A
|
KU
menarik nafas. Oksigen di sedut dalam-dalam. Dada yang berombak tadi mulai
tenang. Dari sebalik tembok aku cuba mengintai lagi. Itu dia, si dia masih lagi
menghala ke arah kiri dan kanan, lagak mencari seseorang. Perlahan-lahan aku mengundur
sebelum membuka langkah seribu.
“Ehh…”
terkejut Zana bila tubuh aku dan dia hampir-hampir berlanggar tadi. Dia menepi
dan membiarkan aku masuk terlebih dahulu. Aku membuang lelah di atas sofa. Zana
duduk di sebelah aku dengan wajah berkerut.
“Jangan
soal…. Aku nak… ambil nafas dulu…” sepatah-sepatah aku bercakap. Lelah.
“Okey,
kau tarik nafas…. Hembus…. Tarik…. Hembus…” Si Zana pula sibuk jadi instructor.
“Okey.”
Aku menarik senyum dan membetulkan cara duduk.
“Kau
kenapa tadi?” tanya Zana.
“Aku
lari dari mamat tu tadi.” Ujar aku.
“Zaril
ke?”
“Yalah,
siapa lagi.”
“Gigihnya
dia kejar kau. Tak reti penat ke mamat tu?” Soal Zana. Aku julingkan mata.
“Manalah
aku tahu. Aku yang kena kejar pun dah naik semput.”
“Hahaha…
Kesian dekat Zaril, dari sem 3 lagi dia duk kejar-kejarkan kau, yang kau jual
mahal sangat ni kenapa? Bagilah can
dia nak tackle kau tu.”
“Mana
ada aku jual mahal. Aku dah cakap baik-baik dekat Zaril tu yang aku hanya boleh
jadi kawan saja tapi dia yang tak nak terima. Aku nak buat macam mana lagi? Aku
pun dah rimas asyik kena ganggu saja dengan dia.” Aku mengeluh.
“Kau
cakaplah baik-baik dekat dia. Kalau kau asyik lari macam mana dia tak kejar
kau.” Zana tepuk perlahan peha aku sebelum dia bangun.
“Eh,
kau nak pergi mana?” aku pandang dia yang sudah berdiri di muka pintu.
“Aku
nak keluar kejap. Nak pergi makan dengan Faiz, kau nak ikut?” Tanya Zana. Aku
geleng. Malas nak kacau date mereka
berdua.
“Malaslah,
aku ingat lepas ni aku nak lepak dekat cafe Neo lepas-lepas ni.” Ujarku. Zana
angguk.
“Okey,
aku pergi dulu. Daaa…” Zana lambai tangan. Aku tergelak kecil sebelum
membalasnya.
“Daaa…”
Aku
menggalas beg sandang yang berisi laptop dan beberapa assignment. Pintu café
Neo bergerincing bila pintu di tolak. Aku tersenyum bila lagu I’m yours dari
Jason Mraz berkumandang. Aku menyapa Danny yang berada di kaunter.
“Iced
Americano!” Danny terus menyebut air kegemaran aku sebelum sempat aku membuka
mulut. Aku menarik senyum dan angguk. Tahu sangat dia dengan air kegemaran aku
itu. Lagipun setiap kali aku ke sini hanya air itu sahaja yang aku pinta.
“Pandai.”
Aku mengangkat ibu jari dan terus ke meja yang biasa aku duduk.
Laptop
aku on dan sementara menunggu aku membuang pandang orang yang lalu lalang di
luar kafe. Ramai pula malam ini, mungkin sebab esok hujung minggu jadi orang
ambil kesempatan duduk melepak, macam aku.
“Iced
Americano and red velvet cakes for you.” Apiz meletakkan makanan di depan aku.
Aku terpinga-pinga seketika.
“Eh,
Apiz aku tak order kek ni.” Aku menolak piring berisi kek ke arahnya semula.
“Tahu.
Tapi ada orang yang belanja.” Apiz menolak semula ke arah aku. Aku pandang Apiz
yang tersengih-sengih itu. Dulang di tangan di peluknya.
“Siapa?”
soalku.
“Ituuu….”
Apiz memuncung ke satu arah. Aku menyorot pandangan Apiz itu. Seketika
pandangan aku bertemu dengan satu figura yang duduk memeluk tubuh di meja di
hujung sana. Dia mengangkat tangan bila pandangan mata aku dan dia bertembung.
“Siapa
tu?” soal aku pada Apiz.
“Piz…”
Aku toleh ke belakang. Eh, tak ada? Mana si Apiz ni pergi. Ceh, kau tinggalkan
aku sorang-sorang Apiz. Samdol punya
mamat. Aku mengetap bibir tanda geram. Apiz tersengih dan melambai tangan pada
aku dari kaunter.
