M
|
ASUK saja
pejabat pagi tu aku di sambut lagi dengan sekuntum bunga ros merah bersama
dengan satu kad kecil lagi. Aku mengambil dan mencium bunga ros itu. Kad itu di
buka dan di baca.
kau yang
terindah dalam hidupku
Aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Bait kata yang
diukir sangat indah sekali. Bunga ros itu di letakkan di dalam pasu yang sama
dengan ros semalam manakala kad di letakkan ke dalam laci meja. Mood aku
bertambah ceria untuk membuat kerja. Walaupun Haiqal sudah memberi amaran untuk
aku mengabaikan pemberian itu tetapi hati aku berbisik yang sebaliknya. Sayang
untuk membuang ros yang cantik itu. Kalau aku tak beritahu mana Haiqal nak
tahu. Aku hanya menganggap si penghantar sebagai peminat aku sahaja dan tidak
lebih dari itu.
Sepanjang masa aku sibuk meneliti perjalanan beberapa buah
projek yang sedang dijalankan. Sesekali aku terpaksa berulang alik ke bilik
mesyuarat untuk membincangkan masalah projek dengan team di bawah selian aku.
Aku mengeluh berat, Penat rasa badan aku hari ini. Jam di
dinding aku jeling sekilas. Dah pukul 1.15 tengah hari. Malas pula nak keluar
makan, aku mengunci pintu dan merebahkan diri di atas sofa yang berada di dalam
bilikku. Aku cuba untuk memejamkan mata tapi dengan badan yang cukup penat
membuatkan mata aku hanya terkebil-kebil memandang siling.
Aku terjaga daripada lena bila terdengar bunyi pintu di
ketuk dengan di ikuti bunyi handphone.
Aku terpisat-pisat bangun. Tak sedar bila aku boleh terlena tadi. Aku bangun
dengan malas dan tangan sibuk mengemaskan tudung dan baju di badan. Aku
memandang pantulan wajahku di balik cermin almari seketika sebelum berjalan ke
pintu.
Pintu di kuak perlahan. Wajah abang yang sedang tercegat di
muka pintu. Aku menepi dan memberi ruang untuk dia masuk. Aku duduk di depan
abang yang sedang duduk di sofa.
“Tak keluar lunch
ke?”
Aku menggeleng. Badan yang terasa lesu tadi dah mula
menghilang bila dapat berehat sekejap tadi. Abang bangun dan berdiri di depan
aku. Tangannya di letakkan di atas dahi aku. Aku membiarkan. Rasa senang dengan
sikap mengambil berat abang.
“Tak sihat ke? Muka adik nampak macam lesu aje ni?”
“Tak adalah, penat sikit hari ni. Banyak sangat kerja nak
kena pantau sebab tu malas nak keluar lunch.” Ujarku sambil tersengih. Tangan abang yang
berada di atas bahuku di tepuk perlahan.
“Kenapa tak makan? Kerja banyak macam mana pun kesihatan
tetap kena jaga.”
“Tahu, tapi habis meeting
dengan team tadi agak lewat sebab tu
malas nak keluar... Hmmm... Abang ada apa sampai datang sini ni?”
“Saja... Dah ada orang tu dah mula bising-bising bila tak
dapat call girlfriend dia, lepas tu
sibuk suruh abang pergi tengok.” Perli
abang sambil menjeling aku sekilas. Aku dah tersenyum. Tahu siapa yang di
maksudkan oleh abang. Pantas aku teringatkan panggilan telefon tadi. Handphone di atas meja aku ambil.
Mak aii... Banyaknya missed
call daripada Haiqal dan tidak termasuk lagi daripada abang. Kemudian aku
tersenyum membaca SMS yang di hantar yang bertanyakan aku berada di mana.
Aku dah rasa macam di awang-awangan bila
ada orang yang mengambil berat pasal aku. Tanpa sedar terletus satu senyuman di
bibirku.
“Hai.. Bahagia nampak orang tu sekarang ni? Tak lama lagi
seronoklah mama dengan abah nak dapat menantu dari anak bongsu dia.”
Mati terus senyuman aku. Abang tergelak melihat reaksi aku.
Aku bergerak perlahan ke arah abang dengan muka menahan malu. Abang yang seakan
dapat menduga reaksi aku terus bangun dan menjauhi aku. Tahu sangat yang aku
mahu 'menghadiahkan' dia dengan sepit ketam aku tu.
Aku berjalan dengan laju dan mengejarnya dari belakang.
