Wednesday, May 31, 2017
Olla...
Last teaser 10 tadi tu dan berakhir sudah saya upload dekat sini. kalau yg nak baca sambungan Indahnya cinta boleh dapatkan dalam versi cetak sebab lepas ni saya akan up novel baru pula. nak tahu novel apa? tunggu..
teaser 10
#Teaser 10
“Sayang. Kenapa senyap ni?” Tegurnya.
“Oh, sorry. Tak
ada apa-apa. Abang… Farah ada satu soalan matematik nak tanya dengan abang ni?”
“Soalan matematik? Kenapa, sayang ada sambung belajar ke?”
Tanyanya. Ketawanya meletus tiba-tiba.
“Hesy.. abang ni! Tak adalah sampai macam tu. Alah… nak jawab
ke tidak ni?” Aku merengek, tidak suka bila dia mentertawakanku.
“Okey, okey... Sorry
dear. Apa soalannya? Kalau abang
boleh jawab, abang jawab.”
“Soalan ni senang aje. Abang mesti boleh jawab punya.”
“Okey. I’m waiting
sayang.”
“Satu tambah satu berapa jawabnya?” Ujarku dengan
mengemukakan soalan.
Tiada balasan dari arah sana.
“Abang…”
“Haha... sayang buat lawak apa malam ni? Punyalah abang standby pen dengan kertas. Ingat soalan
nak mencabar minda yang sayang nak abang jawab tapi rupa-rupanya soalan yang
budak tadika pun tahu. Kalau bagi Rayyan pun dia boleh jawab.” Suamiku masih
tidak berhenti ketawa. Aku sudah menahan geram. Terasa hati.
“Abang, tak nak ketawa macam tu!” sikit lagi aku mahu
menangis. Aku terus membisu. Ikutkan hati mahu sahaja aku mematikan telefon.
“Sorry sayang, abang
tak sengaja. Okey abang tak ketawa lagi.”
“Cepatlah jawab.” Marahku tetapi hati mula terpujuk.
“Sayang, kalau satu tambah satu mestilah jawapannya dua.”
Balas Izz Aidan.
“Kalau Farah cakap jawapan abang tu.... Salah?”
“Salah? Eh, betullah tu. Kan satu tambah satu jawabnya dua.
Kat mana yang salahnya. Abang masa kat sekolah dulu dapat A tahu matematik ni.”
Sanggah suamiku.
“Salah. Farah tetap kata jawapan abang tu salah!” Jawab aku
bersungguh-sungguh. Mesti dia bengang bila aku cakap yang jawapan dia salah.
Aku sudah tersenyum gembira. Berjaya mengenakan dia.
“Okey. Kalau macam tu apa jawapan dia.” Tanya Izz Aidan.
Tidak mahu memanjang pertelingkahan kami mungkin.
“Tiga.” Balasku pendek. Mesti dia dah gila memikirkan macam
mana soalan satu tambah satu jadi tiga. Haha...
“Cikgu mana yang ajar sayang ni? Mana ada satu tambah satu
jadi tiga? Mesti cikgu sekolah sayang dah beri ajaran sesat dekat sayang ni.”
Aku ketawa kuat. Kelakar apabila dia kutuk cikgu aku.
“Jangan nak kaitkan cikgu saya dekat sini ya cik abang.
Soalan ni tak ada kena mengena dengan cikgu tu. So sekarang ni, abang carilah jalan macam mana satu tambah satu
jawapan dia tiga dan bukannya dua. Okeylah sayang. Farah nak tidur dulu. Esok
Farah datang ambil dekat airport. Bye
sayang. Assalamualaikum.”
“Eh, sayang… abang belum habis lagi ni...” Suara dia
sayup-sayup kedengaran sebelum aku mematikan talian. Tersenyum aku bila
mendengar suaranya yang kalut tadi.
“Good night abang,
good night baby.” Aku mengusap
perlahan perut yang di tutupi dengan gaun tidur. Malam ini aku terasa yang aku
benar-benar gembira.
teaser 9
#Teaser 9
“Bangun ! Bangun! Bos nak jumpa sekarang ni.” Tersentak aku
seketika. Botak datang dan pistol diacukan ke arahku. Aku mengigil melihat
muncung pistol yang dihalakan.
“Jalan!” Jerkahnya kuat.
Aku berjalan dengan langkah yang terketar-ketar. Takut kalau
muncung pistolnya memuntahkan peluru.