“Hai…”
satu suara menegur. Mata aku terkalih ke sebelah. Kelihatan lelaki yang belanja
aku kek tadi sudah tercegat di sebelah. Lambat-lambat aku tersenyum dan menyapa
kembali.
“Hai.”
Balasku.
“Boleh
saya duduk.” Dia bertanya.
“Ah…”
Tapi belum sempat aku membuka mulut dia sudah menarik kerusi dan duduk di depan
aku.
“Kenapa
awak tak makan? Tak sedap ke? Atau awak nak kek lain?” mulutnya macam mesin
gun. Aku pandang kek dan kemudian pandang dia.
“Apiz
cakap yang itu kek kegemaran awak.” Ujarnya tanpa sempat aku nak kelentong. Aku
gigit bibir menahan geram. Eh budak Apiz ni! Aku jeling pada Apiz yang
tersengih-sengih dari jauh. Ada juga yang nak makan selipar jepun aku ni!
“Yaa…”
Jawab aku. Mata kembali pada skrin di depan. Buku-buku tebal yang aku angkut
tadi aku belek. Saja nak beritahu yang aku sedang sibuk dan tidak mahu di
ganggu.
“Awak
ambil course apa ni?” dia membelek buku aku yang tebal tahap nak bagi orang
patah tulang rusuk tu.
“Farmasi?”
dia pandang aku. Aku angguk.
“So
lepas ni kalau saya sakit bolehlah saya jumpa dengan awak ambil ubat.” Dia kenyit
mata pada aku. Aku mulai tidak selesa dengan tingkahlakunya.
“Kenapa
nak jumpa saya? Jumpalah doktor.”
“Memang
betul, tapi tetap kena jumpa ahli farmasi jugakan kalau nak dapatkan ubat.” Dia
tersenyum lebar. Aku diam seketika, kemudian baru angguk. Betullah tu.
“Best
ke ambil farmasi ni?” Tanya dia. Aku menarik nafas dalam-dalam dan pandang dia.
Semangat yang berkobar-kobar mahu menyudahkan assignmenat tadi sudah terkubur.
“Suka.
Sukaa sangat-sangat.” aku tarik panjang perkataan suka itu. Muka cuba di
maniskan walaupun dekat dalam dah berasap.
“Eh
janganlah marah. Saya cuma nak tanya saja.”
“Mana
ada saya marah.” Kuat suara aku. Gelas iced Americano aku tarik dan sedut
lama-lama. Menyejukkan panas di dalam. Kek di sua dekat dengan aku. Aku pandang
dia.
“Makanlah.
Saya tak kacau awak lagi.” Serentak dengan itu dia bangun dan berjalan ke arah meja
yang di huninya tadi. Aku hanya memandang sahaja langkahnya. Entah siapalah
mamat tu. Kenal pun tak. Dia tersenyum bila perasan aku sedang memandangnya dan
terus membuat isyarat makan bila kek itu aku belum sentuh lagi.
Aku
berkalih ke depan semula. Lama aku pandang kek itu sebelum menyuapnya.
Hmmm…
memang kek ini yang paling terbaik sekali. Senyuman jelas tersumbing di bibir. Memang
sedap.
Entah
berapa jam aku bertapa dekat dalam ini pun aku tidak perasan, sedar-sedar pun
kelibat Danny datang menyapa. Danny hendak balik sebab shif dia sudah tamat. Aku
pandang jam, hampir pukul 12 malam. Aku pandang sekeliling café. Orang masih
ada walaupun tidak ramai.
“Kau
nak stay up sampai pukul berapa ni?” soal Danny. Aku cepat-cepat kemas
peralatan. Buku-buku dan laptop aku sumbat dalam beg galas.
“Nak
baliklah ni.” Aku terus berdiri. Danny menepi untuk member ruang untuk aku
keluar. Bila pandangan aku di tala pada kerusi lelaki tadi ia sudah kosong. Entah
bila lelaki itu pergi.
“Jom,
aku temankan kau sampai pintu pagar.” Pelawa Danny. Aku angguk. Danny selalu
juga temankan aku balik sebab jalan ke rumah sewa lelaki itu pun menghala ke arah
yang sama.
“Lewat
kau balik malam ni?” Tanya Danny bila tiada perbualan antara kami sejak
beberapa minit yang lalu.
“Hmmm..
aku tak sedar. Banyak sangat kerja yang aku kena buat tadi.” Balasku.
“Kau
berbual apa dengan Joe tadi?”
“Joe?”
aku toleh pada Danny. Berkerut aku mendengar nama yang baru keluar dari mulut
Danny tu. Joe? Siapa tu?