Abang melarikan diri di sebelah sofa dan berjalan mengelilinginya untuk
mengelakkan aku dari menghampirinya. Dia ketawa bila melihat muka aku yang
merah padam sebab tidak dapat mengejarnya. Bingit ruang itu dengan suara aku
dan abang yang sedang bermain kejar mengejar.
Akhirnya aku berhenti dari mengejar. Dah tak larat sebab tak
ada tenaga. Abang yang masih lagi sakan ketawa turut duduk berhadapan dengan
aku. Aku menarik tisu dan mengelap peluh yang berjejeran di dahi.
“Dah lah abang, adik dah penat. Layan abang ni setahun pun
tak habis.” Aku dah bersuara semput.
Abang bangun dan mengusap lembut ubun-ubun aku yang di tutupi dengan tudung.
Aku mengangkat kepala.
“Dah jom kita keluar, nanti merajuk pula orang tu.” Abang dah menarik tarik aku untuk bangun. Aku
terus berdiri di depan abang.
“Sekarang ke? Tapi dah pukul dua lebih, Waktu makan tengah
hari pun dah lepas”
“Alah tak apa, kita kan anak bos.. Sekali sekala buat
perangai apa salahnya.” Selamba aje
abang menjawab sambil tergelak besar. Aku mencebik. Mentang-mentanglah abah tak
ada kat pejabat hari ni, Boleh pula dia nak buat perangai.
“Report kat Datuk
Haji Amiruddin nanti baru tahu” Ugutku.
Sengaja nak takutkan dia dengan nama abah. Dia tersengih.
“Dah-dah jangan nak banyak songeh nanti lambat pula.” Abang
dah siap sedia menunggu aku di depan pintu. Baru aku nak melangkah sama
tiba-tiba aku baru teringatkan sesuatu. Spontan tangan menepuk dahi perlahan.
Abang yang mula nak melangkah turut berpaling.
“Kenapa?.” Dia berpatah balik dan berdiri di depan aku
semula. Aku tersengih. Bibir aku gigit perlahan. Wajah di tunduk sebab tak
berani nak pandang muka abang ketika ini. Abang masih lagi menunggu bicara
daripada aku. Jelas wajahnya penuh dengan
tanda tanya.
“Tak solat lagi... Lupa”
Aku tersengih malu sambil mengaru-garu dahi. Mata abang dah membulat
memandang ke arahku. Pinggangnya di cekak.
“Bertuah punya budak, ingat dah solat. Dah pukul berapa ni
sampai tak solat lagi. Dah pergi solat cepat nanti jumpa abang kat bawah.” Abang menolak perlahan kepala aku dan berlalu
pergi. Aku menggosok perlahan kepala dengan penuh perasaan malu. Nasib baik tak
ada orang tengok apa yang abang buat dekat aku. Kalau tak memang malu.
Alamak!.. Dah lewat baik aku cepat nanti tak pasal-pasal
abang marah pula. Aku segera ke bilik air. Sejadah di bentangkan untuk tunaikan solat
zohor. Allahuakbar!
“NAK pergi
mana ni?” Akhirnya suara aku kedengaran juga selepas sekian lama menjadi
pendengar setia dua orang jejaka yang berada di bahagian depan. Aku menyelitkan
diri di tengah-tengah ruang di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Abang
yang sedang memandu hanya mengangkat bahu dan terus memandu. Aku menyampah
melihat senyuman di bibir abang. Kemudian aku memandang pula Haiqal di tepi.
“Carl kita nak pergi mana ni?”
Haiqal berpaling ke arahku dan dia turut menggelengkan
kepala sambil tersenyum. Aku dah nak menggelegak marah. Kenapa dengan dua orang
manusia ni? Aku tanya tapi masing-masing buat derk dengan setiap pertanyaan
aku. Yang sorang duk angkat bahu, yang sorang lagi duk geleng kepala. Malas nak
layan aku bersandar marah di tempat duduk belakang. Aku menarik keluar ipod dan
terus earphone aku sumbat ke telinga.
Dengar lagu lagi best daripada layan
mereka ni. Aku perasan yang Haiqal sesekali berpaling ke belakang dan mata
abang yang asyik menjeling aku di cermin pandang belakang sejak dari tadi.
Panas hati dengan pandangan dia orang, aku menarik cermin mata hitam di dalam handbag dan terus memakainya.
“Huh.. Kurang sikit rasa silau dengan senyuman orang kat
depan ni” Bebelan aku menyebabkan suara abang dan Haiqal berpadu. Aku buat derk
dengan mereka balik.
Abang memberhentikan kereta di depan hotel JW Marriot. Aku
terus membetulkan duduk. Cermin mata di tanggalkan dan di simpan semula ke
dalam beg.
“Kenapa kita datang sini?”