“Cepatlah kenapa lembab sangat ni!!” Jerkahnya lagi.
Terhinjut bahu aku bila di sergah begitu. Aku menahan air mata yang mahu
menitis keluar. Aku berjalan sambil di awasi oleh Botak dari belakang.
Daripada keadaan sekeliling yang kuperhatikan, Aku dapat
mengagak yang sekarang ini aku berada dalam sebuah kilang berdasarkan beberapa
alatan yang masih terbiar di sini. Kemudian aku di bawa ke depan. Di sana sudah
ada empat orang lagi yang sedang menunggu. Aku di dudukkan dengan kasar di atas
sebuah kerusi. Terhenyak aku dibuatnya.
“Sakitlah bodoh!” Aku menjerit marah. Entah kenapa ayat itu
yang terkeluar. Tapi tidak pula Botak tu marah. Tersengih sinis lagi adalah.
“Apa khabar Cik Zulaikha?” Tegur satu suara. Aku terus
berpaling. Terlopong mulut aku. Spontan aku terus berdiri dengan mata sudah
terbeliak tidak percaya.
“Encik Farid!”
“Ya. Terkejutkan tengok saya kat sini? Mesti Cik Zulaikha
tengah berfikir macam mana saya boleh berada di sini sedangkan saya sudah mati
kena tikam, kan?” Farid datang mendekatiku.
Mata aku masih lagi tidak di larikan dari melihat ke
arahnya. Farid berdiri di depan aku.
“Well… inilah
namanya acting. Pandai tak saya
berlakon. Kalau tidak dah lama saya jadi actor
tersohor dekat Malaysia ni.” Pecah berderai suara ketawa mereka yang lain.
“Apa semua ni Encik Farid? Saya tak faham. Saya nampak
dengan mata saya sendiri yang awak kena tikam.” Bersungguh aku bercakap.
Sesekali aku memegang kepala. Pening dengan situasi sebenar. Aku ni dah gila
ke?
“Macam yang aku cakap. Semua ni adalah lakonan semata-mata.
Semuanya sudah di rancang sejak dari awal lagi.” Dia ketawa lagi. Bahasanya pun
sudah bertukar.
“Jadi semua yang berlaku ni adalah rancangan kamu semua? Ya
Allah!” Terduduk lemah aku akhirnya. Kaki tiba-tiba sahaja terasa lembik.
teaser 8
# Teaser 8
ALARM kereta aku tekan bila sampai dekat kereta. Beg kerja
dan laptop aku letak dekat kerusi belakang. Belakang kepala rasa tegang. Hari
ini memang hari yang sibuk. Baru tangan mahu menarik gear baru aku
terperasankan sesuatu.
“Apa tu.” Aku buka kereta dan capai kertas yang menghalang
cermin depan. Kertas yang berlipat dua dengan kesan dakwat merah jelas
kelihatan.
TARIK BALIK STATEMENT KAU ATAU KAU
MATI!!!
Terlambung kertas tu bila aku isinya aku baca. Tanpa sengaja
tangan tertekan hon. Bunyi nyaring jelas kedengaran. Tangan mula mengigil. Mata
meliar pantas. Dahi mula berkeringat. Sumpah aku memang takut gila sekarang ni.
Dalam keadaan sekarang rasanya tak mampu nak memandu.
‘Abang, tolong Farah.’ Masa-masa genting macam ni aku
mengharapkan kemunculan Izz Aidan.
Tok-tok
Bunyi cermin kereta diketuk membuatkan jantung aku berdebar
kencang. Rasa semangat terus menghilang. Bulat mata memandang ke luar.
“Cik…” berdiri seorang pak guard di luar. Dia
terbongkok-bongkok melihat aku. Aku tidak berani untuk membuka cermin kereta.
Bukan semua guard yang bekerja di bangunan ini aku kenal.
“Cik tak apa-apa ke?” dia masih lagi bertanya. Aku geleng
dan cepat-cepat tangan menarik brek dan kereta meluncur laju. Jelas wajah guard
itu terkejut tapi aku memang tengah takut sekarang ini.
teaser 7
# Teaser 7
AKU di hujung sini, Izz di hujung sana. Tadi aku minta agar
Izz biarkan aku bersendirian buat seketika. Dia akur. Aku menangis dengan
membelakangi dia. Bunyi esakan aku cuba kawal. Sehelai sapu tangan di hulur di
sebelah aku. Aku pandang sapu tangan sebelum memandang tuan punya sapu tangan
itu. Tengok muka Izz, hati aku mula membahang. Aku bangun dan memandang garang
kepada lelaki itu.