“Lah,
yang kau bercakap bagai nak rak tadi
tu apa?” kali ni Danny pula yang kerut dahi.
“Mamat
tu tadi nama dia Joe ke?”
“Yalah.
Aku ingat kau dah tahu nama dia. Berbual bukan main lama.” Muka Danny nampak keliru.
“Manalah
aku tahu nama dia apa. Dia pun tak cakap…” dan aku pun tak tanya. Yang akhir tu
aku cakap dalam hati saja.
“Apalah
korang ni. Ingatkan dah tahu.” Danny tergelak kecil bila melihat aku menggeleng
kepala.
Pin!
Bunyi
hon dari belakang membuatkan kami berdua berkalih ke belakang. Sebuah kereta
Honda sudah berhenti di sebelah kami. Cermin kereta di turunkan. Danny
menjenguk untuk melihat siapa si pemandunya.
“Eh,
bro. kereta baru ke?” Danny tersenyum dan mendekati kereta itu. Aku turut
menghampiri Danny yang sedang berbual itu.
Rahang
aku hampir terlurut bila pandangan kami bertemu. Dia? Joe? Apa yang dia buat
dekat sini.
“Danny,
masuk aku hantar kau!” keras suara Joe. Aku dan Danny terpinga-pinga.
“Eh
tak apalah. Aku nak hantar Sara kejap.” Danny menolak. Aku tidak selesa bila
melihat pandangan tajam si Joe ini. entah apasal tiba-tiba sentap saja, tadi
masa kat café okey saja mood lelaki tu.
“Masuk
aku cakap!” pintu sudah di buka dari dalam. Nampak muka Danny sudah serba
salah. Aku menarik senyum dan pandang Danny.
“It’s
okey. Rumah aku pun dah dekat dah.” Balasku. Kesian dengan Danny.
“Tapi…
dah malam ni.” Muka Danny nampak risau. Jam di tangan di tilik. Jalan pun sunyi
sepi saja dekat kawasan ini.
“Kau
ni macamlah aku tak biasa.” Aku tepuk perlahan bahu Danny. Lagipun rumah aku
dengan café Neo tu tak adalah jauh sangat, hanya 15 minit kalau berjalan kaki.
“Bro,
kau tumpangkan sekali Sara.” Danny terus membuka pintu belakang untuk aku. Aku terus
terpinga bila danny menolak masuk aku ke dalam kereta. Terdengar decitan tidak
puas hati dari mulut Joe.
“Danny…”
aku nak menolak pelawaan itu. Tak selesa bila tahu tuan punya kereta tak ikhlas
nak menolong.
“Duduk
je. Dah bro jom gerak.” Danny menepuk lengan Joe. Joe menjeling aku di belakang
sebelum kereta mula bergerak. Aku menunduk bila melihat pandangan garang si Joe
tadi.
Dari
balik cermin di depan aku sedar yang mata Joe asyik merenung aku. Aku melarikan
mata ke luar. Tangan aku genggam erat. Sabar ajelah.
“Berhenti
kat depan rumah warna oren tu.” Danny menunjuk. Joe membrek keretanya dengan
kuat sampaikan aku terdorong ke depan, nasib baik tangan sempat berpaut pada
kerusi di depan.
“Wei,
kau ni apasal?” marah Danny. Dia pun turut terhumban ke depan tadi bila Joe
brek mengejut tadi. Joe tayang muka poyo. Aku cepat-cepat membuka pintu kereta.
“Thanks
Danny.” Ucapku bila aku sudah berdiri di luar.
“Okey,
small matter.” Danny senyum dan
angkat tangan.
Aku
sengaja tidak memandang Joe. Masih tidak puas hati dengan perbuatan lelaki
tadi. Menyesal aku layan dia berbual tadi. Kalau boleh rasa nak di luah balik
kek dalam perut aku ni.
“Bye,
selamat malam Sara.” Danny angkat tangan sekali lagi. Belum sempat aku
membalasnya, kereta Joe sudah berdesap pergi. Terlopong aku melihatnya. Danny
pun sudah bengang bila kereta Joe sudah bergerak sebelum dia habis cakap tadi.
“Erk
eleh… Kereklah mamat tu.” Sempat lagi aku memarahi si Joe tu.
“Sewel
punya Joe jambul!” bengang. Harap-harap aku tak jumpa lagi dia lepas ni.
Bersambung….
p/s
: agak-agak apalah yang membuatkan si Joe tu berubah perangai. Meroyan ke apa mamat
tu? Memang split personality betul!
aah kan...kenapa joe jambul tiba2 berubah perangai?
ReplyDeletedlm cafe sikit punya romantik...siap bagi kek lagi.
adalah yang tak kena tu
ReplyDelete