Aku bertanya secara umum. Siapa nak jawab silakan. Aku dah malas nak
tanya secara spesifik nanti orang tu tak nak jawab pula. Kalau tanya macam ni
kan senang.
“Aik... Ingat tidur tadi.”
Ujar abang sambil berpaling sekilas ke belakang. Aku tersengih sambil
menggeleng. Pintu di buka untuk aku dan aku melangkah keluar. Abang dan Haiqal
sudah berdiri di sebelah aku. Abang menyerahkan kunci kereta untuk Valet
parking.
“Jom..” Abang menarik tangan aku agar membuntuti langkahnya
yang sedang berjalan masuk.
“Carl, kenapa datang sini?” Aku berbisik perlahan kepada
Haiqal yang sedang berjalan di sebelahku.
“Adalah... Nanti sayang tahulah, sekarang ni jangan tanya
apa-apa, ikut aje” Haiqal turut berbisik sama di telingaku. Alahai...
Romantiknya main bisik-bisik macam ni. Suara Haiqal kedengaran begitu
mengancam!
“Nah ambil kunci, nanti tunggu abang panggil.” Abang sudah
menghulurkan kunci kepadaku. Aku ambil dan menilik seketika. Dahi dah berkerut.
Kata nak keluar makan tapi apasal sambil tempah-tempah bilik ni. Nasib baik
abang ada sama, kalau Haiqal yang bawa aku ke sini memang ada yang kena jurus
burung terbang ke langit dengan aku ni.
“Abang... Kenapa ni? Tadi abang cakap nak bawa adik makan
tapi apasal datang sini? Abang ni memang misteri betullah hari ni”
“Memanglah nak makan tapi function tu malam nanti, sekarang ni adik pergi rehat dulu. Tunggu
abang call, Sekarang masuk dulu.
Abang ada hal yang nak bincang dengan Haiqal kejap lagi.” Abang menolak tubuh
aku untuk pergi. Aku mengeraskan badan, Kaki aku siap pacak di lantai. Abang
tersenyum sambil menolak lembut badan aku dan kaki aku perlahan-lahan bergerak
mengikut tolakan abang.
“Alah... Apasal berahsia sangat ni, Kalau nak suruh adik
pergi pun bagilah adik makan dulu, lapar ni tahu tak. Kan tak pasal-pasal adik
kunyah orangkan.” Aku menjawab geram.
“Alalala... Kesiannya buah hati Carl ni. Tak apa nanti Carl
suruh orang hantar makanan kat bilik sayang.” Haiqal mencuit manja hujung
hidungku. Terpempan aku seketika. Tak terduga dengan tindakan Haiqal. Abang
buat-buat tak nampak dan berpura-pura menekan telefon. Pandailah nak cover!.
Abang dan Haiqal menghantar aku sampai ke pintu bilik. Aku
masuk dengan teragak-agak. Mereka masih menunggu aku di luar sehinggalah aku
menutup pintu.
“Apasal mereka ni? Macam ada rahsia besar aje sampai dengan
aku pun tak nak cakap, Tak apa, jangan harap rahsia nak jadi rahsia lagi lepas
ni.”
Aku membuka pintu gelangsar. Angin petang menerobos masuk
dan mendinginkan suasana. Dari bilik ini aku dapat melihat kenderaan yang
bersimpang siur di atas jalan.
Loceng pintu bilik berbunyi. Aku menarik selak pintu dan
memberi ruang kepada seorang pelayan yang sedang menolak troli. Dia
menghidangkan makan di atas meja dengan begitu cekap dan pantas.
Aku memberikan sedikit tip dan dia berjalan keluar. Hidangan
di atas meja menarik selera aku. Kerusi di tarik dan aku mula menghirup kuah
tom yam dan makan bersama nasi goreng tadi. Wallah... Memang sedap yang tak
terhingga. Aku makan dengan penuh berselera. Licin kuah tom yam aku hirup.
Macam tak percaya aje aku mampu habiskan sepinggan nasi goreng. Mungkin di
sebabkan aku yang sememangnya sedang kebulur tadi. Hehehe..
Bila perut dah kenyang mata juga dah mula layu, tapi kali
ini aku pastikan yang aku solat dulu sebelum tidur. Takut terbabas pula nanti.
Selepas menunaikan solat asar aku terus dive
di atas tilam yang sememangnya cukup empuk. Tudung aku cabut dan lempar di atas
sofa.
Selimut di tarik dan membungkus tubuh yang semakin dingin
dengan suhu aircond yang cukup sejuk
dan aku terus zzzzzz..