“Seronoklah awak dapat tipu saya.” Dada Izz aku tunjal
geram. Dia berundur kerana tidak bersedia dengan serangan itu.
“Farah.” Dia cuba meraih tangan aku tetapi aku cekap
melarikan.
“Don’t touch me!”
dia mengangkat tangan seperti tanda menyerah.
“Apa hak awak nak buat saya macam ni?” sekali lagi aku
tunjal dia. Dia langsung tidak membalas.
“Awak dah tahu?” Tanya dia. Aku tergelak sinis.
“Jangan nak berpura-puralah Izz. Kak Hana dah cakap semua
dekat saya. Semuaa..” sengaja perkataan semua tu aku sebut dua tiga harakat.
Muka Izz berubah.
“Farah. Saya bukan sengaja nak rahsiakan daripada awak, tapi
masa tak sesuai untuk saya beritahu awak perkara ni.”
“Tak sesuai? Bila masa yang sesuai agaknya. Kalau saya tak
datang hari ni, awak mesti akan terus berahsia dengan sayakan?” aku sindir dia.
“Bukan macam tu. Saya memang nak beritahu awak masa kita nak
berjumpa hari tu. Tapi saya ada hal penting. Ingat saya nak telefon awak malam
tu tapi saya terlupa. Maafkan saya.” Terang Izz.
“Jadi memang awaklah yang keluarga saya beria-ia nak di
jadikan menantu tu?” aku pandang dia. Perlahan-lahan dia angguk. Aku ketawa
kuat tapi air mata turut keluar sama. Kali ni aku dah tak malu nak menangis
depan dia.
“Sampai hati.” Terkilan sebab mereka semua rahsiakan perkara
ni daripada aku. Patutlah macam mesra sangat mereka dengan Izz dulu.
Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.
“Jangan salahkan mereka, mereka cuma nak yang terbaik untuk
awak.” Izz pujuk aku. Aku jeling tajam muka dia.
“Habis tu nak salahkan siapa? Awak? Atau saya yang bodoh
ni!” aku tunjal dada aku sendiri. Hati aku sakit sangat-sangat.
“Jangan ingat saya layan awak baik-baik selama ni awak boleh
buat saya macam ni. Saya ada maruah. Saya tak perlukan orang lain carikan jodoh
untuk saya. Apa ingat saya desperate
sangat ke?!” aku jerkah dia.
“Tak bukan macam tu.” Belum sempat dia habis cakap aku dah
potong dulu.
“Habis tu apa? Dahlah Izz, saya dah cukup bersabar bila
orang asyik ungkit pasal arwah Haiqal. Senanglah mereka suruh bersabar dengan
apa yang berlaku. Reda. Tapi saya yang tanggung. Saya tahu tak!” aku terus
terduduk. Menangis sambil memeluk lutut.
Izz Aidan duduk bertinggung di depan aku. Aku tak hiraukan
dia. Tangan sibuk mengelap air mata yang berjujuran keluar.
“Orang kata
kehilangan dan kerinduan itu akan terubat bila masa berlalu, tapi saya tak rasa
macam tu. Berpisah nyawa dengan berpisah hidup lain... Kita merindu tetapi kita
tahu dia ada. Kita akan dapat jumpa dia suatu hari nanti... Berpisah nyawa,
semakin lama dia pergi, semakin rindu... Kerana kita tahu yang kita takkan
bertemunya lagi dan mustahil akan bertemunya lagi” Aku kembali teresak.
“Saya tahu dan saya mengerti perasaan itu. Tak perlu
mengalaminya untuk merasai kesedihan yang awak tanggung sebab hanya air mata
yang mengalir ikhlas sahaja dah cukup buat saya untuk merasai apa yang awak
rasa.” Izz Aidan bersuara perlahan. Aku berpaling ke arahnya. Mataku yang masih
basah bersabung dengan matanya yang cukup redup. Aku mengangguk dengan penuh
sendu. Rasa keikhalasan di balik bicaranya itu.
“Awak kena belajar untuk melepaskan masalah awak tu. Tak
boleh biarkan dari terus membelenggu, nanti akan memakan diri awak.” Nasihat
Izz.
