dan berbisik
dekat dengan telinga aku.
“12155?”
soalnya dengan sengihan nakal. Aku telan liur.
“Hmmm…”
suaranya makin sensual pada pendengaran aku. Aku menekup muka ke dadanya. Malu!
Macam mana nak cakap yang aku dah tahu apa maknanya. Gigihnya malam tu aku
belek kamus, buku,google sebab nak tahu maknanya.
“Dah
tahu ke?” kepalanya tunduk cari wajah aku. Aku gigit bibir. Malu nak cakap.
“Tak
apa kalau tak nak cakap, sayang buat praktikalnya.” Dia mengusik. Muka aku ni dah
tebal semacam. Merah sebab malu.
“Tak
apalah. Biar abang yang cakap. Isteri abang ni memang pemalu orangnya, walaupun
dia brutal depan abang sebelum ni.” Dia tersengih. Dia menarik dagu aku ke
atas. Pandangan kami bertemu. Mata bertemu mata. Jantung makin laju berdengup.
Aku rasa kalau tak ada tulang rusuk dah lama jantung aku ni keluar.
“Nah
abang bagi sesi pengenalan 12155.” Serentak dengan itu, satu ciuman singgah di
dahi. Aku terpana. Spontan mata terpejam. Dari dahi terus turun ke dua-dua
kelopak mata, hidung, pipi aku kiri kanan. Dia berhenti seketika. Aku tidak
berani buka mata. Seakan tahu mana sasaran seterusnya.
“Sayang..”
dia seru aku. Aku buka mata. Dia tersenyum manis, tak pasal-pasal aku turut
terjangkit dengan senyumannya itu.
“The real 12155…” serentak itu dia
memegang pipi aku dan menarik wajah aku rapat ke mukanya. Membuntang sekejap
mata aku bila bibir aku kena pagut. Namun cuma sekejap bila aku mula terbuai
dengan ciuman sopan dan lembut suamiku, Mohd Shahril Izwan.
Aku
tersengih dalam hati bila makna 1.2.1.5.5 = K.I.S.S terlayar dalam fikiran aku.
.
END~
hahaha...melatah lagu ruffedge lagi
ReplyDelete