AKU tersedar
daripada lena bila terdengar bunyi pintu di ketuk. Aku bangun dalam separa
sedar. Masih mamai lagi sebenarnya. Jam di handphone
di tilik. Alamak!... dah hampir maghrib rupa-rupanya. Patutlah suasana bilik
dah suram dan gelap semacam aje.
Bunyi pintu masih lagi kedengaran. Aku mengengsot ke pinggir
katil dengan berhati-hati, namun dalam langkah berjaga-jaga itu aku tetap juga
terkena. Aku terjatuh dan terhempap punggung agak kuat. Menyeringai aku menahan
sakit. Punggung di gosok perlahan. Aku mengintai dari celah lubang pintu untuk
melihat siapa yang datang.
Selak pintu di buka bagi membolehkan abang masuk.
“Lamanya nak buka pintu, Tidur lagi ke?”
Aku tersengih mendengarnya. Rambut aku yang panjang aku urai
dengan jari bagi mengelakkan ia berserabut dan berserabai macam rambut pontianak.
Abang berjalan ke arah suis utama dan terus memetik suis. Suasana bilik yang
kelam tadi terus terang benderang. Aku menyepetkan mata bila cahaya yang terang
menyebabkan mata aku sedikit silau.
Abang bergerak ke balkoni dan menarik langsir. Dia meletakkan
satu beg kertas yang agak besar di depanku dan mengisyaratkan agar aku
melihatnya. Aku patuh. Isi beg di selongkar dan aku menarik sehelai gaun
berwarna biru firus yang lengkap dengan tudung dan sepasang kasut tumit tinggi.
Aku memandang muka abang. Muka aku masa tu memang dah timbul dengan tanda soal.
Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?
Abang tersengih sambil membetulkan duduk. Baju yang aku
pegang di sentuh lembut di hujungnya.
“Pakai untuk function
malam nanti, dan jangan banyak tanya. Trust
me, okey sayang” Ujar abang tanpa
sempat memberi aku peluang untuk menyampuk.
Mulut yang baru nak bertanya terus di tutup semula. Aku
mengangguk faham. Dari tadi lagi asyik sebut pasal function tapi tak nak bagi tahu aku tujuan majlis tu. Nak kata hari
jadi aku jauh sekali, apatah lagi abang. Biarlah kalau dia orang nak berahsia
dengan aku pun, kita tengoklah apa kejutan mereka nanti.
SELEPAS solat
isyak berjemaah dengan abang, dia terus bergegas keluar dan akan datang
menjemput aku dalam setengah jam lagi. Aku melihat jam, dah pukul 8.05 minit
malam. Menurut kata abang majlis bermula pukul 8.45 malam. Aku ada dalam
setengah jam untuk bersiap. Nasib baik solat isyak masuk awal, nanti tak adalah
aku terlupa kalau majlis tu habis lewat nanti.
Gaun yang sudah siap aku gantung tadi aku ambil dan cuba
pakai. Aku berdiri di depan cermin dan melihat pantulan diri aku. Memang aku
akui yang gaun yang berpotongan muslimah ini memang nampak cantik sekali dengan
potongan yang mengikut bentuk tubuh tapi tidak terlalu ketat dengan di taburi
dengan batu swaroski menampakkan gaun itu nampak cukup elegan dan mewah.
Aku mengeluarkan kit alat solek di dalam beg kecil aku dan
terus beroperasi melakar wajahku. Aku hanya mahu nampak fresh dan natural untuk
majlis nanti.
Aku terkocoh-kocoh bersiap bila melihat jarum jam semakin
bergerak. Shawl aku belit dan aku pin
dengan kemas. Aku membuat sentuhan terakhir dan akhirnya aku berpuas hati
dengan penampilan aku malam ni. “Okey
done.” Aku tersenyum puas.
Aku sedang memakai kasut bila pintu di ketuk. Aku tersenyum
pasti abang yang sedang menunggu. Pintu bilik di buka, namun bukan abang yang
menunggu tetapi Haiqal.
Haiqal kelihatan terpegun melihatku. Aku juga turut terpegun
sama. Dia memang nampak cukup segak dan macho
dengan tuxedo yang tersarung di badan
sasanya.
“Berapa lama awak nak tilik saya ni... Remember masa sedang berjalan.” Aku bersuara lembut. Jari sengaja
di tunjukkan ke pergelangan tanganku walaupun aku tidak memakai jam ketika itu.
Haiqal seperti menarik nafas dan dia mula tersenyum manis.
Memang menggoda senyuman dia saat ini. Haiqal menepi dan mempersilakan aku. Aku
tersenyum dengan lagak gentleman dia.