“Awak ingat senang ke?” aku mula bercakap nada biasa dengan
Izz. Tiada lagi marah-marah macam tadi.
“Saya ada cara. Insya-Allah. Awak akan tenang walaupun tak
seratus peratus.” Dia senyum. Aku terpesona dengan senyuman manis berkrim dia
tu.
“Apa dia?” soalku.
“Hurmm…” dia pandang sekeliling. Kemudian dia senyum lagi.
“Kejap.” Dia bangun dan meninggalkan aku. Aku hanya pandang langkah dia.
Izz muncul dengan beberapa biji belon di tangan. Dia senyum
dan menyerahkan belon di tangan kepadaku.
“Nak buat apa ni?” aku sambut huluran itu.
“Anggap saja yang belon-belon ni masalah awak dan lepaskan
satu persatu macam awak lepaskan beban masalah awak tu.”
“Boleh ke macam tu?” pelik pula aku dengan cara dia ni.
“Boleh. Anggap ini satu terapi untuk awak. Saya harap lepas
ni akan awak lupakan beban masalah awak tu.” Ujar Izz. Aku angguk kemudian aku
pandang dia.
“Oh, okey. Faham. Mungkin awak nak bersendirian.” Dia
melangkah sebelum menoleh semula ke arahku.
“Farah You have to let go of the past so that the
future can come in its place.” Ujar Izz Aidan lembut sebelum meneruskan
langkah.
“You have to let go of
the past so that future can come in its place?” Aku termangu seorang diri
di situ. Tubuh Izz Aidan yang tenang menyandar aku perhati. Namun perlahan-lahan
aku mula faham apa maksudnya.
teaser 6
# Teaser 6
“Farah, boleh awak tolong saya?” nada suara Izz kedengaran
gusar.
“Kenapa Izz?” aku terus berdiri.
“Saya baru saja di
rompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.” Ujarnya.
Aku terkejut besar.
“Hah! Awak kena rompak dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa
ke?” aku sudah tidak senang duduk. Bimbang bila tahu yang dia kena rompak.
“Baru tadi, tapi sebelum ni pun sudah kerap sangat saya kena
rompak. Saya tak tahu hendak buat apa sekarang ni. Tapi awak jangan bimbang,
saya tak apa-apa.” Ujarnya bersama satu keluhan kecil.
“Izz, awak dah buat laporan polis ke?”
“Belum. Tapi rasanya polis tak boleh nak buat apa-apa pasal
kes saya ni.”
“Kenapa pula?” aku kerut dahi.
“Sebab saya tak sampai hati nak cakap siapa perompak tu.”
“Awak kenal ke siapa
yang rompak awak tu?”
“Kenal… kenal sangat-sangat.”
“Siapa? Biar saya yang ganyang dia cukup-cukup bagi pihak
awak.” Aku pula yang emosi lebih. Terdengar bunyi Izz ketawa di hujung talian.
“Kenapa awak ketawa? Benda serius tahu tak!” marahku. Boleh
pula lelaki tu ketawa bila kena rompak tak faham betul aku dengan dia ni. Kalau
kena dekat aku, dah lama aku melalak.
“Memang saya tengah serius pun.” Izz berdeham membetulkan
suaranya semula.
“Habis tu awak nak buat apa sekarang ni? Takkan awak nak
biarkan saja.” Aku soal balik.
“Tak apalah.” Ujarnya.
“Izz mana boleh nak dibiarkan saja. Saya tak faham betullah
dengan awak ni!” nada suaraku naik satu oktaf.
“Hey, cool down okey. Lagipun saya tak sanggup nak biarkan
polis tangkap awak.”
“Hah! Apa awak cakap?” aku korek telinga agar pendengaran
aku kembali jelas. Rasanya dia ada cakap sesuatu pasal aku tadi.
“Saya cakap yang saya tak sampai hati nak biarkan polis
tangkap awak.” Ujarnya semula.
“Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak?
Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!” sekali lagi nada suara aku
makin meninggi.
“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya.
Awak curi hati saya lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.”
Mulut aku terlopong besar mendengar kata-katanya. Spontan
tangan mengigil sebab marah.
“Gila!!”
Friday, May 26, 2017
teaser IC
#Teaser 5
“Jom saya belanja semua makan sempena meraikan perjumpaan
kita yang pertama.” Izz Aidan meleraikan tangan aku dan tersenyum lebar kepada
mereka yang lain. Aku cuba mengawal riak. Ternyata aku hampir-hampir tenggelam
dalam renungan matanya yang cukup tajam dan menggoda tadi. Erk! apa yang aku cakapkan
ni?
“Tak apalah, you all
pergi ajelah. Saya ada hal lepas ni” Aku memberi alasan. Segan pula nak keluar
bersama-sama dengan mereka memandangkan hanya aku seorang sahaja wanita di
sini.
“Jangan macam tu. Takkan Cik Zulaikha tak sudi nak keluar
dengan kami. Lagipun inilah masanya untuk kita saling kenal-mengenali antara
satu sama lain.”
Izz Aidan sudah bersuara sambil memandang aku. Aku terdiam,
mereka yang berada di situ turut sama menunggu balasan aku. Serba salah aku di
buatnya. Akhirnya aku bersetuju dalam terpaksa. Tersengih mereka semua sambil
melangkah keluar. Aku berjalan paling belakang. Dengan berat hati aku mengikut
langkah mereka.
“Kenapa macam tak suka aje ni?” Aku tersentak. Izz Aidan sudah berhenti dan
menunggu aku yang sedang berjalan ke arahnya. Aku memaksa wajahku untuk
tersenyum.
“Hish.. Mana ada, saya cuma segan sebab saya sorang aje
perempuan kat sini.” Balasku sambil
tersenyum.
“Eloklah tu, macam sekuntum bunga yang di kelilingi oleh
kumbang-kumbang yang handsome dan macho, atau mana yang lebih sedap macam
puteri yang tengah di escort oleh bodyguardnya”
Aku tergelak mendengar ayat merapunya. Izz Aidan sendiri
turut tergelak sama.
‘Saya suka tengok awak ketawa macam ni.’ Izz Aidan ralik memandang Farah Zulaikha yang
sedang ketawa itu.
Aku masih lagi menahan geli hati bila kami sedang berjalan
ke arah sebuah kedai yang berada di tepi resort yang bakal kami bekerja nanti.
Aku mencuri pandang ke arah Rahman dan
Jason yang sedang rancak berborak di depan aku dan Azwan dengan Johari di
belakang aku manakala aku sedang berjalan di tengah-tengah bersama-sama dengan
Izz Aidan. Memang betul, rasa macam di escort
dengan bodyguard aje.
“Kenapa tersenyum sorang-sorang ni?” Aku berpaling ke
sebelah. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum bila Izz Aidan menegur aku.
“Takkan tak ada apa-apa, kalau tak takkan awak senyum
sorang-sorang macam ni?” Tanyanya lagi.
Aku dapat merasakan yang Izz Aidan berbisik perlahan di telingaku dan bahu kami
kadangkala turut tersisih antara satu sama lain. Dia dekat sangat sehinggakan
aku dapat menghidu bau perfume yang
dipakainya. Aku menjarakkan badan dari tubuhnya perlahan-lahan.
“Saya teringat kata-kata Encik Izz tadi, Iyalah.. memang
rasa macam di escort dengan bodyguard aje” Aku kembali tersengih.
Izz Aidan memandang sekilas di depan dan belakang kami sebelum sama-sama
tergelak kecil.
“Betullah, tapi yang kurangnya tak ada alat dengar macam
James bond dan pistol aje. Kalau tak memang confirm
sama macam yang saya cakapkan” Ujarnya
lagi. Aku mengangguk setuju. Sememangnya masing-masing masih belum lagi
menanggalkan kot yang tersarung di tubuh masing-masing walaupun urusan rasmi
kami sudah berakhir tadi.
Thursday, May 25, 2017
bakal diterbitkan.. soon!
Chinta Airis by Eefa Azwany
Bab 1
Bab 1
Hello,
it’s me
I
was wondering if after all these years
You’d
like to meet, to go over everything
They say that time’s supposed to heal ya
But
I ain’t done much healing.
L
|
AGU
Adele sayup-sayup kedengaran. Lena Airis terganggu. Tangan dihulur untuk
mengambil telefon di atas meja. Mata dicelikkan sedikit untuk melihat nama si
pemanggil.
Dani.
Itu nama yang naik di skrin telefonnya.
“Hmmm...”