Kami bergerak ke arah lif. Aku terbuai dengan bau wangian di tubuhnya ketika
kami berada berdekatan antara satu sama lain. Aku mencuri melihat wajah Haiqal
bila dia memandang ke arah lain.
Kami berjalan beriringan ke sebuah dewan besar. Beberapa
orang lelaki dan wanita yang berpakaian cantik sedang berbual sesama sendiri di
luar dewan itu. Bila ternampak kelibat Haiqal semakin mendekat mereka tersenyum
dan berjabat tangan. Aku hanya memerhati kemesraan mereka.
Pintu dewan di buka dan telingaku dapat mendengar bunyi
muzik yang cukup rancak sedang di mainkan. Aku berjalan dengan tenang walaupun
aku tahu banyak mata yang sedang memandang ke arah kami berdua.
Abang berjalan ke arah kami. Bahu Haiqal di tepuk perlahan.
Dia tersenyum kepada abang. Aku yang masih keliru dengan majlis ini hanya memerhati sekeliling
dewan. Mataku tertancap pada satu kain rentang
yang tergantung di atas pentas.
Majlis Reunion ex-student UM 2008/2009
Baru aku tahu tujuan mereka membawa aku ke sini. Apalah
mereka ni, macam ni pun nak berahsia dengan aku. Ingat function apalah tadi. Aku menyertai abang dan Haiqal yang sedang
rancak berbual. Perbualan mereka aku celah dengan penuh 'sopan' gitu.
“Ini ke rahsia yang korang berdua nak cakapkan tu.” Aku
memandang muka mereka satu persatu.
Perbualan mereka terhenti. Abang memandang sekilas Haiqal
yang sedang berdiri di sebelahku sebelum mula bersuara.
“Tanya Haiqal, dia yang suruh abang tutup mulut.” Abang
menunding jari kepada Haiqal sebelum dia pergi meninggalkan aku dan Haiqal bila
temannya menggamit abang dari hujung meja sana.
Pandangan aku kembali kepada Haiqal pula bila abang sudah
melarikan diri. Aku masih lagi menanti jawapan yang keluar dari mulutnya. Saja
aje aku membuat muka serius sebab nak tengok bagaimana dia nak jelaskan semua
ini.
“Sorry... Saya
sengaja berpakat dengan Freddy sebab saya tahu awak pasti tak nak datang sini.
Awakkan kurang minat dengan majlis macam
ni. Lagipun kalau saya ajak saya tak pasti awak nak terima atau tak jadi partner saya.” Haiqal bersuara perlahan.
Mungkin rasa bersalah dengan aku.
Aku menahan gelak. Nampak kesian pula melihat mimik muka dia
yang sudah teduh itu.
“Ishh... Saya gurau ajelah Carl, Saya tak marah kalau awak
ajak saya baik-baik. Apa salahnya kalau awak cakap awal-awal. Nasib baik abang
dah sediakan baju ni untuk saya, Kalau tak memang saya tak nak datang.” Terletus juga senyuman aku yang di tahan
sejak tadi.
“Sebenarnya baju tu saya yang sediakan, saya yang bagi dekat
Freddy untuk pass kan kat awak. Awak
suka tak baju tu?..” Aku terdiam. Tak
tahu nak cakap apa. Baju yang tersarung di tubuhku aku pandang. Perasaan malu
dah menyerbu ke mukaku. Macam mana dia tahu saiz aku? Aku dapat rasakan yang
abang memang tak tahu saiz baju aku, Takkan dia main agak-agak pula.
“Saiz saya.... Macam...”
Aku dah tergagap. Malu sebenarnya nak tanya terang-terang depan dia.
Haiqal tersenyum dan dia mendekatkan tubuhnya kepadaku. Aku
terbuai lagi dengan haruman yang melekat di tubuhnya. Jantung aku dah nak
terlompat keluar bila dia berdiri begitu hampir dengan aku.
“Saya tahu apa yang sayang nak tanya... Yang tu biarlah
rahsia... Oh ya saya lupa nak puji yang sayang nampak cantik sangat dengan baju
ni... Sayang buatkan saya tergoda sangat malam ni.” Suara Haiqal kedengaran begitu romantik
sekali. Aku terkelu mendengarnya. Wajahku spontan berkalih ke arahnya. Dia
tersenyum lantas menarik tangan aku dan menyelitnya di celah lengannya yang
sasa dan kami berjalan ke meja.
Aku terdorong mengikut langkah kakinya. Dalam diam aku
tersenyum senang. Hati terasa berbunga-bunga bila mendapat pujian daripada
orang yang kita sayang. Tolong-tolong aku perlukan oksigen sekarang ni!!
bersambung..........
No comments:
Post a Comment