Gumam Airis. Kelopak mata digosok perlahan. Masih tersisa dengan rasa
mengantuk. Sesekali dia menguap besar.
“Sweetie, kau tidur lagi ke?” soal Dani.
“Hmmm...”
balas Airis. Masih mamai.
“Aku
nak minta tolong kau sikit ni?” Ujar Dani.
“Apa
dia?” tanya Airis. Dia meraup rambut agar kembali rapi.
“Nak
pinjam Red Tiger jap. Boleh tak?.”
“Black
dragon kau, mana?”
Ceh!
Nama kereta tak boleh blah!
“Sakit.
Tiba-tiba dia buat gaya nazak pagi tadi. Aku dah hantar dekat Atan. Entah apa
yang tak kena dengan dia tu. Eh, boleh tak aku nak pinjam ni? Urgent. Aku nak kena jemput family aunty aku dekat airport lepas ni.
Please?” Rayu Dani. Airis membuka
mata dan duduk menyandar pada kepala katil. Mulut tidak berhenti menguap.
Rasanya baru sekejap dia terlelap tadi.
“Kau
datanglah sini. Aku rasa aku tak larat nak drive
pergi rumah kaulah.” Airis menjeling pada jam. Pukul 8.30 pagi. Masih awal
untuk dia bangun memandangkan hari ini hari minggu.
“Alah,
kaulah datang sini. Lagipun umi nak jumpa dengan kau juga. Dia duk tanya aku kenapa kau dah lama tak
datang sini.”
“Alaa...”
Airis tarik muncung. Bukan dia tak nak jumpa dengan umi tapi hari ni dia
benar-benar penat. Ingat nak berehat dekat rumah saja. Qada’ balik masa tidur
dia. Sebab tu semalam sengaja dia pulun
kerja sampai habis.
“Please Airis. Kau datanglah. Kesian
dengan umi.” Pujuk Dani. Airis mengeluh panjang. Dani sengaja mahu melemahkan
dia dengan nama umi.
“Okeylah.
Aku datang.” Airis mengalah.
“Datang
tau. Aku tunggu kau.” Dani ketawa ceria. Sampaikan berjangkit ketawa tu dekat
Airis.
“Okeylah.”
Telefon diletakkan kembali ke atas katil. Tubuh digagahkan untuk berdiri. Dia
merenggangkan badan. Lenguh. Berdetap bunyi tulang. Airis menggeliat panjang
sebelum tuala dicapai dan masuk ke dalam bilik air.
“AIRIS
lambat lagi ke? Aku dah bosan tunggu kau lama-lama ni?” Rungut Dani sambil
melirik jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir satu jam lebih dia menunggu
Airis, tetapi gadis itu masih belum tiba. Padahal jarak masa untuk sampai ke
rumahnya adalah setengah jam saja.
“Kau
reti sabar tak. Aku dahlah bengang dengan jalan jam ni, kau jangan nak buat aku bengang dengan kau pula!” Marah Airis.
Sejak dari tadi lagi, Dani asyik menelefon. Siapa yang tidak panas hati.
“Woo..
Cool okey. Aku minta maaf.” Ujar
Dani. Bimbang kemarahan Airis makin meletus. Terdengar Airis mendengus.
“Lima
minit lagi aku sampai. Kau turun cepat sikit.” Ujar Airis sebelum talian dia
matikan. Dani memandang skrin telefon yang sudah gelap. Sah. Airis tengah marah
sekarang ni.
Dani
cepat-cepat keluar bila K5 Optima warna merah sudah berhenti di luar pagar
rumahnya. Belum sempat dia menyarung kasut, hon sudah bertalu-talu kedengaran.
Kelam kabut Dani memakai kasutnya. Dia berkejar keluar. Jarinya pantas
mengisyaratkan agar Airis berhenti daripada membunyikan hon. Takut
jiran-jirannya marah. Airis tersenyum senget dan dia pantas keluar dari perut
kereta.
“Umi
mana?” Tanya Airis.
“Ada
kat dalam.”
“Kalau
macam tu aku masuk temankan umi ajelah. Jaga baik-baik Red tiger aku tu.” Pesan
Airis. Langkah Dani yang mahu menghampiri kereta Airis terus terhenti.
“Eh!
Aku baru nak ajak kau pergi sekali ke airport.”
“Nak
buat apa? Tak naklah aku. Buat menyibuk aje kalau aku pergi.” Airis kalih
semula badannya.
“Alah,
jomlah. Temankan aku.” Pujuk Dani. Airis geleng kepala.
“Tak
naklah aku. Aku nak jumpa umi kejap.”
“Jumpa
lepas nilah. Lagipun aku dah cakap dengan umi yang aku nak ajak kau sekali
pergi airport.”
“Err...
Tak apa ke?”
“Tak
ada hallah. Jom.” Dani menggamit Airis. Akhirnya Airis bersetuju sahaja. Dia
melangkah laju ke tempat duduk penumpang.
“Eh,
aku baru bajet nak jadi tuan besar hari ni.”
“Tak
payah nak berangan jadi tuan besarlah, Mr. Danish Ryzal.” Perli Airis sambil
tersenyum sinis. Muka Dani berubah cemberut. Dia mengambil tempat di kerusi
pemandu.
“Tak
nak jalan ke?” Airis pandang Dani sekilas sebelum dia menekan butang pada radio
dan lagu daripada koleksi Adele memenuhi ruang keretanya.
“Kau
ni langsung tak nak pujuk aku, kan?” Ujar Dani. Gear dimasukkan dan kereta
terus meluncur pergi.
Airis
tergelak kecil. Muka Dani di pandangnya. Alahai, pak cik ni tengah merajuk
dengan dia ke?
“Kau
merajuk ke?” Tanya Airis. Bibirnya masih tersenyum. Dani menjeling sekilas
sebelum memberi tumpuan pada pemanduannya.
“Kau
rasa?”
“Entah.
Malas aku nak rasa.” Serentak dengan itu, Airis tergelak semula.
“Ishh...
Kau ni!” Makin sakit hati bila melihat Airis sedang mentertawakannya. Panjang
tangan Dani mencubit lengan Airis.
“Wei,
sakitlah!” Airis melarikan lengannya jauh dari jangkauan Dani. Dia menggosok
lengannya yang sakit. Kali ini Dani pula yang tersenyum.
“Padan
dengan muka kau.”
“Nanti
kau!” Airis ketap bibir dan laju dia membalas serangan. Jari naik mencucuk
pinggang Dani.
“Airis,
aku tengah drive ni!” Marah Dani.
Stereng kereta dipegang kejap dengan sebelah tangan dan sebelah lagi sibuk
menepis tangan Airis yang mencucuk pinggangnya.
“Fair enough, ha!” Cebik Airis. Dia
kembali membetulkan duduk. Risau juga kalau bergurau berlebih-lebihan di
waktu-waktu seperti ini.
“Jaga
kau lepas ni!” Dani memberi amaran. Sekarang bukan masa untuk dia membalas.
Airis hanya ketawa dan mengangkat bahunya, tanda dia tidak takut dengan amaran
daripada Dani.
“Kau
tidur rumah papa kau, eh?” Soal Dani bila suasana sepi menyelubungi mereka.
Airis yang sedang memandang keluar terus mengalihkan pandangan pada Dani.
“Hurm...
Biasalah. Weekend, kan?” Airis
jongket kening.
Dani angguk. Dia memang faham dengan rutin
hidup Airis. Setiap kali hujung minggu, gadis itu di wajibkan oleh papanya
untuk balik ke villa Puteri.
Tiba-tiba
Airis menguap. Berair matanya menahan kantuk. Dani yang sedang memandu terus
menoleh ke tepi.
“Mengantuk
ke?” Soal Dani. Airis angguk sebelum tangan naik menutup mulut sekali lagi. Dia
menggosok matanya yang mula terasa pedih.
“Penatlah.
Aku tidur lewat semalam.” Jawab Airis.
“Tidurlah.
Nanti kalau sampai aku kejutkan kau.” Kesian pula melihat Airis. Rasa bersalah
mula menerpa dirinya bila sedar yang dia sudah menyusahkan Airis pada hari ini.
“Aku
tidur kejap. Nanti kau kejutkan aku.” Airis memang betul-betul mengantuk.
Matanya bagai di gam sahaja. Dia melaraskan kerusi dan baring dengan selesa.
Selepas itu dia mula terlelap.
Dani
tersenyum kecil. Polos sekali melihat wajah Airis yang sudah terlena. Bila
kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat, dia pantas menarik pashmina
Airis di kerusi belakang dan menyelimutkan tubuh gadis itu.
teaser Indahnya cinta
#Teaser 4
AKU hanya memerhati tingkah Kak Aina yang sedang mencuci
luka di tapak kaki aku. Luka terkena pasu yang aku baling tadi. Berkerut-kerut
aku menahan sakit. Usapan di lengan membuatkan pandangan aku berkalih ke
sebelah. Mama dan abah setia menemani aku. Mama tersenyum memandang aku. Tangan
mama aku genggam erat.
“Tahan sikit dik.” Ujar Kak Aina bila dia cuba menarik
keluar serpihan kaca yang terlekat di tapak kaki. Aku mengangguk dan menahan
seriau.
“Arghhh!!” aku mendesis perlahan. Berkerut-kerut aku menahan
sakit.
“Itulah, buat lagi perkara bodoh macam tu lagi.” Sindir
abang. Dari tadi lagi dia duduk memerhati aku di sudut bilik. Aku pandang dia,
dia mengalih wajah. Jelas muka abang yang masih marah dengan perbuatan aku
tadi. Aku gigit bibir. Sentap bila kena marah.
“Freddy…” abah menegur.
“Betulkan apa yang Freddy cakap. Kalau adik tak buat perkara
bodoh tu tak adalah dia kena macam ni. Tengok habis bersepah semua benda.”
Keras suara abang. Aku tahu dia geram dengan perangai aku. Bilik aku masih lagi
bersepah. Kesian dengan Kak Ida dan bibik terpaksa mengemas. Aku pandang
kedua-dua orang pembantu rumah kami. Kak Ida dan bibik berpandangan dengan aku
seketika sebelum tersenyum dan menyambung kerja semula.
“Dahlah. Adik tak sengajakan.” Mama kembali menjernihkan
suasana. Tangan mama makin erat di tanganku. Aku sedar yang semua mata sedang
memandang aku ketika ini. Air mata bila-bila masa akan menitis. Kalau boleh aku
tidak mahu lagi menangis di depan mereka. Aku tidak sanggup di cap mengada-ada.
“Sampai bila nak manjakan adik? Semua orang pejam mata bila
tengok dia mengamuk tak tentu pasal. Haiqal dah lama pergi, sampai bila adik
nak macam ni?” tajam mata abang menikam ke dalam mata aku.
Aku teresak perlahan. Pedih mendengar kata-kata abang.
Kenapa abang seperti sudah berubah. Tiada lagi kemesraan seperti dulu.
Aku mengesat air mata dan tersenyum hambar. Perlahan-lahan
aku bangun. Kaki yang sudah berbalut aku pijak perlahan-lahan. Sakit tapi aku
berlagak kuat. Tidak mahu menunjuk lemah di hadapan keluargaku.
“Ma, abah, Kak Aina… adik nak rehat. Boleh tolong keluar
dari bilik adik?” pintaku lembut. Bibir di paksa untuk ukirkan senyum walaupun
aku rasa cukup payah sekali. Semua terdiam.
“Adik…” seru mama. Aku senyum semula.
“Adik nak tidur kejap.” aku tolak perlahan semua tubuh yang
ada di situ. Termasuk Kak Ida dan bibik. Abang yang masih lagi berpeluk tubuh
di hujung bilik aku biarkan. Semua sudah berdiri di luar pintu bilik, kemudian
aku pandang abang. Dia faham dan perlahan-lahan keluar. Aku sedar abang berdiri
seketika di depan aku sebelum keluar tadi. Aku langsung tidak mengangkat muka.
Pintu bilik ditutup rapat. Serentak dengan itu air mata aku
terus keluar. Aku sudah teresak kuat. Sungguh aku tidak mampu untuk menahan air
mata daripada berhenti. Aku menutup mulut, tidak mahu tangisan aku di dengari.
“Ya Allah, sakitnya…” aku merintih. Kaki bagai tidak kuat
untuk berdiri. Aku mengengsot ke arah katil dan selimut aku selubungkan
menutupi kepala. Di situ aku hamburkan tangisan aku semahu-mahunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cafe November
BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...
-
Salam.. Hai reader semua.. Kabare? Dah lama EA tak update blog kan.. Sbnrnya tgh bz nk siapkan manuskrip yg ada ni. Dah ada yg bca novel ...
-
BAB 1 H ATI rasa mahu meletup bila dengar pengakuan daripada Hisham. Rasa ringan tangan mahu naik ke mukanya. Tetapi...